KISAH KASIH


Allahu Allah...

hanya dendangan zikirullah dan tangisan menyelubungi hatiku saat terpandang si kecil
yang suci terbuang, terbiar di semak belukar,
bertaburan di sampah sarap...

inilah umat akhir zaman..

jahiliah zaman firaun,
anak lelaki dibunuh hidup-hidup..
jahiliah zaman sebelum kenabian Rasulullah,
anak perempuan pula dibunuh hidup-hidup..


tapi ummat akhir zaman ini lebih teruk dari zaman2 dahulu..

buktinya,

tidak kira anak lelaki atau anak perempuan dibuang hidup2!!!!

sedih dan geram menyelebungi perasaanku saat mata hati ini terlihat satu video yang menyayat hati.

sikecil
berlumuran najis sendiri
berbekalkan puting jarinya sendiri
sebagai penyambung hidupnya..
tiada tangisan tanda redhaNYA bersama..
cukup sifat, cukup sihat!!!

alhamdulillah ucapan dibibir!!!
anak yang dibuang itu masih bernyawa!!

duhai si ibu kepada bayi-bayi yang dibuang,
tidakkah kau sedar..
kau telah melakukan dua DOSA sekaligus..
DOSA berzina dan DOSA membunuh..




(.....tangisan berpanjangan..tidak mampuku teruskan.........)


sayangku





ya Allah..
tidaklah ENGKAU menimpakan ujian kepada hambaMU
melainkan ianya adalah bukti
KASIH SAYANGMU..

ya Allah..
KAU kuatkan hati adikku ini ya Allah..

setiap perkhabaran mengenainya membuat hati ini terkulai layu..
setiap tangisannya dihujung talian membuat jiwa ini merana..
setiap luahannya membuat nafas ini sesak..

manakan tidak ya Allah..

sewaktu kecil,

warna ini bajuku, itulah juga warna bajunya
jubah baju rayaku, jubah juga baju rayanya
permainan ku permainannya walaupun terkadang gaduh menjadi taruhan,
pendek rambutku, pendek juga rambutnya..
terkadang ada yang kata kami kembar..

dia,
seiras wajahku sungguhpun tidak sepenuhnya,
darahku mengalir disetiap aliran darahnya..
darahnya mengalir disetiap aliran darahku..
daging kami daging yang sama..
hasil benih yang sama..
sakitnya, sakitku..
sukanya, sukaku..
sedihnya, sedihku..
lukanya, lukaku..
deritanya, deritaku..
bahagianya, bahagiaku..
tentangnya, tentangku..

Ndung,

semoga Allah menyembuhkanmu..
baruku sedar, betapa dirimu sungguh berharga buat diriku..
kau kebanggaanku..
seorang yang tabah menghadapi segalanya..
tangisanmu menjadi saksi diakhirat sana..insyaAllah..
teruskan keyakinanmu kepada Allah..
KEKASIH hati kita..

biarkan apa orang kata pada dirimu,
Allah memahami isi hati hambaNYA..
penyakit itu bukan kau pinta,
anggaplah
ia adalah penawar setiap dosa..
BERSYUKURLAH selalu adikku..

biarkan mereka menyisihkanmu kerana penyakitmu,
kami disini sentiasa bersamamu..
dan ada penjaga yang lagi agung..
itulah ALLAH...


bajuku,bajunya..
ndung, sakitmu terasa disetiap isi dagingku..
ndung, sakitmu terasa disetiap aliran darahku..
kerana kita adalah satu..


dialog luahan adikku...

"dui, saya mau pakai tudung ba..."

"ndung, doktor cakap jangan pakai dulu..tunggu sakit ko sembuh sepenuhnya..insyaAllah, nanti sya pujuk doktor k..pakai selendang pun ok la..."

"dui, saya mau puasa ba.."

"ndung, untuk hamba Allah mcm ko..tidak diwajibkan puasa juga..doktor suruh ko makan ubat 3 kali sehari kan..kalau ko tidak makan ubat, nanti sakit ko makin teruk.."

"kesian lah saya ni..saya saja yang tidak boleh puasa..dui, pujuk la mama..saya mau puasa ni..satu hari pun ok la..saya janji saya tidak buat mama risau juga.."

"insyaAllah..saya cuba pujuk mama..nanti esok ko jumpa pakar kan minta izin la boleh puasa atau tidak. suruh doktor ubah jadual makan ubat supaya ko dapat puasa."

antara luahannya yang membuat hati ini hanyut dengan air mata...

"dui, lepas saya sakit di kolej..ramai suda kawan yang tidak mau kawan dengan saya. saya malu. semua dorang tidak mahu dekat saya. dorang sisihkan saya. saya macam tidak mahu pergi kolej sudah. saya putus asa sudah ni. janji jangan bagi tau mama yang saya tiada kawan sudah dikolej..nanti mama risau..saya tidak mahu mama risau."

Allahu Allah...


Ketika Cinta Bertasbih




Dedikasi buat yang tersayang...


Kehangatan mega filem "Ketika Cinta Bertasbih" atau lebih dikenali KCB semakin meletup (dalam pejabat aku saja laa) lantaran susun atur karyanya sungguh mantOp dan indah. mudah untuk difahami malah sangat menyenangkan.

Banyak perkara menarik dan mesej yang cuba dipersembahkan. sedikit sebanyak mengubati kerinduan an'nisa dan ar'rijjal terhadap filem-filem yang bermutu dan tinggi nilainya pada masyarakat ramaja hatta retua. dari dasar hatiku yang tidak pernah berada dalam situasi kehidupan masyarakat KCB menilai ianya satu tauladan yang harus aku contohi dan insyaAllah masyarakat kita contohi.

mungkin tidaklah keterlaluan bila aku katakan mega filem ini adalah yang dinanti-nanti oleh ribuan bahkan jutaan muslimin khususnya masyarakat kita. Ia adalah strategi reedukatif menerusi pembentukan pandangan alam kata orang sekarang, menuju sebuah masyarakat yang dinamik, bertamadun, serta bercorak islami.

__________________________________________


(my love kaka Yoyo)

Kehangatan Ketika Cinta Bertasbih sudah mulai suam. Mungkin juga di sebabkan oleh kehadiran musim demam piala dunia. Namun ada yang menarik untuk dikupas mengenai scenario masyarakat kini dengan mesej yang cuba disampaikan dalam KCB.

Dari kaca mata insan yang tidak berada dalam situasi masyarakat Abdullah Khairul Azzam dan Anna altafunisa, wajar sebagai penonton, pengkritik mahupun sekadar pemerhati menilai baiknya kehidupan dalam kalangan masyarakat mereka.

Muda mudi yang takut secara terang-terangan menunjukkan perasaan cinta berlandaskan nafsu pada yang diminati, muda mudi yang menghormati orang tua, muda mudi yang sangat menjaga hati dan perasaan masyarakat sekeliling. Itulah genre masyarakat yang antara lain cuba ditonjolkan dalam KCB.

Lihat sahaja pada perwatakan hero KCB, meski jauh di sudut hati mempunyai perasaan terhadap heroin, semuanya dipendamkan dan hanya berserah pada Allah SWT semata-mata. Iya, pada siapa lagi penyerahan yang lebih afdal selain dari Allah SWT yang maha berkuasa.

Sedikit mengenai KCB. Saya bandingkan pula dengan situasi masyarakat ‘kita’. Dulu, zaman sebelum generasi Y saya percaya dan yakin situasi masyarakat desa dalam KCB mempunyai persamaan dengan masyarakat kita. Ketika itu agak janggal jika mendengar ada pemuda yang membawa gadis ke rumah dan menginap di rumah sambil memperkenalkan kepada kaum keluarga sambil berkata “...... mak, bapa inilah sang kekasihku.....” janggal, sukar malah tidak mungkin.

Sekarang? Zaman masyarakat tradisi dahulu adab dan adat terlalu dijaga. Kerana itu, zaman masyarakat tradisi dahulu, anak gadis berada di rumah. ‘ditambat’ kaki si anak gadis di rumah bukan bermaksud menindas kaum perempuan tetapi semata-mata untuk menjaga maruah agama dan juga bangsa.

Zaman nenek moyang mungkin juga zaman ibu bapa kita yang sudah berusia 50 keatas, jodoh itu saya percaya langsung dari tuhan. Tidak ada proses bercinta-cinta, berdating-dating. Sama seperti situasi Abdullah Khairul Azzam dan Anna altafunisa. Cinta dipendam jauh di lubuk hati. Jika benar jodoh, tangan akan terpaut juga.

Jauh.... jauh dahulu itulah situasi proses membina rumah tangga. Masa kini? Zaman generasi Y.... zaman yang menakutkan. Apa yang dihairankan jika ada anak teruna membawa anak gadis ke mana-mana tanpa ada ikatan sah? Apa pula yang dihairankan jika ada anak gadis/teruna menginap di rumah bakal mentua tanpa ada sebarang ikatan melainkan kalimat couple.

Jauh.... jauh sudah ditinggalkan zaman masyarakat tradisi yang indah seindah Ketika Cinta Bertasbih.

_____________________________


komentar dari hamba Allah..Sibudak kecik…

filem KCB ini cinta, ikhlas, dan poligami dikemas dalam bentuk yang arif dan bijak tanpa menghadirkan konfrontasi. Dalam filem itu dihadirkan dialog yang setara dan berdasarkan keilmuan. Anna mengajukan dua syarat sebelum menerima hajat (tunang) Furqon. Selain harus menetap di lingkungan pesantren, Anna juga tak ingin Furqon melakukan poligami selama dirinya masih hidup dan mampu melayani kewajibannya sebagai seorang isteri.

Dari adegan tersebut sempat dimunculkan perdebatan di antara kedua alumni Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir tersebut. Namun Furqon dapat memahami permintaan Anna kerana rujukan yang digunakan memiliki dasar keilmuan yang jelas. Dalam filem itu dibentangkan kitab Al Mughni karya Ibnu Qudamah sebagai bahan rujukan.
Kemudian, dipaparkan kata-kata indah dan puitis dari Anna,
“Saya hanya ingin seperti Fatimah yang selama hidupnya berumahtangga dengan Ali bin Abi Thalib tidak dimadu oleh Ali. Dan saya ingin seperti Khadijah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Rasulullah juga tidak dimadu…”
Novelis berdarah arab yang sering disapa dengan nama Kang Abik ini berkata, “Poligami bukan sebuah keharusan tetapi rukhsoh atau keringanan untuk penyelesaian kemanusiaan

Cinta yang membawa pahala dan diredhai Allah Swt.
Cerita yang juga mampu menuntun kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.
Kang Abik menghuraikan, “Sebuah bentuk cinta yang membawa manfaat atau kebaikan, cinta lawan jenis dalam koridor keagamaan.”
Ketika Cinta Bertasbih adalah filem yang sangat bagus. Ia berjaya memadukan dakwah, tema cinta, dan latar belakang budaya suatu bangsa.
Sosok ‘HAMKA kecil’ sudah muncul di Indonesia. Apakah ‘Hamzah Fansuri Zaman Moden’ bakal lahir di Malaysia pula? Mampukah penulis semisal Ustaz Hasrizal, Faisal Tehrani, Fatimah Zahra, dan lain-lain menghembuskan ‘angin tajdid’ terhadap Industry Filem Nasional?

sekian dari ku...

kutitipkan sebuah puisi cinta deklamasi dari heroin KCB..

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta..
Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna

—–---------------

Sekalipun cinta telah ku uraikan, dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri… meskipun lidahku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang.. sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.. kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta.. dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keldai terbaring dalam lumpur.. cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa


KETIKA

ketika ku bahagia
ketika ku gembira
ketika ku senyum
ketika ku tawa
ketika ku lelah
ketika ku kecewa
ketika ku sedih
ketika ku duka
ketika ku gelisah
ketika ku nestapa
ketika tubuh luka-luka
ketika darah menetes pantas,

sekuat jiwa, sekuat hati
berlari padaMU
KEKASIH,peluklah daku!
hamba takut cintaku padaMU hilang..

"Salahkah chek pakai tudung daddy?"

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam.


Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.


Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin.

Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.

Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.

Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj.


Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata,


""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!


Panggggggggggggggggggg...


Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.


"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."


Panggggggggggggggggggggg....!


Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.


"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!". Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


-maaf, entri kali ini agak merapu..sangat2 merapu...selepas membaca entri ini sama2 kita ISTIGHFAR...jangan ketawa lagi ok..

kerana mati itu amat dekat!!!


sms undang cintaNYA

"yati, iboh jak la kitak pakei tudung besar2 cam ya. rimas kamek nangga kitak. cukuplah pakei tudung macam sidak lain. lagipun kitak ya bukannya ustazah ehh"

ya Allah..hanya Allah yang tahu betapa hati ini menanggung sedih yang teramat sangat. Air mata menjadi teman malamku bersamaNYA. ya, aku pelajari sesuatu dari kak nisa sewaktu Kem Islam Id Ginawo.. "perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis"..

Segalanya aku tangkis semampu mungkin, terus kuat dengan sedaya kudratku yang Allah kurniakan. aku telah nekad untuk tidak tergugat pada kata-kata seperti itu.

irama sahabat pada telefon sony memecahkan khayalanku pada kejadian yang sejenak aku fikirkan.. 

Tersenyum..gembira..aku tersenyum..mesej dari hamba Allah yang sering aku nantikan..

= uda sayang =

"askum along. maaf uda teda kredit beberapa hari ni."

= along =

"salam uda..nda apa juga. along faham. uda apa kabar?"


= uda sayang =

"uda shat. tapi perasaan uda. kenapa ya uda rasa hidup uda bosan?"


ASTAGHFIRULLAH... terpanah hati ini pada kata-kata itu..otak ligat memutar kata memaksa tangan menulis busana kata yang terfikir...

= along =

"Allah sedang mguji kita. mungkin kita telah pergi jauh dari Allah yang tidak pernah meninggalkan kita.ingat, selagi hidup kita kerana Allah, tidak ada istilah bosan kerana segala dari Allah itu adalah yang terbaik buat kita. hanya kita saja yang mengabaikannya."


ya..aku sedang menasihati diriku yang utama..aku juga sering lalai dalam nikmat dunia yang Allah berikan..

= uda sayang =

"terima kasih"


hanya itu..ya..
lama aku membawa fikiranku pada kenangan 3 tahun yang lalu sewaktu titik perkenalan ini terjalin...pertemuan yang telah Allah rancang dan yang telah tercatat di Luh Mahfuz..tempat yang terjaga kesuciannya..

insyaAllah, aku memahami kedukaan hatinya..aku mengetahui keresahan jiwanya..

= along =

"uda, along pn mcm uda juga. mcm yg uda pernah cerita dulu..along faham..along pun pernah lalui juga. memang sukar..tapi, uda dan along juga mesti ikhlaskan hati terima segala ujian dari Allah. achik pernah cakap kan, ujian ni tanda Allah sayang pada hambaNYA..Allah tidak mahu kita lalai..sesekali Allah kita kembali kepadanya dengan ujian yang datang"

mesej kedua

= along =

"seharusnya kita bersyukur sebab Allah masih bagi kita ruang untuk berbicara denganNYA. malangnya kita jarang sekali berbicara dengan Allah walhal Allah itu MAHA MENDENGAR. apa yg penting sekarang, kita ikhlaskan hati untuk memaafkan semua hamba Allah. dan memohon maaf la pada semua. itu saranan Rasulullah..hati kita ni ibarat kain putih..bila banyak kebencian dan dendam maka terhasil lah corak dendam dan benci. warnanya subahanallah...boleh buat sakit bila memandangnya..along minta maaf juga kalau ada kata2 along yg menyakitkan hati uda"


sekadar itu yang mampu aku katakan. aku tidaklah pandai sangat dalam mengukir kata. semoga Allah memudahkan uda untuk memahaminya..

penantian balasan mesej dari uda menjadikan lenaku memanggil-manggil..
akhirnya mataku tertutup rapat..pejam bersama linangan air mata kerinduan pada bonda tercinta!!!!


"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

jangan lupa doa tidur....

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

kerana "Hotel For Dog"


selama 2 jam lebih aku menghabiskan masa dihadapan laptop. tengok cerita Hotel For Dog. ceritanya menyentuh hati. mungkin hati perempuan mudah tersentuh pada perkara-perkara yang menyedihkan. walaupun tiada airmata yang mengalir, cukup buat hati ini tersentuh.

entah kenapa tiba-tiba terkeluar soalan yang aku fikir soalan bodoh. tapi bila fikir balik, sekurang-kurangnya aku tidak mematikan akal fikiran pada persoalan yang wajib kita ketahui. "Kenapa pula anjing ni Allah haramkan?apa sebabnya dan rasionalnya"

istighfar panjang aku bila persoalan ini aku hadirkan dalam hatiku. sejak hari itu aku sering tertanya-tanya kenapa...kenapa...kenapa..hinggalah aku terjumpa hadis ini ;

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Riwayat Muslim- ini hadis yang sahih..selepas jumpa pada hadis ini, aku fikir hatiku terus terdiam begitu sahaja. datang pula pelbagai-bagai soalan. soalan sama "kenapa?"

aku istighfar lagi.. lama juga aku membiarkan persoalan hatiku mati begitu sahaja. aku menonton cerita tu pada awal bulan sya'ban. wah lama juga aku mematikan persoalan itu dalam hatiku. selepas solat subuh tadi (19.08.10), persoalan itu tiba-tiba bertandang selepas mendengar anjing menyalak. hasrat dihati mahu membiarkan lagi. bukan apa, aku takut akidah ku tergugat pada persoalan seperti itu. tapi bukankah aku harus mengetahuinya??bagaimana kalau ada orang yang bertanya?? apa yang akan aku jawab..??

aku mula mencari..terus mencari..Alhamdulillah aku terjumpa jawapannya pada blog seorang ikhwan. aku juga sudah minta izin untuk copy. semoga ianya bermanfaat buat kita semua..

___________________________________________________________________________________

Anjing merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa anjing tidak boleh dipelihara dan disentuh seperti yang ternaktub di dalam hukum-hukum ibadat agama Islam.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.

Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak)

Apa yang mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak tahu sama ada tahu akan hukum atau tidak ) membela anjing dan suka-suka hati memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai…….

___________________________________________________________

pencarianku tidak terhenti setakat disini..aku cuba lagi mencari dan terus mencari...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. mengkategorikan khinzir sebagai binatang yang haram dimakan. Adapun anjing merupakan binatang yang membawa najis mughallazah (najis yang berat). Kedua-dua binatang ini adalah haram bagi umat Islam.

Namun perbahasan mengenai anjing agak panjang di kalangan ulama. Ini kerana ada ketikanya anjing boleh dimanfaatkan seperti mengajar memburu dan membantu di dalam menjalankan siasatan seperti mana anjing-anjing yang diajar oleh polis untuk mengawal keselamatan dan sebagainya.

Dalam pengharaman khinzir pula Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Baqarah: 173)

Di dalam memanfaatkan anjing

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Mereka menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu [1]. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu [2], dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) [3] dan bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya. (al-Maidah: 4)

[1] Maksudnya: binatang buas itu dilatih menurut kepandaian yang diperoleh daripada pengalaman; fikiran manusia dan ilham daripada Allah tentang melatih binatang buas dan cara berburu.

[2] Iaitu: buruan yang ditangkap binatang buas semata-mata untukmu dan tidak dimakan sedikitpun oleh binatang itu.

[3] Maksudnya: pada waktu melepaskan binatang buas itu disebut nama Allah sebagai ganti binatang buruan itu sendiri menyebutkan waktu menerkam buruan.

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Adapun pengharaman anjing dapat dilihat melalui hadis Rasulullah s.a.w. di atas.

Walaupun pada asasnya hadis ini menyuruh kita membersihkan bekas yang dijilat anjing tetapi ia membawa maksud yang luas sehingga para ulama mengistinbatkan (mengeluarkan hukum) bahawa jika mulutnya dikira membawa najis apatah lagi tubuhnya, serta apa-apa sahaja yang keluar daripada anjing dihukum najis.

Mengikut pendapat al-Syafieyyah jika anjing itu kering ia boleh disentuh, jika basah tidak boleh. Ini kerana kemungkinan kuman menjadi aktif dan mudah berpindah ke tubuh badan manusia.

Adapun mazhab al-Malikiyyah berpendapat yang haram pada anjing hanyalah apa-apa yang keluar dari mulutnya sahaja ini kerana hadis Nabi s.a.w. di atas menyuruh kita menyamak bekas yang terkena air liur anjing sahaja.

Suruhan Rasulullah supaya bekas yang terkena air liur anjing disamak kerana mulut adalah tempat anjing memakan pelbagai benda serta terdedah kepada kekotoran, maka dilihat bahawa yang membawa bahaya adalah apa-apa yang keluar dari mulut anjing dan bukannya badan anjing tersebut. Kedua-dua ayat di atas serta hadis Rasulullah s.a.w. jelas kepada kita bahawa kedua-dua binatang itu adalah haram dalam Islam.

Dari sudut bahayanya pula kita sedia maklum akan bahaya gigitan anjing. Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia. Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam jurnal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan.

Baginda sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya. Seperkara yang ingin ustaz kongsikan ialah, walaupun kita tidak menemui fakta sains dalam membuktikan kemudaratan khinzir dan anjing, kita wajib patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan perintah nabi-Nya yang menyuruh kita meninggalkan perkara yang tidak baik bagi manusia serta apa-apa yang boleh mengganggu sistem kesihatannya. Islam itu indah dan cantik suka kepada kecantikan dan kebaikan kepada seluruh penganutnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

semoga perkongsian ini membuat persoalan dihatiku terjawab..Alhamdulillah..

Apa sahaja yang Allah kurniakan pastinya ada KEBAIKAN...yakinlah duhai HATIKU... ^_^

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers