Saya



Assalammualaikum wbt.


Nama diberi Haryati Juning Ariffin. Tidak mahu diri ini dikenali lantaran diri ini bukan seorang yang perlu dikenali. Bukan artis mahupun orang yang terkenal. Diri ini Cuma pinjaman Allah. Cukup sekadar menulis mengikut rentak hati berirama. 

Menikmati indahnya dunia pinjaman Allah lebih 20 tahun.  Semoga bertambahnya umur (Hakikatnya berkurang), maka bertambah juga amal untuk menuju kampung abadi.

Mendapat gelaran anak, adik, kakak, isteri  ~Kepada Suami yang hebat dimata isteri dan semoga hebat juga pada pandangan Allah, Mohd Izhar Saibin~ Berkerja sebagai sayap kiri perjuangan En.Zauj sepenuh masa hingga akhir hayat.

Alhamdulillah kini bertambah lagi gelaran yang sangat berat untuk dipikul tetapi berusaha untuk melakukan yang terbaik. UMI itulah gelaran terbaru. Umi kepada putera kembar kami Muhammad Al-Aman dan Muhammad Al-Amin.

Tidak layak diri ini digelar penulis, yang berilmu mahupun mempunyai ilmu yang tinggi  kerana hamba masih tertatih dalam dunia ini termasuk dalam soal agama. Masih banyak yang perlu ditelaah, masih banyak yang perlu dipejari, masih banyak yang perlu dihadami, masih banyak yang perlu dilatih agar ia sebati dalam diri.

Teratak ini merupakan kanvas untuk mengeluarkan dan meluahkan rasa kehambaan, rasa hati, ukhwah, cinta kepada pemilik cinta selepas Allah dan Rasul, juga tempat untuk berkongsi kisah pahit manis selama masih hidup didunia ini. Boleh dikatakan juga sebagai ‘open diary’ sang penulis melalui liku-liku dunia yang fana ini.

Perkongsian dalam teratak ini diharapkan tidak melalaikan kerana itu saham akhirat. Sesungguhnya diri ini tidak ada apa-apa keistimewaan, sekadar hamba yang hina dan sering lalai yang berusaha untuk melewati hari-hari menuju alam yang kekal abadi.

Hamba boleh dihubungi melalui email itayrah_90@yahoo.com

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers