:: Jarum, Darah, Ubat ::

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini hari ke17 kita dibulan mulia. Ramadhan. And as u know, ceh sepiking pulak. Hehehe. Hari ini merupakan Nuzul Quran. Negeri seberang Laut China Selatan cuti kan?? Why Sabah and Sarawak tidak cuti?? Whatever. Yang penting kita sama-sama menghidupkan bulan mulia yang sememangnya 'hidup'. Hanya saja tindakan kita ^_^

Dan aku? Allah, adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini? Apa amalan yang telah aku lakukan untuk meraih pahala berganda? Astaghfirullah. Kerap kali terlena dek alunan nikmat dunia. Terlalu asyik dengan habuan dunia sementara. Ish ish ish. Kudui, kudui. Sedarlah!

Hari tu, masuk waktu minggu kedua puasa, saya diserang tonsil dan gusi membengkak. Mungkin sebab saya tidak kuat minum air.

Mama pesan "Dui, jangan lupa makan ubat"

UBAT????????????????????

"insyaAllah Ma. Nanti minta kak Syuhada ambil di farmasi"

"Makan ubat tu ar..ok, itu saja. Jaga diri. Assalammualaikum, iloveu"

"okey m0m. InsyaAllah, mama pun sama juga. Waalaikummussalam. iloveutoo"

Aduh, kenapa mesti ubat? Tiada lain ka? Aku tidak suka UBAT. Tidak mahu makan UBAT. Ubat tu PAHIT. Tidak sedap. Ah.......aku tidak suka ubat!!!

Awal tahun dulu, boss suruh semua staff buat medical check up! Aku?? Dub dap dub dap. Kalau boleh, mahu saja lari dari buat medical check up! Tidak suda.

Why??

Jarum dan Darah!!!

Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Takut!!!!!!!!!!!!!!

Kugagahi juga untuk buat medical check up. Alhamdulillah ditemani oleh kak Selimah. Sudah 3 tahun Kak Selimah berada disisi kalau aku kena jarum. Hari tu jarum H1N1 pun terpaksa peluk Kak Lin.


M.A : "jangan takut. Rilex saja. Urat tangan kamu mengecut. Tidak jumpa."

Kudui : "iya. Mana ada orang takut >_<"

~Tidak mengaku lagi tu!~

Kak Atik : "yati!!!! rilex. Darah susah mahu keluar. Jangan takut!"

Aduh, aku tambah gemuruh. Darah susah mahu keluar???? Tapi kan jarumnya sudah masuk??? Kenapa lama sangat!!! 

GELABAH!!

M.A : "sudah....susah juga mau ambil darah kamu ini mandak! Punya kecil ini jarum kamu mahu takut"

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Kak Atik : "Yati, risau kak Atik tengok Yati tadi. Banyak kali M.A tu tarik tapi darah Yati tak keluar-keluar. Yati takut ka??"

Kudui : "iya..........................takut"

Terus peluk kak Atik, then nangis. Ish, kenapa aku sampai sekarang takut jarum???

Bila tengok darah pun saya boleh pitam. Terus tutup mata. Hari tu saya kupas kulit mangga. Teringin sangat nak makan mangga. Kebetulan dirumah sewa saya ada pokok mangga yang berbuah lebat. Ceh, cepat-cepat jolok, cuci dan kupas kulitnya. 

Saya mengupas kulit sambil bercerita. Tengah-tengah seronok bercerita, terkupas kulit tangan saya ni. Nah, masa itu........ terus tengok muka Devy, kawan serumah. Tangan digenggam. Dalam juga terhiris. Terasa sangat pisau tu sampai di isi >_<. Sakittttttttttttttttttttttttttttttttttt.

Saya tidak tahu buat apa lagi, terus pegi dekat Devy bagi tahu tangan berdarah. Si Devy bukan tolong tapi dia ketawa dulu! Dia cakap "Yati takut DARAHHHHHHHHHHHHHHHHH". Cissssssss sampai hati. Aku masa tu sudah mahu pitam.

Lepas tu barulah Devy pegang tangan saya dan cuci di singki. Siap dia bagi plaster lagi. Wah, macam anak kecil yang dijaga. Sempat lagi Devy cakap "bukan besar sangat pun. Adik kecil saya tu pun boleh cuci luka sendiri kalau setakat luka macam ni."

^&%$#@$%^&*(&^%$#@. Sampai hati cakap macam tu. Ingat saya ni sudah besar?? Kan saya adik didalam rumah sewa tu, so sisters kena lah jaga adiknya kan kan kan!

Sampai bila ketakutan ini menghantui diriku??? Hahaha


2 comments:

  1. kak , sy punye kucing x takut jarum bha ... akak mesti kuat la ... kak, saya pernah tengok org kena suntik, memancut222 darah nya keseluruh tangan ... akak mau ka ??? haha ( gelak jahat ni ) .. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers