“yani nangis kenapa?” soal saya pada insan yang sangat rapat dengan saya. Yani kembar Yati. Yani adik Yati kakak. Tengok dia nangis, rasa macam mahu nangis sama. Kadang-kadang tertanya juga, inikah rasa yang dihadapi oleh kembar yang lain. lama Yani nangis. Saya pun ikut sama nangis. Kami nangis sama-sama.
Yani mula angkat kepala. Dia dah boleh cakap dah. Yani ni lain sikit, bila nangis memang susah nak cakap. Mungkin jiwa dia lebih sensitive dari saya. Saya ni agak kuat sikit. Yani tengok muka saya lama-lama. Lepas tu dia peluk saya. Nak tahu apa Yani kata??
“yati, yani sayang yati tau. Yati kena kuat hadapi semua ujian yang Allah beri. Sekali-kali pun yati tak boleh lupa Allah. Kalau satu hari Yati ditakdirkan hidup tanpa ada kembar, pun Yati kena redha. Mungkin itu adalah yang terbaik untuk yati. Sebab semua manusia ini akan berpisah juga”
Saya nangis. Nangis kuat sangat-sangat dalam pelukan Yani. Siapa sanggup berpisah dengan kembar sendiri. Saya peluk Yani erat-erat. Tak nak lepaskan walau sesaat. Kalau boleh nak Yani ni sentiasa ada didepan mata.
"pinjam pen jap, yani nak tulis surat kat yati"
Lepas peristiwa tu, saya selalu ada dekat dengan Yani. Taknak bagi mereka peluang untuk usik Yani lagi. Tidak lama lepas tu, Yani ada bagi surat kat saya. Pendek je surat dari dia. Yani ni pun tak suka menulis.
“Yaa Sami’ Yaa Bashiir, Yaa Fa’ ‘alul limaa yuriid…Jadikan Yati kekasih-kekasihMu, yang kau anugerahi Nur-Mu, Nur KalamMu, Nur Muhammad dan Nur kekasih-kekasihMu lainnya terpantul melalui hati-hati mereka hingga tampak kelembutan KekuasaanMu… Amin Allahumma Amin…”
Selepas baca, tu saya nangis. Entah kenapa saya harus nangis. Mata sudah bengkak. Yani yang ada disisi saya masa tu nangis juga tapi dia tak peluk pun saya. Saya pun tak peluk dia. Lepas tu dia pesan lagi. Dia suruh saya redha kalau hidup tanpa kembar. Sebab tidak semua manusia Allah kurniakan keistimewaan hidup sebagai kembar.
Yani kata lagi,
“tidak semestinya hidup tak kembar ni tak istimewa. Masing –masing ada keistimewaan tersendiri dan kita pun tahu apa keistimewaan tu. Percayalah hidup tanpa kembar pun Allah sayang juga. Walau macam mana pun, yati kena kuat! Gambar ni yati simpan elok-elok. Ini saja hadiah yani buat yati.”
"eh, betul ke ni??mana Yani mana Yati?"
(ana dah delete gambar)
(ana dah delete gambar)
Saya nangis. Lepas tu Yani tinggalkan saya sendirian. Dia kata sudah masanya saya kena redha hidup saya tanpa kembar. Allah saja tahu masa tu. Bukan semudah itu untuk saya menerima ketiadaan Yani yang sudah sebati dalam hidup saya.
Masa Yani keluar dari bilik tu, saya panggil Yani. Tapi Yani tak toleh pun. Langsung tak menoleh. Yani biarkan saya menangis. Saya kejar Yani tapi Yani jalan laju sangat. Saya lari lagi. Kali ini dengan langkah yang kuat. Lari sekuat hati dengan tangisan yang membasahi pipi.
Tup tup….saya terjatuh!! Aduhhhhhh..saya masih menangis. Mata saya terus terpejam. Bila saya buka mata, saya rasa tempat tu dah berubah. Tercari-cari juga Yani di mana?? Bila saya buka mata betul-betul,mata saya berair, kaki rasa sakit sangat. Ya Allah.. rupanya saya ada dalam bilik. Oh!!!! Saya BERMIMPI rupanya. Sampai jatuh dari katil!!
Allahu Allah.. so, saya kena redha bahawa saya ini memang hidup tanpa kembar macam adik syira dan adik kila, macam ckin dan ckak, macam suhili dan suhimi. Tersenyum bila ingat mimpi tu. Tak sangka Allah kurniakan saya untuk berjumpa kembar sementara walaupun hanya dalam mimpi^^
Pengajarannya, saya adalah saya. Tak ada Yani seperti dalam mimpi tu. Allah kurniakan Yani untuk memberikan saya kesedaran bahawa bersyukur untuk kehidupan sekarang.
eh, Haryati tak ada kembar ye..
siapa dalam gambar tu??
biarlah rahsia ye^^
0 comments:
Post a Comment