:: Air Mata Yang Tertahan ::

Assalammualaikum Tautan Hatiku T_T

Menangis?? Aduh!!! Sudah lama air mata kite ni kite tahan. Sehingga saat ini kite masih menahannya. Mahu juga kite tanya kenapa? mengapa? aishhhhhhhhhhhhh.. 



"ya Allah, hamba serahkan segalanya kepadaMU. Hamba tidak mampu menahannya lagi. Sakit!! Perit!! Tersiksa!! Hambakah yang berubah?? Ya Allah.."

Kite juga manusia biasa. Lemah. Tidak sempurna. Kite menangis kerana itu juga satu fitrah untuk kita sebagai manusia. Paling penting, kite nangis sebab kite rindu sahabat-sahabat kite. Bagi kite, menangis itu satu kepuasan. Tapi biarlah dalam tangis itu disertakan dengan doa kepada Allah T_T



Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

-------------------------

Ya Allah.

Hamba berusaha untuk bersangka baik diatas apa yang terjadi saat ini. Mungkin khilafnya ada pada hamba. Mungkin juga hamba bukan seorang sahabat yang baik. Aduh!!!!!!! Menangis!!!! Berapakah nilai air mata hamba yang gugur kali ini ya Allah?? Terasa diri ini terasing. Atau hambakah yang mengasingkan diri??

Ya Allah.

Hamba rindu pada dia. Sampaikan salam rindu hamba padanya. Kerana hamba tidak mampu menyatakannya. Pukullah hati hamba ya Allah sekiranya hamba melukai hatinya. Hamba sudah berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik, tapi hamba adalah manusia biasa yang selalu membuat hambaMU bersedih hati T_T.

Ya Allah.

Biarlah hanya ENGKAU yang mengetahui betapa hamba menyayangi, merindui dan mencintainya. Segalanya hamba serahkan kepadaMU. Mungkin dalam bersahabat, ada ketidakikhlasan dari diri hamba atau mungkin sahaja ianya terjalin kerana perkara lain. Sungguh ya Allah, hamba sangat merinduinya.

Ya Allah,

Lindungi sahabatku dalam sifat kasihMU,
Sayangi sabahatku dalam sifat RahmatMU,
Cintai sahabatku dalam sifat RahmanMU,
Aku hanya hamba yang juga menagih cintaMU, RahmatMU dan RahmanMU.
Semoga saja akhirnya, kami tetap bersatu dalam naungan CINTAMU T_T

Buatmu sahabatku,
maafkan diri ini andai menyakiti hatimu,
maafkan diri ini andai melukai perasaanmu,
maafkan diri ini andai melupai kebaikanmu,
maafkan diri ini andai mengasingkan dirimu,

maaf, maaf, maaf, maaf T_T


Kedapati dirimu sangat kurindui saat ini. 

Sangat-sangat merinduimu..
Hanya Allah yang tahu hati ini sangat-sangat merinduimu..
Tidak ada yang perlu diragui..
Sekali ku menyayangi, selamanya aku menyayangi..
Dan semua itu insya Allah adalah kerana Allah semata-mata T_T

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi
*****************************

Ukhwah Fillah Wa Lillah

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers