:: Rahsiakan Atau Hebohkan ::

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^




Emm...alhamdulillah...
ramai sahabat2 yang sebaya @ senior setahun 2 hampir melangkah ke alaam baru...
terutamanya di musim cuti sekolah ni pasti ramai yang akan melangkah ke 'dunia baru'..dunia perkahwinan mahupun dunia pertunangan. Ada juga kawan-kawan saya yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan..semoga segalanya berjalan lancar dan selamat semuanya nanti..insya Allah.

Kalau perkahwinan, pastinya perlu dihebah-hebahkan dan dimaklumkan kepada orang lain..tapi bagaimana pula dengan pertunangan? Bertunang perlu ke untuk dihebah-hebahkan kepada orang lain? Sebagai seorang yang bakal bertunang,sebaiknya tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, kecuali kepada saudara mara atau sahabat terdekat. Ini kerana pertunangan itu adalah separuh langkah menuju perkahwinan, bukan satu kepastian yang jitu tentang perkahwinan kelak. Jika sesuatu yang buruk berlaku,bagaimana? Sebab itulah pertunangan itu perlu dirahsiakan..

Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan."(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa' al-Ghalil)

Begitu juga kita sebagai sahabat. Jika kita maklum tentang pertunangan sahabat kita, kita juga perlu merahsiakannya daripada orang lain. Tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, samada secara direct ataupun melalui medium lain (sms,email,blog dan sebagainya). Penting untuk menjaga kerahsiaan ini, lebih-lebih lagi sesuatu yangpersonal atau private dalam kehidupan sahabat kita yang telah atau bakal bertunang.

Sekadar pendapat peribadi daripada saya, melalui pembacaan dan rujukan....tuelah kadang kita tak faham apa yang baik untuk kita...& apa yg kurang baik...seandainya tidak mencari @ membaca...pastinya......diri sendiri pon xtaw tentang hal2 gini....

ok, kita fikir-fikir sendiri ya. Kita ikut apa yang Rasulullah ajarkan ya.





:: Kawin Awal, Tak Takut Ke?::

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^

Alhamdulillah hari ini mode gembira walaupun terpaksa turun pejabat untuk bereskan claim staff dan mengurus peralatan pejabat yang kurang dan perlu dibeli. Bingung?? Tidak lah. Saya ok saja. Small matter kan. Sudah tugas yang diberi oleh KKM dan amanah dari Allah, so kita kena terima.

Lagipun, masa mula-mula dapat kerja as Pembantu Tadbir ni (orang kampung kata, kerani saja ba) saya sudah setkan dalam mind bahawa ini amanah dari Allah sekaligus bonus rezeki dari Allah. Nah, sudah dapat harusnya bersyukur. Hmmm saya ni saja yang selalu mengeluh. Susah la. Menyesal la. Allahu Allah.

Ustazah selalu pesan "JANGAN KUFUR NIKMAT"

So, Alhamdulillah wa syukurillah.

Alhamdulillah, sementara tunggu kerja kak Ada di farmasi hospital siap, saya pula mengupdate blog. Entry pasal kawin lagi. (atukkoi, nokuro ti tanak ti..kawin nopo man boroso..adehhh) Eh, jangan salah sangka ya.

Tadi masa jalan-jalan cari bahan bacaan, saya terjumpalah bab kawin ni lagi. Tertarik la dengan isinya yang insyaAllah ada pengajaran yang perlu kita amik^^,

Jangan pula korang cakap saya ni kemaruk mahu kawin. Eh dak..saya just share apa yang saya dapat ok. Kebetulan asik jumpa bab kawin saja. Hmmm.. seru nak dekat sudah kot  ^^,

hehehehehe...hahahahahaha..
(tersenyum la tu bila saya tulis macam tu..kan kan kan ^___^)

Sebelum tu, saya mahu share satu perkara dengan korang. Kira bonus untuk korang la juga dan ini sebagai pemberitahuan la. 

Macam ni, pernahkah anda mengalami sakit perut (mahu ketandas) bila sarapan pagi atau makan waktu pagi?? pernah?? oh bersyukurlah. Walaupun kita rasa sakit, tapi sebenarnya itu baik untuk kesihatan. Kira itu toksin malam semalam yang kita buang. Jangan risau makanan yang anda makan pagi tadi belum tercerna lagi. ^^,

Kalau kita buang hajat besar sekurang-kurangnya sekali sehari, Alhamdulillah bersyukur la nak. Tidak semua hamba Allah merasai nikmat itu. Lepas tu, selalu la juga makan pisang ya. Pisang ni bagus untuk melancarkan proses pencernaan. InsyaAllah memudahkan kita untuk membuang.

(siaplah aku kalau salah bagi penerangan...eh, tapi aku bagi tau yg betul tau...)

Alhamdulillah. Harapnya pasal perkara di atas tu, pasal pisang, buang hajat tu.. korang tanya la juga dengan yang lebih pakar ya. Takut saya tersalah bagi ilmu pula ^^,

ok, jom kita tengok pula bab kawin awal ni ^__^

mesti korang suka kan kalau bab-bab kawin ni..tu pasal sanggup baca entry saya ni. Ok la. Jangan malu baca pula bila ketahuan yang awak tersenyum baca entry ni. ^____^

ceritanya bermula macam niiii

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami depression di mana saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? 

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. 
Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Allah ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, selesai sudah membaca kan. So, apa lagi??hehehehehe

p/s : jangan pula terpedaya, ikut hati korang la..kalau masih boleh menjaga hati tu dari godaan-godaan, tidak salah kalau membujang buat masa ni =_=. Utamakan yang utama dan penting. Bukan saya kata kawin ni x penting, tapi mungkin ada yang lebih penting kan. 

:: Jangan Mencari Yg Terlalu Sempurna ::

Assalammualaikum Tautan Hati.

Subahanallah Alhamdulillah AllahuAkhbar.

Tertarik pada kata-kata yang ada dalam note seorang sahabat. Sejak akhir-akhir ini, banyak benda yang memerlukan saya untuk memberi tumpuan yang lebih pada satu perkara sahaja. Oh maksud saya pada kerja saya. Ibadah itu pastilah yang terutama kan.

Memikul tugas kewangan membuat saya sentiasa berhati-hati terutama tentang claim. Tuntutan Elaun Perjalanan (eTp). Banyak sangat penipuan yang dibuat oleh sesetengah staff. Kita tahu, duit yang tidak halal mempengaruhi kehidupan kita. Lebih-lebih lagi duit itu bakal menjadi makanan anak, isteri mereka.

Sedih sangat. Isnin ini saya akan himpunkan mereka-mereka ini dan insyaAllah saya akan terangkan. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

oh ya, sekarang saya tidak mahu membawa emosi pejabat ke rumah dan begitu juga sebaliknya. 

ok ok..

sekarang kita tengok pula note yang saya jumpa tu ok ^^,



Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~


:: Hargai Kami, Wanita ::

Assalammualaikum Tautan Hati.

Jom selusuri apa yang kami dapat tadi. Best. Jadikan pengajaran terutama kaum adam tu ok?? 

Angguk sikit.....

Pemilik note ni ada dibawah. Just klik on the WDKL. hehehe :)


Seorang lelaki balik rumah.. Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu.

“Tak lah”, jawab isterinya ringkas.

“Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”

Kau isteriku

Dari ilham seorang lelaki..
“ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman sekarang… Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of da reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu member “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kt uma (for instance if he’s gone for a short holiday)

Budak-budak zaman sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat tempat yang happening. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang betul, jika isteri ada kat umah, kepala selalu pening. Pantang kalo isteri ada kat umah and I’m off duty, sure at times boleh membuat kepala serabut.

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa.

Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang ditatap sejak dari tarikh menikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memanglah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat ati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah habis ntuk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup???!

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!


“Ibu, ibu… engkaulah ratu hati ku…”

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? Tak tau lah budak-budak zaman sekarang tp mse kcik, kalo mak takde, sumanya serba tak kena! Jgnkn seminggu, dua hari je dia takde kt uma, hidup mcm da tak bermakna. Memangla, mse mula-mula mak kuar umah, hati melonjak HAPPINESS!! Kalo mak takde, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. Pooott peeett. Pooottt, peeett, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit , boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap jendela tu pon ley tercabut. And if mak takde, Bangzaii!! Merdeka!!! Can do whatever!!!!

Boleh main galah pnjg smpai senja, boleh tgk tv smpai nk kua bijik mata, boleh monteng ngaji, boleh bergayut kt tepon lme2, n plg shiokk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari kedua dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadi sunyi sepi mcm “haunted village”. Pada ketika itulah kite sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI..

Without mum, hidup ni takde cabaran, no challenging, no suspense. Balik kul brape pon takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Then we realized, jari jemari mak yang suka cubit dan memiat telinga itu la rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Tanpanya, hidup tidak berseri dan bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!


ok, nak sayang kami (wanita) atau tidak ni??
sayang naa jangan tak sayang ^_^

Saya Sayang Awak Kerana Allah ^_^


:: Sementara Masih Ada ::

Assalammualaikum..

ma, pa

semalam saya termimpi mama dengan bapa. Dalam mimpi tu semua yang terlintas dalam fikiran saya selama ini betul-betul terjadi. Ya Allah. Saya menangis tidak dapat terima kalau semua itu terjadi. Tapi kalau Allah kata "kun, fayakun"... saya tidak dapat buat apa-apa.

Saya sentiasa mendoakan mama dan bapa selalu. Saya sayang mama, saya sayang bapa. 

Doakan saya disini. Keredhaan mama dan bapa amat saya perlukan sebabnya redha Allah berserta redha ibubapa. Inilah jalan yang saya pilih. Jadi tiada siapa boleh halang. Jika semuanya kembali normal, saya akan kembali.

ma, pa
terima kasih sebab menjadi pendidik yang terbaik. Walaupun tiada didikan agama yang terbaik mama dan bapa berikan. Saya faham kekangan kewangan yang kita hadapi. Tapi, itu tidak bermaksud saya terus berada dijalan kejahilan. Sebab itu saya berusaha untuk mengenal islam. 

Tentangan..
walaupun dulu bila pakai tudung mama dan bapa tidak galakkan, saya tetap bersabar. Tersenyum bila dimarahi. Alhamdulillah, raya aidilfitru mama sendiri buatkan saya tudung labuh sebagai tudung hari raya. Alhamdulillah. Walaupun mama buat ada sedikit kecil, tapi saya hargai mak. Saya sayang mama.

Lepas tu, bapa sendiri hadiahkan saya tafsir alQuran dan t-shirt muslimah. Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Sementara masih ada,

saya mahu berbakti pada mama dan bapa. Terimalah sebuah rumah dari saya sebagai tanda sayang saya pada mama. Walaupun rumah kayu yang tidak seberapa besar, saya harap ianya dapat melindungi mama dari panas, hujan, dan segala macam bahaya. 

Tidak sabar berada dirumah itu. Rumah yang dibina dengan penuh kasih sayang dari Allah. Tahun depan, sementara masih ada, saya mahu beraya bersama mama dan bapa di rumah baru kita. 


InsyaAllah. Saya akan baiki rumah kita ni sebaik-baik mungkin. Tidak apa, Allah tidak nilai rumah tu buruk atau cantik. Yang penting isi dalam rumah tu sentiasa bersyukur dan bersabar. Yang penting sebagai hamba Allah, kita jangan belakangkan Allah dalam segala hal yang berlaku dalam hidup kita.

sebagai anak, saya sentiasa berpesan "SOLAT JANGAN TINGGAL"

ya Allah, permudahkan urusan hambaMu..

Himpunkan keluarga ku dalam syurgaMU...

~ Titian Rindu ~

Assalammualaikum.

Dari semalam lagi air mata ni seakan-akan mahu keluar. Tapi alhamdulillah saya terus bertahan supaya tiada orang yang akan nampak saya menangis. Tapi tadi, air mata ni gugur juga akhirnya. Enta kenapa dan mengapa. Rasa dalam hati bercampur-campur. Sudah menjadi rojak yang tidak sedap rasanya. 


Dari tadi biarkan air mata bertakung, akhirnya tumpah juga membasahi hati yang kering menahan rasa. Eh kenapa saya ni??

Ya Allah..

Terasa lemah sangat. Rasa macam mahu berhenti dan cukup setakat ini. Tapi berhenti untuk apa?

Ya Allah..

Semoga hari-hari yang akan datang saya tetap kuat untuk terus berada dijalanMU.

Ya, orang nampak kita tersenyum, ceria, bahagia. Tapi mereka ni tidak tahu apa yang ada dalam hati ni. Masalah bertimpa-timpa tapi alhamdulillah satu persatu masalah tu selesai. Ujian kan tanda Allah sayang hambanya. So, alhamdulillah Allah menguji saya. Berkat doa mak, bapa, dan yang lain-lain sedikit sebanyak beban yang di tanggung berkurang.

Oh ya, saya pun berdoa juga ba. ^_^

Masih mampu tersenyum selepas air mata gugur. ^__^.

eh..

Alhamdulillah mood gembira sudah adaaaaaaa ^_^


(tidaklah tergelak sampai macam ni..hehehe)

::Sangat Rindukan Mahirah,Munira,Ajlaa::

Assalammualaikum^_^

Tinta ini istimewah buat kakak tersayang..

Mahirah, Munira, Ajlaa

ya Allah.
Seandainya rindu ini bisa mendekatkan diri ini kepadamu,
kekalkan rasa rindu dan sayang ini..

ya Allah,
seandainya pertemuan didunia bisa menamba kasih kami keranaMU,
pertemukan kami dalam naungan kasih dan sayangMU..

Kak Mahirah, kak Munira dan kak Ajlaa
adikkkkkkk sayanggggggggg akak semua karana Allah ^_^



(kak ajlaa, nak gambarrrrrrrrrrrrrr... T_T)

kak ajlaa, adik rinduuuuuuuuuu...rinduuuuuuuuuuuuuuuuu sangat T__T

:: Mak Carikan Jodoh ::

Assalammualaikum Tautan Hati ^__^



Alhamdulillah Allah masih memberi saya, awak, awak, dan awak nikmat hidup didunia yang hanya sementara ini. Rasa sedih pula bila nikmat hidup yang Allah kurniakan pada saya, saya sia-siakan. Allahu Allah.

Sekarang ini masih juga terfikir pasal kewangan tadi. Bingung. Takut. Tapi kita ada Allah kan, insyaAllah Allah akan bantu juga. Saya kena hati-hati juga la takut tersalah enter kan. Saya yang nyayah!! ^_^

SUBAHANALLAH!!

Tadi kawan serumah ada cerita, sepupu dia sudah kawin. Allahu Allah.


Yang membuat saya kagum, sepupu dia ni tidak pernah nampak bakal suami dia. Kiranya macam mereka ni disatukan oleh mak masing-masing memandangkan mak-mak mereka ni satu usrah. Subahanallah. Yang perempuan ni memang tidak pernah bercinta dan kalau cerita tentang cinta saja dia rasa geli ^_^.

Selepas akad nikah tu, baru si lelaki nampak wajah si perempuan. Ia la, Rasulullah pernah bersabda "boleh tengok wajah perempuan yang mahu dinikahi ..." Tapi bagi kedua-dua keluarga ni, mereka meletakkan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. SUBAHANALLAH.

Semoga Allah memberkati dan merahmati kedua mempelai ini.

Selepas akad nikah, baru kedua-dua mempelai ni ta'aruf. Jom selusuri ta'aruf kedua mempelai pilihan mak ni ^_^

si suami : kenape muke tu siyes sangat??

si isteri : dah muke saya macam ni pun.

si suami : janganlah siyes sangat. Cubalah senyum sikit.

si isteri : (tergelak)

Si isteri ni cakap, mula-mula panggil abang rasa geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat (saya pula yang telebih =p) ^_^. Si suami panggil si isteri "sayang" mawwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Si isteri betul-betul malu kena panggil macam tu. Iya la sebab si isteri ni tidak pernah bercinta, lepas tu selepas akad tu baru jumpa si suami.

Allahu Allah. Best kan macam tu. Tapi apakan daya saya ni. Huhu. Saya bukan macam perempuan tu. Tapi kita boleh ja jadi macam tu kan. Cuma mahu 100% macam tu tidak la juga. Amboiiiiiiii. Ahakzz.

Eh, cerita ni nak share dengan kawan-kawan. Lepas tu, ada sahabat saya sms tadi. Masa dalam perjumpaan entah perjumpaan apa (x tanya pula), dia terjumpa seorang ikhwan ni. Agama SUBAHANALLAH. InsyaAllah boleh menjadi imam buat isteri dan orang lain juga^^,. Selepas perjumpaan tu dia mesej saya dia mahu pinang lelaki tu untuk saya..

Allahu Allah.

Tergelak besar saya (ASTAGHFIRULLAH). Tergelak besar dalam hati sahaja. Saya ok je ^_^ (gatal!!!)
Eh, tidak la. Saya ni apa la sangat kan^_^.

Bukan sekarang masanya kot. Macam kata seseorang tu, hati masih belum terbuka untuk sesiapa. Atas izin Ilahi, masih perlu pada keutamaan lain. Kiranya masih mahu berjuang untuk ISLAM. Saya doakan ^_^

Oh ya, saya ada cerita pada mak soal hati dan perasaan ini. Alhamdulillah mak memahami. Iya, mak kan perempuan juga. Mak dengan bapa dulu pun kawin atas pilihan mama mak (nenek). Bapa yang suka dengan mak. Mak langsung tidak kenal bapa masa tu. Nenek yang pilihkan untuk mak. Alhamdulillah, keluarga saya bahagia. Gaduh sikit-sikit tu lumrah, sedangkan lidah lagi tergigit kan^_^

oh..rindu sama mama dan bapa ^_^

Dulu mak pernah kata, biar mak yang cari jodoh untuk saya. Saya iyakan sahaja. Cumanya saya bagi syarat pada mak. Mahu yang beragama (menjadikan alquran dan sunnah sebagai cara hidup) walaupun saya ni tidaklah beragama. Alhamdulillah mak memahami. 

Satu lagi, saya juga bagi syarat saya berhak untuk menolak kalau lelaki pilihan mak tidak menjaga batas perhubungan. Kira macam tidak mahu berhubung untuk perkara yang tidak penting. TIDAK!! Mula-mula mak hairan kenapa macam tu, mak tanya macam mana mahu kenal pasangan. Saya diamkan. Mungkin bukan masanya untuk saya terangkan pada mak. Tapi saya yakin mak pasti akan faham.

Dalam masa yang sama saya bagi tahu mak, saya juga berhak untuk mencari pasangan hidup saya sendiri. Kira pilihan saya sendiri. Mak ok ja. On saja.^_^. Hinggalah saya melamar seseorang. WAH!!!

Biar betul Haryati ni????

Apa?? Salah kah?? Tidak kan?? Siti Khadijah pun melamar Rasulullah juga kan ^_^. Yang penting kita redha pada sebarang jawapan yang dia berikan. Dan satu lagi yang penting, buat sesuatu tu biarlah kerana Allah kan?? Jadi, bila segalanya kerana Allah, apapun jawapan dari yang dilamar tu, kita tidak akan kecewa.

Saya meletakkan keredhaan kepada Allah itu yang tertinggi. Subahanallah. Indah sangat bila segalanya kerana Allah. Keredhaan melebihi rasa kecewa ^__^.

Eh..merapuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

ok ok ok ok ok..

Mata sudah mengatuk. Doa tido jangan lupa ya. ^_^



= Surat Minta Izin Kawin Awal =

Assalammualaikum.

Allahu Allah. Hari ini hari yang sangat-sangat memerlukan saya untuk bertanya. Kalau tidak bertanya, takut salah. Sebelum perahu saya belayar jauh tersesat, baik saya bertanya kan^^,



Memandangkan kak Leela cuti bersalin, tugas kak Leela diambil alih oleh saya dan kak Nor. Selama kerja ini saya tidak sentuh pun bab kewangan, kalau pembelian ubat untuk Poliklinik tu memang urusan saya. Hanya itu tapi kalau bab pembayaran, tuntutan elaun. Surender!! hehehe..

Tapi tidak salah untuk kita belajar kan?? Ilmu tu sangat berguna. Mana tahu dapat pindah kerja di Sabah, lepas tu ditempatkan di seksyen kewangan. So, saya sudah ada sedikit ilmu kan^^, Alhamdulillah kucar kacir juga dibuatnya. Bergegar tangan menaip butir-butir yang perlu di"enter" dalam sistem. Tapi, dengan nama Allah saya mulakan, insyaAllah Allah akan bantu.

Oh ya, lepas selesai buat kerja kewangan tadi saya berjalan-jalan. Tengok blog ckin. WOW!!! Saya tertarik dengan tajuk yang dia post (sama macam tajuk di atas, tapi ada beza juga ahakzz). Hehehehehe. Saya pun mau kawin awal, siapa sudi?? tapi saya ini banyak kelemahan. (opsssss.....)

ok ini blog ckin (jangan lupa follow my sahabat ideal ni ya)


dan ini blog pemilik artikel yang sebenar
Teruskan membaca ya..agak panjang sikit la. So, kalau ada yang mahu kawin awal tu bersabar dan terus membaca. Mana tahu surat ini membantu^^,. InsyaAllah teringin bagi surat ni pada mama dan bapa^_^. Amboiii..tapi ini kan satu ibadah, tidak salah diawalkan untuk mengelak maksiat berleluasa. Bagi yang mampu menahan panahan cinta, teruskan bersabar. Allah bersamamu ^_^.





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami.

Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga.

Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua.

Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.

Puteramu,
Ajib>

--------------------------------

Best??
ok juga kan?
Kalau macam ni, sejuk hati mak dan ayah^_^

So, kita sama-sama ambil iktibar.

p/s : ckin, terima kasih^^,. So, bila minta abg hai carikan??hehehe...abg hai mesti faham punya. Kirim salam kat family ckin naa^^,

::::: Istimewa Buat Ummu Aiman :::::

Assalammualaikum Tautan hati..

Hari ini hari istimewa sahabat yang banyak mendidik saya..
mendidik saya mengenal islam dan ukhwah.

PLKN,
tempat yang sangat indah!!
Allah temukan saya dengannya.

Saya nangis, dia turut nangis..
saya sedih, dia turut sedih..

Dia selalu usap air mata saya,
dia selalu bagi saya kata penguat,
dia selalu bagi saya nasihat.

Ada nur diwajahnya.
Memandangnya melahirkan rasa ketenangan!!

setiap kali solat,
saya mesti disisi dia.

Paling indah,
kami saling meluah..
ehhhhhhhhhhhhhhh

ummuuuuuuuuuuuuu....
rinduuuuuuuuuuuuu sangattttttttt



    bingkisan jiwa


hanyalah kata-kata
yang kukirim
lewat angin rindu
sampaikan untukmu
kasihku.


  Inginku bicara denganmu
       tiap ruang dan waktu
       tiap saat dan masa
       kau dengar
       kasih
       detik berjauhan
       tiada jarak memisahkan
       gurindam rindu tetap subur
       syair cinta tetap segar
       memenuhi keindahan kasih
       dalam kelembutan tautan
       sukma jiwa.
     
      jika matamu kasih, adalah mataku
      jika bibirku kasih,adalah bibirmu
      jika hatimu kasih, adalah hatiku
      dunia ini menjadi lengkap
      seluruhnya turut berbahagia
      hiduplah dengan rukun, damai
      dengan ketenangan yang abadi
      bersama janji!


   
    Dari mana cinta ini datang
    jika tidak dariMU
    dari mana rindu ini datang
    jika tidak izinMU
    dan  nafas-nafas cinta ini 
    mekar di taman kalbuku.

   cinta yang datang
   dilatari warna-warna
   keindahan
   cinta yang datang
   digetari suling lagu
   merdu
   menusuk sukma
   terpesonaku dengan kelembutan
   tertegun ,diam
   menghayati tiap degup
   rindu  mengalir.
  
   dengan cintaMU
   lirik-lirik indah tercipta
   menggema keagunganMU
   dengan cintaMU
   tercipta puisi-puisi kasih
   yang panjang
   untuk kekasih
   sejati
  
   darimana cinta ini datang
   jika tidak dariMU
   darimana rindu ini datang
   jika tidak izinMU
   aku berteleku dalam renungan
   yang tak putus-putus
   cinta ini, bercahaya,
   bersinar-sinar
   memenuhi jiwa penyairku.

   darimana cinta ini
   datang
   jika tidak dariMU
   darimana rindu ini
   datang
   jika tidak izinMU

   inilah, cinta  permai
   setelah perkasihan
   itu
   kudakap!


Ummu....uhibbuki fillah ^_^


LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers