:: Terpinga-pinga ::

Oleh kerana terlalu lama tidak ber'main' dengan CS3, maka otak pun ter'blurr' sekejap. Penat otak ni kena cungkil-cungkil untuk cari balik ilmu-ilmu mengedit gambar tapi semuanya seolah-olah kosong. KOSONG.

Mula la sibuk 'bungkar' balik semua toturial-toturial yang kena bagi dulu. Tapi semua tu hilang entah tersave di folder mana dan tidak membantu. Malah menambahkan lagi keserabutan otak yang memang serabut. Lepas tu biarkan semuanya berlalu. Niat mau mengedit terbengkalai begitu saja. Rasanya sudah empat lima kali buka tutup cs3.

Sambil pujuk hati, biar la dulu. Esok-esok saya selongkar lagi la nota-nota cs3 yang saya beli 3 tahun yang lepas. Mudah-mudahan membantu.

Pengajarannya, ilmu ni kita mesti selalu amalkan. Once kita tinggalkan untuk tempoh yang lama, sedikit demi sedikit ilmu itu akan hilang. Hilang dimamah waktu. Itu sebab islam ajar kita untuk istiqamah supaya kita tidak akan menyesal dibelakang hari. 

Sekarang ni, mau menyesal pun tiada guna juga kan. Tapi masih belum terlambat kan, kita masih ada masa untuk memperbaiki kelalaian kita. Baiknya Allah kan sentiasa menanti kita untuk terus berusaha menjadi baik. Semoga peluang yang ada ni kita akan gunakan dengan sebaik mungkin.

Pernah dengar orang cakap, 'kalau mahu berubah, biar perlahan-lahan asalkan istiqamah (berterusan)'.. lebih kurang macam tu la.. Betul tu.. pokok betik yang kita tanam tidak terus berbuah kan? Mengambil masa juga untuk mendapatkan hasilnya. Nah, begitu juga kita. Kena sabar untuk menuai hasilnya. Kalau tidak sabar, alamatnya......entah kemana la betik tu..

~eikkk...apa kaitan dengan buah betik? dalam banyak-banyak buah, betik juga yang kena..hihihi~

Jadi, kena sabar la untuk belajar mengedit gambar ni kalau mahu hasilnya nanti.

Lesson fron this story ;-

1 -> ilmu ni mesti sentiasa diamalkan walaupun sikit-sikit. Yang penting jangan tinggalkan terus.

2 -> istiqamah membawa berkat ^_^

peace no war ^__^

:: HUDUD , KEJAMKAH ISLAM ?? ::

Assalammuaaikum..

Mungkin masih ramai diantara kita yang terlepas pandang tentang HUDUD. Masih ramai yang menganggap HUDUD ni satu pelaksanaan yang tersangatlah kejam. Eh, kejam kah?? Pernah kita belajar atau ambil tahu tentang hudud dan cara pelaksanaan hudud yang sebanar?

Kalau jawapan anda tidak pernah, maka kita kena belajar dan ambil tahu supaya kita tidak la jadi manusia yang orang kata 'yes' kita kata 'yes' juga. Lebih-lebih lagi yang beragama islam ni. Kita mesti tahu. Tidaklah kita terpinga-pinga bila disoal nanti. WAJIB ambil tahu OK!

Jadi, disini saya sertakan WHAT IS HUDUD IN ISLAM.

Satu lagi, hukuman sebat yang kita selalu tengok sampai isi terkeluar tu, itu sebenarnya bukan ajaran islam. Tapi mungkin kerajaan Malaysia ada sebab melaksanakan hukuman sebat seperti itu.



Untuk baca artikel sebenar, bole ke sini -> Kaedah Hukuman Sebat Menurut Syarak <- p="">
SEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.
Merujuk kepada rencana bertajuk "Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah" oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.
Peruntukan-peruntukan tersebut antaranya ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Seksyen 125.
Selain itu, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Pahang) 2002, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, Seksyen 125.
Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat seperti berikut:
Seksyen 125 - Hukuman sebat
1. Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.
2. Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3. Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat iaitu:
a) Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.
b) Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.
c) Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan.
d) Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah "adil dan matang".
e) Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
f) Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.
g) Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.
h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.
i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.
j) Jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, ia hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat.
4. Dalam hal pesalah dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.
5. Jika pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu - oleh sebab umur tua (lebih 50 tahun), keuzuran atau apa-apa sebab lain - tidak dapat menjalani hukuman pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksana mengikut cara yang difikirkan munasabah.
Seksyen 126 - Masa melaksana hukuman
Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada penjara, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.
Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan.
Kaedah pelaksanaan yang diperuntukkan sebenarnya tidak bertentangan dengan hukum syarak yang turut memberi panduan cara pelaksanaannya.
Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.
Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.
Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.
Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.
Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.
Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."
Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''
Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.
Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."
Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.
Ketika disebab, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."
Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.
Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.
Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.
Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.
Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."
Sementara itu, kertas kerja bertajuk "Peranan institusi penjara dalam pelaksanaan hukuman sebat bagi kes jenayah syariah: satu pandangan" oleh Masran Muhamad pula membezakan hukuman sebat antara pesalah jenayah dan syariah.
1. Saiz Rotan
Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.
2. Pemeriksaan Kesihatan
Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.
3. Pelaksanaan Hukuman
Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.
4. Bahagian Anggota yang Disebat
Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.
5. Cara Sebatan
Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.
6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat
Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.
7. Baki hukuman sebat yang dihentikan
Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
8. Orang yang boleh disebat
Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.
9. Saksi-saksi
Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.
Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.
Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.
PENULIS ialah Setiausaha Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).

:: Cerita Ummi Dan Si Kembar ::



Assalammualaikum

Alhamdulillah.lebih 4 bulan suda pula kan si kembar saya ni^__^. Tidak sedar masa berlalu. Kadang-kadang lupa juga peritnya masa bersalin dulu. Rasa macam mau baby lagi..ahaksss.. ^__^

Oh ya, si Aman sama Amin sepatutnya dijangka lahir 17 Feb 2013 tapi diawalkan atas saranan doctor pakar yang menjaga saya sepanjang tempoh kehamilan. Mungkin sebab perut yang semakin besar dan pergerakan saya yang sangat-sangat terbatas. Tidur pun ada susah skit la..mengiring pun susah....terlentang lagi rasa sakit tulang belakang.. Mudah-mudahan sakit tu menghapus dosa-dosa dalam diri ni

Orang-orang ofis pun sudah meramal tarikh-tarikh saya akan bersalin tapi satu pun nda tepat. Hihihi. masih kuat, insyaAllah.

Hmmmmana best kan kalau terus cerita detik-detik mau bersalin. Ok kita story mory dari mula ya ^__^

Alkisahhhhhhhihihi..

Saya tau yang saya mengandung 18 Jun 2012, jam 4 pagi macam tu la. Kebetulan ada beli alat uji kehamilan tu kan. Cek-cekGembira bukan main lagi. Terus lari-lari anak kejutkan en.hasben..Tarik-tarik tangan dia ajak pi tengok. En.hasben pun ikut seja walaupun mamai-mamai baru bangun tidur.

Masa tu saya cek guna yang line tu..kalau dua line memang sah mengandung.

Lepas kasi en.hasben tengok kan, boleh-boleh dia cakap.. ini apa ni?..tengok laada dua line. Kalau dua line maksudnya mengandunggggg”…boleh pula dia jawab..biar betul?..apa lagi saya pun bagi la kotak PT tu..itu pun en.hasben seolah-olah tidak percaya lepas tu terus pi sambung tidur..Tinggal lah saya terpinga-pinga depan pintu tandas -_-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebab tidak percaya yang saya ni sedang mengandung, saya pun beli satu lagi PT di Farmasi.  Tadaaaaa...hasilnya...3+ tu maksudnya 3 weeks and above..kiranya sudah sebulan lebih ^_^

~Jenama clearblue. Boleh dapat di mana-mana farmasi ^__^~
Lepas periksa guna PT, pi makmal HWKKS (H.Likas) lagi buat urine test. Bukan masih tidak percaya, cuma mau kepastian sebelum disebarkan berita gembira. Then keputusannya memang SAH saya mengandung. Alhamdulillah. 

~Keputusan yang menggembirakan ^__^~
Saya buat test pada hari yang sama iaitu 18 Jun 2012. Saya tidak terus pegi klinik. Tunggu lagi. Bila betul-betul masa terluang, baru saya dan en.suami pegi klinik ibu dan anak Inanam. Bila sampai klinik, kena suru pula test urine semula. Klinik mau pastikan betul-betul pulak. 

Selain tu, nurse di Klinik Inanam (K.I) suru pula ambil darah untuk HB. Lama juga la menunggu turn sebab keadaan K.I yang sangat sempit. Kesian. Bangunan K.I pun ntah yang kurun ke berapa lagi. Kesian kan penduduk di area Inanam. Sepatutnya dibaikpulih memandangkan Inanam daerah yang diketegori ramai penduduk.


~Alhamdulillah positive~
 Sambil tunggu keputusan darah, saya pun masuk bilik nurse untuk buat buku Rekod Kesihatan Ibu. Buku ni kena bawa sentiasa. Pi mana-mana pun. Saya selalu simpan buku ni dalam beg tu pasal macam ada koyak-koyak dan comot ^__^. Kenapa buku ni mesti bersama kita? Semua data kandungan kita ada dalam buku tu..so, lets say la kan...have sumting Appen with ibu mengandung, buku ni doktor boleh refer untuk tau keadaan kita. Alaaa buku ni bukannya berat sangat kan ^_^

~Rekod Kesihatan Ummi yang comot~
 Mulanya saya tidak tau pun yang saya mengandung baby twins. Hari tu doktor scan time kandungan 2 bulan, nampak satu jak. Ya la..kuasa Allah kan..tiada siapa yang menyangka. Kita hanya merancang, tapi Allah merancang lebih dari apa yang kita sangkakan. 

Saya tau kembar ni 13.09.2012. After balik dari KL ari tu. 13 Sept tu temujanji dengan doktor. Mau scan baby untuk tengok perkembangan baby. Masa tu punya la gembira sebab dapat tengok dia di tV ^_^..waaaa anak ummi ni, kecil-kecil lagi sudah masuk tV ^__^ Hihihi


~First time tau dapat baby kembar ^__^~
Mula-mula doktor cek perut dulu. Tekan sana tekan sini. Lepas tu doktor sukat tinggi rahim pulak. Bila semua suda selesai barulah doktor mula scan. Saya pun diam saja walaupun perasaan mau tengok baby dalam perut meluap2..Tup Tup..

~tv scan baby tu ditepi kepala ni...macam mana mau tengok..hihihi~

"eh..baby kamu twins ni..patutlah saya rasa perut kamu macam besar"

Masa doktor cakap macam tu...Ya Allah.....macam-macam perasaan ada. Susah la untuk digambarkan. Badan yang tengah baring di katil pun macam tidak terasa. Macam berada diawang-awangan. Ahaks.. Memang langsung tidak percaya!

"Kembar?? betul ka doktor?"

Memang sangat-sangat la tidak percaya. Alhamdulillah. Masa tu dalam hati ni sebut "Ya Allah" "Ya Allah" "Ya Allah".

Lepas tu doktor pun kasi saya tengok. Doktor bagi tau..

"ini baby first..kedudukan dia melintang..yang ini pula baby kedua..kedudukan dia kepala dibawah..tapi jangan risau, sekarang ni baby akan pusing-pusing dalam perut untuk cari keselesaan"

"oooo" Itu jak yang saya cakap sebab tidak tau mau cakap lagi. Tiba-tiba tu, doktor tu cakap la dia mau cari separating membrane tapi tidak jumpa pula.

Lepas tu mula la risau..Tanya la doktor, ada apa-apa masalah ka..Alhamdulillah doktor cakap, "setiap kandungan ada risiko-risiko, tapi jangan risau..saya scan balik"

Masa tu gembira dicampur dengan risau. Mesti la risau kan. Puas juga la doktor tu cari tapi tidak jumpa juga separating membrane dan satu lagi, doktor hanya jumpa satu uri.

Untuk kandungan kembar ni, if 1 uri saja maksudnya kembar seiras...kalau 2 uri pula kembar tak seiras. Jadi jangan risau kalau satu uri tapi tetap ada risiko2 juga ^__^

Oleh sebab tidak jumpa juga separate membrane dan uri yang satu lagi, doktor plan hospital delivery. Alhamdulillah sebab sentiasa dalam pantauan doktor.

Keluar saja dari bilik doktor, saya terus jalan cari en.suami yang entah dimana.. Rupanya duduk saturang di luar Klinik.

Masa tu entah macam mana mau bagi tau dia..Bila kami jalan pi parking, masa tu la saya bagi tau..

"doktor cakap kembar"

"ooo...APA???? kembar?? Biar betul?"

Eikkk..begitu la riaksi dia. Haha

Bla....bla....bla.... `panjang la cerita tu.......'

"doktor cakap apa lagi? ada risiko ko?"

Begitulah setiap mama dan bapa. Mesti risau kan keadaan anak walaupun masih dalam kandungan..

Saya pun cakap macam doktor tu cakap..aisemen...pandai la konon..hihihi

"setiap kandungan ada risiko tertentu...cuma untuk kembar ni risiko dia lain sikit doktor cakap..tu yang kena rujuk di hospital."

"risau pula.." Sepa yang tidak risau kannn..ehehe

Lepas tu masing-masing senyapppppp. Melayan perasaan yang entah macam mana diluahkan.. ^_^


1st check by Doktor

On the same day, 13.09.2013...saya terus pi Hosp Likas. Amik nombor dan duduk tunggu nombor kena panggil. Lama juga la. Walaupun saya ni staf Hosp Likas, saya tetap tunggu turn. Kalau ikutkan, boleh saja saya serbu bilik doktor dan bagi pas kerja saya supaya saya kena check dulu tapiiii mana boleh buat macam tu..Kesian kan dengan patient yang lama tunggu...sepatutnya turn dia tapi kita yang ambil..Mau ka kalau kita kena buat macam tu? So, bila tidak suka orang buat yang kita tidak suka....jangan cuba-cuba buat apa yang orang tidak suka...hihihi

Bila turn saya sampai, tup tup doktor lelaki pulaaaaaaaaaa...Mula la gelaba nda tentu pasal. Mula-mula tu, dia tanya soalan itu ini. Sooo many question. Tapi ok la kan..itu pun untuk memudahkan kerja diorang.

Alhamdulillah yang akan scan tu doktor perempuan! Huh!!

Bila doktor Emelda yang scan, still tidak juga jumpa apa yang dicari. Ada 5 orang doktor (3 lelaki dan 2 ppuan) gilir-gilir dok pusing2 scan di atas perut saya. Sampailah doktor pakar O&G(kontrak) dari Iran try pun masih juga tidak jumpa. Mula la risau.

Dengan memberanikan diri, saya pun tanya doktor Emelda.."doktor, kenapa dengan kandungan saya? ada masalah ka?"

"ooo...tiada apa-apa juga cuma kami cuma mahu pastikan sama ada berasingan membrane atau tidak dan kongsi uri atau tidak.."

"baby saya ok juga kan doktor..sihat kan??"

"baby kamu ok..jangan risau"

Alhamdulillah..lama juga la dalam bilik doktor. Pindah-pindah bilik scan tu cukup memenatkan.. ^__^

Selepas berusaha cari, doktor pun minta saya datang 2 minggu dari tarikh hari tu..Penantian lagiiiiiii...

Alhamdulillah walaupun selepas tu doktor bilang mesti datang every 2 weeks, saya ok saja yang penting si twins ni selamat dalam kantung saya.. ^_^

sekian untuk hari ini :)




LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers