:: Salam AidilFitri ::

Insyirah titip salam sayang kepada pengunjung belog Teratak Tautan Hati. Ini post terakhir Insyirah dibulan Ramadhan. Jagalah ia sebaik mungkin. Semoga apa yang baik dalam teratak Insyirah ini dijadikan panduan dan sebarang entry yang merapu, melalaikan, mohon kemaafan. Hamba juga manusia biasa yang sering terlalai dengan nikmat dunia sementara.

Maafkan segala salah dan silap selama mana Insyirah mengenali anda semua. Buat sahabat-sahabat, maaf zahir dan batin dari Insyirah

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 'Taqaballahu mina waminkum' 

ucapan raya yang sunnah :

disebut di dalam kitab Fathl Bari, Imam Ibnu Hajar memetik daripada Jubair Bin Nufair yang berkata " Para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain : 'Taqaballahu mina waminkum' -semoga Allah menerima daripada kami dan daripadamu- . Imam Ahmad berkata , "aku tidak pernah memulakan mengucapkan selamat hari raya kepada seseorang pun. sekiranya ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa yang mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh."
wallahualam..

sumber -majalah ANIS-

menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap DOA. Semasa hidup bersimbah khilaf dan dosa, berharap dibasuh maaf. Salam AidilFitri, Taqabalallahu minna wa minkum, Minal Aidil Wal Faidzinn..


“Sama-samalah kita
upgrade iman,
top up amalan,
update doa,
semoga Allah send hidayah,
delete dosa dan insert sakinah.
Redeem hasil lumayan di sana.
Selamat menahan diri dari kemungkaran di bulan Ramadahan dan bulan2 seterusnya”

Maafkan segala kekhalifan diri ini...

Dengan ikhlas memaafkan semua sahabat2/saudara2 ana yang dikenali mahupun tidak dikenali...dan memohon maaf kepada semua sahabat/saudara2 ana sama ada yang dikenali ataupun tidak...

buat mama dan bapa...semoga Ramadhan dan Syawal kali ini adalah yang terbaik bagi kita dan akan lebih baik dari masa ke semasa...^_^

~Sedih meninggalkan Madrasah Ramadhan, semoga insyirah tetap istiqamah dengan amalan yang dibuat sepanjang ramadhan malah bertambah lagi amalan. InsyaAllah~

:: Buat Kekasih Hatiku ::

Teristimewa buat saudara sedaging sedarah denganku ^_^
Ompoi, Erna, Odea, Boboi, Ndung, Apik


Buat tatapan kakak-kakak ku, abang dan adik ku,
Pabila menatap wajahmu,
Yang menampakkan keayuan,
Berbungalah harapanku..
Sebagai adik, kakak jua teman.. 


Agar engkau kakak, abang dan adik ku,
Menjadi insan soleh solehah,
Juga berdiri,
Menjadi insan dikagumi..

Aku tahu,
Aku sedar,
Tidakku mampu mengukir bait2 kata,
Untukku melukis segala kenangan terindah..

Kakak, abang dan adik ku,
Suluhan kemesraanmu sinari hidupku,
Mutiara azimat saktimu,
Pelangi hatiku,
Agar tautan kasih akan terus subur setiap waktu.. 


Kakak, abang dan adik tersayang,
Tanpa yang SATU itu,
Jua tanpamu,
Aku tidak akan disini,
Tiada bisa kutabah setabah hari ini,


Aku telah pateri pada sungai hati,
Aku telah lukis pada cermin budi,
Aku telah ukir pada tulus erti,
Untukku terus mapan berdiri,
Memegang janji!!! 


Andai.. 
segalanya hangus,
Andai.. 
air jadi batu,
Andai.. 
putih jadi kelabu,
Aku akan cekal mengharungu hidup,
Sekalipun aku disini.. 
menunggu mati.. 

Kakak-kakak ku, abang dan adik tersayang,
Moga kemesraan kan berpanjangan,
Mekar mewangi dalam hati,
Ukhwah ini harus dijagai,
Rantailah dengan kejujuran,
Gelangilah dengan keikhlasan,
Hiasilah dengan bunga2 keazaman,
Moga hari yang mendatang,
Terpancar sinar kebahagiaan..


kumpulan wajah indah,
mendamai di sanubari.
terdakap detik subur,
melingkar ruang rindu.


kakak, abang, dan adik ku
Solat itu tiang agama,
Doa itu penyuluh suka dan duka,
Selalulah solat dan berdoa,
Moga tenang dan terang,
Jalan hidup abang.

Kakak, Abang, adik ku
Akhir pesan adik/kakak
Ingatlah,
Tidak selamanya kita di dunia,
Tiba masa,
Kita akan pergi meninggalkan dunia,
Ke mana kita selepas itu,
Hanya diri jadi penentu,
Bersama amalan yang dibina,
Ke Syurga kita mahunya.

~Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin~ 

:: Jejak-Jejak Terakhir ::

Lama juga tidak 'memasak' di teratak usang yang penuh contengan sang hamba yang hina disisi KEKASIH AGUNG. Ketandusan kata-kata kali kan.


Bila Allah timpakan sesuatu musibah buat kita, itu tandanya Allah mahu mengangkat darjat kita disisinya tapi ada syaratnya.. mestilah REDHA dan SABAR. Sakit yang kita rasa juga satu anugerah terindah dari Allah untuk hambaNYA yang sering leka dengan nikmat menggunung (aku la tu...hihi).  Itu juga kifarah atas dosa-dosa kecil kita ^_^

Alhamdulillah, untuk kedua kalinya dibulan yang mulia ni Allah menarik balik nikmat sihat yang dipinjamkan. FLU~ Tiada daya untuk menolak, jadi terima dengan penuh keredhaan dan s.a.b.a.r. Ya, takkan kita perlu marah kan bila pemilik hakiki diri kita ni menarik balik sesuatu yang kita pinjam dariNYA.

Contoh ;- kita pinjam buku kawan kita, then dia minta balik. Takkan kita mahu marah kan kalau dia mau ambil balik buku dia? Sedar la diri kita hanya 'peminjam tegar'. Hah, begitu juga dengan pemilik hakiki diri kita ni. Ada paham?? 

Sebenarnya serba salah dengan perasaan sendiri. Kenapa? Iya la, begini la perasaan orang perantau. Minta dicepatkan saja masa tu lebih-lebih lagi bila mau dekat-dekat lebaran. Tapi hati ni kurang senang pulak sebab seolah-olah mau Ramadhan ni cepat berlalu =_=. Eh, bukan macam itu ok. Kalau yang merantau tu, aa tau tau la perasaan tu macam mana.

iya dak??

Iyakan saja la ye!!

Ha, sepanjang dikampung nanti Pakcik Pesbuk, Auntie Google, Kakak YM tidak dapat diziarah kot. Bukan apa, masa dikampung tu terlalu banyak aktiviti yang disusun. Belum lagi termasuk ziarah saudara mara time raya. Huh!! Malam baru balik kot. Mungkin bila sampai rumah, semua sudah penat, capek gitu lo.. ^_^

Paling tidak sabar ni, mahu berkumpul sefamily. Wah!! Saat itu adalah saat yang dinanti-nanti. Iya la, setahun sekali. Raya haji kompom diperantauan! Sudah 3 kali tau beraya haji di perantauan. Tapi tidak kisah sangat la sebab ramai family yang tidak balik time raya haji. Sebab?? Entah, lu pikir la sendiri ^_^

Yeaaaaaaaa, dapat jumpa mama bapa, kakak abang adik, makcik pakcik, saudara mara, anak-anak buah, cucu-cucu, cicit-cicit. Wah!!! dalam tidak sedar, i oreD have cicit. Seorang saja la. Yes!! i'm oreD jadi....................selepas nenek apa?? buyut??? Whatever!

Raya ini juga akan terjadinya pertemuan si 'dia' dengan keluarga saya. Hmm, biarlah. Kita tengok siapa yang berani, siapa yang malu~~ Selepas itu, saat yang ditunggu-tunggu dan aktiviti WAJIB bersama sahabat-sahabat.. kitorang akan jalan-jalan kesana kesini mencari duit raya. Ceyyyyy, tidak la.. just jalan-jalan dan perkara WAJIB ada adalah sesi 'bicara hati ke hati'. Saat itulah saat yang paling menyentuh hati. Menangis bersama dan berbahagia bersama. Ya Allah, rindunya saya padamu sahabat!!!!!

Then, sedang merancang waktu tidur dirumah si kembar. Entah bila masanya. Tercari-cari tarikh dan masa yang sesuai. Almaklum, banyak tarikh dan masa yang sudah di 'booking' oleh aktiviti-aktiviti tertentu. Ceh, macam artis pulak kan. Nda ba pula, cuti kan 14 hari saja termasuk sabtu ahad dan cuti umum. Nah, singkat tu bagi orang perantau macam I!

~Semoga masa yang ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin selama berada dikampung halaman tercinta. Sesungguhnya saya hanya merancang tapi penentu segala perancangan itu adalah Allah~

Dalam gembira-gembira menanti Syawal, ada juga rasa sedih dihati. Terkenang iyai (nenek) yang sudah kembali menunggu dialam lain. Terasa sangat kehilangan iyai. Teringat kenangan bersama iyai dulu. Masa itu iyai sakit. Saya yang jaga, tidur sekatil dengan iyai di ruang tamu rumah. Bagi mandi (bergilir dengan kakak dan adik perempuan) iyai, potong kuku iyai, makan sama-sama iyai.

Rindu sangat masakan iyai. Simple tapi ada rasa yang membuka selera. Masak apa saja la, mesti sedap punya. Pucuk kepayas (betik) yang pahit tu pun sedap kalau iyai yang masak. Memancing jangan dikata, guna umpan cacing lagi. Saya la tukang tangkap cacing besar-besar tu! Seronok pegang cacing.

Terlalu banyak kenangan antara kami (cucu) bersama iyai. Rindu rasanya. Rindu juga dengan arwah atuk dan paksu (adik bungsu mama). Banyak juga kenangan bersama arwah atuk dan paksu tapi tidak dapat ditanding keakraban kami dan iyai. 

Semoga Allah menempatkan Iyai, Atu, Paksu, dan semua umat islam ditempat yang diredhai Allah ^_^

Raya ini, destinasi pertama semestinya rumah Iyai. Kumpul-kumpul sana. Boleh saya kacau nenek yang sorang tu. Melatah!! Haha.

Ya Allah, beri hamba kekuatan untuk meneruskan jejak-jejak terakhir ramadhan tahun ini. Amiin ya Rabb.

:: Saya Suka Awak ::

Awak cakap Awak sukakan hujan, tetapi bila hujan turun Awak keluarkan payung...
Awak cakap Awak sukakan matahari, tetapi jika panas Awak cari tempat berteduh...
Awak cakap Awak sukakan angin, tetapi Awak menutup mata bila angin bertiup...
Dan sebab itulah saya risau jika awak cakap awak sukakan saya...0__o

Pastu saya jawab.....

kalau saya tidak keluarkan payung....nanti saya tidak dapat bermain hujan lagi kerana saya sakit.
kalau saya tidak berteduh....ia akan buat saya membencinya kerna membuat kulitku terbakar.
kalau saya tidak tutup mata....bagaimana nak rasa nikmatnya angin tuh....^_^

Jadi kalu saya suka awak.....
Saya akan mencari jalan terbaik untuk perbaiki masalah kita yang kita hadapi seperti payung tuh ^_^

Jadi kalau saya suka awak..
saya akan menjauhi awak untuk menukar perasaan benci kepada rindu seperti tempat teduh tuh ^_^

Jadi kalau saya suka awak...
Saya tidak akan suka awak dengan apa yang dirasa oleh pancaindera saya...
tetapi saya suka kat awak melalui perasaan, jiwa, rohani yang hanya boleh dirasa dengan HATI.....
Seperti mata itu..... ^_^


:: Pecutan Terakhir ::

Ya Allah Ya Tuhanku...Ampunkanlah dosaku, bicaraku banyak menyebut noda, bicara itulah yang membawa kecelakaan padaku...

Astaghfirullah...

Ayuh kita lakukan pecutan terakhir di Fasa ketiga Ramadhan. Fasa terakhir, dibulan Ramadhan. Semoga fasa pertama dan fasa kedua menjadi satu pengajaran.

Ya Allah....apa yang telah aku lakukan untuk ramadhan kali ini...
Astaghfirullah!!!!!!!!

Adakah madrasah ramadhan kali ini memberi titik perubahan kearah yang lebih baik? kearah mencintai Allah??

Astaghfirullah. Penuh dengan kelalaian semata-mata..

~Semoga kesempatan yang ada ini mampu kita manfaatkan sebaiknya.~

T_T

:: TUNTURA ::

TUNTURA...

Poloso ku do vasoi,
Kuoyon nu do vasoi?
Panagad ku do tutuguk,
Kuoyon nu do tutuguk?
Isolud ku do bolobou,
Kuoyon nu do bolobou?
Inumon kud patakad, Ontitison kud poru'uk..
Tod tod tod tod...BOM....

"eh..bahasa apa tu? mentera ka?"

Nah, itulah satu lagu yang selalu mama dan bapa sia nyanyikan untuk kami adik beradik. Lagu turun temurun tu! Dari zaman nenek moyang. Lain tempat lain la lagu dia. 

Macam mana sia dapat ni lirik???

Macam ini kisahnya ;-

Call Mama ;-

"Assalammualikum...ma...."

"waalaikummussalam Dui...kenapa lagi??"

~mama tanya kenapa lagi sebab hari ini sudah banyak kali call mama. Almaklum, anak manja kan >_<

"Ma, kasi nyanyi ma sia lagu TUNTURA.."

~Terus mama melatah. Lucu pula mama melatah. Aduh~

"ai...nanti la dirumah. Mama di kedai ni."

"ai..kenapa pula? nyanyi seja ba ma....."

"nanti la dirumah a..." *ketawa*

"sekarang la ba.. mama malu ka? hahahha"

"iya la ba. Mama malu. Nanti la a..."

"ok la.......di rumah nanti sia nyanyi TUNTURA a.."

"ok. Assalammualikum."

"ok. Waalaikummussalam"

--------------
Lepas seja call mama, terus call Anti Naimey. Kakak kepada mama. Makcik kesayangan sia sebab sia manjaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dengan dia. Kalau pigi rumah Anti Naimey, memang makan bersuap. MANJA >_<

"Assalammualaikum ANTI!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"Hello....?"

"aik....anti Naimey ka ni???"

"eh...ko silap nombor ni."

"hah??? iya ka?? ai...siow a....Bai"

~ceh, punya semangat mau call Anti Naimey sekali tingu salah nombor pula. Adoi >_<~

Terus tekan-tekan telefon lagi, mencari nombor telefon Anti Naimey yang satu lagi. Alhamdulillah. Harap-harap kali ini menjadi dan tidak salah nombor lagi. >_<

"Assalammualaikum.."

"Waalaikummussalam.."

"Pakcik Malik ka ni??"

"iya. Siapa ka ni??"

"Saya ba ni, si kudui. Mana Anti Naimey pakcik??"

"Ai o...si kudui. Apa kabar ko dui? Sana makcik kamu di dapaur. Dia kasi bersih tu dapur. Ko mau cakap ka?"

"iya. Alhamdulillah sihat juga ba ni pakcik. Ba, sia mau cakap sama Anti Naimey ka..."

~~~~~

"Hallo.......Assalammualikum Dui~~~~"

"Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, waalaikummussalam Anti!!!!!!!!! Apa kabar???"

"ai...sihat ba ni Dui. Ko apa kabar?? Sera ko muli?"

"alhamdulillah sihat juga saya ni Anti. 27 muli oku nogi ni anti. Misasambat tokou sino kie...."

"o....ba, turus ko muli siti kie. Miumpug tokou sid walai di iyai."

"ok ba. Indada masalah!! Anti, kasi nyanyi dulu saya TUNTURA!!"

"hahahahahaha. Kenapa kau minta nyanyi tuntura dui??"

"ai...suka-suka obo. Mau hafal lirik dia.."

"ba....rongo'o kie.... Tuntura....... Poloso aku vasoi, panagad aku tutuguk, kuoyon nu tutuguk, isagou ku bolobou, inumon ku patakad, tagad tikok, tagad tikok, tagad tikok..robboban.."

"ai...lain bunyi kalau itu anti...."

"hahahahahahahhaa...anti pun inda ingat suda Dui...Nah, cakap sama nenek Arambat. Minta ajar.."

"ok.."

"ba....rongo'o kie.... Tuntura....... Poloso aku vasoi, panagad aku tutuguk, kuoyon nu tutuguk, isagou ku bolobou, inumon ku patakad, tagad tikok, tagad tikok, tagad tikok..robboban.."

~aik...benda yang sama.. Tidak apa, yang penting dapat juga sikit-sikit liriknya~

"terima kasi a....saya hafal dulu baru saya kasi nyanyi sama kamu balik. Ok assalammualikum"

"ok Dui..kasi bagus-bagus nyanyi kie"

"ok!!"
-----------------------------------
Ceh, terus menghafal. Tapi macam ada sesuatu yang tidak kena. Call bapa pula!! Bapa kan selalu nyanyi untuk kami masa kami kecil-kecil. Kena tuntura lagi.

"Assalammualikum Pa..........."

"Waalaikummussalam..."

"Pa..........bapa dimana ni? buat apa? sibuk ka?"

"sini juga bapa di rumah. Baru siap cuci kain, basah-basah la bapa ni. Kenapa??"

"ai o....siow ganggu bapa. Pa, kasi nyanyi saya tuntura!!!"

"hahahahahahah...sudah besar mana buli lagi."

"aiiiiiii..mau juga ba Pa.... cepat la. Saya mau tulis liriknya ni."

"ko buat apa???"

"mau hafal la ba...hehehe"

"oh...ba.....dengar ni... Tuntura..........."

~berhenti...lepas tu bapa ketawa. Rupanya dia tidak hafal >_<~

"ai..kenapa bapa beranti? kenapa ketawa?"

"ai...inda suda bapa hapal oi...."

"aiiiiiiiiiiiiiii, hafal la ba Pa...takkan lupa"

"nanti la ko talipon balik. Bapa ingat dulu."

"ok. Janji a..."

"iya ba...Assalammualaikum"

"waalaikummussalam"
--------------------------------------
Ceh, tidak puas hati. Sementara tunggu bapa ingat, terus call MakNgah (Saimey).

"Assalammualikum...mak ngah!!!"

"Waalaikummussalm. Adoi, ini anak ini. Cakap pelan-pelan ba Dui. Hahaha"

"Ops....sory makNgah. Apa kabar?"

"mama sihat ni. Si Cinta apa kabar ni??"
~makNgah membahaskan dirinya sebagai mama ^_^ dan memanggil saya dengan nama 'cinta'. Ada sebab nama itu menjadi namaku ^_^~

"si cinta sihat..............makNgah, nyanyi lagu tuntura dulu!!!"

"ai.....datang-datang saja minta nyanyi tuntura. Ba kejap.."

"hehehe...rindu ba...."
~ceh, padahal ada sebab ^_^. Takut Si Umi (Oney) denda, tidak hafal bertambah pula dendanya..~

"ok...Tuntura...ai...lupa suda mama"

"nda apa, makNgah dengar saya nyanyi tuntura.;-
Poloso ku do vasoi,
Kuoyon nu do vasoi?
Panagad ku do tutuguk,
Kuoyon nu do tutuguk?
"itu seja yang saya tau. MakNgah tau ka?"

"mama pun lupa suda ni...."

"inda apa....nanti call bapa lagi ni karang."

"ok. Bila si Cinta balik ni?"

"27 hb. Bah, kumpul2 kita di rumah iyai."

"ok ba. Tapi mama balik 30hb."

"ai..................... time raya ka makNgah balik?"

"iya...kan anak-anak mama ada balik. Semua balik rumah mama"

"oh....ok....Jumpa nanti..Assalammualikum!!!"

"Waalaikummussalam si cinta!!"

"iloveu secret admire..."

"iloveu to cinta..."

--------------------------------------

Selepas saja habis bercerita sama makNgah, terus dapat mesej dari bapa.

Rupanya lirik lagu tuntura. Makaseh bapa!!!

Dan akhirnya, saya suda dapat lagu TUNTURA....

Tuntura,
Poloso ku do vasoi,
Kuoyon nu do vasoi?
Panagad ku do tutuguk,
Kuoyon nu do tutuguk?
Isolud ku do bolobou,
Kuoyon nu do bolobou?
Inumon kud patakad, Ontitison kud poru'uk..
Tod tod tod tod...BOM....



Tinta Hati : sangat-sangat la merindui keluarga dikampung. Ah....aku sudah besar!!! kenapa perlu MANJA lagi!!!!! >_<
~ceh, besar kunun...kalau dengan jarum, mengaku budak kecik....hehehe~

~Astaghfirullah~


ketika ku bahagia
ketika ku gembira
ketika ku senyum
ketika ku tawa
ketika ku lelah
ketika ku kecewa
ketika ku sedih
ketika ku duka
ketika ku gelisah
ketika ku nestapa
ketika tubuh luka-luka
ketika darah menetes pantas,

sekuat jiwa, sekuat hati
berlari padaMU
KEKASIH,peluklah daku!
hamba takut cintaku padaMU hilang..

:: Biar Kalam Berbicara ::


”Sekabur-kabur tulisan, itulah seterang-terang ingatan. Kalau kamu tidak tulis, mungkin kamu akan terus lupa, tetapi kalau kamu tulis, walau sudah kabur, kamu masih boleh ingat.”

~Ustaz Mohd Fadli Yusof~


Salah satu kenapa saya suka menulis merapu-rapu dalam belog saya ialah supaya saya ingat apa yang berlaku dalam hidup saya. Bukankah kenangan itu mendidik kita agar menjadi yang lebih baik. Saya menulis juga sebab ingin berbagi rasa dengan yang membaca.

Yang bahagia, kita kongsikan bersama. Yang derita, kita rasakan bersama. 

Mood ;- rindu sangat dengan sahabat-sahabat

Sesungguhnya sebaik-baik teman itu adalah teman yang sering mengingatkan. Samada di dalam sukar mahupun senang. Teman yang terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kepada Allah.

Sahabatku, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah. Ingatkanlah aku tika ku leka. Tenangkanlah aku tika aku bersedih. Pujuklah aku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin…

Satu harapan aku untuk destinasi ukhwah yang terjalin :- ingin ke syurga bersamamu T_T
*itupun jika diri yang hina lagi tiada punya apa-apa ini layak menghuninya*
----------

Ketika diri dilamar sang rijal, masih mencari sebuah jawapan pada istikhara cintaNYA, masih terngia-ngia nasihat sang sahabat pada musyawarah mengharap redha dan kasihNYA ;-

"Ketika sebuah cinta mengungkapkan sebuah kejujuran, ia tidak akan pernah berbohong..Tidak akan ada konspirasi mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki..Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan..Tetapi hanya akan mendambakan untuk boleh mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang sangat berharga..Itulah penyampaian dalam kamus cinta...Buatlah keputusan yang tepat..."

"ingat Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia. Yakin sudah dengan agamanya? Jika yakin, tanya hatimu! tanya imanmu! Kau mampu sahabatku"

~semoga segalanya dalam Redha Ilahi ^_^~


:: Jarum, Darah, Ubat ::

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini hari ke17 kita dibulan mulia. Ramadhan. And as u know, ceh sepiking pulak. Hehehe. Hari ini merupakan Nuzul Quran. Negeri seberang Laut China Selatan cuti kan?? Why Sabah and Sarawak tidak cuti?? Whatever. Yang penting kita sama-sama menghidupkan bulan mulia yang sememangnya 'hidup'. Hanya saja tindakan kita ^_^

Dan aku? Allah, adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini? Apa amalan yang telah aku lakukan untuk meraih pahala berganda? Astaghfirullah. Kerap kali terlena dek alunan nikmat dunia. Terlalu asyik dengan habuan dunia sementara. Ish ish ish. Kudui, kudui. Sedarlah!

Hari tu, masuk waktu minggu kedua puasa, saya diserang tonsil dan gusi membengkak. Mungkin sebab saya tidak kuat minum air.

Mama pesan "Dui, jangan lupa makan ubat"

UBAT????????????????????

"insyaAllah Ma. Nanti minta kak Syuhada ambil di farmasi"

"Makan ubat tu ar..ok, itu saja. Jaga diri. Assalammualaikum, iloveu"

"okey m0m. InsyaAllah, mama pun sama juga. Waalaikummussalam. iloveutoo"

Aduh, kenapa mesti ubat? Tiada lain ka? Aku tidak suka UBAT. Tidak mahu makan UBAT. Ubat tu PAHIT. Tidak sedap. Ah.......aku tidak suka ubat!!!

Awal tahun dulu, boss suruh semua staff buat medical check up! Aku?? Dub dap dub dap. Kalau boleh, mahu saja lari dari buat medical check up! Tidak suda.

Why??

Jarum dan Darah!!!

Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Takut!!!!!!!!!!!!!!

Kugagahi juga untuk buat medical check up. Alhamdulillah ditemani oleh kak Selimah. Sudah 3 tahun Kak Selimah berada disisi kalau aku kena jarum. Hari tu jarum H1N1 pun terpaksa peluk Kak Lin.


M.A : "jangan takut. Rilex saja. Urat tangan kamu mengecut. Tidak jumpa."

Kudui : "iya. Mana ada orang takut >_<"

~Tidak mengaku lagi tu!~

Kak Atik : "yati!!!! rilex. Darah susah mahu keluar. Jangan takut!"

Aduh, aku tambah gemuruh. Darah susah mahu keluar???? Tapi kan jarumnya sudah masuk??? Kenapa lama sangat!!! 

GELABAH!!

M.A : "sudah....susah juga mau ambil darah kamu ini mandak! Punya kecil ini jarum kamu mahu takut"

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Kak Atik : "Yati, risau kak Atik tengok Yati tadi. Banyak kali M.A tu tarik tapi darah Yati tak keluar-keluar. Yati takut ka??"

Kudui : "iya..........................takut"

Terus peluk kak Atik, then nangis. Ish, kenapa aku sampai sekarang takut jarum???

Bila tengok darah pun saya boleh pitam. Terus tutup mata. Hari tu saya kupas kulit mangga. Teringin sangat nak makan mangga. Kebetulan dirumah sewa saya ada pokok mangga yang berbuah lebat. Ceh, cepat-cepat jolok, cuci dan kupas kulitnya. 

Saya mengupas kulit sambil bercerita. Tengah-tengah seronok bercerita, terkupas kulit tangan saya ni. Nah, masa itu........ terus tengok muka Devy, kawan serumah. Tangan digenggam. Dalam juga terhiris. Terasa sangat pisau tu sampai di isi >_<. Sakittttttttttttttttttttttttttttttttttt.

Saya tidak tahu buat apa lagi, terus pegi dekat Devy bagi tahu tangan berdarah. Si Devy bukan tolong tapi dia ketawa dulu! Dia cakap "Yati takut DARAHHHHHHHHHHHHHHHHH". Cissssssss sampai hati. Aku masa tu sudah mahu pitam.

Lepas tu barulah Devy pegang tangan saya dan cuci di singki. Siap dia bagi plaster lagi. Wah, macam anak kecil yang dijaga. Sempat lagi Devy cakap "bukan besar sangat pun. Adik kecil saya tu pun boleh cuci luka sendiri kalau setakat luka macam ni."

^&%$#@$%^&*(&^%$#@. Sampai hati cakap macam tu. Ingat saya ni sudah besar?? Kan saya adik didalam rumah sewa tu, so sisters kena lah jaga adiknya kan kan kan!

Sampai bila ketakutan ini menghantui diriku??? Hahaha


:: SMS Undang CintaNYA II ::



Hari ini, keboringan tahap gaban melanda. Aku di ofis hanya berdepan dengan Miss Lappy kesayanganku. Tiada apa lagi yang perlu dibuat. Almaklum, tenaga aku hanya diperlukan dihujung dan awal bulan. Tengah-tengah bulan macam ini, yang berkerja hanya tangan dan mata. Apa lagi kalau bukan berkerja dengan  MUKABUKU atau update belog.


Itu seja. >_< penat duduk saja.


Tengah-tengah keboringan, teringat pula mesej yang dihantar oleh sahabatku subuh tadi.


"selamat bersahur yati... :) "


"selamat bersahur juga.. jangan makan banyak-banyak ar.. ;) "


"hehe. Tidak la. Sikit ja saya makan..;) "


Berhenti hantar mesej. Ada setengah jam lagi untuk masuk waktu subuh, aku pun buat la aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memenuhi masa terluang tu. Bila tinggal 10 minit saja lagi waktu subuh masuk, aku mesej balik sahabat aku tu.


"sudah-sudah la tu makan. Nda lama lagi masuk waktu subuh. Pi sedia di sejadah. Solat! Jangan terus tidur pulak lepas makan! hehe"


~pesanan untuk diriku juga~


"hehe. Adui.. ~_~ malu saya ko cakap macam tu. Hehe. Saya ni pemalas sembayang. Apa pun, terima kasih dan syukur. Ada lagi orang yang selalu ingatkan saya :) "


"eh...maaf...tiada niat saya mau buat kau malu. Tidak apa ba. Biasalah manusia kan. Allah berfirman .....maka berilah peringatan..... Jadi, kita sama-sama beringat la ba. Macam la saya ni baik sangat. Huhu.. Apa-apa pun, solat itu tiang agama. Solat amalan pertama yang akan dihisab di akhirat. Rosak solatnya, bersiap sedia la pegi tempat yang panasnya tiada tandingan. Kalau periuk karan rosak, boleh lagi dibaiki..hehehe"


"eya. Betul tu. Adei, saya ni. Tau sembayang tapi malas. Susah juga orang yang sudah terbiasa keadaan begini. Thanks ya sebab selalu ingatkan saya. Saya sembayang juga. Tapi kadang-kadang. Tu pun maghrib dan isyak saja."


"tidak apa ba. Yang penting berusaha untuk istiqamah. Sekarang maghrib isyak, nanti biasakan pula solat-solat lain. Zohor sama asar boleh buat ditempat kerja. Subuh lagi senang. Tiada alasan. Kan banyak sudah nikmat-nikmat yang Allah bagi dengan kita, so solat yang beberapa minit ini takkan tidak dapat buat kan..hehe"


"hehe. Eya. Ye la. Tengah perbaiki la ni. Tapi secara perlahan-lahan. Mesti kau rajin sembayang kan. Baguslah Yati."


"Huhu. Pelan-pelan ba. Adeh, kalau solat 5 yang wajib tu memang tidak tinggal. Tapi kalau solat sunat, nah saya pun masih berusaha untuk perbaiki..huhu"




Ya Allah, berilah hidayahMU kepada kami hambaMU. Semoga bila diakhirat nanti aku ditanya tentang mu sahabat, aku boleh menjawabnya. Semoga kita sama-sama menjadi hambaNYA yang sedar akan hakikat hamba.


..maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan..kamu bukanlah orang yang berkuasa atas meraka.. [al-ghasyiyah : 21-22]



:: Ada Apa Dengan Wang ::


Dengan WANG kita dapat;-

beli rumah, tetapi bukan kehidupan
beli jam, tetapi bukan waktu
beli buku, tetapi bukan pengetahuan
bayar doktor, tetapi bukan kesihatan

Janganlah kita sombong, kerana tiada yang kekal abadi.
Hidup bagaikan mimpi, seindah apa pun, ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tidak dapat dibawa pergi,melainkan kain kafan sahaja..^_^

Dengan WANG juga :-

kita boleh BERSEDEKAH, agar kita bersyukur.
kita boleh BERNIKAH ,agar kita terselamat dri dosa.
kita boleh BERHIJRAH, agar kita menyedari kebesaran-Nya
kita boleh Ke Mekkah, agar kita melegkapi dri kita sbgi umat islam

Ingatlah..islam tidak memandang kecil kejayaan atau kekayaan di dunia...tetapi ia hanya akan bermakna jika menjadi alat tuk mencapai kejayaan dan kekayaan diakhirat....(^_^)

:: SpongeBob, CCC ::

Hari tu aku masuk bilik Alice, kawan serumah aku tu. Lepas tu aku nampak patung spongeBob dia..

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Aku mau patung tu!!!! Cumill >_<

Sudah lama mencari tapi tidak pernah jumpa. 

Oh, spongebob keminatanku bilakah engkau datang??

~Any1 mau give me spongebob???~


Bila ingat spongebob, terus ingat sahabat kesayangan aku tu.

Si Comot,
Si Cumut,

Apa kabar la kekasih hati aku ni. Kedua-duanya sakit. Demam. Semoga cepat sembuh sayangku berdua ^_^


"aucaaaa.......sayang Su dan Fifah ^_^"

:: Fobia ::

Semenjak kes langgar  kereta kawan hari tu, saya tidak berani lagi drive kereta yang bukan milik saya. Ya Allah, menangis pun tiada guna. Tapi hari ini, hujan turun dengan lebatnya. Haha skema!!. Terpaksa juga saya drive kereta kawan serumah sebab dia tidak guna kereta hari ini.

Berdebar juga sebab sudah lebih 4 bulan tidak drive kerata VIVA tu. Dengan penuh hati-hati, saya pun keluar dari kawasan rumah. Sampai disimpang rumah, ya Allah. Kereta sana sini. Risau juga. Walaupun sebiji dua biji seja keretanya tapi mampu membuat jantung saya dub dap dub dap.

Bila mau keluar dari simpang........................................

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

ya Allah, dekatnya kereta tu dengan kereta kawan saya. Saya langsung tidak nampak kereta tu. Istighfar panjang juga saya dibuatnya. Jantung saya rasa macam mahu tercabut seja. Kepala lutut sudah bergegar. Kalau ikutkan hati, memang tidak mau teruskan drive kereta tu. Takut.

Akankah saya terus fobia memandu lepas ni? Terlalu banyak yang saya fikir bila memandu. If kerata sendiri, insyaAllah i can. Tapi kalau kereta orang, Allah..Ampun tuanku ^_^

Alhamdulillah, hari tu dapat drive Miss Zaza (Alza) kepunyaan Kak Nurul. Senget juga duduknya. Apa tidaknya, orang rendah macam saya ni drive kereta besar macam tu. Apa-apa pun, seronok juga ^_^. Pengalaman pertama ^_^

:: Dia Kekasih Hatiku ::


sahabat...
ku ingin kau tahu,
xpernah sekalipun aku menghilangkan namamu dr ruang hatiku...
xpernah sekalipun aku meluputkan namamu dr ingatanku....

sahabat...
ku ingin kau tahu,
walaupun kita sudah mempunyai haluan hidup yg tersendiri,
namun itu tidak bermakna aku akan melupakanmu....

sahabatku...
seribu teman yg hadir dlm hidupku,
ianya tak kan sama dengan kehadiranmu,
kerana engkau temanku yg terawal,
terlalu banyak kenangan kita bersama,
sahabatku...
jika dalam kesibukanku melaksanakan amanah...
mengharungi kesibukan duniawi...
jangan menyangka aku akan mudah melupakan dirimu....
tidak semudah itu bagiku...
sahabatku,,,,
jangan pernah engkau berasa terasing dengan diriku,,,,
aku masih insan sama yg kau kenali dulu,,,,
jangan pernah menjauhkan diri dr aku,,,
ingatkan aku jika engkau terasa begitu...
sungguh itu bukan niatku...
maafkan aku...
daku akan cuba memegang erat tanganmu.... 
ukhuwah fillah ilal Jannah..~ ♥

:: Terima Kasih Sahabat ::


Terima kasih sahabat
jadi guru untuk mendidikku
jadi kakak untuk menasihatiku
jadi adik untuk menghiburkanku
jadi dirimu untuk ukhwah yang ikhlas buatku
                      
Semalam moga jadi kenangan
Hari ini moga menjadi titik cinta ukhwah kita
semoga esok memberi harapan sinar ukhwah kita

Maaf dan maaf
tak mampu jadi yang terbaik
tak mampu mengikut kehendak kalian
tak mampu melaksanakan hak kalian sebaiknya
tak mampu mempamerkan sayang buat kalian
Maaf dan saya juga memaafkan

Doaku dari jauh
moga kalian dalam redhaNya
moga urusan kalian diberi yang terbaik dariNya
doakanku juga yang jauh dari kalian
moga kuat tempuhi jalan
moga dan moga dan segalanya....


:: Soal Cinta Yg X Pernah Habis ::


Semenjak dua menjak, tiga menjak, empat menjak ni soal cinta aku tidak pernah habis. Dalam setiap perbualan bersama Kak Syuhada terutamanya, bab cinta tidak lekang dibibir. Kenapa asyik dengan kak Syuhada???

Sebab dia adalah yang paling dekat untuk kami sama-sama berkongsi soal cinta. Bukan bermaksud sahabat lain tidak diingati, tapi kekangan kredit yang kadang-kadang tidak mengizinkan menyebabkan aku jarang menghubungi mereka. Lagi pun, tidak puas rasanya kalau sekadar SMS berkongsi soal cinta. Pastinya ber'calling' adalah yang paling seronok. Rasa itu insyaAllah sampai ^_^

Jadi, raya ini nantikan cerita cintaku untukmu sahabatku di Sabah ^_^. Pasti akan aku kongsikan bersama kalian. PASTI.



~untukmu, untukku saudari kecintaanku~

Untuk Saudariku Yang  Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian  adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.

Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.
Al-Haya’ (malu)  yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..
Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Saudariku, kamu mungkin jauh lebih faham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..

Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :

 Sentiasa mendekatkan diri  kepadaNya.
Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.
Tholabul’ilmi never ending!

Percantik diri dengan mempercantik  lahir dan batinmu.

Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya
Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…

 Saudara… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..

Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.
Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.
Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam
penantian, tentang cinta dan rindu..
meskipun saat ini  kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.
Allah sedang merahsiakan…
Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..

Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..
Biarlah waktu yang  bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,
akan terscan  oleh anti virus Iman  dan syiar Cinta untuk dinanti..
Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…
Jangan buat penantianmu sia-sia.
Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,


Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan  ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!


Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…

Saat Perjalanan adalah pencarian diri,
Laksana Zulaikha menjalani hari,
Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,
Di penantian Mencari diri,
Bermohonkan ampunan,
Di pertemukan…

Aku merinduimu wahai pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah..
Jika dirimu siap, dampingiku dengan cara yang baik..
ikutlah Syariat Islam
~nikah is my choice~


~sue,nas,lar,Yb~
*Su&Fi*
~AHN-MM~
*adik sharmila*
~budak cute @ Nad~
*SyiraKila*
*JajaJiehaIraYanti..Adik2 KRU*
~azie~
*eyla*
*mala*
~CtAsyrafiah~
~ummuAiman~
~fiqa~
~tiQa~
~Tqa~
~Sahabat2 Fb ^_^~

Siapa lagi???????

Semua hamba Allah, salam ukhwah, salam cinta Lillah dari Ana....

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers