:: NiQaB ::

Assalammualaikum dan Salam 1 Akidah buat semua sahabiah ^_^

Hari ini saya overtime lagi di ofis. Susun barang-barang inventori ofis. Bersepah!! 



Alhamdulillah saya sudah kemas sekemas-kemasnya. Alhamdulillah. Berpeluh juga walaupun ada penghawa dingin. Lama juga di ofis. Sepatutnya hujung minggu dihabiskan bersama bilik dan tv dirumah. Tapi, daripada duduk tidak membawa apa-apa manfaat, lebih baik saya habiskan masa di ofis sementara masih b***ng ^^,

Malam semalam, saya mencari-cari macam mana buat niQab. Alhamdulillah akhirnya jumpa satu blog. Subahanallah blok akak ni sangat berguna. ^^,. Tinta Islami. Sila lah follow akak ni ye ^^,


Seterusnya mari kita belajar macam mana buat niQab. Niqab simple jak la ^^, 


step 1 :
Kita biasanya beli 1.75 meter atau 2 meter kain untuk membuat tudung. Jadi, lebihan kain yang dibuat tudung tadi kita jangan buang, kita buat niqabnya pula.





Step 2:
Kain tadi dipotong dengan ukuran 35cm x 27cm (Ukuran berbeza mengikut keselesaan sahabat-sahabat, kalau nak labuh, maka panjangkan ukuran tinggi: 35cm). Maksudnya di sini antunna kena potong panjangnya dalam 70cm. Kemudian, lipat kain tadi kepada 2 bahagian yang sama panjang dan lebarnya iaitu 35cm x 27cm. Lipat dua je, tak susah pun. Satu akan dijadikan bahagian dalam dan satu lagi akan dijadikan bahagian luar.





Step 3:

Bahagian dalam dipotong sebanyak 5 cm (di bahagian bawah, bukan atas).











Inilah hasil dari step 3 tadi.









Step 4:

Selepas itu, lipat kain tadi menjadi dua bahagian lagi (segiempat tepat) dan potong hujung bahagian luar menjadi curve. Kalau ada diantara antunna yang nak buat empat segi biasa je, pun tiada masalah, jadi tak payahlah potong.









Ini hasilnya dari step 4 tadi apabila selesai dipotong.










Step 5:
Ulang step 4 pada kain bahagian dalam pula. Potong curve atau hanya dibiarkan.












Ini pula hasil dari step 5.









Step 7:
Pasangkan getah di bahagian hujung/penjuru kedua-dua hujung niqab. Panjang getah mestilah mengikut kesesuaian dan keselesaan para sahabat. Ni untuk sokongan..gantung kat belakang kepala.










Ini dia jadinya bila dah siap menjahit kedua-dua belah niqab dengan getah.









Akhirnya, siaplah niqab yang antunna jahit. Hujung kain tu pandai-pandai antunna la nak kelim ke, nak guna api lilin ke..janji kemas...

~~..SELAMAT MENCUBA DARI DR.MUSLIMAH....~~





Alhamdulillah. Sila lah cuba ya. Saya pun belum cuba lagi. InsyaAllah akan mencubanya. 

Oh ya, saya mahu story sikit. Petang tadi saya dan sahabat serumah pegi la Benak View. Tujuan tunggu benak datang dan sambil tu memuji kebesaran Ilahi ^_^


Ini sambutan Pesta Benak bulan 6. Saya terlepas untuk bersama sebab balik ke sabah^^,


Inilah benak yang saya maksudkan tu. Sungai je sebenarnya. Tapi itulah kebesaran Allah. TAKBIR!!!!

ALLAHU AKHBAR!!!!

Masa jalan-jalan memuji kehebatan Allah, ada lah seorang lelaki asing tu tiba-tiba take picture kami berempat! sakit hati sangat!! saya terus tutup muka saya ala-ala pakai niQab. OH, betapa niQab itu sangat membantu diri ini dari tatapan ajnabi!! 

Lepas tu saya menyuarakan hasrat memakai niQab pada sahabat-sahabat saya, mereka hanya tersenyum. Tapi, satu hari nanti, saya pasti akan berniQab!! ^_^

Lepas tu ada sahabat yang bertanya, "habis tu macam mana nak makan luar?" saya tersenyum. "itu perkara biasa la. Buka saja niQab tu, lepas tu makan la. Kalau boleh tundukkan sedikit muka tu. Kan senang?" hehehe =p

Eh, saya pun sebenarnya tidak pernah pakai niqab masa jalan-jalan ni. InsyaAllah bila niQab saya sudah siap dibuat, saya akan pakai. Mak bagi greenlight juga ^_^ Subahanallah ^_^

ok deokey, wanna out dulu. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita dibumi Allah ini ^_^ dan semoga apa yang kita usahakan didunia ini berguna dan bermanfaat buat akhirat kita. Hidup ini untuk akhirat sana ^_^

SAYA SAYANG AWAK SEMUA KERANA ALLAH ^_^

2 comments:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers