:: Mak Carikan Jodoh ::

Assalammualaikum Tautan Hati ^__^



Alhamdulillah Allah masih memberi saya, awak, awak, dan awak nikmat hidup didunia yang hanya sementara ini. Rasa sedih pula bila nikmat hidup yang Allah kurniakan pada saya, saya sia-siakan. Allahu Allah.

Sekarang ini masih juga terfikir pasal kewangan tadi. Bingung. Takut. Tapi kita ada Allah kan, insyaAllah Allah akan bantu juga. Saya kena hati-hati juga la takut tersalah enter kan. Saya yang nyayah!! ^_^

SUBAHANALLAH!!

Tadi kawan serumah ada cerita, sepupu dia sudah kawin. Allahu Allah.


Yang membuat saya kagum, sepupu dia ni tidak pernah nampak bakal suami dia. Kiranya macam mereka ni disatukan oleh mak masing-masing memandangkan mak-mak mereka ni satu usrah. Subahanallah. Yang perempuan ni memang tidak pernah bercinta dan kalau cerita tentang cinta saja dia rasa geli ^_^.

Selepas akad nikah tu, baru si lelaki nampak wajah si perempuan. Ia la, Rasulullah pernah bersabda "boleh tengok wajah perempuan yang mahu dinikahi ..." Tapi bagi kedua-dua keluarga ni, mereka meletakkan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. SUBAHANALLAH.

Semoga Allah memberkati dan merahmati kedua mempelai ini.

Selepas akad nikah, baru kedua-dua mempelai ni ta'aruf. Jom selusuri ta'aruf kedua mempelai pilihan mak ni ^_^

si suami : kenape muke tu siyes sangat??

si isteri : dah muke saya macam ni pun.

si suami : janganlah siyes sangat. Cubalah senyum sikit.

si isteri : (tergelak)

Si isteri ni cakap, mula-mula panggil abang rasa geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat (saya pula yang telebih =p) ^_^. Si suami panggil si isteri "sayang" mawwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Si isteri betul-betul malu kena panggil macam tu. Iya la sebab si isteri ni tidak pernah bercinta, lepas tu selepas akad tu baru jumpa si suami.

Allahu Allah. Best kan macam tu. Tapi apakan daya saya ni. Huhu. Saya bukan macam perempuan tu. Tapi kita boleh ja jadi macam tu kan. Cuma mahu 100% macam tu tidak la juga. Amboiiiiiiii. Ahakzz.

Eh, cerita ni nak share dengan kawan-kawan. Lepas tu, ada sahabat saya sms tadi. Masa dalam perjumpaan entah perjumpaan apa (x tanya pula), dia terjumpa seorang ikhwan ni. Agama SUBAHANALLAH. InsyaAllah boleh menjadi imam buat isteri dan orang lain juga^^,. Selepas perjumpaan tu dia mesej saya dia mahu pinang lelaki tu untuk saya..

Allahu Allah.

Tergelak besar saya (ASTAGHFIRULLAH). Tergelak besar dalam hati sahaja. Saya ok je ^_^ (gatal!!!)
Eh, tidak la. Saya ni apa la sangat kan^_^.

Bukan sekarang masanya kot. Macam kata seseorang tu, hati masih belum terbuka untuk sesiapa. Atas izin Ilahi, masih perlu pada keutamaan lain. Kiranya masih mahu berjuang untuk ISLAM. Saya doakan ^_^

Oh ya, saya ada cerita pada mak soal hati dan perasaan ini. Alhamdulillah mak memahami. Iya, mak kan perempuan juga. Mak dengan bapa dulu pun kawin atas pilihan mama mak (nenek). Bapa yang suka dengan mak. Mak langsung tidak kenal bapa masa tu. Nenek yang pilihkan untuk mak. Alhamdulillah, keluarga saya bahagia. Gaduh sikit-sikit tu lumrah, sedangkan lidah lagi tergigit kan^_^

oh..rindu sama mama dan bapa ^_^

Dulu mak pernah kata, biar mak yang cari jodoh untuk saya. Saya iyakan sahaja. Cumanya saya bagi syarat pada mak. Mahu yang beragama (menjadikan alquran dan sunnah sebagai cara hidup) walaupun saya ni tidaklah beragama. Alhamdulillah mak memahami. 

Satu lagi, saya juga bagi syarat saya berhak untuk menolak kalau lelaki pilihan mak tidak menjaga batas perhubungan. Kira macam tidak mahu berhubung untuk perkara yang tidak penting. TIDAK!! Mula-mula mak hairan kenapa macam tu, mak tanya macam mana mahu kenal pasangan. Saya diamkan. Mungkin bukan masanya untuk saya terangkan pada mak. Tapi saya yakin mak pasti akan faham.

Dalam masa yang sama saya bagi tahu mak, saya juga berhak untuk mencari pasangan hidup saya sendiri. Kira pilihan saya sendiri. Mak ok ja. On saja.^_^. Hinggalah saya melamar seseorang. WAH!!!

Biar betul Haryati ni????

Apa?? Salah kah?? Tidak kan?? Siti Khadijah pun melamar Rasulullah juga kan ^_^. Yang penting kita redha pada sebarang jawapan yang dia berikan. Dan satu lagi yang penting, buat sesuatu tu biarlah kerana Allah kan?? Jadi, bila segalanya kerana Allah, apapun jawapan dari yang dilamar tu, kita tidak akan kecewa.

Saya meletakkan keredhaan kepada Allah itu yang tertinggi. Subahanallah. Indah sangat bila segalanya kerana Allah. Keredhaan melebihi rasa kecewa ^__^.

Eh..merapuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

ok ok ok ok ok..

Mata sudah mengatuk. Doa tido jangan lupa ya. ^_^



3 comments:

  1. hurmm... artikel berkaitan baitul muslim (lagi). insyaALLAH, lelaki baik untuk perempuan baik, perempuan baik untuk lelaki baik. yakin kpd janji firmanNYA.

    ReplyDelete
  2. sy pun klu boleh ingin menyerahkan soal jodoh di tgn ibubapa. tetapi tak salah jika kita yg mmilih sndri...

    ReplyDelete
  3. normen : betul ckp enta tu. kalau mahu pasangan yg soleh, kita mesti jadi solehah juga dan begitu juga sebaliknya..syukran ingatkn ana..

    sds : iya..boleh juga tu..serahkan pada mak ayah. tapi kita juga berhak utk memilih lah..

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers