Assalammualaikum dan salam kerinduan buat tautan hati.
Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan untuk mencarut dalam blog saya sendiri. Telinga disajikan dengan lagu Musahabah Cinta. Subahanallah sangat suka lagu itu. Allahu Allah.
Hari ini menahan rasa sakit yang teramat sangat. T_T . Entah sakitnya dibahagian mana. Allahu Allah. Diri ini penuh dengan dosa dan memang patut untuk diuji dengan kesakitan dan selayaknya diuji oleh Allah. Tidak ada alasan untuk kita bersangka buruk pada Allah.
Alhamdulillah...mari kita amalkan doa mohon kesembuhan ketika sakit melanda. Sebelum ini saya pernah masukkan kedalam tautan hati berkenaan doa untuk orang sakit. Kali ini kita berdoa pula untuk kesembuhan ^_^
Amin ya Rabb..
Oh ya, bila sakit juga kita banyakkan minum air. Biar selalu ketandas untuk buang hajat kecil. Itu pun boleh kurangkan panas dalam badan. Disamping itu, boleh berdialog dengan air dalam gelas tu...
"air, dengan lafaz bismillah saya meminummu..dengan izin Allah, kurangkanlah rasa sakit yang ku rasa ini kerana engkau adalah makhluk Allah yang tidak pernah ingkar pada perintahNYA..berdoalah kepada Allah untuk menjadikan engkau adalah penawar untuk menghilangkan rasa sakitku ini.."
Selain itu, kita juga boleh bacakan ayat2 suci Alquran pada air. Sebabnya, air yang dibacakan dengan ayat2 suci alQuran mampu merubah air itu kepada molekul-molekul atau kristal-kristal yang sangat cantik dan unik. WAH...hebatnya ALLAH!!
Alhamdulillah.. sakit yang ditanggung semakin berkurang. OK saya mahu story sikit tentang baby boy ni. Ini merupakan anak angkat saya. Ahmad Daniel. Saya sayang sangat pada dia ^_^. Mummy Daniel merupakan sahabat kesayangan saya. Surau asrama menjadi saksi pertemuan dengan mummy Daniel ini.
Ahmad Daniel lahir pada 9 April 2010. Kelahiran yang dinanti. Sayang sangat dengan Daniel.
Daniel, umi sayang daniel..semoga Daniel menjadi anak yang soleh..
Tiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..cek pun ada gak jadi..sakit di dalam..huhuhu
ReplyDelete