:: CINTA..Layan?? Lawan?? ::


Cinta..haaa…malu nak sebut ^_^, tapi memang kena sebut..bukan niat untuk berjiwang, bukan juga untuk tarik perhatian, bukan untuk meluahkan perasaan..tapi sekadar perkongsian ilmu buat teman-teman yang sedang membaca. = untuk saya juga ^_* =

Bila saya sebut perkataan lima huruf ini, apakah perasaan anda? seronok?curious? takut? meluat? atau stabil ja…??? haa…tengoklah bagaimana gabungan lima huruf ini dapat memberi suatu impak kepada diri anda..kenapa?? silalah teruskan pembacaan anda..

Sebelum tu, zikir yuk....


Subahanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakhbar..

Perasaan ini tidak dapat dinafikan kehadirannya. Kehadirannya, bagaikan ujian bagi sebahagian kita, tetapi menjadi kesyukuran bagi sebahagian yang lain.

Bagi yang ingin menjauhkannya..pelbagai alasan diberi..study dulu, belum cukup umur, lambat lagi, haram, hilang fokus, geli, mak ayah tak kasi dan macam-macam lagi.. Alasan itu, alasan ini. Tak kawin baru tau..hihi ^_^

Bagi yang menginginkannya, pelbagai hujah pula dikemukan..motivate untuk study, biar tak cukup umur;taruh dulu,nanti melepas, islam halalkan kasih sayang, memang fitrah manusia, boleh study sama, mak ayah dulu2 bercinta jugak, perasaanku hanya padanya (eeee..tidakkkk), dan macam-macam lagi.. Sehingga yang haram terasa halal.. Haiss.. Apelah..hihi

Hendak seribu daya, tak nak seribu alasan…

Cinta (manusia) itu datang dan pergi..setiap yang patah diganti..

Jadi, di alam remaja ini, kita seharusnya berfikiran matang dalam soal ini. hendak dibenci tak boleh juga,-orang kata nanti yang tu kita akan suka, hendak dimeluat-nanti melawan fitrah pulak katanya, hendak dijauhkan-nanti jumpa yang lain dah…………..tapi, hendak dilayan-nanti dibawa arus, hendak membalas-takut terhenti sekerat jalan, hendak diterima-takut diperkena, hendak luahkan-takut tak diterima………

Konfius,konfius,konfius….(gramatical error!) Kenapa perlu konfius? Tahukah anda, siput babi lambat berjalan kerana konfius dia tu siput, ke..babi ke, siput ke babi ke???


Sebenarnya, tidak ada apa-apa yang perlu dirunsingkan. It’s just a matter of your teen’s emotions..kalau kita berbalik kepada sunnatullah (ketentuan Allah), semua akan settle..Jodoh di ‘tangan’ (kuasa) Nya..jadi, tidak perlu terlalu risau akan masanya..itu kerisauan yang negatif! Cuma buatlah persediaan awal..dari segi aqidah, ibadah, akhlak dan lain-lain..agar dapt seprti mana yang diinginkan kerana pabila bertanya pada orang, inginkan pasangan yang bagaimana..jawapan yang lazimnya diberi..alim, solehah, menjaga perilakunya, pandai kemas rumah, masak sedap, pembersih..tapi, bagaimana pula dengan empunya diri??adakah seperti itu??

Sepertimana juga kematian….Allah telah menetapkannya sejak kita lahir lagi. tetapi ramai yang ber ‘diet’, bersukan, dan mengamalkan gaya hidup sihat..kenapa??kerana ini persediaan hari2 tua…syurga neraka juga telah ditetapkan,tetapi masih ramai yang tidak putus berusaha melipatgandakan amalan…kenapa??kerana ini persediaan untuk hari2 muka..persediaan tersebut bersifat positif keran hasilnya adalah dari kerisauan yang positif….dengan kerisauan sedemikian sudah pasti kita akan membuat persediaan awal sebelum tiba masanya..dan dapat mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini..

Konklusinya, jika perasaan c**** (segan nak sebut byk kali hihi) itu datang,..biarkan saja ia disitu..tidak layu dan tidak mekar..jangan dilawan dan jangan pula dilayan….anggaplah seolah-olah ia singgah sebentar..cukup sekadar melayannya seperti sahabat-sahabat yang lain…..jika ianya memang milikmu ia akan berkekalan dan takkan lari ke mana, jika tidak, mungkin ada yang lebih baik..

Berdoalah…sesungguhnya Allah mendengar rintihan doa hamba-hambaNya..



Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja dan mengoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya,InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

bagi mereka yang COUPLE, adakah kau yakin dia yang tercatat untukmu di Loh Mahfuz??
tidakkah kau yakin pada pilihan yg telah Allah berikan untukmu seperti yg tercatat di Loh Mahfuz?

-dari ana, satu kata2 la..."aku hanya beruntung jika memiliki dia dengan nikah, bukan dengan hubungn kapel yang memang tidak menjamin imanku ditingkatkn" jadi jangan sedih jika kamu jatuh hati pada seseorang tapi dengan rela menahan cinta itu hanya kerana Allah. jangan luah cinta itu pada si dia, kerana itu akan mengundang fitnah kecuali kamu serius menikahinya...cukuplah tertahan dalam hati.

renung2kan,fikir2kan..

-ingatan khas buat hatiku-


"Yakinlah tulang rusuk tidak akan tertukar. Andai ana adalah jodoh yang telah tercatat di loh Mahfuz untukmu, insyaAllah tanpa kau pinta pun ana sendiri akan datang kepadamu. Tetapi, andai saja kita tidak ditakdirkan untuk bersama.. YAKIN lah pasti ALLAH sediakan untukmu seseorang yang lebih baik dari ana."


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers