Assalammualaikum sahabiah semua?
Apa khabar iman kita hari ini?
apa khabar ibadah harian kita?
Memandangkan mata ini masih gah untuk menaip apa yang patut, saya pun terus menaip. Tadi saya ada call my bestfren Afifah. Subahanallah. Rindu. Banyak yang kami ceritakan. Lucu. Tidak habis-habis ketawa. Belum sempat habis cakap, masing-masing ketawa. Allahu Allah.
Tiba-tiba rindu T_T. Ok. Bukan itu sahaja, saya dengan Ckin pun bersms sehingga lewat malam. Banyak yang mahu kami kongsikan bersama. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan Ckin dan Ckak.
ok, sebenarnya ada satu perkara yang sudah sekian lama terpendam dan Alhamdulillah sebentar tadi ia muncul semula setelah sekian lama terpendam. huhuhu ^^, Mahu tahu apa??
jeng.....jeng.....jeng.....
Tidak suspen mana pun. Cuma saya mahu membawa anak dusun kelahiran Sabah untuk sama-sama bersama saya menilai ada apa dengan Pesta Menuai (bambarayon). Dalam kata lain, ....oppp lupa..im sorry..^^,
Cerita ini bermula macam ni, bulan 6 hari tu saya dan keluarga pergi majlis Hari Keluarga bagi keluarga Timbuong. Sepupu sepapat nenek saya sebelah mama. Oh ya, nenek saya ini ada darah cina. Mungkin ada tempias darah tu sedikit pada mak dan jatuh pula kepada anak-anak mak. Itu pasal anak mak putih-putih langsat^^, Siapa yang kena tempias tu ya??
Sampai saja dirumah keluarga Timbuong, saya bernyanyi kecil. Dalam hati.
"mangaramai, mangarayou tokou bambarayon"
Sebenarnya saya hanya menyanyi sahaja dan langsung tidak tahu apa maksud lagu yang saya nyanyikan. Oh, kalau mangaramai, mangarayou tu saya faham la maksudnya. Cuma bambarayon tu sahaja yang tidak saya faham. Timbul la perasaan ingin tahu.
Saya : dea, apa ba maksud bambarayon ni?
Odea : ai ko ni duii..orang dusun pun tidak tahu ka. Bambarayon tu maksudnya Semangat Padi.
Saya : owh..(angguk)
Lepas tu saya gabungkan bait-bait lirik lagu tu.
"mangaramai, mangarayou tokou bambarayon"
"mari kita meramaikan, meraihkan SEMANGAT PADI"
ASTAGHFIRULLAH!!!!!
OHHHHHHHHHHHHHh... tidak. Saya Islam. Saya tidak percaya pada semangat padi yang dikatakan sebagai pemberi rezeki kepada mereka. Saya menolak secara mutlak kepercayaan mereka. Iya itu adat dan budaya orang dusun dan juga sesetengah bangsa lain yang saya sendiri tidak tahu.Dusun merupakan bangsa saya sendiri. Tapi terang lagikan bersuluh. Ianya bercanggah dari ajaran ISLAM.
Allah itu Maha Pemberi Rezeki!!
Padi itu Allah yang cipta bagaimana mungkin saya percaya pada semangat padi. Maaf saya pak, maaf saya bu. Saya sepatutnya tidak bercakap sedemikian, tapi ini bersangkut paut dengan akidah kita sebagai seorang MUSLIM.
Pertama: SEMANGAT PADI
Secara amnya kepercayaan semangat padi adalah sebahagian daripada animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat(roh).Manakala Semangat padi ialah semangat yang khususnya dipunyai oleh padi.Pada konteks ini,penanaman padi merupakan suatu kerja yang melibatkan pelayanan dengan semangat padi.Perhubungan dengan semangat padi dilakukan dengan melalui bermacam-macam upacara dan dengan menggunakan “bahasa jampi”.
Maaflah, saya kurang pandai dalam bab-bab seperti ini. Mohon yang arif untuk memberi penerangan terutama anak dusun yang sedang mendalami Islam tu^^, Siapa..siapa-siapa sahaja la.
Saya sekadar meluahkan rasa yang terpendam ini. Sejak dulu ingin mencari jawapan bagi persoalan seperti ini. Adakah ianya boleh atau tidak untuk kita raihkan??
oh ya, sewaktu pesta kaamatan di Kota Marudu tahun ini, kakak saya yang melakonkan watak si perempuan yang sanggup bergadai nyawa untuk dikorbankan dalam mentera semerah padi. Eh, mentera semerah padi pula.. mentera semangat padi. ^^,
Jadi teringin untuk mencari jawapannya. Orang-orang dusun sabah yang berilmu tentang bab ini sila tampil memberi penerangan. Harapkan saya, nanti mencarut saja lebih.^^,
Mata sudah mengantuk. Menunggu untuk dipejamkan saja lagi. Tapi sebelum itu, pegi ambil wudhu dulu kemudian bacalah doa tidur. Pandai baca doa tidur?? tidak pandai?? meh sini saya ajarkan. Alhamdulillah doa tidur sudah diamalkan sejak berusia 8 tahun. Tapi kadang-kadang lupa juga baca doa tidur ni^^,
hafal naa jangan tak hafal..lepas tu istiqamah la..^^,
oh ya, sebelum saya tidur. Saya rindu Ahmad Daniel.
"Daniel, dengarlah pesan umi ini sayang. Umi sayang Daniel kerana Allah. Hadirnya daniel ke dunia yang penuh pancaroba ini merupakan satu anugerah buat mamy Daniel dan buat umi juga. Daniel jadilah anak yang soleh. InsyaAllah, Daniel akan umi didik menjadi mujahid terulung!! Bisa mengegarkan dunia. Usah Daniel takut pada sesiapa,jangan takut pada yahudi kerana kita ada Allah!! Tuhan Pencipta Alam ini. Hebat kan Allah kita."
"ya Allah, ku titipkan Daniel dan mamy Daniel kepadaMU kerana aku tahu ENGKAU sebaik-baik penjaga T_T"
"ok..Daniel dah ciap-ciap nak jalan2 tengok keindahan alam ciptaan Allah..Daniel mahu jadi hambanya yang sentiasa bersyukur. Daniel sayang mamy...Daniel sayang umi...thanks Allah for my mother"
0 comments:
Post a Comment