::. Ketika Awan Berbicara .::

masa kecil-kecil dulu umur antara 7-12 tahun, saya antara anak yang selalu jalan. keluar dengan kawan-kawan. antara sahabat yang setia bersama saya my twins larisa dengan sorang lagi my sweetheaRt suria. kami sentiasa bersama. main bersama. Alhamdulillah, ukhwah ini sehingga sekarang. malah ukhwah ini semakin erat. sehari tidak bertanya khabar, sudah tidak menentu.

eh..apa kaitannya dengan ketika awan berbicara? macam tiada kaitan pun dengan cerita di atas. ok. itu sebagai intro. kalau tiada intro kan jadinya kurang sedap. kenalah kenang kisah zaman kecil-kecil juga. sebab kisah ini mengingatkan saya tentang zaman kanak-kanak. Alhamdulillah. Allah masih beri kita kehidupan sehingga sekarang ini. ALHAMDULILLAH.

Dulu masa umur saya 13 tahun, hujung minggu saya habiskan dengan berniaga. cari duit untuk keluarga sebabnya keluarga saya bukanlah dari keluarga yang berada dan tidaklah miskin papa kedana. Alhamdulillah Allah beri keluarga saya kehidupan yang sangat sederhana.dan Alhamdulillah, kesederhanaan itu mengajar saya untuk lebih berdikari.

bila mula jam 11 pagi, pekan Tandek akan mula sunyi. sunyi dari segala macam bunyi dan manusia-manusia. yang ada hanya mereka yang bertaruh permainan buliat (snocker). bunyi teriakan mereka sajalah kedengaran. Allah saja tahu betapa bosannya duduk seorang di meja jualan. sangat-sangat bosan. buku yang dibawa sekadar menjadi teman bisu.

satu hari, saya ada nampak awan yang sangat cantik..SUBAHANALLAH!!
*bukan awan yang ini. tapi still cantik kan. mari ucap SUBAHANALLAH*

awan tu berbentuk macam seekor haiwan. lepas tu ada lagi awan sebelah tu pun macam bentuk seekor haiwan juga. sedar tak sedar, melalui bentukan awan tu saya buat cerita. ceritanya mestilah cerita yang dongeng-dongeng. suka sangat tengok awan tu. lepas peristiwa tu, cara untuk saya menghilangkan kebosanan, saya pun berbicara bersama awan.


bila tengok tompokan-tompokan awan, hati ni tenang sangat. Alhamdulillah, sehingga sekarang ini saya suka tengok awan. kadang-kadang, saya nangis bila tengok awan. Awan sangat patuh pada Allah. tidak ada sedikit pun awan melanggar perintah Allah. Bila Allah perintah awan untuk beralih ke arah utara, awan ikut je. Bila Allah kata beralih ke selatan, awan pun beralih ke selatan.Walaupun bentuk awan berubah bila beralih, awan tetap patuh pada arahan Allah.

saya kembalikan kepada diri saya, bila Allah takdirkan saya kerja di Sarawak saya menangis. Mengeluh. Menyesal. Padahal itu adalah yang terbaik buat saya. Buktinya, saya mampu dapat semua apa yang saya mahu dengan duit gaji yang Allah beri setiap bulan. Allahu Allah.

*SUBAHANALLAH*

awan,
aku ingin menjadi sepertimu,
melindungi semua yang ada dibumi dari panasnya pancaran matahari.

awan,
aku ingin menjadi sepertimu,
membasahi bumi dengan Rahmat dariNYA dan memberi kelegaan terutama para petani.

awan menjawab,

hamba Ilahi,
usah menjadi sepertiku, kerana engkau adalah sebaik-baik ciptaan Allah.
usah menjadi sepertiku, kerana engkau lebih banyak keperluan berbanding kami.
usah menjadi seperti kami, kerana engkau bisa mengoyangkan dunia dengan Ibadahmu.

tetapi,

contohilah kami, yang selalu memberi perlindungan kepada manusia dengan izinNYA.
contohilah kami, yang selalu membasahi bumi dengan izinNYA.

oleh itu,

lindungi dirimu,keluargamu,sahabatmu,dan semua umat Muhammad dengan DOA mu
kerana DOAmu itu senjata bagimu.

kemudian bertawakallah..

selepas itu

basahilah bibirmu dengan kalimah-kalimah suci alQuran, tahmid, zikir, ucapan yang indah
kerana hanya dengan itu, engkau membasahi bumi ini dengan keberkatan kalimah AGUNG!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers