+ Tiada Yang Sempurna +


Assalammualaikum w.b.t Tautan Hatiku.

Macam biasa, saya suka tanya khabar pengujung semua. Apa khabar life anda hari ini? Iman macam mana? Ada ok semuanya? Semoga kita sentiasa berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Dan begitulah jua diriku. Terkadang kuat, terkadang lemah. Sering saja menangis T_T.

Menangis itu lumrah kehidupan kita sebagai hamba. Tapi, kan bagus kalau tangisan itu untuk sesuatu yang boleh meningkatkan iman kita. For example, menangis mengenang dosa-dosa lalu. Paling tidak menangis sebab kita lukakan hati orang. Atau menangis dengan ujian yang Allah beri. Hmm menangis menangis.. Ya, kita boleh menangis tapi jangan pernah lupa selitkan doa dalam tangisan kita. InsyaAllah itu tangisan yang sangat bernilai.

Saya pernah terbaca la, bunyinya seakan-akan macam ni.. Allah mengharamkan tubuh manusia yang menangis kerana takut kepada Allah. Wallahualam. Mohon teguran kalau-kalau saya tersilap. Almaklum saja saya kurang sedikit dalam bab-bab macam ini. ~_~

Macam yang kita tau, manusia ni tiada yang sempurna kan. Pasti ada juga kelemahan. Tapi itu bukan satu kekurangan pada kita sebab kelemahan kita tu akan ditutupi oleh kelebihan orang lain. Contohnya sahabat kita la. Atau bagi yang sudah bersuami/ beristeri tu pastilah pasangan tu yang akan saling melengkapi. 

Hikmah Allah jadikan kita ni berlainan bangsa, keturunan, warna kulit and banyak lagi sebab Allah mahu kita saling melengkapi. Lihat betapa Allah itu Maha Mengetahui. Hati kita sendiri walaupun ada dalam tubuh kita tetap juga kita tidak mengetahuinya. Allah jua yang mengetahui setiap hati-hati hambaNYA.

salji di Rusia..Thanks Kak Ajlaa..jaga diri di Rusia..Adik sayang akak kerana Allah ^_^

:: Kerja Meng'edit' ::

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^

Apa khabar semua yang datang berziarah ke blog saya ni? Iman? Hmm turun naik tu memang adatnya. Sudah namanya manusia biasa yang selalu lalai dan terleka kan. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk kita terus dalam kelalaian. Macam saya juga, iman masih senipis kulit bawang. Kekadang ok, kekadang boleh k.O juga.

Sebelum jari menaip setiap perkataan, jom kita zikir..

Subahanallah..
Alhamdulillah..
AllahuAkhbar..

Lagi lagi lagi...

Subahanallah..
Alhamdulillah..
AllahuAkhbar..

Alhamdulillah, semoga kita semua mendapat keredhaan dariNYA. Alhamdulillah, setelah berusaha untuk edit sana, edit sini..akhirnya saya temui cara terbaik untuk edit gambar. Maksud cara terbaik tu hanya ditujukan untuk saya. Bukan untuk membanggakan diri ni. Sejujurnya, saya memang tidak pandai bab-bab meng'edit' gambar. Sekali dapat.. ALLAHUAKHBAR!!! satu kepuasan ^_^

Saya meng'edit' menggunakan photoscape, dreamlightphoto dan picasa. Bukan itu saja, kita boleh juga guna paint atau MOP. InsyaAllah gabungan kesemua ni membuatkan saya merasa satu perasaan yang tidak terhingga ^_^. Alhamdulillah Alhamdulillah ^_^. 

Nak tengok hasilnya. Tapi sebelum tu hang semua jangan gelak naa... cek budak baru belajar ^_^


If nak tengok gambar tu jelas-jelas, just klik on the pic. Masa edit ni, saya rindu sangat kat kawan-kawan. Tu pasai ada doa Rabithah. ^_^. Lepas berjaya edit, terus masukkan dalam fB dan tag kawan-kawan yang dirindui. Malangnya tidak semua tertag. Minta maaf na. Apa-apa pun, saya rindu korang semua kerana Allah ^_^.

Ok, next puc lak..

Still cara edit yang sama. Macam yang saya kata, saya belum mahir lagi bab-bab meng'edit' ni. Lepas tu, tetiba pulak saya suka letak "qasehnurheart.blogspot.com" di setiap gambar yang saya edit. Amboi!! Apa-apa je la. Saya budak baru belajar, kalau boleh sila tujuk ajar ya ^_^..


Pic di atas ni gabungan photoscape dan dreamlightphoto. Tapi saya still belum teror lagi la..hehe ^_^


Last pic yang di'edit'. Ini menggunakan photoscape, dreamlightphoto dan picasa. Cantik sikit kan ^_^

Rindu Cinta Sayang KAsih

Rindu penuh makna di sebaliknya
Cinta penuh keasyikan di dalamnya
sayang penuh citra di dalamnya
kasih penuh luhur di dalamnya
pilihlah rindu
kerana rindu membangkitkan semangat
pilihlah cinta kerana cinta hati bahagia
pilihlah sayang
kerana sayang kita gembira
dan
pilihlah KASIH
Kerana Kasih adalah
CINTA
RINDU
SAYANG
DAN
Kerana KASIH adalah segalanya 

Puisi di atas, khas buat mama dan bapa tersayang ^_^

Semoga mama dan bapa disayangi Allah.. ^_^

:: Hati ::

Assalammualaikum w.b.t Tautan Hati ^_^

Hujung tahun yang kadang-kadang memeningkan otak. Alhamdulillah ada juga Kak N sebagai murabbi yang bantu dalam banyak hal. Walaupun Kak N berbadan dua, tetap juga cergas dan banyak membantu. Kadang-kadang rasa bersalah juga memanggil namanya kalau ada apa-apa masalah. Tapi insyaAllah, ok punya ^_^

"ya Allah..berkati dan rahmati keluarga Kak N dan semoga ulama yang bakal lahir k edunia menjadi penyambung generasi al'Fateh..ameen"

-------------------------------------------------
(nanti sambung ^_^...buat kerja dulu ^_^)


:: Tiada Apa-Apa ::

Assalammualaikum Tautan Hatiku ^_^

Last update blog 16/12/2010. Hari ini tidak terniat pun untuk update blog. Sampai ofis, buka lappy terus buka blog. Buka sistem E-spkb dulu la sebab ada benda yang perlu saya bereskan ^_^. Semakin lama, semakin malas update blog. Berkarat sudah dalam otak ni.

Lagu dalam blog bertukar lagi. Tetap suka lagu Atas Nama Cinta ni ^_^. For yang baca blog saya ni, cuba hayati bait-bait lagu ini. Pasti kita menemui sesuatu. ^_^.

Alhamdulillah, duduk saja mahu update blog saya dapat mesej dari Ckin sahabat idealku ^_^.

"ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk mencintaiMU dengan lebih mendalam.
ya Qowwi, terangilah hati kami untuk mendalami ilmuMU,
ya Hadi, berilah kami ketabahan hati untuk menempuh dugaan dan ujianMU,
ya Habibi, tautkan dan eratkan persaudaraan antara kami serta ikhlaskan hati-hati kami keranaMU dalam setiap apa yang kami lakukan..Ameen.."

Syukran jazilan Ckin. Best sangat kata-kata tu. Malah itu satu doa kan ^_^. I LOVE U BECOZ ALLAH.

Untuk anda,

Sometimes we hurt our friends feelings but we dont know.
They cry alone but we dont know.
They pray for us but we dont know.
And now as a friend of your's,
i'm really sorry if i did anything to hurt u..
As a human being, I Love You becoz Allah.
Subahanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..

Menyayangi dan mencintailah kerana Allah. InsyaAllah segalanya akan diredhai Allah.

------------------------------

Hari ini merupakan hari busy saya. Esok pun akan busy juga. Bukan apa, department saya buat pemeriksaan stok ubat. Saya telah dilantik sebagai pemeriksa. Alhamdulillah, tidaklah masa saya tersia-sia. Boleh juga kan berzikir time buat pemeriksaan ^_^. Ha..kawan-kawan jangan lupa zikir ya..

Subahanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..

Kita sama-sama saling ingat mengingat. ^_^ insyaAllah semoga Allah memberkati ^_^

Semalam dalam jam 8 malam, saya dapat mesej dari kakak,

"Dui, adik beradik pakcik singkan sama bapa lain mama meninggal. Kami di masjid sekarang."

"Kata teman-teman ditaman selamanya kekal ini, kita ada "ahli" baru. Semoga ianya ditempatkan di sisi orang beriman"

"kami di kuburan sekarang ni Dui."

Innalillahi wa inailahi rojiun..Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

----------------------------

ok ok ok. Pemeriksaan stok ubat akan bermula ^_^. Berbahagia dengan kerja yang diberikan ^_^


:: Masalah :: Ujian ::

Assalammualaikum Tautan Hatiku ^_^

Sejak akhir-akhir ini saya kurang bersama blog atau lebih tepat lagi, jarang meng"update" blog. Banyak perkara yang lebih utama yang perlu saya selesaikan. Dengan kerja ofis yang sangat-sangat membingungkan otak (tiada kerja pun, on9 memanjang ^_^..ada kerja laa..). Ditambah pula masalah-masalah yang sangat sukar untuk saya ceritakan kepada sesiapa. Biarlah hanya Allah yang tahu. Kerana meskipun hati kita ada dalam diri kita, kita tidak mampu menjaganya tanpa Allah T_T



Ya. Setiap manusia punya masalah tersendiri dan tidak semua masalah itu dapat kita kongsikan kepada semua. Begitu juga saya. Saat ini, masalah yang melanda saya ini biarlah hanya antara saya dan Allah. Oh, kalau cakap masalah sepertinya saya seakan-akan mengeluh. Sepatutnya masalah yang kita lalui kita tukar kepada "ujian".

Ya. Allah menguji hambaNYA berlainan cara. Mungkin si Fulan dengan masalah keluarganya, si Fulan pula dengan masalah hatinya, si Fulan ini pula dengan masalah pelajarannya. Tetapi tidak boleh dinafikan, Allah menguji kita dengan masalah yang sama tetapi caranya berbeza.

Dengan perbezaan itu, kita boleh saling menguatkan. Saling memberi nasihat, saling mengingatkan. Lagipun Allah sudah berfirman "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.."  *al'asr : 3* Jadi, bersyukurlah kerana ujian itu mematangkan kita sebenarnya sekiranya kita benar-benar berfikir. Disamping itu, kita juga mampu memberi nasihat, semangat atau sebagainya kepada yang mungkin senasib dengan kita. Bukankah itu sangat-sangat dituntut dalam ISLAM??

Ramai yang kata, sakit, kecewa, sedih, kemalangan, banjir, kemarau, dan macam-macam lagi perkara yang kita tidak ingini adalah UJIAN. Minta maaf, kita betulkan tanggapan ini. Wahai diriku yang utama dan wahai sahabat-sahabat, wahai si pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah, ujian hidup bukan hanya itu.

PERLU DI INGAT !!

SIHAT,
SUKA,
KEMEWAHAN,
KEBAHAGIAAN,
MASA LAPANG,
PEKERJAAN,
dan banyak lagi....

itulah UJIAN yang lebih besar buat kita sebagai hamba Allah. Kenapa?? Lihat berapa ramai yang bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat ini?? Berapa ramai yang mempu menggunakan nikmat ini dijalan Allah?? Usah menuding jari kepada orang lain, cukuplah bertanya kepada diri kita sendiri!! Sejauh mana kita mampu bersyukur kepada Allah diatas segalanya?? 

Selalu sahaja diri ini mengeluh pada ujian kesusahan yang Allah berikan. Selalu juga diri ini melupakan nikmat kesusahan yang sebenarnya ujian tanda kasihNYA. Aduhai hati, sangat rugi engkau menjadi hamba yang tidak bersyukur!!

Mulai sekarang, cuba kita tukar perkataan "masalah" kepada "ujian". Perkataan  "masalah" ini menampakkan kita ini lemah dan seolah-olah putus harapan, tetapi perkataan "ujian" ini pula menampakkan kita seorang yang tabah kerana "ujian" merupakan satu ayat yang sangat sopan.

Biasakan diri kita menyebut "ujian Allah. Bersabarlah" dan jangan sesekali menyebut "masalah, sabarlah". Mendengarnya sudah merasa janggal apatah lagi mahu menyebutnya.

Wallahualam.. Sekiranya dalam blog ini ada perkara-perkara yang saya tersalah, tersilap, dan segala ter ter.. saya mohon maaf dan sedia menerima pendapat dan juga sedia untuk ditegur, dinasihati ^_^.
-------------

Sebenarnya bukan ini entry yang mahu saya coretkan. Tetapi tetiba pula hati ni berubah kepada masalah dan ujian ^_^. Ya, sekarang ini ujian Allah datang silih berganti. Semoga terus bersabar dengan ujian yang pelbagai ni. Tetaplah tersenyum kerana senyuman itu bukan sahaja satu sedekah tetapi satu cara untuk kita merawat hati..

^_____________________________________^

Comel dak?? Tersenyumlah. Tapi, macam katak pula senyuman di atas tu. Perasan tak?? Tak pe. Ok je kan.

^__^

Kalau senyuman ni, ok kan?? Comey gitu ^__^

Untuk yang sedang membaca, SENYUMLAH. Berbahagia diatas ujian yang Allah berikan. Sentiasa berfikir sebesar-besar ujian yang kita lalui, besar lagi ujian hamba Allah yang lain. Insya Allah, kalau begitu yang kita fikirkan..kita merasa bahawa ujian itu sangat manis ^_^. SANGAT INDAH. Mendekatkan kita kepada Allah. Bersabarlah... Ada rahmat yang tersembunyi...... SABARLAH DUHAI SAYANGKU.


Ayuh baca doa ini.. Semoga kita menjadi hambaNYA yang penyabar ^_^


Ameen ya Rabb...

^______^

:: Istimewa Buat Sahabatku ::

Assalammualaikum Tautan Hatiku ^_^
(note 12/12/2010)





Tadi sia menghadiri walimah sahabat seinduksi sia. Namanya Bakeri. Sia panggil dia Amoi. Dia panggil sia pula Apek. Masa induksi, dialah antara sahabat yang sia rapat. Time mendaki Gunung Serapi, Amoi ni la satu-satunya lelaki yang join kami. Kami berempat. Kak Atien, Kak Suri, Amoi dan sia Apek. ^_^. Sebenarnya dihadapan dan belakang kami ada ramai lagi la kawan-kawan. Kami berempat jalan seiring. Siap bergambar lagi. Sia nak upload gambar tu...tapiiiiii no need la kot ^_^

Amoi, ini sedikit kata-kata nasihat dan peringatan dari Apek. Peringatan untuk sia juga ba ni Moi. Sia sentiasa mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat kamu Moi.


Untuk Amoi, ( Bakeri)



Di Akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki-lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu (wanita adalah amanah kepada lelaki). Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Wahai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak-anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajar mereka bersolat? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar Neraka Jahanam.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, ibadat-ibadatnya dijaga, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke neraka.
Wahai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Wahai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat engkau akan terlepas. Engkau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat.

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa.Tidak lepas dari melakukan dosa. Sselamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, engkau juga akan ditarik menjadi penemannya.
Lihatlah. Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”



Untuk Isterimu Amoi.. ^_^ (untuk sia yang utama..)





" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan,
engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."

" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."

" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :

1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.

2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.

3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.

4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.

5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.

6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.

7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.


" Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."


-Dipetik dari 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' tulisan Muhammad Ali Qutb-

------------------------------------------------------------


Semoga satu saat, bila masanya tiba saya membuat satu keputusan yang berada dijalanNYA ^_^


:: BM..Baitul Muslim ::

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^

Teruskan membaca. BM..biar A+++++++++..insyaAllah ^_^

impian ^_^.. "bila masanya?"


Salam,
malas juga nak cakap tentang perkara ini. sebab rasa cam tak best plak asyik2 cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.
Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.
Baitul Muslim ini urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan….?
apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.
Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.
Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali.

dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti.
Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun ( ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. ada juga yang dah bersedia awal. ada yang belum lagi.
dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Adajuga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.
kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak2 antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak2 antum.
Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar?
Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari. bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akh dan juga ukht.
Melamar secara direct.
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri.
Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat sangat rasa offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah. samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
 asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!’
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi.
Manusia ada kelemahannya-kelemahanannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah?
Allah akan beri kamu yang terbaik.Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi.
di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca blog ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat kerana dakwah.
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak.
Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini. termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel.Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu. ( ini jika pinangan itu direct padamu). walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat, namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah.Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik.
Maka bersyuralah. itu kuncinya.
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect.
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah. tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. kerana Allah dan rasulNya dahulu.
tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya.
Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.
itu sahaja sempat saya nukilkan.
ada satu soalan dari ukhti ainun. Saya akan tulis dalam ruangan lain iAllah
orang yang penuh kelemahan buat suami saya sendiri,
aisyahz
glasgow
------------------
Suka sangat dengan artikel ni. Semoga beroleh ibrah. ^_^

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers