< Allah Maha Besar >

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Tautan Hati.

Semalam mesti ramai yang mengabadikan tarikh 10.10.10 sebagai kenangan yang terindah ataupun sesuatu perkara yang tidak dapat dilupakan. Saya hanya mampu bersyukur diatas tarikh yang istimewa itu. 

Semalam saya bersama rakan serumah pergi melihat kebesaran Allah. Allahu Allah. Melangkah masuk kedalam hutan itu membuat hati ini benar-benar teruji. Manakan tidak, kami masuk dalam hutan hanya berempat dan semuanya perempuan. Doa tidak putus-putus. Alunan zikir silih berganti.

mahu tahu apa yang kami berempat jumpa dalam hutan tu?

inilah makhluk Allah tu. Semalam take picture ni. 

SERAM???
TAKUT???

inilah yang dinamakan Batu Nabau@Ular Batu.

SUBAHANALLAH...

Selama ini hanya dengar orang cerita dan hanya nampak dalam gambar. Kelmarin nampak depan mata. Mula-mula takut mahu turun kebawah, tapi kami beranikan diri juga. Allahu Allah.

Pujian buat Allah tidak putus-putus.

Mari saya ceritakan sedikit tentang Batu Ular ni.

Batu ular ni sudah lama bertapak di Engkelili. Sejak bila batu tu ada disana tidak pasti pula. Mungkin sudah berkurun lama. Wallahualam. Engkelili ni dalam kawasan Sri Aman tempat saya berkerja. 40 minit sahaja untuk ke lokasi dari rumah sewa saya. Kiranya dekat ja.

Jalan untuk ke lokasi memang teruk sebabnya ada lori yang keluar masuk dalam kawasan tu. Rasanya angkut tanah. 15 minit perlu berjalan kaki untuk ke tempat batu ular tu. Jalan tu memang licin dan berbukit. Allahu Allah. Hanya laungan "Allahu Akhbar" masa mendaki. Tidaklah terlalu tinggi tapi kudrat kami yang perempuan menganggap itu laluan yang tinggi.

ini sahabat-sahabat yang turut serta.

Tinggi juga kan? Licin lagi ni.

OK..Alice pernah cerita, pengamal agama dari Thailand termimpi tentang batu ular ni. Jadi para pengamal agama dari Thailand datang untuk tengok batu ular ni. Akhirnya batu ular ni dijadikan sebagai tempat sembahyang bagi agama mereka kalau tidak silap. Alice cerita macam itu lah.

Dalam pemerhatian saya pun, memang tempat ni dijadikan tempat mereka mengamalkan agama mereka. Terutama orang cina. Ramai juga yang datang ketempat ini. Terutamanya cikgu-cikgu semenanjung. Kami datang untuk melihat kebesaran Allah ja.

Batu itu asalnya memang batu dan memang berbentuk macam ular tapi mungkin untuk nampak batu tu macam ular lagi, para pengamal agama tu cat macam ular.



Sebenarnya, ada lagi batu ular ni. Cumanya kecil sahaja.

 ini antara batu ular tu lagi. Berhadapan dengan batu ular besar tu.



SRI AMAN 22 Dis. – Batu Nabau di kawasan Sungai Bukong di daerah kecil Engkilili bukan sekadar merupakan bongkah batu panjang yang seakan-akan menyerupai seekor ular gergasi, malah ia juga dikesan terdapat corak menyerupai huruf jawi di bahagian tengah batu tersebut.
Penemuan corak menyerupai huruf jawi iaitu alif, lam, ha, nun, mim dan sin dikesan tersusun dalam keadaan terbalik serta terpisah antara satu sama lain sekali gus menjadi tanda tanya kepada orang ramai.
Perkara itu disedari oleh seorang penduduk tempatan, Zulia Jemat yang berkunjung ke lokasi batu tersebut selepas tertarik dengan keajaiban Batu Nabau yang disiarkan dalam akhbar tempatan baru-baru ini.
Zulia memberitahu, garisan corak yang terukir pada bahagian tengah batu telah menarik perhatiannya untuk mengamati batu itu dengan jarak dekat sebelum membuat kesimpulan bahawa ia adalah motif tulisan jawi lama.
Menurutnya, dia telah mengambil gambar huruf jawi itu dan kemudiannya membawa perkara tersebut kepada beberapa orang rakannya yang arif mengenai tulisan tersebut bagi pengesahan lanjut.
”Apabila diamati dengan jelas, huruf-huruf yang terdapat pada batu itu adalah alif, lam, ha, nun, mim dan sin itu tersusun dalam keadaan terbalik dan terpisah antara satu sama lain.
”Tetapi jika huruf jawi itu disusun dengan tepat lalu digabungkan boleh membentuk kalimah Allah,” katanya di sini hari ini.
Batu Nabau, iaitu bongkah batu besar yang menyerupai ular gergasi mempunyai ukuran panjang melebihi sembilan meter dan ukuran lilit melebihi dua meter.
Ia terletak kira-kira 50 meter daripada Rumah Nyalau Muang, Bukong yang tidak asing lagi bagi penduduk rumah panjang di situ.
Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau itu mula tersebar apabila seorang lelaki berketurunan Siam dari Kuala Lumpur yang mendakwa bermimpi mengenai ular gergasi menjadi batu sehingga menjurus pencariannya di kawasan Engkilili.
Penghulu Rumah Nyalau, Michael Derin memberitahu, kedudukan Batu Nabau terletak hanya 50 meter dari kawasan rumah panjang dan mempunyai legenda yang tersendiri.
**copy dari utusan.online – 23/12/2008

(maaf, otak berserabut. Entry pun entah berserabut juga..^^,)

** marilah datang ke Sri Aman. Kita tngk kebesaran Allah**

1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers