+ Tiada Yang Sempurna +


Assalammualaikum w.b.t Tautan Hatiku.

Macam biasa, saya suka tanya khabar pengujung semua. Apa khabar life anda hari ini? Iman macam mana? Ada ok semuanya? Semoga kita sentiasa berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Dan begitulah jua diriku. Terkadang kuat, terkadang lemah. Sering saja menangis T_T.

Menangis itu lumrah kehidupan kita sebagai hamba. Tapi, kan bagus kalau tangisan itu untuk sesuatu yang boleh meningkatkan iman kita. For example, menangis mengenang dosa-dosa lalu. Paling tidak menangis sebab kita lukakan hati orang. Atau menangis dengan ujian yang Allah beri. Hmm menangis menangis.. Ya, kita boleh menangis tapi jangan pernah lupa selitkan doa dalam tangisan kita. InsyaAllah itu tangisan yang sangat bernilai.

Saya pernah terbaca la, bunyinya seakan-akan macam ni.. Allah mengharamkan tubuh manusia yang menangis kerana takut kepada Allah. Wallahualam. Mohon teguran kalau-kalau saya tersilap. Almaklum saja saya kurang sedikit dalam bab-bab macam ini. ~_~

Macam yang kita tau, manusia ni tiada yang sempurna kan. Pasti ada juga kelemahan. Tapi itu bukan satu kekurangan pada kita sebab kelemahan kita tu akan ditutupi oleh kelebihan orang lain. Contohnya sahabat kita la. Atau bagi yang sudah bersuami/ beristeri tu pastilah pasangan tu yang akan saling melengkapi. 

Hikmah Allah jadikan kita ni berlainan bangsa, keturunan, warna kulit and banyak lagi sebab Allah mahu kita saling melengkapi. Lihat betapa Allah itu Maha Mengetahui. Hati kita sendiri walaupun ada dalam tubuh kita tetap juga kita tidak mengetahuinya. Allah jua yang mengetahui setiap hati-hati hambaNYA.

salji di Rusia..Thanks Kak Ajlaa..jaga diri di Rusia..Adik sayang akak kerana Allah ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers