<< Innalillawainnailaihiroji'un >>

" Inna lillahi wa inna ilahi roji'un "

Kita selalu dengar kalimah ini disebut kan. Terutama sekali bila kita mendengar berita kematian.

Tapi malangnya, ditempat saya amnya dan semua khasnya hanya mengaitkan kalimah ni untuk kematian saja. Hmmm sebenarnya saya dulu pun macam tu juga. Alhamdulillah ustaz Jabar bagi penjelasan. Ustaz Jabar ni merangkap pak cik saya juga. Muallaf.

Ceritanya macam ni, masa saya tingkatan dua petangnya ada kelas Pendidikan Islam. Biasanya untuk subjek ni kelas digabungkan. Almaklumlah, sekolah saya majority penganut kristian. Jadi tidak hairanlah kalau terpaksa digabungkan. Dua kelas yang bergabung pun tidak mencapai 20 pelajar muslim. Jadi kebanyakan pelajarnya hidup sekadar atas nama islam. Mungkin faktor kekurangan tenaga pengajar kot~~

Petang tu kami beramai-ramai masuk dalam bilik khas untuk subjek Pendidikan Islam.

Ustaz Jabar: kenapa si fulan bin fulan tidak hadir?

Saya : dia sakit ustaz. Dua hari suda. Kesian dia.

Ustaz Jabar : inna lillahi wa inna ilahi roji'un..

Kami semua tercengang. Pekak badak ka ustaz ni. Orang cakap sakit ja, bukan meninggal. Kami pun saling berpandangan ja. Lepas tu berbisik sesama. Masih belum puas hati bila ustaz jawab macam tu.

Saya : ai..ustaz kenapa cakap macam tu. Ustaz ni..dia sakit ja, bukan meninggal.

Ustaz tu senyum. Alahai senyum la pula. Orang serius ni. Entah mungkin sebab sangat sensitive dengan kalimah tu. Lebih-lebih lagi yang tidak hadir tu sahabat karib saya. Sempat juga memarahi cikgu dalam hati. “bodoh punya ustaz. Suka-suka dia cakap kawan saya meninggal”.

Bunyi macam ganas ja. Iya la, manalah kami kenal erti sopan santun. Bukan cikgu tidak ajar, tapi mungkin environment sekolah tu yang mendidik kami macam tu. Tengok la, salahkan environment lagi! Bila lah nak tuding jari arah diri sendiri.

Ustaz Jabar : kamu ni. Itu la hanya menghafal sesuatu tanpa melihat pada maksudnya. Kamu semua tahu apa maksud inna lillahi wa inna ilahi roji'un..?

Semua : tidak tahu ustaz. Apa maksudnya?? (kami semua menggeleng)

Ustaz Jabar : maksudnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Jadi persoalannya, adakah apa yang ustaz lafaz tu menjerumus hanya kepada kematian?

Semua : Menggeleng. Tercengang. Terdiam

Ustaz Jabar : tidak semestinya lafaz itu untuk orang yang meninggal sahaja. Kita boleh juga ucap itu kepada seseorang yang ditimpa musibah atau sakit. Sebab kita sedang mengingatkan dia agar kembali kepada Allah. Kita boleh juga ucap Alhamdulillah bila dengar orang ditimpa musibah. Tidak salah. Alhamdulillah maksudnya “segala puji bagi Allah”. Kita bersyukur sebab Allah masih bagi kita kesihatan.

Bersyukur untuk diri kita. Dan bersyukur juga sebab dia disakitkan oleh Allah. Kamu tahu hikmah orang yang sakit ini, lalu dia bersabar dengan ujian itu? insyaAllah, itu penawar dosa lalu. Tapi, jangan lah ucap dihadapan orang yang sakit. Tidak pasal-pasal dia kecil hati. Kalau dia jenis yang tidak faham maksud tu lagi bahaya. Nanti dikatanya kita ni tidak berhati perut. Cukuplah sekadar terucap dihati. Allah itu kan maha mengetahui. Jadi, itu pun ada nilainya!”

Hahaha…bila ingat balik peristiwa ni, rasa lucu sangat. Iya la, tanpa tahu maksud lafaz tu terus marah orang. Siap marah dan mengutuk dalam hati. Kasihan ustaz tu. Maaf la ye ustaz. Bukan sengaja pun. Almaklumlah, itu ayat yang kami selalu dengar time orang meninggal. Mak dulu pun ajar macam tu. 

Mak : makcik kamu d kampung damai meninggal.

Saya : iya ka mak? Eh…kesiannya..

Mak : bukan macam tu, ucap la inna lillahi wa inna ilahi roji'un..

Saya : oh..begitu ka? Mana lah saya tahu. Macam mana?? In in inna..lil lil lillahi…

Mak la yang selalu latih lidah ni untuk sebut perkataan tu. Mama selalu pasan, kalau ada orang meninggal, ucaplah perkataan tu. Lepas tu mak suru sedekahkan alfatihah. Terus terang, dulu susahnya mahu sebut semua tu. Terutama sekali kalau yang arab-arab ni. Tidak biasa kan walaupun mengaji juga.

Ok..itu cerita 7,6,5 tahun yang lalu. Sekarang ni cerita sekarang. Bukan dulu lagi tau. Cerita sekarang. Ingat cerita sekarang. Eh, berapa banyak sekarang daaa…^_^

Pernah bercerita dengan rakan se”ofis”. Cerita punya cerita, kami pun sampai la bab sakit-sakit ni. Rancak kami cerita. Si dia sakit macam ni. Si dia pula sakit macam ni. Si fulan patah kaki sebab kemalangan, si fulan ni kena potong kaki sebab kencing manis. Ui…kalau perempuan yang bercerita, hishishis…dari chapter 1 sampai chapter kepada chapter kepada chapter….entah..banyak sangat. Tapi tidak semua perempuan macam tu la.

Saya menjadi pendengar yang kurang setia. Bukan apa, kadang-kadang malas untuk bergosip sesuatu yang rasanya menambahkan dosa. Kadang-kadang bila rakan seofis cerita sesuatu terutama gosip-gosip hangat ni, saya lebih suka menjadi pendengar yang membuka dua-dua pintu telinga. Jadi kalau masuk sebelah, keluar sebelah. Kalau tutup satu, susah juga^^. Nanti tidak keluar-keluar pula.

Kakak 1 : eh, awak tahu tak si fulan kemalangan semalam.

Kakak 2 : si fulan yang mana satu ni?

Kakak 1 : alaa anak si fulan yang seberang kampung tu. Yang ada kereta kancil tu. Yang kereta kancil tu la yang kemalangan. Teruk juga. kasihan saya tengok.

Saya : iya kak?? inna lillahi wa inna ilahi roji'un. Jadi macam mana sekarang?

Kakak 1 : eh mulut awak ni. Celupar sangat! Orang tu masih hidup la.

Saya mula bingung. Macam mana nak terangkan pada kakak ni ye. Saya tersenyum. Tarik bafas dalam-dalam. Semoga penjelasan saya nanti tidak menimbulkan masalah. Almaklumlah, saya jenis yang mudah gugup.

Saya : eh kak.. minta maaf. Saya tidak berniat untuk cakap dia sudah meninggal. Pasal lafaz inna lillahi wa inna ilahi roji'un tu, kita kena faham maksud tu. Dan maksud lafaz tu ialah dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Jadi bila tertimpa sesuatu musibah kepada sahabat seeloknya ingatkan dia untuk kembali kepada Allah. Kerana Allah yang menurunkan musibah dan menghilangkan musibah. Dalam masa yang sama, kita mengingatkan diri sendiri agar kembali kepada Allah. Supaya kita ni jadi manusia yang sentiasa bersyukur.


Allahu Allah. Apa yang sedang saya jelaskan. Ilmu saya hanya senipis kulit bawang. Atau mungkin lebih nipis dari itu. Semoga apa yang saya katakan boleh membuatkan merekah faham dan mengerti.

Kakak 1 : kalau disini, lain sudah maksud itu. Nanti orang salah faham dengan apa yang kamu cakap. Kamu kena hati-hati. Memang la maksud dia lain, tapi itu biasanya ucapan untuk orang yang meninggal.

Istighfar panjang aku. Ingatkan ok, k.o rupanya~~ok ok. Teringin juga bagi penjelasan lagi. Tapi, cepatnya mereka bersurai bila bab agama saya bangkitkan. Biasanya macam itu la.
Perjuangan saya di Sarawak ini belum selesai. Belum ada apa-apa yang saya usahakan demi islam. Ada la sikit, bab puasa sunat. Biasanya kami akan berpuasa isnin dan khamis. Jarang juga terlaksana sebenarnya. Tapi, dari pada terus kepada perubahan drastic tetapi sementara tidak ada guna kan.

Better slow-slow, tapi berterusan. Itu yang terbaik kan ^_^.

Mata sudah mengantuk! Mahu tidur! Esok bangun dengan semangat yang baru!

Sebelum tidur,
Esok saya mahu menjadi hamba Allah yang lebih banyak mengingatinya.
Esok saya mahu bantu sesiapa yang memerlukan.
Esok saya mahu ibadah saya lebih khusyuk.
(walaupun selama ni tidak khusyuk)
Esok saya tidak mahu lalai mengingati Allah.

Oleh itu,
Dengan senang hati memaafkan semua hamba Allah.
Dan meminta maaf kepada semua hamba Allah

Ya Allah,
Sampaikan kata maaf dari saya ni ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers