:: Teman Baru ::

Hai hai hai haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

alamak!!! telupa nak bagi salam pulak. Tak pasal2 marah tuan punya teratak. Hihihi. Maaf tuan punya teratak ^_^

Assalammualaikum wbt. 

Ha, nak kenal ke saye ni siape?? 
nak??
Jom kite ta'aruf!!!
Name diberi Bunga. Nak tengok pic saye ke?? Ha, tengok header tuan blog ni. Yang pakai niQab tu Insyirah dan saye tuuuuu tu. Nampak?? tu la saye Bunga. Ala yang ada rama-rama diatas Bunga tu.


Tuan punya teratak malas nak update blog. So, Bunga la yang tolong menyemakkan blog tuan punya teratak. Kalau tuan punya teratak tanya siapa yang semakkan blog ni, korang jangan la pulak bocorkan rahsia ok. Nanti Bunga bagi korang madu. Sedap tau madu ni lebih-lebih lagi madu yang dihasilkan oleh lebah. Punya khasiat yang tertentu. Betul Bunga tak tipu. ^_^


Nak bukti ke yang madu lebah ni berkhasiat??


jap ye....Bunga nak cari kalam Allah sebagai hujah yang kuat. Tak siape boleh kata TIDAK ^_^


Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-NAhl: 69).

SUBAHANALLAH... So... fikir-fikir dan selamat beramal. Bunga nak bagi lebah madu Bunga. Nanti kalau jumpa Bunga di mana-mana, jangan lupa ucapkan SUBAHANALLAH. Kerana Bunga ada kelebihan yang tersendiri.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Assalammualaikum wbt Tautan Hatiku ^_^


eh, insyirah hairan la. Macam ade sesuatu je yang terjadi dengan teratak insyirah ni. Korang tau ke?? 
(korang geleng kepale je..tak tau. shutttt nanti Bunga kene mare pulak..hihihi)


Semua geleng kepala. Tak pe la, insyirah tak kisah pun kalau korang tak nak bagi tau. Nanti insyirah akan tahu juga.


Allah.... insyirah lupa pulak nak tanya khabar pengunjung teratak tautan hati ni. ^_^


Apa khabar teman setia insyirah ni? Semua sihat ka? Insyirah alhamdulillah sihat cumanya ada la sedikit ujian hati. (mesti fikir nak kawin insyirah ni hihihi) Tapi jangan fikir bukan-bukan ye. Ni tak de kaitan tentang cinta atau pun nak kawin ke apa ke.. Kita ini manusia kan, ujian hati tu sentiasa ada. Insyirah pun manusia juga kan, jadi insyirah tak terlepas dari semua ujian dari Allah.


Lagipun, kan kita dah mengaku beriman kepada Allah, sudah tentu kita akan diuji oleh Allah. Apatahlagi kalau kita menyampaikan sesuatu kepada sesiapa je, apa yang kita sampaikan atau ucapkan tu akan Allah uji . So, mahu atau tidak kita kena sedia menghadapinya.


Jangan pula lepas ni tak nak sampaikan apa-apa, tak boleh juga. Pesan kedalam hati macam ni, "apa yang akan aku sampaikan ni adalah untuk peringatan diriku yang utama kerana kelak aku yang akan dipersoalkan tentang semua ni" Paling penting juga, ikhlas la. Jangan kerana mahu pujian semata-mata dan juga kerana mahu disanjung ke ape ke.


"ya Allah, semoga apa yang hamba sampaikan ini adalah keranaMU semata-mata bukan untuk mendapat imbuhan dunia yang nyata melalaikan. Jika perasaan riak itu terdetik semasa menulis diteratak yang usang ini, hamba memohon keampunan daripadaMU dan sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui sedangkan hamba tidak." ameen.


Eh, insyirah nak story mori satu cerita ni. Mungkin cerita bersiri kot. Tak de la. Biase je. Lagi pun, insyirah dapat cerita ni dari teman insyirah. Teruskan membaca ok ^_^


LEBAH MADU


Pembina Sarang Yang Sempurna







Kamu semua telah sedia tahu tentang lebah madu. Mungkin kebanyakan daripada kamu pernah melihatnya di dalam cerita kartun di TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar, berdesing-desing di merata tempat. Tetapi saya yakin ada banyak juga yang kamu tidak tahu tentang mereka...


Tidak berapa lama dahulu, ibu, ayah dan saya telah pergi ke hutan untuk berjoging. Saya gembira di sana. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah seorang sahabat baru yang saya temui ketika kami beristirahat. Ia sangat kecil, tetapi ia amat bermakna kepada saya. Saya tidak akan melupakan sahabat kecil saya ini.


Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah dia? Sebenarnya, ia adalah seekor lebah madu yang riang. Ia datang kepada saya dan terbang mengelilingi saya untuk seketika. Mulanya, saya merasa takut disengat kerana ia terlalu hampir... Saya menjerit: "Jangan! Tolong jangan sengat saya. Saya tidak mahu dicederakan!". Dan kemudian sesuatu yang aneh berlaku, apabila lebah itu mula bercakap dengan saya.








Si Lebah Madu : Saya tidak mahu menyengat kamu. Saya hanya mahu berkawan dengan kamu.

Afiq : Betulkan? Saya sangat berbesar hati mendengarnya.

Si Lebah Madu : Biar saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah seekor lebah pekerja. Saya tinggal di dalam batang pokok, bersama dengan beribu-ribu sahabat-sahabat saya.

Afiq : Wah! Kamu mempunyai sahabat-sahabat yang sangat ramai!... Bagaimana kamu dan sahabat-sahabat kamu meluangkan masa kamu?

Si Lebah Madu: Kami membersihkan sarang kami, mengumpulkan makanan dan membawanya ke sarang, menghasilkan jeli diraja, memanaskan sarang dan mengawalnya...

Afiq  : Tidakkah kamu merasa letih melakukan semua perkara-perkara tersebut?

Si Lebah Madu: Tidak. Kami lebah-lebah pekerja membahagikan tugas-tugas di dalam sarang di kalangan kami. Kerana itulah kami tidak pernah merasa letih. Contohnya, hari ini saya membina indung-indung madu untuk menyimpan madu.


Semua lebah madu di dalam sarang melakukan tugas-tugas yang berbeza. Sebahagian mengumpulkan makanan sementara yang lain pula membersihkan sarang atau menghasilkan madu

Afiq : Ada satu benda tentang lebah yang sering menyebabkan saya tertanya-tanya; bagaimana kamu dilahirkan?

Si Lebah Madu: Mungkin kamu pernah mendengar bahawa terdapat seorang ratu di dalam setiap gerombolan lebah madu. Lebah ratu adalah lebah betina paling besar di antara semua lebah betina lain. Ia mengeluarkan telur pada masa-masa tertentu. Tetapi kami tidak menetas daripada telur-telur ini serta merta. Apa yang menetas daripada telur-telur ini ialah ulat putih, yang dipanggil larva, tanpa mata, sayap atau kaki, dan ia tidak sedikit pun kelihatan seperti kami. Untuk beberapa lama ia kekal terbungkus di dalam sebuah kepompong. Dalam masa yang sama, ia diberikan makan secukupnya dan kemudian berubah daripada kepompong menjadi seperti saya.


Afiq : SUBAHANALLAH..Ia amat menakjubkan! Saya masih tertanya-tanya tentang satu perkara! Dalam keadaan begitu sesak, apakah tidak berlaku kekeliruan di dalam sarang kamu?


Si Lebah Madu: Tidak pernah. Sebaliknya, ia sangat teratur. Beribu-ribu lebah tinggal bersama di dalam keadaan keharmonian sambil kami melakukan kerja-kerja kami


Telur-telur yang dihasilkan oleh lebah ratu di dalam sel-sel, pada mulanya kelihatan seperti ulat-ulat di dalam gambar di bawah. Larva-larva ini makin membesar, berkembang dan berubah kepada bentuk seekor lebah. Gambar besar di bawah menunjukkan lebah-lebah pekerja yang berkumpul di sekeliling ratu.





Kalau nak tengok pic ni besar-besar, klik la pada gambar tu ^_^ Kalau tak besar juga, apa boleh buat. Insyirah hanya mampu tersenyum macam ni ^__^.

Afiq : Subahanallah..Allahuakhbar!!! Ia sangat menarik! Saya masih tidak faham bagaimana kamu dapat berkeadaan teratur sedangkan jumlah kamu terlalu banyak! Ayah saya pengurus bangunan kami, dan dia menghadapi kesukaran untuk menjaga ketertiban di sana. Tetapi kamu menyatakan kamu tidak mempunyai masalah seperti ini.

Si Lebah Madu: Memang patut kamu berasa terperanjat. Allah itu Maha Besar!! Kami tahu pakar-pakar sains juga terperanjat dengan perkara ini, dan mencari jawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban ini dijaga, dan bagaimana sejumlah besar lebah-lebah dapat bekerja bersama dengan begitu baik! Saya boleh memberitahu kamu jawapannya dengan pantas: Kami mempunyai tugas-tugas tertentu; kami bekerja keras dan melakukannya sebaik mungkin dan kami cuba tidak mengganggu ketertiban di dalam sarang.

Ketika mendengar lebah pekerja ini dalam keadaan kehairanan, saya mendengar ibu memanggil, "Afiq! Afiq! Di mana kamu?". Masanya untuk saya beredar.

Afiq : Emak saya sedang memanggil saya. Saya rasa saya perlu pergi dahulu sekarang. Saya sangat berbesar hati bertemu dengan kamu. Terima kasih di atas semua yang telah kamu ceritakan kepada saya!
Lebah-lebah pekerja memberi makan larva-larva di dalam sel
Lebah-lebah mengipas sarang dengan sayap mereka.

Lebah-lebah madu saling memberi makan antara satu sama lain.

Si Lebah Madu: Saya juga gembira dengan kehadiran kamu. Mungkin, kita akan dapat bertemu lagi! Bagaimana kalau bertemu lagi di sini minggu depan? Jika kamu suka, saya boleh bawa kamu ke sarang kami dan tunjukkan kamu indung-indung madu.

Omar: Ia tentu hebat! Tetapi, sudah tentu hanya jika ibu bapa saya bersetuju untuk datang lagi ke mari.

Si Lebah Madu: Baiklah, semoga dapat bertemu kamu minggu hadapan!


Esok atau minggu hadapan insyirah sambung cerita ni ok?? Teruskan menjenguk insyirah. Insyirah keseorang tau di teratak ni T_T (eleh....Bunga yang ada kat sini pun insyirah tak sedar...tak pe..siapalah Bunga ni kan...)

Oh ya, madu lebah ni khasiatnya terlalu banyak tau. Rasulullah suka minum madu. (lambat betul la insyirah ni, Bunga dah bagi tau kat korang dulu kan..hihihi). Insyirah pernah la baca satu buku ni, wah malam pertama si isteri buatkan susu campur madu untuk suaminya. Best kan macam tu?? (hmmmmm..kemaruk nak kawin la tu...insyirah tu memang macam tu padahal.....malas la nak cakap. Tak pasal-pasal insyirah tau kehadiran Bunga dalam teratak tautan hati dia ni..hihihi)

Ok ok, insyirah nak stop setakat ni dulu. Jika Allah masih memberi insyirah peluang untuk berada di teratak ni, insyirah akan sambung cerita tentang madu lebah ni.

Sebelum tu, semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang diberikanNYA.

Bunga pun nak out juga. Nak berkhidmat untuk lebah. Bunga dan Lebah ni teman sejati ^_^. Nanti Bunga bawa Lebah dalam teratak ni untuk temankan insyirah yang kononnya keseorangan tu ^_^

Wallahualam..
Mohon teguran jika ada salah. ^_^





:: Pergilah ::

Assalammualaikum wbt Tautan Hati ^_^

Nak tahu, semalam insyirah menangis. Teresak-esak. Kak Ada yang melihat pun kehairanan.

Apa khabar semua? Sihat juga ke? Ke tengah demam? Almaklumlah cuaca tidak menentu terutama ditempat insyirah ni. Kejap hujan, kejap panas. Tapi tak apa. Hujan itu kan satu rahmat.

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!!!!!!!

Semalam insyirah dapat call dari kakak insyirah, Asmah.

"Assalammualaikum Dui....(suara menangis)"

"Wa'alaikummussalam..napa Dea???  (simpati)"

"Dui, pingka suda matiiiiiiiiiiii"

Tidak disangka-sangka air mata insyirah mengalir. Menangis. Teresak-esak. 

"iya......"

Insyirah sudah tidak dapat tahan lagi air mata. Satu persatu miau kami mati. Rupanya bukan miau kami saja yang seperti itu, miau cousin kami pun macam tu. Penyakit kucing merebak. Apa puncanya insyirah sendiri tidak tahu.

Mula-mula 2 ekor yang mati. Keesokkan harinya 1 ekor lagi yang mati. Dua hari selepas tu 6 ekor yang mati. Allah. Sedihnya. Tidak sempat jumpa Stand. Stend kucing insyirah. Mama yang bagi kucing tu untuk insyirah dan mama yang bagi nama tu untuk Stend. Hanya Allah yang tahu sakitnya hati menanggung kehilangan kucing yang selama ini mencuit hati dengan gelagat diaekor. Tapi insyirah redha dengan kehilangan diaekor.

Awal pagi kelmarin tu pula, dikejutkan lagi dengan kematian Itut. Hari kelahiran akak yang ke2+ untuk hari kematian Itut. Sedey. Kakak insyirah lah yang paling sedih sebabnya dialah yang menjaga keperluan kucing-kucing tu setiap hari.

Tempat tidur yang ditukar setiap hari, cuci najis2 diaekor 2 kali sehari (Subuh, Petang). Aduh mana mungkin dia bisa melupakan semua itu apabila tugas itu sudah menjadi rutin hariannya. Tapi kini????? Hanya ada Pingka dan Bulan saja lagi. Itu pun kesihatan Pingka tidak menentu. Badan Pingka lemah semacam. Bulan pula batuk-batuk. Aaaaaaaa insyirah sedih!!!!

Petang kelmarin jam 2 petang, kakak insyirah bawa Pingka pegi klinik haiwan. Pingka dapat 4 injection. Doktor haiwan tu kata Pingka kena jangkitan kuman di bahagian rahim. (ingatkan manusia je dapat sakit macam tu) Doktor haiwan tu ada la juga bagi ubat untuk Pingka. 

Masa dalam kereta nak balik rumah, Pingka tiba-tiba mengganas. Tidak suka dipegang. Padahal sebelum ni Pingka jenis yang suka dipegang-pegang. Tangan adik perempuan insyirah kena cakar. Mama pula berdialog sama Pingka ;-
"Pingka..jangan macam tu. Nda lama lagi sampai rumah. Sabar la.." (sambil menangis kesian tengok Pingka)

Insyirah yang dengar cerita dari kakak pun dah menangis-nangis inikan pula mereka yang melaluinya. Sampai rumah, adik insyirah letak Pingka di tempat tidur khas. Mama pula yang duduk ditepi tempat tidur tu menjaga Pingka.

Mama setia jaga pingka. Tidak pun mama berenggang dari Pingka. Macam jaga anak sendiri. Itulah kasih sayang namanya. Ihsan sesama makhluk. Tidak lama lepas tu, mama cakap pingka tarik nafas dua kali. Kuat. Lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........

Mama menangis. Adik insyirah menangis, kakak insyirah lagi la menangis. Pingka pun mati juga petang tu. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Insyirah kalau ingat sama Pingka mesti menangis. Pingka ni manja bah!! Selalu buat kami ketawa. Ada saja aksi yang mencuit hati. Lepas tu Pingka ni selalu tirur atas dada. Muka dia hadapkan di muka kami. Lepas tu, dia mengiau-ngiau lembut. Seolah-olah bercerita. Aduhhhhhhhhhhhhhh rindunyaaaaaaaaa.

Seisi rumah menangis sebab kematian Pingka. Paling insyirah sedih, kakak insyirah kata macam ni..

"Nda apa Dui..sia redha. Mesti ada hikmah kenapa Allah ambil semua kucing-kucing yang kita pelihara. Dulu masa jumpa Pingka, Pingka kurus, comot tapi lepas sia jaga..Pingka berisi ni. Kuat main. Sekarang tiada sudah si Pingka. Tiada sudah kerja sia pagi-pagi. Tiada sudah Dui. Tinggal si Bulan lagi keseorangan. Siapa la mau kasi bersih badan si Bulan?? Selama ni si Pingka yang selalu kasi bersi badan si Bulan. Sunyi la si Bulan lepas ni. Si Bulan sekarang pun sakit, kalau si Bulan punnnnnn"

"Dea....jangan cakap macam tu. InsyaAllah ok juga ba tu si Bulan. Esok bawa la pegi jumpa doktor haiwan. Nda apa Dea. Ko sudah buat yang terbaik untuk semua tu kucing. InsyaAllah Allah nilai semua tu. Itulah saham untuk ko di akhirat nanti. Sabar la. Nanti kita cari kucing terbiar banyak-banyak lagi. Kita jaga."

~Tangisan insyirah berlarutan. Masa cerita dengan kak Ada dan Alice pun insyirah still menangis. Makin banyak pula air mata yang keluar. Aduh!!!~

untuk semua kucing-kucing yang kami jaga, belai dengan kasih sayang... Tuntutlah kami diakhirat nanti. Pergilah...............




-ini anak-anak Bulan. Pun mati juga T_T-

Anak-anak Pingka belum kena mms tempat insyirah lagi.

Tak nak tengok. Sedey.

Untuk adik..
~syukran dik sebab bagi akak nasihat dan ingatkan akak selalu. Adik nak bagi akak kucing, syukran dik. Nanti akak tuntut dengan adik ok~ ^_^

:: Kebahagiaan ::

Assalammualaikum wbt Tautan Hati.

Selamat Hari Lahir yang ke-24 tahun buat Kakak Tersayang

Semoga Allah merahmatimu kakakku sayang ^_^

Insyirah kot orang yang pertama wish. Sebabnya insyirah send mesej tepat2 jam 12 malam. Hehe. Saja jak. Doa untuk dia insyirah tak akan lupa. Sentiasa dalam doa.

Pagi tadi dapat mesej dari Asmah ni.

"Salam. Tq dui atas ucapan tu. Tua da saya. Hepy-hepy ni sedih juga saya sebab tinggal si itut lagi baby cat saya. Si pingka sakit. Petang ni mau bawa di vaterina awam. Kasi jarum vaksin"

Adui na. Insyirah pun jadi sedih. Kiranya baby cat insyirah pun mati juga la. Nama baby cat insyirah "stand". Mama insyirah yang bagi nama tu untuk kucing insyirah. Tidak sempat jumpa T_T.

Apa pun, kami sudah berusaha untuk jaga baby cat tu baik-baik. Semoga ada nilainya di sisi Allah. Bersabarlah kakakku, ada rahmat yang tersembunyi. Siapa tahu Allah mahu hadiahkan sesuatu yang lebih baik dari semua ni kan kan kan??

^_________^

Oh ya. Semalam dapat mesej dari AHN. Wah, insyirah gembira sangat.

-AHN-

Sayang, syukran sebab hadiahkan insyirah sesuatu yang sangat-sangat bermakna buat insyirah. Nak tahu apa hadiah tu?? Biarlah RAHSIA sebab sememangnya ia adalah rahsia. Tak sabar rasanya insyirah nak tengok pic-pic sayang dari Mesir. Nak sangat tengok. Bila sayang nak send?? Dah tak sabar ni. Lepas tu, nak juga take pic dengan sayang. Mesti serasi bersama kan. Eh rindunya. Sayang rindu insyirah tak?? Insyirah tau mesti la rindu kan ^_^

eh, sayang..rasanya dah lama kan tak webcam dengan sayang? sekali je tu pun sayang tak nampak insyirah sebabnya camera lappy insyirah ada problem. Tak pe, bukan itu nilainya ukhwah ini kan. Yang penting saling mendoakan. Ingat mengingati. 

Oh ya, sayang dah sampaikan salam insyirah untuk seluruh isi Mesir? Amboi. Jahat kan insyirah ni. Hihi. Lama lagi sayang kat mesir. 1 Februari sayang dah balik Rusia pula. Nanti story mory kat insyirah ye ^_^

-MM-
Insyirah nak sangat dengar suara sayang. Tapi mungkin sayang busy kot ^_^. Tak apa. Insyirah sentiasa menanti panggilan dari sayang. Tak panggil pun tak apa yang penting insyirah ada dalam doa sayang. Insyirah tau sayang tak akan lupa insyirah. Kan kan kan?? Salam sarat rasa rindu sayang ^_^

______________________________________

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 

GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com

Assalammualaikum Tautan Hati..

Apa khabar? Wah wah wah..ni pinjam brodband kawan noh. Hihihi. Kemana brodband insyirah?? Jeng jeng jeng... Ada la tu. Tersimpan rapi dalam satu simpanan yang insyirah sendiri tak tahu dimana. Huis...lain je bunyi kan. Whatever, yang penting dapat luangkan sedikit masa untuk tulis entry berdasarkan tajuk di atas. Sekian terima kaseh. Hihihi

Terkejut juga, tetiba ckin mesej (dalam ruangan komen) insyirah suh join GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.comApa lagi, insyirah pun teringin juga nak join kan. Saja je suka suki. Mana tau jadi pemenang kan. Huhu ^_^

Act, tak berapa faham sangat dengan arahan sebenar. Ada blurrrrrr siket. Tapi insyirah cuba juga. Kalau tak cuba kita tak tau kemampuan kita kan. So, cuba try test umbal-umbalai ^_^

Ha.. untuk join benda ni kan. Ada 3 soalan yang perlu kita jawab untuk memenuhi syarat yang sudah ditetapkan oleh penganjur. Eh, dah tak sabar rasanya insyirah nak jawab soklan ni. Hihi. Ok, nak tahu apa soalan tu.. Teruskan membaca naa. Jangan tutup lappy dulu. Tunggu. Insyirah nak ziarah fB insyirah jap.....
!
!
!
!
!
!
!
Sebelum insyirah nak menjawab soklan tu, insyirah suka nak ajak pembaca untuk  ingat Allah.

.....Subahanalla.....
.....Alhamdulillah.....
.....Allahu Akhbar.....

Boleh je kalau u ol nak lafazkan banyak kali. InsyiAllah itu lagi bagui ^_^
!
!
!
!
!
!
Ish---ish---ish---ish
Lama juga insyirah ni merapu.

Ok la. Jom.. Question 1 (amboi orang puti na..)

i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.(xramai suka lagu nasyid tapi pilihlah lagu mana yang paling disukai).


Nak tau apa jawapan dari insyirah??? Tutup mata dulu... Tutup la mata tu. Insyirah nak nyanyi ni. Tapi tak nak ada orang tengok. Eh.. tipu la awak ni...Tak tutup mata pun. Tak jadi nyanyi la. Nak nyanyi untuk ehem ehem je la. Ops.....Siapakah itu??

Abis la insyirah.. jawapan tak bagi lagi. Ok.. Tadaaaaaaaaaa.. 


Ok. Sila la klik yang Sahabat tu. Play dan sambung baca sebabnya ada 2 soalan yang yang insyirah kena jawab. Dengar lagu tu sambil baca apa jawapan insyirah seterusnya ^_^

Jom ke soalan seterusnya... Question 2 (still ong puti naa)

ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.

Ha..nak liriknya?? baca dan ambil untuk di hayati naa...bukan Haryati. Kalau baca dan ambil untuk Haryati tuuuuuuuuuuuuuu.... Lupakan je la.. Melalut la insyirah ni. Suka suki je. Tak menang baru tau ^_^

Kumpulan yang menyanyi ni Amar.

(kompius jap..amar ni kumpulan ke persoarangan?? ape2 je la. Hihi)

Liriknya :

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Amacam, best tak liriknya?? Antara warna yang insyirah suka purple. So, nak bagi tomey sikit insyirah pun kalerkan warna purple. Hijau?? Mestilah. Sentiasa dihati ^^

OK soalan yang seterusnya dan juga soalan yang terakhir...

iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.

Sebelum tu, penganjur tak minta gambar pun, tapi insyirah nak juga bagi gambar. Saja. Suka suki. Nak bagi tau penganjur yang insyirah sangat2 suka lagu nasyid ni. Ahakz..


(nanti teka insyirah mana satu tau...hihi)

~ T_T ~
Bila nak bagi tau sebab kenapa insyirah suka lagu ni insyirah jadi terharu. Nak nangesssssss uuuuuwwwwaaaaa.. Nak nanges. Rindu sesangat kat diorang T_T
Suriawati-Nasita-Larisa-Dayang-Azian-AfiQah.
Kenapa? Sebab lagu ni menceritakan tentang persahabatan. Ukhwah kitorang dah lama tau. Melebihi 10 tahun. Sekarang still juga macam dulu. Merajuk tu biasa la. Tapi itulah sebenarnya penguat ukhwah kami ni.

Insyirah kenal lagu ni time insyirah form4. Masa tu ada internet lagi kat rumah. Tapi kejap je bertahan. Why?? h0h0h0 sebab lalai. Amik ko!! sepa suru kan. Mak potong line tenet. Tinggal la komputer je. Tu pun kejap je bertahan. Apa taknya, 24 jam main game. Ha..itu bukan insyirah tau. Itu adik lelaki insyirah.

Lepas tu lagu ni popular time insyirah lower six. Time tu sekolah insyirah ada anjurkan drama tari. Ini untuk unit beruniform la. So, insyirah dan kawan-kawan wakil untuk unit beruniform bagi Puteri Islam. Mula-mula buat drama dulu tapi drama bisu. Hihi. Drama yang tak leh cakap la. Only pergerakan. Lepas tu ada la tarian. Tarian tu pula tarian poco-poco. Mak ai... Tapi sebelum ikut pertandingan tu, kitorang dah set dalam mind amik tu sebagai senaman bukan untuk menunjuk-nunjuk. Almaklumlah kitorang ni kan membawa imej Islam. So, kena jaga. Alhamdulillah time tu pakaian kitorang tidak menjolok mata juga. LONGGAR.

Insyirah yang cadangkan lagu Sahabat ni dijadikan untuk suara latar dalam drama kami. Ia la, drama bisu..daripada ianya bisu, kami letak la lagu sahabat ni. Drama kami kononnya kami bersihkan kawasan surau. Sambil tu buat usrah kecil-kecilan. Paling melucukan, dalam drama tu kononnya insyirah terjatuh dan ditertawakan. Huhu. Bila ingat balik, eh malulaaaaaaa ~_~ Tak nak citer la.

Lagu tu kan tentang ukhwah atau nak lebih faham lagi tentang persahabatan. Wah. Memang ramai la yang bertanya tentang lagu Sahabat ni. 

"eh, apa gia tajuk lagu kamu tu?"

"siapa penyanyi tu? siuk tu lagu tu..minta maa"

Wah...popular terus lagu amar di sekolah insyirah. Dapat juga sampaikan dakwah. Betapa pentingnya ukhwah itu. maaaawwwaaaaaaa nak nangis.... Rindu ngan sahabat2. 

Ha..dari hari tu la, bila insyirah selalu pasang lagu tu until sekarang. Rindu giler kat sahabat-sahabat. Tiada sahabat setanding mereka. Mungkin ada yang lain tapi tetap tidak sama macam mereka. Mereka the only one yang memang sekepala dengan insyirah.

Nak tahu kenapa insyirah kata macam tu?? Banyak yang kami kongsikan bersama selama lebih 10 tahun ukhwah ini. Ya.. satu jangka masa yang sukar untuk dijangka. Kami bersama-sama berusaha untuk mengenal Allah. Bersama-sama untuk saling kuat untuk satu perubahan yang kami buat. Ujian yang kami lalui hanya kami bertujuh yang rasa. 

Eh, masih termasuk dalam tajuk ni ke?? h0h0.. Insyirah ni selalu lari dari tajuk. Tu pasal spm BM (Bahasa Melayu) dapat B3 je. Tapi Kalau Baitul Muslim nak A++++++++++++++++++++ la. Amboi... Calon pun belum komfom ada dah nak A+. ^_^

Tak apa.. insyaAllah kan..mana tau kot-kot esok ada yang datang meminang. ^_^

Yeaaaaaaaa... Dah selesai pun 3 soalan tu. Alhamdulillah. Entah la dapat ke tak. Tak dapat pun tak apa. ^_^
Yang pentingnya, insyirah sayang ukhwah ni kerana Allah...

Salam sayang juga untuk Surianah, Afifah, Adik Syira & Adik Kila, Ckin, Kak Ada, Kak Atik, Sahabat2 baru dalam FB yang banyak memberi insyirah ilmuNYA, Ummu, Asyrafia, FiQa, Tika, Fatin, Mass, Huda...Ramai lagi la yang tak dapat insyirah tulis. Bukan apa, tengah menahan lapar ni. Tak makan lagi ^_^

InsyaAllah, insyirah sayang semua kerana Allah.

Terima kasih juga..Khas kekasih hatiku... MM-AHN ...
Dirimu sentiasa dalam ingatan insyirah selalu ^_^

(Nasita dan Dayang tak da dalam pic ni ^_^)

Oh ya...sebelum insyirah terlupa.. Insyirah nak tag;-

Mujahid Bandau
Ummu Aiman
Asyrafiah

p/s : Bagi insan-insan yang di"tag" tu, kalau berkelapangan join la. Tak ada paksaan pown..Mungkin ada yang lebih penting dari perkara ni ^_^. Kalau dah buat, habaq kat insyirah tau ^_^

:: Layannnnnnnnn ::

Assalammualaikum wbt Tautan Hati ^_^

Lama meninggalkan teratak cinta insyirah ini. Berdebu!! Hihihi. Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk meluangkan sedikit masa. Tapi untuk merapu yang bukan-bukan la.. Hihihi.

Alhamdulillah, hari yang barakah penghulu segala hari insyirah dapat khabar gembira dari family. Semoga Allah permudahkan segalanya dan apa saja yang Allah takdirkan untuk family insyirah, insyirah akan terima dengan hati terbuka. REDHA ^_^. Biar air mata insyirah pagi tadi satu yang bernilai untuk akhirat insyirah. Sangat sangat gembira. Semoga Allah terus memberi kegembiraan kepada keluarga insyirah.

Semalam pula tetiba insyirah dapat satu panggilan. Nombor baru. Insyirah jenis yang tidak akan layan orang yang insyirah tidak kenal terutama dalam talifon ni. Takut ~_~.

Lama juga insyirah cuba untuk ingat nama hamba Allah tu. Lama. Lepas tu hamba Allah tu perkenalkan diri dia sendiri. Allahu Allah. kenapa hamba Allah tu hadir disaat hati ini...................

Lupakan saja lah. Dan insyirah berada dalam dilema sekarang. Ya, kata sahabat insyirah.. Allah akan uji apa yang kita lafazkan. Itulah yang insyirah lalui sekarang ni. Allah pernah berfirman yang insyirah tidak pasti surah apa dan ayat berapa tapi maksudnya seakan macam ni ;-

"jangan kamu kata kamu beriman sebelum kamu diuji"
Wallahualam.
Betulkan insyirah kalau insyirah salah mentafsir kalam Allah ya ^_*

Ya, sebagai hamba yang mengaku keimanan kepada Allah, Allah akan uji dengan pelbagai ujian. Ujian itu bukan kerana Allah mahu menyusahkan kita tapi Allah tidak mahu kita terus terleka. Ujian itu kan tanda Allah sayang hambaNYA. Ye dak??

Tapi insyirah akui, kekadang insyirah mengeluh. Sehingga ada satu saat tu insyirah bersangka buruk kepada Allah. ASTAGHFIRULLAH. Alhamdulillah sekarang ni insyirah berusaha untuk menjadi hambaNYA yang redha. Insyirah yakin, apa sahaja yang Allah berikan untuk insyirah itulah yang terbaik untuk insyirah.

Lagi satu, Allah tidak akan menguji hambaNYA kalau hamba tu tidak mampu. Allah menguji mengikut kemampuan kita. Yakinlah. Ya, insyirah mempelajari itu semua. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba ni. Kepahitan yang kita lalui hari ini, akan ada ganjarannya di syurga nanti. Itulah harga untuk perjuangan kita  dalam mengapai redha Allah.

``````````````````````````````````````````````
zppppppppppppppppp

*_* twink twink twink *_*

Apa lagi yang perlu insyirah coretkan?

Oh ya, insyirah tak sabar nak balik Sabah. Nak jumpa mama dan abah. Bincang.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Ya Allah, insyirah dah tidak tahu nak buat apa lagi. Semoga Allah permudahkan urusan insyirah. Insyirah tahu, Allah tidak pernah menyusahkan hambaNYA. Jadi, insyirah kena KUAT ^_^. InsyaAllah..


:: Cinta Dan Sayangku MM-AHN ::

~change. Like sangat dengan nama INSYIRAH. Amacam nice ke name ni?~
suke name ni??
Angguk siket..
Angguk la...
!
!
!
Tipu belum angguk pun..
!
!
!
tak baik tipu tau..
Angguk la..
cantik kan nama ni??

yea......awok dah senyum. Amboi senyum sorang2 naa..



~ ~ ~ ~ ~ ~

Sayangku MM-AHN
insyirah rindu sangat dengan sayang.
Lama insyirah menyepi dari bertanya khabar.
MM-AHN apa khabar?
insyirah rindu sangat dgn sayang. T_T

Tapi tidak apa, insyirah tau Allah sentiasa menjaga sayang disana. Gambar sayang jadi skrin talifon insyirah tau. Rindu. Siyes insyirah rindu sangat dengan sayang. Kekadang insyirah nangis. Tapi insyirah nangis sembunyi-sembunyi. Malu kalau orang nampak. Tapi insyirah tak akan malu kalau nangis depan sayang sebab insyirah tau sayang akan usap air mata insyirah. 

"eh, tomey la miau ni..hehe"

"M"
Sayang, insyirah rindu nak dendangkan lagu untuk sayang. Rindu. Insyirah masih ingat sayang cakap yang sayang suka insyirah nyanyi lagu korea tu. Ya, insyirah ada nyanyi lagu korea tu bersama Surianah. Air mana mau mengalir masa nyanyi sama-sama Surianah. Bukan apa, teringat kat sayang. Insyirah sayang sayang ~_~

Sayang, banyak yang kita kongsi bersama. Sayang menangis, insyirah pujuk. Insyirah nangis, sayang pula pujuk. Lepas tu kita sama-sama nangis. Paling best, sayang selalu ingatkan insyirah kepada Allah. Sayang kata, Allah sentiasa ada bersama kita. Walaupun kita terpisah jauh. Sayang selalu mengadu pada insyirah begitu juga insyirah. Alhamdulillah insyirah pegang semua rahsia sayang dari pengetahuan sesiapa. Jangan risau sayang. Insyirah pegang rahsia tu sehingga sekarang. 

Masa sayang call insyirah masa Raya hari tu (raya aidilfitri 2010), insyirah sangat susah hati sebab sayang nangis. Insyirah tidak duduk tenang mengingati sayang. Risau. Alhamdulillah Allah permudahkan juga urusan sayang. Pagi sayang call insyirah, petangnya insyirah dapat mesej sayang

"alhamdulillah. Bahagia sangat. K.M sudah kempali kepada K.M."

Allahu Allah. Berulang kali insyirah mengucapkan "ALHAMDULILLAH". Bahagia sangat bila sayang bahagia. Itulah ukhwah yang terbina kan sayang ^_^

"M"
Sayang, insyirah masih ingat pesan sayang dulu. Sayang masih ingat ka masa tu insyirah cakap macam ni 

"sayang, masalah tu insyirah sendiri yang timbulkan dalam hati insyirah. Insyirah rasa macam insyirah tidak layak kawan dengan semua yang sekolah kat U, kolej. Insyirah setakat spm, lepas tu kerja just kerani. Itu yang insyirah fikir. ASTAGHFIRULLAH kufurnya insyirah pada nikmat Allah"

Masa tu sayang marah dengan insyirah. Marah kerana sayang x mau insyirah kata macam tu. Sayang tau, masa tu insyirah nangis. Nangis sebab sangat bersyukur dapat insan membahagiakan seperti sayang. Syukran sayang. Insyirah masih ingat sayang kata macam ni,

"kita semua sama disisi Allah insyirah. Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Hidup ini mengejar pangkat darjat kah? kita mengejar redha ALLAH kan insyirah? Sayang pun kerani biasa je. Belajar diploma tapi kerja kerani..haha"

Masa tu insyirah tersenyum. Allah. Lantas insyirah beristighfar. Allahu Allah.

Sayang pernah cakap lagi,

"kalau fikir macam tu kan insyirah, patutkan kita pandang hina penyapu sampah, pencuci tandas? Patut kah insyirah? Kita sering memandang yang ATAS sampai terlupa yang berada di BAWAH kita. Apa guna semua tu insyirah? Akhirnya kita akan berada di akhirat juga untuk dihisab amalan dan dosa pahala. Kita semua sama saja insyirah disisi Allah. Kita akan pulang kepangkuan Allah kan. Kalau insyirah mahu ilmu, carilah ilmu. Berdamping bengan orang berilmu bukan sisihkan diri insyirah. Allah tak suke kan. Jangan putus asa insyirah sayang. Kita mencari redha Allah"

Allahu Allah. Sayang tahu, insyirah pegang nasihat sayang ini selamanya. Menangis insyirah merindui sayang. Ya, insyirah sangat-sangat rindu sayang. Rindu mengadu segala kelukaan, kedukaan, kegembiraan, kesenangan dihati insyirah. Ya insyirah tahu Allah itu maha mendengar tapi insyirah ni hambaNYA yang lemah dan memerlukan seseorang untuk terus kuat. Tapi sayang, cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul lebih dari segalanya.

"AHN"
Sayang, melalui sayang insyirah belajar mengenal mencintai, menyayangi hanya kerana Allah. Ya, bila segalanya kerana Allah, insyaAllah ianya akan kekal selamanya dan bila segalanya kerana Allah kita akan sentiasa merindui dan mencintai kerana kita ada Allah yang SATU ^_^.

Insyirah juga belajar untuk ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Ikhlas menyayangi, ikhlas merindui, ikhlas mencintai. Ya, insyirah sedang belajar untuk menjadi hambaNYA yang ikhlas. Mencari keikhlasan itu insyirah tahu terlalu payah. Tapi insyirah berusaha sayang. Berusaha untuk menyayangi sayang selamanya ^_^

Kerinduan insyirah kepadamu MM-AHN hanya Allah yang tahu. Meskipun kita terpisah tapi satu saja impian insyirah.. Mahu bersama sayang melangkah ke SYURGA andai itu tempat yang layak untuk hamba seperti insyirah.


Cintaku padamu keranaNYA,
Rinduku padamu keranaNYA,
Kasihku padamu keranaNYA.

~~ sentiasa merindui MM-AHN ~~



Menanti diri sayang ^_^

:: Mau Kawin Punya Pasal ::

Assalammualaikum Tautan Hati..

Apa khabar iman kita?? Semoga sentiasa meningkat naa... Fitrah manusia itu imannya turun naik  ^_^. Tapi kita usaha supaya sentiasa meningkat iman kita..

^_^ Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ^_^
~~ masih mood gembira untuk adik. Adik, akak harap akan datang adik buat yang terbaik~~

* insyaAllah akak tau adik boleh. Chayo2 adik. Malam ni akak makan banyak. Sudah beberapa hari ni kurang makan. Dik, sebenarnya sudah beberapa hari akak tidak makan nasi ^_^. Saja. Entah selera hilang entah ke mana. ABC kot ^_^. Tapi malam ini.. akak mau makan nasi.. Horeyyyyyy. Syukran dik sebab selalu ada untuk akak ^_^ *

___________________________

Jom baca mau kawin punya pasal..hihihi..selamat membaca Tautan Hatiku semua ^_^



Ada sorang Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat- punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. 

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. 



Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan 
awal oleh isterinya Minah. 

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji 
Dollah pun menegurlah Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..." 

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang 
subuh! Kantoi..kantoi. .. 

"mat mat..tu la..mau kawin punya pasal..adik pun tau solat subuh. Abg mat tidak tau?? ish-ish-ish"

bukan saya yang kata...adik di atas tu yang kata ^_^

:: Lelaki Tanpa Hati ::

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^


(PERINGATAN UNTUK ANA)

*Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah*
~~ masih mood gembira untuk adik...^_^ ~~


buat kak Siti Fatimah Kamaruddin, jazakillah kak dengan perkongsian.. 



Suatu hari ada seorang pemuda yang merasakan dirinya terpisah antara kewajipan & realiti, antara iman & ilmunya dan antara ucapan lisan & penghayatan dari hatinya. Lantas dia menulis surat kepada Imam Hassan al-Banna bertanyakan penawar bagi hatinya & kemudian dibalas pula oleh ulama tersebut. Apa yang menarik adalah huraian suratnya seakan-akan menerangkan apa yang pernah, sedang atau akan tersirat di hati kita. 
Dalam kita sentiasa mencari cara menjadikan hari semalam lebih baik dari hari ini, mendekatkan diri lebih rapat kepada Allah swt, melatih jiwa lebih taat menuruti iman dan mengawasinya dari setiap helah kemungkaran kita akan menemui keadaan di mana hati kita seakan-akan tidak turut serta dalam usaha fizikal kita mengejar semua ini. Kitab yang ditatap mata dan nasihat yang mencelah masuk ke telinga seolah-olah tidak sampai ke hati untuk menghidup suburkannya. Di sini, saya ingin berkongsi surat pemuda & jawapan Imam Hassan al-Banna. 



Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna, 



Assalamualaikum wbth, 
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya. 



Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar. 



Seringkali dia benar-benar merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, “Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh. 



Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang. 



Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan. 



Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, “Dia itu khusyuk nampaknya.”Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. 



Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain? 



Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja, hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati. 



Dia adalah seorang yang membuat perjanjian (bai’ah) dengan anda & anda telah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya? 



Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh. 



Waalaikumussalam wbth 




Inilah surat yang dibalas as-syahid Imam Hassan Al-Banna kepada pemuda tanpa hati. 



Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, 



Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu. 



Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku. 



Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya. 



Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. 



Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman. 



Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman; 



“Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190) 



Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orang-orang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih. 



Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhl ah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. 



Allah swt berfirman; 
” Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.” (AL-Maidah : 27) 



Saudaramu, Hassan Al-Banna. 



Semoga kita semua berjaya mencari hati yang hilang dan menyatu padukan amalan anggota badan kita dengan hati yang hidup supaya setiap zikir yang dituturkan dihadiri oleh hati yang sedar akan keagungan Allah Taala. 




p/s: Mari muhasabah diri, tambahan kita orang yang punya fikrah,orang jemaah, insyaAllah, jadikan kata2 kita seiring dengan perbuatan, usah biar kedua-duanya terpisah..insyaAllah, moga Allah pimpin hati-hati ini dalam menuju redha-Nya 




semoga dengan perkongsian ini, kita akan lebih menjadi hamba Allah yang bahagia dunia dan akhirat amiin..T_T

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers