<< Innalillawainnailaihiroji'un >>

" Inna lillahi wa inna ilahi roji'un "

Kita selalu dengar kalimah ini disebut kan. Terutama sekali bila kita mendengar berita kematian.

Tapi malangnya, ditempat saya amnya dan semua khasnya hanya mengaitkan kalimah ni untuk kematian saja. Hmmm sebenarnya saya dulu pun macam tu juga. Alhamdulillah ustaz Jabar bagi penjelasan. Ustaz Jabar ni merangkap pak cik saya juga. Muallaf.

Ceritanya macam ni, masa saya tingkatan dua petangnya ada kelas Pendidikan Islam. Biasanya untuk subjek ni kelas digabungkan. Almaklumlah, sekolah saya majority penganut kristian. Jadi tidak hairanlah kalau terpaksa digabungkan. Dua kelas yang bergabung pun tidak mencapai 20 pelajar muslim. Jadi kebanyakan pelajarnya hidup sekadar atas nama islam. Mungkin faktor kekurangan tenaga pengajar kot~~

Petang tu kami beramai-ramai masuk dalam bilik khas untuk subjek Pendidikan Islam.

Ustaz Jabar: kenapa si fulan bin fulan tidak hadir?

Saya : dia sakit ustaz. Dua hari suda. Kesian dia.

Ustaz Jabar : inna lillahi wa inna ilahi roji'un..

Kami semua tercengang. Pekak badak ka ustaz ni. Orang cakap sakit ja, bukan meninggal. Kami pun saling berpandangan ja. Lepas tu berbisik sesama. Masih belum puas hati bila ustaz jawab macam tu.

Saya : ai..ustaz kenapa cakap macam tu. Ustaz ni..dia sakit ja, bukan meninggal.

Ustaz tu senyum. Alahai senyum la pula. Orang serius ni. Entah mungkin sebab sangat sensitive dengan kalimah tu. Lebih-lebih lagi yang tidak hadir tu sahabat karib saya. Sempat juga memarahi cikgu dalam hati. “bodoh punya ustaz. Suka-suka dia cakap kawan saya meninggal”.

Bunyi macam ganas ja. Iya la, manalah kami kenal erti sopan santun. Bukan cikgu tidak ajar, tapi mungkin environment sekolah tu yang mendidik kami macam tu. Tengok la, salahkan environment lagi! Bila lah nak tuding jari arah diri sendiri.

Ustaz Jabar : kamu ni. Itu la hanya menghafal sesuatu tanpa melihat pada maksudnya. Kamu semua tahu apa maksud inna lillahi wa inna ilahi roji'un..?

Semua : tidak tahu ustaz. Apa maksudnya?? (kami semua menggeleng)

Ustaz Jabar : maksudnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Jadi persoalannya, adakah apa yang ustaz lafaz tu menjerumus hanya kepada kematian?

Semua : Menggeleng. Tercengang. Terdiam

Ustaz Jabar : tidak semestinya lafaz itu untuk orang yang meninggal sahaja. Kita boleh juga ucap itu kepada seseorang yang ditimpa musibah atau sakit. Sebab kita sedang mengingatkan dia agar kembali kepada Allah. Kita boleh juga ucap Alhamdulillah bila dengar orang ditimpa musibah. Tidak salah. Alhamdulillah maksudnya “segala puji bagi Allah”. Kita bersyukur sebab Allah masih bagi kita kesihatan.

Bersyukur untuk diri kita. Dan bersyukur juga sebab dia disakitkan oleh Allah. Kamu tahu hikmah orang yang sakit ini, lalu dia bersabar dengan ujian itu? insyaAllah, itu penawar dosa lalu. Tapi, jangan lah ucap dihadapan orang yang sakit. Tidak pasal-pasal dia kecil hati. Kalau dia jenis yang tidak faham maksud tu lagi bahaya. Nanti dikatanya kita ni tidak berhati perut. Cukuplah sekadar terucap dihati. Allah itu kan maha mengetahui. Jadi, itu pun ada nilainya!”

Hahaha…bila ingat balik peristiwa ni, rasa lucu sangat. Iya la, tanpa tahu maksud lafaz tu terus marah orang. Siap marah dan mengutuk dalam hati. Kasihan ustaz tu. Maaf la ye ustaz. Bukan sengaja pun. Almaklumlah, itu ayat yang kami selalu dengar time orang meninggal. Mak dulu pun ajar macam tu. 

Mak : makcik kamu d kampung damai meninggal.

Saya : iya ka mak? Eh…kesiannya..

Mak : bukan macam tu, ucap la inna lillahi wa inna ilahi roji'un..

Saya : oh..begitu ka? Mana lah saya tahu. Macam mana?? In in inna..lil lil lillahi…

Mak la yang selalu latih lidah ni untuk sebut perkataan tu. Mama selalu pasan, kalau ada orang meninggal, ucaplah perkataan tu. Lepas tu mak suru sedekahkan alfatihah. Terus terang, dulu susahnya mahu sebut semua tu. Terutama sekali kalau yang arab-arab ni. Tidak biasa kan walaupun mengaji juga.

Ok..itu cerita 7,6,5 tahun yang lalu. Sekarang ni cerita sekarang. Bukan dulu lagi tau. Cerita sekarang. Ingat cerita sekarang. Eh, berapa banyak sekarang daaa…^_^

Pernah bercerita dengan rakan se”ofis”. Cerita punya cerita, kami pun sampai la bab sakit-sakit ni. Rancak kami cerita. Si dia sakit macam ni. Si dia pula sakit macam ni. Si fulan patah kaki sebab kemalangan, si fulan ni kena potong kaki sebab kencing manis. Ui…kalau perempuan yang bercerita, hishishis…dari chapter 1 sampai chapter kepada chapter kepada chapter….entah..banyak sangat. Tapi tidak semua perempuan macam tu la.

Saya menjadi pendengar yang kurang setia. Bukan apa, kadang-kadang malas untuk bergosip sesuatu yang rasanya menambahkan dosa. Kadang-kadang bila rakan seofis cerita sesuatu terutama gosip-gosip hangat ni, saya lebih suka menjadi pendengar yang membuka dua-dua pintu telinga. Jadi kalau masuk sebelah, keluar sebelah. Kalau tutup satu, susah juga^^. Nanti tidak keluar-keluar pula.

Kakak 1 : eh, awak tahu tak si fulan kemalangan semalam.

Kakak 2 : si fulan yang mana satu ni?

Kakak 1 : alaa anak si fulan yang seberang kampung tu. Yang ada kereta kancil tu. Yang kereta kancil tu la yang kemalangan. Teruk juga. kasihan saya tengok.

Saya : iya kak?? inna lillahi wa inna ilahi roji'un. Jadi macam mana sekarang?

Kakak 1 : eh mulut awak ni. Celupar sangat! Orang tu masih hidup la.

Saya mula bingung. Macam mana nak terangkan pada kakak ni ye. Saya tersenyum. Tarik bafas dalam-dalam. Semoga penjelasan saya nanti tidak menimbulkan masalah. Almaklumlah, saya jenis yang mudah gugup.

Saya : eh kak.. minta maaf. Saya tidak berniat untuk cakap dia sudah meninggal. Pasal lafaz inna lillahi wa inna ilahi roji'un tu, kita kena faham maksud tu. Dan maksud lafaz tu ialah dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Jadi bila tertimpa sesuatu musibah kepada sahabat seeloknya ingatkan dia untuk kembali kepada Allah. Kerana Allah yang menurunkan musibah dan menghilangkan musibah. Dalam masa yang sama, kita mengingatkan diri sendiri agar kembali kepada Allah. Supaya kita ni jadi manusia yang sentiasa bersyukur.


Allahu Allah. Apa yang sedang saya jelaskan. Ilmu saya hanya senipis kulit bawang. Atau mungkin lebih nipis dari itu. Semoga apa yang saya katakan boleh membuatkan merekah faham dan mengerti.

Kakak 1 : kalau disini, lain sudah maksud itu. Nanti orang salah faham dengan apa yang kamu cakap. Kamu kena hati-hati. Memang la maksud dia lain, tapi itu biasanya ucapan untuk orang yang meninggal.

Istighfar panjang aku. Ingatkan ok, k.o rupanya~~ok ok. Teringin juga bagi penjelasan lagi. Tapi, cepatnya mereka bersurai bila bab agama saya bangkitkan. Biasanya macam itu la.
Perjuangan saya di Sarawak ini belum selesai. Belum ada apa-apa yang saya usahakan demi islam. Ada la sikit, bab puasa sunat. Biasanya kami akan berpuasa isnin dan khamis. Jarang juga terlaksana sebenarnya. Tapi, dari pada terus kepada perubahan drastic tetapi sementara tidak ada guna kan.

Better slow-slow, tapi berterusan. Itu yang terbaik kan ^_^.

Mata sudah mengantuk! Mahu tidur! Esok bangun dengan semangat yang baru!

Sebelum tidur,
Esok saya mahu menjadi hamba Allah yang lebih banyak mengingatinya.
Esok saya mahu bantu sesiapa yang memerlukan.
Esok saya mahu ibadah saya lebih khusyuk.
(walaupun selama ni tidak khusyuk)
Esok saya tidak mahu lalai mengingati Allah.

Oleh itu,
Dengan senang hati memaafkan semua hamba Allah.
Dan meminta maaf kepada semua hamba Allah

Ya Allah,
Sampaikan kata maaf dari saya ni ^_^

<< Memori Itu >>


Terjaga aku pada bayangan cinta yang kerap mengetuk memori hati untuk aku mengingatinya. Saat itu juga cintaku bertasbih. Mengingatkan bahawa itu bukan sesuatu kenangan yang perlu untuk aku sesalkan tetapi untuk aku jadikan sandaran untuk terus bermujahadah di jalan yang telah aku pilih. Namun begitu, aku hanyalah manusia yang lemah dan sangat-sangat memerlukan Allah sebagai tempat mengadu. Kerap tangisan membasahi sujud malamku. 

Menemani lena tidurku.

Untuk apa lagi kesedihanku pada cinta yang telah membawa aku ke lautan kelalaian. Saban hari hati dibelenggu rasa kesedihan. Allahu Allah. Kesedihan ini akhirnya memakan separuh dari rasa cintaku pada Allah. Cuba ku hindarkan, semakin ia menghampiri.

Akhirnya aku nekad untuk teruskan mujahadah ini. Aku mengingati lembaran hidupku ketika jalan ini ku pilih. Jalan mencari keredhaan Allah. Banyak yang perlu aku korbankan. Terlalu banyak sehingga kadang-kadang diri ini terkulai layu. Sering juga tertatih dan terjatuh saat ujian dariNYA menyapa.

Aku teringat pada Kak Nisa yang kutemui sewaktu mengikuti program Islam Id Ginawo (Islam di Hati).
“Adik-adik, ingatlah perjuangan ini pahit kerana syurga itu manis. Teruskan perjuangan adik-adik semua demi menyebarkan dan mengembangkan Islam di Kota Marudu, tempat tumpah darah adik semua”
Air mataku jatuh lagi. 

Ah!!! Semurah inikah air mataku? 

Lalu hati menjawap persoalan akalku. “murah dimata manusia tapi permata bagi Allah” Allahu Allah. Semoga satu saat, air mata ini menjadi saksi betapa aku lemah sangat dan menyesali segalanya. Semoga Allah mengampuniku.

Kubuka diari Islamik yang kubeli awal tahun ini. Tercatat satu baris ayat “Hari ini aku dilamar”. 

Allahu Allah. 

Teringat pada tarikh itu satu penyeksaan buatku. Terasa pedih dihati saat kubuka lagi lembaran demi lembaran. Jelas terpampang segala kegiatan harian yang aku catat. Hasilnya hanya kelalaian yang kudapat. Allah sejahil dan sehina inilah hambamu!!
Lamaran itu? Siapa?.........
To be continue dalam “Lamaran Itu...”

<< Wanita >>


Wanita,
kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...

<< Pesanan Ummu Hakim Kpd Puterinya Pada Malam Pertama Perkahwinannya >>




" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan,
engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."

" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."

" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :

1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.

2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.

3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.

4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.

5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.

6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.

7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.


" Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."


-Dipetik dari 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' tulisan Muhammad Ali Qutb-

about this person II

entri kali ney, pasai sahabat dari aku kecil sampai besar cam ney...
yang sama sekolah dengan saya jak la ^_^
aspeseli yg di Tandek ni..
kalau kawan2 talantang, ramai suda yg nda dikenal!!
penja'at ba!!


ney my love twins ney..hehehe..
napa aku ckp cam tu??
ada la kisahnya..
(astaghfirullah..)
cam ney,
dia ada 7 adik beradik.....
aku pun 7 adik beradik juga.....

dia anak kelima.....
aku anak kelima juga.....

adik-beradik dia 2 lelaki, 5 perempuan...
adik-beradik aku pun 2 lelaki, 5 perempuan juga....

dia ada 1 adik lelaki ngan 1 adik ppuan...
aku pun ada 1 adik lelaki ngan 1 adik ppuan juga...

kakak dia (ailen) sama umur dgn kakak ku (asmah)

kakak dia (lorian) sama umur dgn kakak ku (erna)

kakak dia (marlen) sama umur dgn kakak ku (norfaizah)

abg nya dgn abg ku jak yg beza...
nda sama kali rancangannya ^_*

hehehehehe...
itulah kesahnya...


lagi pula...dia ni istimewa..
chewaaaaaaaa...
kalau aku balik sabah...
mesti jumpa dia ni..
lagipun dia keja d kk..senang laaaaaa jumpa ^_^


kalau bab begambar, kami la ketua..
(ako, dya ngan sue)

ada jak GaYa...

tapi mmg best laaa....
kenal dya ni suda lama..
dari year 1 lagi smpai la sekarang dn selamanya!!!

gadu?????

hmmmm..buhung la kalo teda gadu!!!

selalu juga kali kan??hehehe
nda la selalu ba..
tapi pena la juga...

kami ney, time kecil2 dulu...
huh!!!!

kuat main *_*

men getah!!

men jeropoin!!! (zero point)

men tapak!!!

men guli!!

tapi ako ni nda pandai la men guli..
asik kalah jak..kin malas tul!!

men jebat!!!

men tapuk2!!

men ais2!!!

men ruma2!!

adussssss..rindunya kenangan dulu tu!!!

dya ni pun antara kawan yg kuat..

atensyen : nda pena hatinya disentu lelaki!!!
(betul kan lar??)

nda pandai becinta kan..hehehehe
kalau ako....jangan dicakap!!!

(sekarang alhamdulillah sudah berubah... T_T)

rajin budak ney bejual..
pandai buat kuih lagi..
lembut kuihnya..
paling aku suka, kuih tompok inti kacang itam!!
huh!!! subahanallah!!!
NYAMAN!!!!! SEDAP!!!!!

banyak kenangan kami ney!!
ada yg lucu!!!
dan kebanyakannya luCu..





"umi sayang semua..percayalah"


anak anugerah terindah dari yang maha Esa..
alangkah indahnya pabila mendengar gelak tawa mereka yang memenuhi segenap ruang isi rumah.
sesungguhnya mereka sangat berharga pada ku dan keluargaku...


"noi,adi,tira...umi sayang kamu semua..."



pesan umi,

mama dan bapa insan yang paling berharga buat kamu..
jadi, jangan pernah nafikan kasih sayang mama dan bapa kamu!!!!
ketiadaan bapa dalam hidup seharian kamu tidak bermakna kamu harus melupakan pengorbanannya!!

Buatmu Kakak, Abang dan Adikku


teristimewa buat saudara sedaging sedarah denganku ^_^


Buat tatapan kakak2ku dan adik perempuanku,
Pabila menatap wajahmu,
Yang menampakkan keayuan,
Berbungalah harapanku..
Sebagai adik jua teman..

Agar engkau kakak dan adik perempuanku,
Menjadi insan solehah,
Juga berdiri,
Menjadi insan dikagumi..

Aku tahu,
Aku sedar,
Tidakku mampu mengukir bait2 kata,
Untukku melukis segala kenangan terindah..

Kakak dan adik perempuanku,
Suluhan kemesraanmu sinari hidupku,
Mutiara azimat saktimu,
Pelangi hatiku,
Agar tautan kasih akan terus subur setiap waktu..

Kakak dan adik tersayang,
Tanpa yang Satu itu,
Jua tanpamu,
Aku tidak akan disini,
Tiada bisa kutabah setabah hari ini,

Aku telah pateri pada sungai hati,
Aku telah lukis pada cermin budi,
Aku telah ukir pada tulus erti,
Untukku terus mapan berdiri,
Memegang janji!!!

Andai..
segalanya hangus,
Andai..
air jadi batu,
Andai..
putih jadi kelabu,
Aku akan cekal mengharungu hidup,
Sekalipun aku disini..
menunggu mati..

Kakak2ku dan adik tersayang,
Moga kemesraan kan berpanjangan,
Mekar mewangi dalam hati,
Ukhwah ini harus dijagai,
Rantailah dengan kejujuran,
Gelangilah dengan keikhlasan,
Hiasilah dengan bunga2 keazaman,
Moga hari yang mendatang,
Terpancar sinar kebahagiaan..

kumpulan wajah indah,
mendamai di sanubari.
terdakap detik subur,
melingkar ruang rindu.

Abang,adik lelakiku
Solat itu tiang agama,
Doa itu penyuluh suka dan duka,
Selalulah solat dan berdoa,
Moga tenang dan terang,
Jalan hidup abang.

Abang,adik lelaki
Akhir pesan adik,
Ingatlah,
Tidak selamanya kita di dunia,
Tiba masa,
Kita akan pergi meninggalkan dunia,
Ke mana kita selepas itu,
Hanya diri jadi penentu,
Bersama amalan yang dibina,
Ke Syurga kita mahunya.

Buatmu Teman..



kepulanganmu kunantikan..semoga Allah memudahkan perjalananmu..syg dulu ^_^


x sabar utk bertemu. semoga Allah permudahkan rangangan yang sudah kita rancang..semoga Allah meredhai persahabatan ini ^_^


kuatkan hatimu..semoga ikhlas menerima ujian dr Allah..syg ^_^

..bertemu dengan kamu semua sangat dinantikan.. ^_^


Kakakku tersayang,
Aku pasti..
kita kan bertemu juga,Jika bukan didunia ini,
Nun di syurga sana menanti,
Jika layak ku menghuni..


dan semua sahabat2 kem plkn...rindu ^_^



mukadimah buat semua sahabat-sahabatku ^_^

Persahabatan Itu Terbina Atas Ranting Kejujuran.
Bertunjangkan Keikhlasan,
Lalu Membuahkan Kemanisan Ikatan,
Jika Terpesong,
Maka Patahlah Ranting,
Reputlah Akar lalu
Rosaklah Buah......

TEMAN SEJATI BUKANLAH YG DEKAT DI MATA,
YG DEKAT BICARANYA,
TETAPI YG SETIA DIHATI&DIINGATI DLM SETIAP BISIKAN DOANYA...
(bagi yang tidak tertulis namanya, ingatlah..insyaAllah kamu ada dalam bisikan doaku)

Sahabatku ingatlah!
kita ibarat sehelai kain fitrah,
yang putih bersih,
warnakanlah dengan akidah,
hidup mengalir di muara kalamullah,
belayar ke pulau khaira ummah,
bernakhoda istiqomah..

salam semarak Ramadhan yang pergi..
isikanlah Ramadhan yang masih berbaki..
dengan mengutip 7 harinya lagi..
untuk mendapatkan setahun berbakti.

hargailah waktu yang berbaki ini
kerana kita belum tentu menjadi tetamunya
Ramadhan dan Syawal akan datang.

insya-Allah jika niat kita 1 kerana-Nya,
Allah akan jemput kita menjadi tetamu-Nya
semoga dirimu dapat merasakan nikmatnya
berada dalam kecintaan ILAHI RABBI

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers