:: Harus Kuat ::

Assalammualaikum Tautan Hati..

Dalam hidup ini, sebagai hambaNYA kita haruslah KUAT. Tidak mudah goyah pada ujian yang DIA berikan. Tetap bersyukur dan sentiasa bersangka baik kepadaNYA. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA, oleh itulah DIA turunkan sesuatu untuk kita menilai hikmah disebalik kejadian itu.

Kita selalu dengar kata-kata ni ;-

KITA MINTA PADA ALLAH SETANGKAI BUNGA SEGAR,DIA BERI KITA KAKTUS YG BERDURI,KITA MINTA KUPU2 DIA BERI KITA ULAT,KITA KECEWA DAN SEDIH,NAMUN TAK LAMA KEMUDIAN KAKTUS ITU BERBUNGA INDAHSEKALI DAN ULAT ITU BERTUKAR MENJADI KUPU2 YANG CANTIK.BEGITULAH CARA ALLAH MENGASIHI HAMBANYA..KERANA SETIAP YANG INDAH ITU DATANGNYA DARI YANG JALUR-JALUR SUKAR DAN RESAH

<>
<>
<>

Lihat cara Allah mendidik kita. Penuh hikmah yang tersembunyi yang sebenarnya ada dihadapan mata kita. Cuma sejauh mana kita menilainya itu adalah pencarian kita. Kalau tidak memiliki kekuatan, pasti kau akan membuang kaktus itu kerana takut kelak akan mencederakan dirimu atau sesiapa sahaja yang menemuinya. 

Tapi tahukah, kaktus adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Berduri, tentu sahaja durinya mampu melindungi dirinya dari sentuhan rakusan tangan manusia. Dalam kaktus pula terdapat air yang menjadi minuman si musafir padang pasir. Kaktus mampu hidup sendiri tanpa dibekalkan air oleh manusia (Dengan Izin Allah) . Lihat sahaja kaktus yang tumbuhnya dipadang pasir.

----------------------------------------------------

Ya, aku tahu bukan mudah untuk menjadi kuat kerana sifat hakiki manusia itu tidak sempurna. Allah jua Yang Maha Sempurna. Tapi, bukanlah ketidaksempurnaan itu menjadi benteng untuk kita sentiasa lemah. Bangunlah kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Bangunlah kerana keberadaan kita mampu menutup kekurangan sahabat kita dan keberadaan sahabat kita mampu menutup kekurangan kita.

Bukankah Allah menciptakan kita semua untuk bersatu?? Untuk sama-sama kuat menempuhi ujian dariNYA??


Apa sahaja yang terjadi dalam hidup kita, yang menyenangkan atau menyakitkan terimalah dengan hati yang terbuka. Tidak ALLAH timpakan sesuatu dalam diri kita melainkan akan ada hikmahnya yang tersendiri yang mungkin hikmahnya itu akan kita miliki satu hari nanti. Kalau tidak didunia, InsyaAllah pasti di akhirat kita merasainya.

Aku juga seorang manusia yang lemah. Banyak kekurangan. Sentiasa tangisan itu menemani untuk sekecil-kecil ujian. Selalu hatiku berbisik "HARUS KUAT".

ya..

HARUS KUAT. Letakkan Allah pengharapan tertinggi kita. HANYA ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers