= Allahu Allah =

Assalammualaikum semua pembaca Tautan Hati.

Inna lillahi wa inna ilahi roji'un 

Melangkah masuk kedalam pejabat sahaja sudah banyak cerita kemalangan, kesakitan yang saya dengar. Allahu Allah.

Dan tadi, dikejutkan dengan kemalangan adik salah seorang staf dipejabat saya. Allah!! Rasa degupan jantung ini seolah-olah terhenti seketika. Istighfar sentiasa saya ungkapkan. Sukar untuk saya bayangkan jika itu yang terjadi kepada saya. Tetapi sebagai hamba Allah, saya yakin dan percaya Allah tidak akan menurunkan sesuatu ujian kepada hambaNYA melainkan yang terdaya oleh hambaNYA.

Alhamdulillah Allah masih melindungi saya dari segala macam perkara yang pada saya tidak dapat saya tanggung. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah!!

Masa berada dihospital tadi, jumpa seorang staf sama ofis saya lagi. Katanya anaknya diserang "asma". Allahu Allah. Sempat melawat juga tapi dari jarak yang jauh sebab M.A sedang merawat. Takut menganggu pula. Doa buat si adik kecil sentiasa saya lantunkan. Semoga itu menjadi kifarah dosa masa hadapanmu dik T_T.

atuk dimalam terakhir T_T

Hati saya menangis. Entah kenapa. Tiba-tiba saya rindu sama atuk. Atuk meninggal 28-12-2009. Tahun lalu. Tapi saya masih rasa kehadiran atuk. Masih ingat pesan yang atuk selalu ingatkan masa saya dapat kerja di Sarawak. Pantun-pantun nasihat tu kekal dihati.

Atuk meninggal dihadapan saya. Masa itu saya yang jaga atuk bersama 4 orang anak perempuan atuk Mama, Umi Muda, Mak Ngah, Anti Neami. Syahadah sentiasa dibisikkan ditelinga atuk. Surah yasiin saya bacakan untuk memudahkan segala urusan atuk menemui Allah.

Masih saya ingat perbualan antara saya dengan atuk

selepas habis program Islam id Ginawo, terus melawat atuk..
"atuk, atu' mau cakap apa? nanti saya dengar"

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

Kalimah itu sahaja yang selalu atuk ucapkan. Ya Allah. Air mata mengalir tidak henti2. Rasanya mahu sentiasa ada disisi atuk selalu. Atuk banyak bagi nasihat untuk kami semua. 

ya Allah, tempatkan atuk dalam kalangan hamba-hambaMU yang beriman



(ingat sihat sebelum sakit)

2 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihiroji'un..
    Tiap musibah tu ada hikmahnya..tadi ada sorang sahabat msj,dia accident..truk la jugak..calar2..hmm accident sbb elak dari anjing..mak haih..sbor aja la..

    Atuk cek meninggal waktu cek darjah 3..taun 2000..tu la atuk terakhr..yang lain tk smpt tengok..huhu

    ReplyDelete
  2. oh ya ka ckin...
    ckin mau tau, atok, nenek dan pak su cek meninggal dlm jarak yg dekat2..semuanya yang rapat dgn cek..

    masa atuk dan pak su meninggal, cek mmg ada d cc dorg..tp time nenek meninggal, cek x dapat balik..cek ada tugas penting kat sarawak...sedeh sangat!!

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers