Assalammualaikum Tautan Hati ^_^
Emm...alhamdulillah...
ramai sahabat2 yang sebaya @ senior setahun 2 hampir melangkah ke alaam baru...
terutamanya di musim cuti sekolah ni pasti ramai yang akan melangkah ke 'dunia baru'..dunia perkahwinan mahupun dunia pertunangan. Ada juga kawan-kawan saya yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan..semoga segalanya berjalan lancar dan selamat semuanya nanti..insya Allah.
Kalau perkahwinan, pastinya perlu dihebah-hebahkan dan dimaklumkan kepada orang lain..tapi bagaimana pula dengan pertunangan? Bertunang perlu ke untuk dihebah-hebahkan kepada orang lain? Sebagai seorang yang bakal bertunang,sebaiknya tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, kecuali kepada saudara mara atau sahabat terdekat. Ini kerana pertunangan itu adalah separuh langkah menuju perkahwinan, bukan satu kepastian yang jitu tentang perkahwinan kelak. Jika sesuatu yang buruk berlaku,bagaimana? Sebab itulah pertunangan itu perlu dirahsiakan..
Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan."(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa' al-Ghalil)
Begitu juga kita sebagai sahabat. Jika kita maklum tentang pertunangan sahabat kita, kita juga perlu merahsiakannya daripada orang lain. Tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, samada secara direct ataupun melalui medium lain (sms,email,blog dan sebagainya). Penting untuk menjaga kerahsiaan ini, lebih-lebih lagi sesuatu yangpersonal atau private dalam kehidupan sahabat kita yang telah atau bakal bertunang.
Sekadar pendapat peribadi daripada saya, melalui pembacaan dan rujukan....tuelah kadang kita tak faham apa yang baik untuk kita...& apa yg kurang baik...seandainya tidak mencari @ membaca...pastinya......diri sendiri pon xtaw tentang hal2 gini....
ok, kita fikir-fikir sendiri ya. Kita ikut apa yang Rasulullah ajarkan ya.
mmg btul pertunangan perlu dirahsiakn, dan berkahwin perlu dihebohkn spya tdk mgundg fitnah...
ReplyDeletebertunang? Baru2 ni ada jugak smbang2 ng kn ttg tunang sbb dia da nak kwin..baru knal bbrpa mggu cmtu dah btunag...btunang ni kan sunnah rasulullah...kalu kita buat, mksudnya kita ikut sunnah..kan?
ReplyDeletep/s : yang baik kita ikut,yg tak baik kita tggalkan naa.. Planning tu kdng pun tak mnjadi jugak..ahakz
Yup, pertunangan dirahsiakan. Perkahwinan dihebahkan.
ReplyDeleteLepas tu, saya setuju pasal karaoke tu. Saya tak suka dan tak perlu pun. Kalau nak ceriakan suasana pun, boleh jer pakai audio sistem jer. takyah karaoke.
Sanding... tak payah laa. Sekadar perkenalkan diri pada tetamu2 datang masa jamuan cukuplah. huhu
saya baru tahu hadith ni. jzkk atas prkongsiannya.
ReplyDeletesalam..hadith imam ahmad itu nilainya dhaif!
ReplyDeletemaaf jika saya salah, hadith tersebut dianggap dhaif/lemah...hukum menghebahkan pertunangan adalah harus, tidaklah sehingga diwajibkan atau diharamkan, tetapi sebaiknya bagi mengelakkan perkara2 aib akibat dr putus tunang tue yang sebaiknya dirahsiakan pertunangan...
ReplyDelete