:: Coretan Hujung Tahun ::

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sedar tak sedar, hari ni last day untuk tahun 2011. Lepas tu, mesti ramai manusia duk sibuk nak bina azam baru. Nak itu la, nak ini la. But, its not a bad thing kan? It up to sesiapa la kan nak bina azam baru ke nak sambung azam yang lama ke, nak pertingkatkan azam yang tak tercapai-capai tu ke. Macam saya juga la. Kalau nak kata banyak sangat azam tu tak de la banyak sangat. Yang banyak sangat tu mungkin azam yang tak tercapai-capai. Ahakss.

Walau apa pun, sama-sama kita pastikan semua yang kita nak buat tu tercapai even tak la 100% tercapai. Kalau dapat 80% tu Alhamdulillah kira ok la kan. Apa orang kata, it better than nothing. Then, bagi yang mungkin tak tercapai azam/impian tu padahal sudah usaha + doa, jangan bersedih. Ingat la, ALLAH nak uji kita kan. So, bila dah usaha + doa = kita kena ada juga sifat tawakal tu. InsyaALLAH baru tenang je nak teruskan hidup.

So, untuk tahun depan (bunyi macam lama lagi padahal tinggal beberapa jam je lagi nak tahun depan) apa pulak yang korang nak lakukan? Maksud saya azam atau impian untuk tahun depan dan paling bagus plan juga la untuk tahun-tahun seterusnya. Tak kira la korang sebut azam atau impian. Lebih kurang sama je kan maksudnya. Haa, kalau dah buat azam baru tu saya doakan semoga diberi kekuatan olehNYA untuk mencapai hajat kita bersama. 

Tapi disini saya nak share satu benda la untuk kawan-kawan semua. Sebagai peringatan buat saya dan untuk kawan-kawan yang membaca. Ye la, kita ni kan sentiasa perlu saling beringat dan menasihati. Begitulah anjuran kehidupan bersaudara yang diterapkan oleh Rasulullah dalam islam. Ok, tadi tengah jalan-jalan cuci mata kat MukaBuku, jumpa la status seorang sahabat ni. Terus tersentak. Lepas tu muhasabah balik.

~printscreen status dia. Nak bawak masuk dalam blog saya hehehe.~


Ada benarnya juga kan. Kenapa nak pasang azam tu end of the year je? kan lebih elok kita pasang azam hari-hari. InsyaALLAH tak la kita lupa nak usaha selalu. Ok la, like this.. azam untuk hujung tahun kita buat azam jangka panjang. Azam yang perlu masa untuk mencapainya. Kira macam nak buat rumah ke, nak beli kereta baru ke. Nah, sepanjang tahun tu kita usaha. Mungkin kita kena kumpul duit dulu kan untuk capai impian tu. Mid-year macam tu mungkin sudah boleh capai azam tu kan. Then baru la kita buat azam jangka pendek. Azam jangka pendek ni everyday kita boleh perbaharui atau tambah. Macam status akhi Arrabe' tu la. Setiap hati pasang azam. Apa azam tu, terpulang pada korang la. Paling penting biarlah azam tu yang boleh meningkatkan iman dalam diri kita (peringatan buat saya utamanya). Berusaha nak capai keredhaan Allah supaya hidup kita didunia tak la sia-sia kan? ^__^

Apa-apa pun, pesanan ini untuk diri saya utamanya dan kepada sahabat-sahabat saya. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam segala amalan. Bukankah Allah menyukai hambanya yang sikit amalannya tapi istiqamah. AllahuAllah. Semoga kita istiqamah. Bila dah berusaha untuk istiqamah tu, slow-slow la tingkatkan amalan.

Macam seseorang yang baru je nak menjinak-jinakkan diri untuk solat. Dulu langsung tak solat. Padahal dah 17 tahun hidup didunia. Dah tahu syariat solat itu WAJIB. Ditinggalkan akan BERDOSA. Tapi kerana terlalai, maka hidup dia pun terumbang-ambing. Alhamdulillah bila usia masuk 18 tahun jumpa pula sahabat-sahabat yang membawa dia ke jalan ALLAH. Yang banyak mendidik erti solat, indahnya islam. Subhanallah. 

Mungkin awal-awal penerimaan cahaya hidayah tu, solat kita bertempat. Maksudnya, bila diajak solat baru nak solat. Bila bersama sahabat-sahabat baru nak solat. Tak apa. Biarkan. Yang penting kita berusaha. Bila dah macam tu, kita usaha pula untuk cukupkan solat 5 waktu. Iya la, mungkin kadang-kadang pasti ada waktu solat yang terlepas dek kesibukan dunia. Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan. Usaha lagi nak baikkan solat. Bukankah kejayaan kita ni ditentukan sejauh mana kita berusaha untuk mendekatkannya?

So, bila dah istiqamah solat 5 waktu tu.. kita usaha pula untuk solat di awal waktu. InsyaALLAH. Kita berubah berperingkat. Jangan terus-terus berubah. Boleh siapa kata tak boleh tapi kita takut perubahan tu bersifat sementara. Samalah macam kita nak sebatikan adunan kuih. Kena ada step-step dia. Tidak boleh terus-terus masukkan tepung macam tu je. Kenalah ikut peraturan. 

Masukkan air dulu, lepas tu campur gula sedikit. Gaul-gaul dulu. Biar gula tu cair dan sebati dengan air. Lepas tu letaklah pengembang kuih (ntah apa namanya. saya dah lupa..hikhikhikhik). Bila dah sebati semuanya, barulah masukkan tepung sedikit-sedikit. Jangan terus letak banyak-banyak, susah pula menguli nanti. Menguli pun ada caranya. Bukan boleh main-main. Last sekali barulah letak minyak sayuran untuk melembutkan lagi kuih tu bila sudah dimasak nanti. Ha.. begitu la langkahnya. Mana boleh diterbalikkan. Nanti jadi pulak kuih salah bikin. Haha ^__^

Tubuh kita pun macam tu juga. Kalau terus-terus lari pecut 100m tanpa buat regangan terlebih dahulu, otot-otot kita akan terkejut dan mungkin mengakibatkan kekejangan otot. Nah, begitu juga dengan amalan kita. Biarkan dia sebati perlahan-lahan dalam tubuh kita. InsyaALLAH, bila sudah sebati pasti sangat senang untuk kita melaksanakannya walaupun pada awalnya masih rasa liat. Percayalah bila solat sudah sebati dalam tubuh kita, then tiba-tiba kita terlepas waktu solat..kita akan rasa satu perasaan yang hanya kita saja yang tahu. Percayalah. Itulah indahnya SOLAT.

Bukan itu saja, solat ni secara tidak langsung mendidik kita. Mendidik yang macam mana? Ok, contoh la kan kita tengah buat study group dengan kawan-kawan kita. Then bila kita tengok jam, dah nak dekat masuk waktu. Perasan tak, secara tidak sengaja kita akan berfikir nak siapkan kerja kita supaya dapat solat awal waktu. Pernah tak rasa kejadian macam ni? Tak kira la korang tengah study group ka tengah buat kerja ofis ka, pernah tak? Mesti pernah kan. Haa, secara tidak langsung solat mengajar kita untuk menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Masa ini kan lebih berharga dari emas. Emas dimana-mana pun boleh kita dapat tapi masa?? nak tunggu doremon dari Jepun datang Malaysia untuk bagi kita mesin masa?? Tak mungkin. Itu kisah dongeng! Jangan percaya!

Uik, tak sedar tangan ni menari atas keyboard.. dah berjela-jela ditaip. Syok sangat la tu menaip. Ok la sahabat-sahabat alam mayaku. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam ibadah kita terutama solat. Kena ingat, SOLAT adalah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat nanti. Kalau tak solat, tak tahulah hala tuju kita di akhirat nanti. Jangan lupa ajak juga keluarga kita.. mak ayah, kakak, abang dan adik untuk solat. Berilah peringatan kepada mereka. Jangan malu, segan atau takut nak tegur. Mereka saudara kita. Darah daging kita. Kalau kita tak tegur, takut-takut diakhirat nanti kita tak ada jawapan bila ALLAH tanya. Jangan berangan nak masuk syurga sorang-sorang.

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk ajak mereka ke arah kebaikan. Bila saudara perempuan kita tak tutup aurat contohnya, kita tegur perlahan-lahan. Bagi dia artikel cara-cara menutup aurat dengan sempurna. Paling tidak, kita hadiahkan lah tudung untuk mereka tapi pastikan tudung itu mengikut syariat. Tidak nipis sehingga boleh menampakkan batang leher, tidak terlalu kecil, biar yang menutup bahagian dada. Tak perlulah kita terus-terus hadiahkan tudung labuh pulak. Sekurang-kurangnya bila ALLAH tanya di akhirat nanti, kita ada jawapan untuk setiap persoalan. InsyaAllah dengan artikel atau hadiah tudung tu mereka akan faham. Jangan terus herdik sebab itu bukan cara Rasulullah. Tetaplah berbuat baik dengan mereka. Bila dah banyak usaha kita lakukan tapi mereka still juga macam tu, berdoalah dan itulah selemah-lemah iman. AllahuRabbi. Lemahnya kita ini tanpa bantuanNYA.

Nak share satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat saya kepada saya yang terjadi di bandar tempat saya berkerja. Seorang doktor muslimah yang mukmin. Sangat pemurah dengan senyuman. Seorang yang berjawatan besar dalam jabatan. Seorang Pengarah di Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman. Kamu tahu rutin dia setiap kali masuk waktu solat?? Menurut cerita sahabat saya yang pernah berkerja dibawah tanggungjawab pengarah tu, pengarah tu akan jalan dari meja ke meja staf dia untuk tanya sudah solat atau belum. Bagi yang alasannya tiada telekung, pengarah tu siap bagi pinjam telekung lagi. Bagi yang bagi alasan ABC dan lain-lain, pengarah tu senyum dan akan kata "kalau dah ok, jangan lupa solat"

Subhanallah. Adakah kita akan seberani pengarah itu? Oh ya, namanya Murni Hayati. InsyaAllah mahu jadi berani seperti itu. Biasanya kalau saya mengajak kawan-kawan ofis solat mesti akan dapat jawapan "solat la kau dulu Ti.." Hihihi. Tidak mengapa. Yang penting kita sudah mengajak. Tidak semua la akan jawab seperti itu. InsyaALLAH sahabat-sahabat lain dalam ofis semua baik-baik belaka. InsyaALLAH.

Pengalaman sendiri. Tahun 2009 kalau tidak silap Medical Club ada buat aktiviti riadah dari pagi sampai ke petang pada hari Sabtu. Oleh kerana ada tugas di pejabat saya join aktiviti riadah tu sebelah petang. Kiranya solat zohor di ofis. Then dalam pukul 3 petang tu saya ikut Kak Lin pergi stadium sebab aktiviti tu buat di sana. Sempat juga bertegur sapa dengan doktor Murni. Dia siap tanya kenapa datang lewat. Saya pun explain la.

Dalam jam 4 macam tu, sebab asar masuk kalau tak silap waktu tu 3.30 petang doktor Murni tanya, "dah solat asar ke belum ni?". Saya dengan muka tak malunya jawab "belum lagi". Ya memang belum solat sebab kiranya nak solat bila balik rumah nanti. Tak ikut pun aktiviti riadah tu. Sekadar jadi pemerhati jarak jauh saja. Peluh pun tak keluar sangat. Doktor Murni tanya lagi "tak main kan? nak solat dulu ke? saye ade bawak telekung kalau nak solat. Bilik solat ada di sana. Tempat wuduk je tak de tapi boleh amik kat tandas. Nak saye tolong jagakan pintu tandas supaya orang tak masuk pun boleh"

AllahuAllah. Tanpa buang masa saya terus saja mengiyakan. Dalam hati punyalah hepy jumpa hamba ALLAH yang sentiasa memberi peringatan tentang solat ni. Sanggup pulak jaga pintu tandas untuk saya. Weeee. Best2. Semoga Allah merahmatimu doktor ^__^

Paling best when saya dah siap solat.. ada pulak seorang makcik ni tanya. Rasanya makcik tu pun kerja under Kementerian Kesihatan kot. Ya la, dalam stadium tu semua orang-orang Kesihatan. Hehehe. Nak tau apa makcik tu tanya kat saya...."anak doktor Murni yang keberapa? Masih study? study mana?". Saya dengan muka blurrrrnya tersenyum. Terus tengok muka Dr. Murni. Saya pun jawab "eh bukanlah.. Saya keja di MUSB. Medical Store bah.. hihihi bukan anak Dr.Murni..". Makcik tu pun ikut blurr juga. Mungkin sebab saya pun pakai tudung labuh kot tu pasal dia ingat saya anak Dr. Murni. Kan Dr. Murni pun pakai tudung labuh bulat. Hihihihihi. Biasalah muka budak sekolah kan. Ahakss. Perasan pulak!

Kali ini pula, cerita tentang mantan bos kami di MUSB. Seorang Pegawai Farmasi yang baik hati. Perempuan juga. Muslim yang mukmin, insyaALLAH. Kalau tengok luaran, kita nampak dia ni biasa-biasa saja. Tudung pun biasa. Tidak labuh. Tapi menutup aurat. Bukan labuh tu yang jadi ukuran kan. Yang penting TUTUP AURAT. Pernah bermalam dirumah dia 2 malam sebab masa tu saya belum jumpa rumah sewa. Almaklum first time ke tempat orang. Banyak juga nasihat yang dia bagi. Semoga ALLAH membalas budi baikmu Puan ^__^

Kalau di ofis, time rehat saya tidak balik rumah kira stay ofis sampai ke petang la. Almaklum, rumah sewa masa tu jauh sangat. kena ada kenderaan untuk balik. Saya mana ada kereta. Motosikal pun tak da. Puan Rohaidah pun macam tu juga. Tapi bukan sebab dia tiada kenderaan tapi sebab masa rehat kan sejam je. Takut-takut tak sempat solat kat rumah. Lagipun boleh rehat juga katanya.

Bila dekat-dekat masa rehat, saya mulalah 'mengular' kata orang sarawak. Main game di PC saya padahal solat tak lagi. Astaghfirullah. Kadang-kadang puan singgah kat meja saya. Borak-borak kosong. Siap ikut sekali main game. Tapi sekejap je. Dalam 5 minit macam tu. Lepas tu, dia tanya.. "dah solat ke belum ni? asyik main game je..." Saya pun cakap, "belum lagi puan..hehehe". Puan jawab "budak kecik ni.. dah dah. Lepas game ni, gi solat dulu. Saya solat dulu. Ingat, lepas game ni solat dulu tau.." Siap cubit-cubit manja anak telinga saya. Tak sakit mana pun sebab tertutup dengan tudung kan ^__^.

Subhanallah. Sangat lah seronok bila pemimpin (bos) kita seorang yang menjaga solatnya. InsyaALLAH, semoga saya terutamanya (walaupun berkerja sebagai kuli je) dan kita semua menjadi hamba yang menjaga solat. ^__^

Salam Akhir Tahun Masihi. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amiin Ya Rabbal Alamin ^__^




:: Muhasabah Kita ::


Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tidak siapa yang tahu. Semuanya demi maruah diri. Walau siapapun kita, dimana kita berada, langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak. Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang diuji oleh-NYA.

Ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita kerana kesedihan dan kekecewaan tidak bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami erti hidup ini.

~Salam Muhasabah~

:: Bang Jek ::


Assalammualaikum w.b.t

Aduh, sebenarnya nda tau mau story mory apa buat masa ni. Bukan nda tau, tau tapi terlalu lah malas tahap dinasor ni! Hehe. Malas mau pikir apa yang mahu dicerita. Tu la buat blog juga, tapi malas update. Hehe.

Whatever la kan. Oh ya, baru saya terperasan pula. Hehehe. Biasanya entry saya tahun lalu, 2010.. Di hujung tahun mesti baaaaaaaaanyak entry pasal Baitul Muslim yang saya tulis a.k.a copy paste yang lainnya. Hukhukhuk. Tapi tahun ni macam sudah kurang kan. Kenapa tu ya? So, bolehkah saya menjiwangkan blog saya hari ini?? Hehehe. Tapi tidak jadi la. Susah nanti kalau terlalu jiwang.

Bah, saya mahu share satu dialog pendek yang saya petik dari perbualan antara Bang Jek dan Ju'eng dalam cerita Para Pencari Tuhan. Salah satu cerita yang menjadi kegemaran saya since 2010. Best sangat. Jalan cerita yang menarik hati. Salah satu senetron berunsur islamik. Disampaikan dengan sangat bagus, santai., steady dan ada juga jenakanya. Walaupun bahasanya Indon, tapi ada disertakan sarikata dalam bahasa Malaysia. Super best la.


Perbualan antara Bang Jack ~BJ~ dan Si Tukang Sayur ~STS~ yang ingin memikat hati Bu' Widiya dalam cerita Para Pencari Tuhan ~PPT~.

STS : Langkah kedua tempoh hari sudah cukup mantap. Langkah ketiga ini harus lebih bergaya. Biar sampai menusuk ke kalbu hatinya. Bila hatinya kita kuasai, pasti dirinya mengikut.

BJ : Penguasa hati itu Allah mas. Jadi Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia.

STS : ohhhh begitu yah.

BJ : Kita jangan main di wilayah itu. Kita main di wilayah fikiran dan emosi. Bagaimana bikin dia ingat, bikin dia senang, bikin dia marah, bikin dia kangen. Bukan begitu?? Hehehe.

STS : Nah, sekarang biar Bang Jack kirim hadiah buat mbak Widiya.

BJ : eeeeeeeeee… Baru juga kenalan mau kirim-kirim hadiah. Terlalu  sweeettt… Soooooo sweeeettttt.. memang aku chowok apa’an??

STS : Terus terang omong saja, punya diut nggak???!

BJ : Nahhh itu masalahnya dari tadi ! Gimana lo. Tau dari mana lo. Cari cara lain aja.

STS : Ok. Kita lupakan soal duniawi. Sekarang pakai cara perhitungan langit. Astrologi, perbintangan, zodiak.

BJ : oooo jadi maksudnya pengen tau kecocokan saya dengan Mbak Widiya berdasarkan zodiak? Begitu??

STS : PERSIS!!!

BJ : Apakah ALLAH menjodohkan Nabi Adam a.s dengan Hawa juga berdasarkan zodiak?

STS : Saya kurang tauuuu. Waktu itu saya belum lahir.

BJ : Apa pernah dibilang, yang namanya Siti Mariam itu secara zodiak tidak cocok sama semua pemuda yang ada didunia sehingga dia tidak punya suami??

STS : ahhhh itu kan urusan masing-masing bang. Saya tidak ikut campur.

BJ : Apakah ALLAH memilih para Nabi dan para Rasul itu berdasarkan zodiak?

STS : Sampai sekarang belum ada informasi tentang itu bang.

BJ : iya udah. Yang namanya zodiak itu nggak penting! Yang penting, kejayaan manusia itu banyak ditentukan oleh ikhtiarnya bukan oleh planetNYA mass Ju’ang. Apa lagi saya ini. Saya ini punya pegangan hidup berupa ajaran Allah dan RasulNYA. Jadi, buat apa lagi saya pakai jalur ahli nujum yang syirik???


Apa macam?? ^_^

Ada lagi satu perbualan yang buat air mata saya menitis masa menonton cerita ni. Kisah persaudaraan yang sangat kuat diatas satu akidah yang SATU. Allahu Allah. Tapi lain kali saja la saya menaip. Cuba untuk mengingat kembali ayat-ayat yang indah tu.

p/s : ada jual ka cD PPT ni?? Mau beli ^__^

:: INTI 1 ::

Assalammualaikummm..

Apa khabar? Sihat? Amacam kerja? Ok? Semoga segalanya ok ok saja kan ::wink::

Hari ini membawa semangat program INTI 1 untuk dikongsikan bersama walaupun programnya sudah berlangsung berminggu-minggu yang lalu. Oh ya, INTI stand for Intensif Islam 1. InsyaAllah INTI 2 akan dilaksanakan tapi belum lagi ditentukan masanya bila. Mohon doanya supaya program kedua dapat dilaksanakan dengan jayanya dan lebih baik dari sebelum ini. Amiin YRA ^_^


Sebelum program berlangsung, kami sebagai fasilitator berkumpul untuk mesyuarat berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan. Mesyuarat ni sangat penting untuk sesebuah program. Didalamnya kita akan sama-sama berkongsi minda walaupun saya hanya jadi fasilitator yang pasif. ::hehehehe:: Ini pengalaman pertama menjadi fasilitator di Bumi Kenyalang. Dikelilingi orang yang hebat-hebat belaka dalam perjuangan menyambung risalah Rasulullah S.A.W.

Nampak dalam gambar diatas tu?? Lelaki yang memakai baju berwarna meron. Hah, itulah ketua program kami. Seorang hamba yang hebat di Kenyalang. Tutur katanya santai. Best2. Salah seorang penceramah juga. Nasihat-nasihat dia tajam dan berkesan. Kadang-kadang tertikam juga dengan kata-kata dia. Seorang pemimpin yang insyaAllah baik. Disenangi rakan-rakan yang lain.

Ok, itu kisah mesyuarat. Sekarang kisah sepanjang program diadakan. Mula-mula berlagak sahaja. Ehem.. ehem.. bila part memperkenalkan diri. Zazzzzzss, darah gemuruh! Ni la kelemahan saya. Cepat betul 'nebes'. Kami bilang 'songkikip'. Haha.

Alhamdulillah banyak ilmu, pengajaran dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang 2 hari berprogram bersama adik-adik. Saya berusaha untuk memastikan bahawa di tangan saya ada pen dan kertas. Bukan apa, saya mahu mencatit perkara-perkara baru atau apa-apa sahaja untuk tatapan akan datang. InsyaAllah bila saya baca balik apa yang saya tulis, saya akan sentiasa ingat (walaupun dalam kadar yang sedikit) tentang apa yang disampaikan.

Bila masuk bab menentukan kumpulan untuk para peserta, semua peserta ada yang macam cemas, risau. Hehe. Mesti takut terpisah dengan kawan rapat la tu kan. Saya pun macam tu juga dulu. Takut kalau terpisah dengan kawan 'segeng'. Tapi sebenarnya, begitu lagi bagus. Kita boleh tambah sahabat. Boleh kenal saudara seakidah yang lain. Kan kan kan. Itulah namanya ukhwah. Lagipun lepas aktiviti-aktiviti selesai, mereka masih boleh bersama ^_^

Then, bila ada antara mereka tu terpisah. Mula la buat muka macam sedih gitu. La, sedih buat apa adik-adik. Bukannya terpisah jauh pun.Kan buat aktiviti berkumpulan tu dalam bilik kuliah yang sama. Hehehe. Alhamdulillah saya with Kak Syuhada satu team. So, kami kena jaga group kami ni. Segan beb! Adik-adik semua hebat berhujah. Lebih-lebih lagi adik Khadijah tu. Budak jurusan agama. Segan la sangat. Ya la, dia banyak belajar tentang agama. Ayat-ayat quran dan hadis-hadis.

Bila masuk bab melukis pokok kehidupan. Masa tu la, insyaAllahh walaupun bukan 50% kita kenal sahabat kita, sekurang-kurangnya kita dapat kenal sedikit kisah hidup mereka. Masa tu, ada kisah gembira, ada kisah bahagia tidak kurang ada kisah sedih. Kita kena sedar satu perkara dalam hidup kita, walaupun kita tinggal dibumi yang sama, kita diciptakan dari sumber yang sama (tanah) tapi jalan hidup kita mungkin berbeza dengan orang lain. Itu sebab kita kena sentiasa bersyukur dengan kehidupan kita.

Masa aktiviti "pokok kehidupanku", menitis juga air mata ni. Mula-mula dengar kisah hidup Kak Syuhada. Kehilangan ayah ketika usia masih kecil. Kalau tidak silap masa kak Syuhada tahun 6 ayah dia meninggal. Sedih. Menangis juga. AllahuAllah. Saya dan kita kena ada rasa syukur sebab masih dapat merasa kasih sayang ayah sehingga sekarang. Allah itu sangat adil pada hambanya. Kita merasa kitalah hamba yang berat ujiannya, tapi kita lupa untuk toleh ke kiri, kanan, belakang kita. Kita terlalu asyik memandang yang didepan. Itu sebab kita merasa ujian kita inilah yang paling berat.

Ada lagi seorang adik namanya Syuhada juga. Kehilangan ayah ketika usia 3 tahun. AllahuRabbi. Usia sekecil itu sudah kehilangan tulang belakang keluarga. Tapi jangan sedih bila kita kehilangan orang tua, kita patut bersyukur sebab kita masih boleh mendoakan ibu bapa kita yang pergi dulu. Bukankah anak soleh-solehah itu saham buat mereka di akhirat sana? Boleh untuk kita bersedih, tapi jangan sampai kesedihan itu menjadikan kita hamba yang seolah-olah menyalahkan takdirNYA. Tapi saya sangat kagum dengan mereka. Sungguhpun kehilangan ayah diusia masih mentah,  mereka boleh menjadi anak solehah. Beruntung sang ayah di alam barzakh sana.

Adik yang lain pula, ditimpa ujian ibunya keguguran 4 kali berturut-turut. allahuRabbi. Menitis air mata dia mengenang kehilangan adik-beradiknya. Ya Allah, baru kita sedar rupanya ujian kita ini cuma senipis kulit bawang. Sangat la kecil ujian yang ALLAH turunkan. Kita saja yang jarang mengambil iktibar dari pengajaran-pengajaran yang berlaku disekeliling kita.

Paling mengejutkan pulak, ada seorang adik ni baru menyedari bahawa dia ni dalam istilah kasar 'anak luar nikah'. Menangis dia bila tahu yang dia tu 'anak luar nikah'. Siapa yang tak sedih kan. Dia pun tahu sebab ada sahabat yang tanya. Kenapa nama ayahnya Si Polan tapi namanya dibintikan dengan Abdullah. Bila ditanya apa perasaan dia, dia pun jawab "adik sayang mama dan bapa adik. Adik tidak marah sikit pun. Cuma adik sedih. Adik malu dengan kawan-kawan adik. Macam mana nanti bila ditanya tentang nama bapa adik? Adik nak jawab apa kak?"

AllahuRabbi. Kakak pun tidak dapat menjawabnya dik. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya nasihat untuk dia. Tak tahu nak kata apa dah, buntu. Keluh lidah ni. Ye la, perkara ni kita tak pernah jangka. Tup tup, jadi pulak depan mata kita. Sedih tengok dia menangis. Alhamdulillah sebab dia still sayang kat mak ayah dia. Rasa cinta dan sayang itu melebihi rasa malu dan sedih dia dengan kejadian yang menimpa dia. Mula-mula saya blurr dengan kisah hidup dia, almaklum saya ni kan lambat sikit nak nak hantar maklumat ke otak. Ahaks. Hehe.

~Maaf la, tak dapat dah nak sambung menaip. Nanti-nanti saja la naa. Nak juga share gambar-gambar sepanjang program, insyaALLAH~


:: Bahagia Bersama ::


Aku pernah bersangka, bila aku sudah ‘rosak’ aku tidak akan diperlukan lagi seperti sahabat-sahabat aku sebelum ini. Terbuang. Terbiar. Sangkaan itu bertambah kuat bila kejadian itu terjadi didepan mata aku sendiri. Sekejam itu sahabat aku diperlakukan setelah sahabat aku berkhidmat dengan penuh setia. Tiada satupun arahan yang dibantah meskipun dipaksa untuk berdepan dengan benda-benda kotor, tempat-tempat kotor. Tetap akur pada ketentuan Ilahi. Menjadi setia pada dia yang dahulunya sudi tapi kini berpaling arah.

Saban hari aku menjadi penanti. Penanti yang setia menanti. Siapakah yang akhirnya akan sudi memiliki diri yang tidak punya apa-apa ini. Tidak punya rupa paras secantik, secomel, se’cute seperti yang lain. Kadang-kadang tertanya pada diri, kenapa harus aku dicipta seperti ini. Aku juga punya naluri untuk menjadi secantik yang lain. Ingin merasa bangga disaat ada yang memandang. Aku cemburu. Bukan, ini bukan cemburu tapi HASAD DENGKI. AllahuRabbi.

Selama ini, aku asyik mendongak ke atas tanpa menundukkan sedikit pun wajah ini kebawah. Kembali muhasabah diri. Aku redha. Mungkin ini sudah suratan takdir Ilahi untuk diriku. Rupanya, disekeliling aku ada yang lebih menderita sehingga terpaksa di’buang’ tanpa dimiliki.  Peritnya menanggung derita itu. Akankah aku juga seperti mereka?? Siapakah yang akhirnya sudi memiliki diriku ini?? Aku masih bersyukur, ALLAH masih memelihara diriku sungguhpun aku hanya menjadi perhiasan mata-mata manusia lalu lalang.

Terdiam sejenak mengenang akan nasib diri ini dimasa akan datang. Akankah dibuang tanpa rasa hormat setelah aku dimiliki seperti terbuangnya sahabat aku dihadapan mata aku sendiri?? Sehina itu kah penghormatan yang akan aku perolehi kelak?? Tiadakah ucapan terima kasih diatas khidmat yang dia berikan selama ini?? Menjadi sampah yang memusnahkan dunia. -_-

Benar kan, sifat sabar itu pasti ada ganjarannya. Penantian selama ini berakhir. Senyuman manis terukir disaat diri ini dimiliki insan yang baik hati (JANGAN PERASAN YA SI ‘INSAN YANG BAIK HATI’ ITU). Aku saja bagi caps lock siap bold lagi hikhikhikhik. Supaya ‘dia’ tidak memPERASANkan diri. Hehehehe. (kasi caps lock lagi).

Tiba masanya aku ingin menceritakan kebahagiaan yang aku rasai bersama ‘dia’ yang baik hati (KONON SAJA LAAAA). Iya, aku bahagia dimiliki oleh ‘dia’. Mungkin dan tidak mungkin akhir hidup aku adalah sebuah cerita derita seperti mana sahabat aku sebelum ini. Bacalah dengan penuh penghayatan. Tidak ada kisah sedih melainkan kegembiraan semata-mata. Alhamdulillah wa syukurillah ^__^. Vsiuwwwww *huhuhuhu*

Berkenalan dengannya adalah satu anugerah. Walaupun hakikatnya aku mengetahui bahawa aku adalah pilihan terakhirnya. Almaklum, aku hanya sebutir pasir di gurun sahara. Tidak punya apa-apa keistimewaan untuk dimiliki. Manakala disisi dia ada yang jauh lebih baik dari aku. Sungguhpun begitu, aku tetap merasa bahagia. Iya, sangat-sangat bahagia. Siapa yang tidak bahagia kan??? Mestilah bahagia. Tidak tercapai dek akal ^__^. Siapa dia ni??? Aku jadi penasaran…(kata si pembaca)

Dia sentiasa akan mencari aku bila aku hilang. Dia akan menjadi bising bila aku hilang. Best kan dia ni. Mencari juga rupanya. Wah, sungguh bermakna rupanya kan aku ni ^__^ .

Sungguhpun begitu, aku tidak pernah masuk ke dalam biliknya. Itu menjadi satu ‘pantang’ baginya. Selangkah aku memasuki biliknya, maka terajang mautnya singgah pada aku. Maka aku menjadi penunggu setia dihadapan biliknya. Sesetia pungguk menanti bulan jatuh ke riba. Tapi bila kakinya melangkah keluar dari bilik ‘rahsia’nya, maka akulah yang akan dicarinya. Tau pun cari aku!! Hahaha

Pernah sekali, aku diterajang. Sakit. Lebam sana, lebam sini. Kalau lebam ini boleh aku rakamkan, pasti tidak mampu dirakam (kalau macam tu nda payah la rakam kan..hahaha). Tapi, sepak terajang itu merupakan kasih sayangnya (kemaruk cinta punya pasal kan..sepak terajang jadi ‘kasih sayang’). Kadang-kadang aku main elak-elak kalau dia mau sentuh aku. Buat dia geram. Suka sebenarnya tengok muka ‘cute’ dia bila dia geram. (SILA JANGAN PERASAN!!!). Aku caps lock lagi. So, jangan perasan ya.. Hahahaha.

Itu lah kisah bahagia aku bersama dia. Aku menjadi yang setia padanya. Dia juga tetap setia pada aku sehingga ke hari ini walaupun aku tidak lagi seperti dulu. Aku kini sudah menampakkan raut ‘ketuaan’.

Bulan lalu, aku menjadi ‘cacat’. Jalan sudah tidak betul. Masa peristiwa itu, dia sangat sedih. Dia pula menyalahkan dirinya diatas kejadian itu. Aku jadi sedih. Kenapa harus dia persalahkan dirinya. Aku masih kagum, sungguhpun aku sudah ‘cacat’ dia masih lagi menjagaku. Aku tahu, dihatinya ingin mencari penggantiku tapi dia berusaha juga untuk menerima dan membiasakan dirinya dengan keadaan ku yang ‘cacat’ ini. Baiknya engkau (JANGAN PERASAN!!).

Satu rumah heboh pasal kecacatan aku. “selipar saya putusssssssssssssssss…” teriak dia. Hahaha. Lucu. Sampai sekarang aku bahagia bersama dia. Eh bukan, dia bahagia bersama aku. Inilah kisah bahagia aku si Selipar Jipun dan dia tuanku si Kudui bersama. ^__^

~Salam senyum dari Selipar Jipun~

:: Ketupat Padat ::


Orang pernah kata kan perempuan ni terkenal dengan kehebatan menganyam ketupat dalam bahasa lembutnya tapi secara terus terangnya ‘mengumpat’. Opsss, maaf bukan saya yang bilang ni aa. Saya dengar dan saya mengakuinya TAPI bukan semua perempuan begitu dan saya sekali lagi mengesahkannya. Maaf, saya juga perempuan dan hidup saya selalunya dikelilingi perempuan. Jadi, sometimes itu adalah benar.

Begitulah lumrah kita sebagai wanita. Ada saja bualan yang menjadi topik lebih-lebih lagi topic yang terhangat dipasaran. Kalau bukan pasal itu, pasal ini. Hiiiassss, lagi best cerita kalau si kawan yang turut sama cerita 2 x 5 dengan yang kuat cerita. Nah apa lagi, mula la menganyam ketupat sampai syaitan pun terlompat-lompat. Dosa pun makin meningkat juga. Itulah bahana sukar menjaga mulut. Emmmmm ini semua bersangkut paut dengan hati juga. Ya ALLAH, sepanjang hidup ini, diri ini banyak cakap benda yang tidak betul. Astaghfirullah. Apa nak jadi dengan diriku ini T_T

Kalau api kecil tidak disimbah petrol, mesti lah apinya tidak akan membesar. Tapi kerana disimbah petrol lah makin membesar pulak apinya. Begitu juga la dengan kita ni. Kalau berkawan dengan kawan yang jenis pendiam dan bercakap bila perlu, insyaAllah kita pun macam itu. Tapi kalau sudah berkawan dengan kawan yang banyak cakap, nah itulah akibatnya. Perlu diingat, mungkin kerana diri kita, percakapan kita, menjadi asbab terjadinya ‘gosip murahan’ itu. Jangan letak kesalahan itu pada orang lain sahaja. Kembali muhasabah diri. Asyik muhasarawak jak kan selama ni. Ahakzzz. Sempat pula main-main. Hahaha.

Kadang-kadang, kita perlu seseorang untuk sentiasa mengingatkan kita agar menjaga tutur kata. Kalau dua tiga atau empat orang atau lebih lagi pun boleh juga. Lagi bagus kan kalau ramai yang sentiasa ingatkan kita. Hehehe. Pernah terbaca satu kata-kata kawan ni, kalau tidak silap bunyinya macam ni “saya tidak risau dan tidak gentar kalau tiada seorang pun yang akan mendengar apa yang saya dakwahkan, tapi saya sangat takut kehilangan seorang sahabat yang sentiasa membawa hati ini dekat denganNYA. Kerana itu merupakan hadiah yang sangat indah dari Allah.”

Wah, betapa best’nya kan kalau kita ada sahabat begitu. Sangat-sangat best. Saya sudah memiliki mereka ini. Malangnya saya selalu saja menghilang, selalu saja bergerak senyap-senyap, selalu saja menjadi pengintai dari jauh. Bukan apa, kadang-kadang malu untuk berada disisi mereka. Hebat-hebat semuanya.  Maka, yang menciptakan kehebatan itu lagi MAHA HEBAT.
Bila teringat diri ni yang selalu saja ‘menganyam ketupat’, terus buat satu status di pesbuk. Status versi sabahan punya lah. Mau tau, saya dapat ilham masa pergi tandas mau cuci tangan. Bukan apa, asyik teringat diri ni dari pagi tidak henti-henti cakap benda sia-sia. Astaghfirullah T_T. Bilalah diri ini akan insaf. Insaf sekejap, lepas tu buat lagi. AllahuAllah.
*My setatus at pesbuk, soundnya begini..*

Duduk rapat-rapat, siuk-siuk menganyam ketupat (mengumpat), syaitan disebelah melumpat-lumpat, pahala kita pun bertukar tempat, dosa kita apa lagi bertingkat-tingkat..Apa lagi yang ada sama kita?? Tinggal lah karat..

~Astaghfirullah. Muhasabah diri. Jangan jangan jangan lagi begitu bah T_T~

Macam mau menangis pun ada. Apa lagi la ‘bekalan’ saya nanti ni. Sudah habis ter’transfer’ kepada yang diumpat. Kalau banyak bekalan sendiri tidak mengapa, ini…untuk diri sendiri pun tidak cukup. AllahuAllah. Teguran ALLAH sampai jua akhirnya. Ok, mujahadah!!! Tidak mau lagi menganyam dosa lagi. ASTAGHFIRULLAH -_-

"Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita sering dakwahkan, itu petanda ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia."

~Salam Mujahadah~

:: Hadir Dengan Nota Hidup ::

Assalammualaikum w.b.t buat teman-teman.

Kembali dengan wajah baru. Semoga wajah  yang lalu menjadi satu langkah lagi untuk diri ini terus melangkah mendekat kepadaNYA. Keberadaan sahabat-sahabat yang membawa diri ini sentiasa dekat kepadaNYA sangat-sangat tidak diduga. Sentiasa hadir insan-insan baru dalam hidup ini. Subhanallah. Maka, datang lah ke NOTA HIDUP dengan satu doa ;- “semoga pemilik nota hidup ini sentiasa diredhai ALLAH dan semoga ia menulis hanya keranaNYA semata-mata.” Mohon doanya sahabat. Takut-takut terlajak diri ini kedalam lautan ‘riak’ yang memusnahkan segala amalan yang secubit ini. Sungguh diri ini takut pada lautan ‘itu’.

Syukran jazilan buat sahabatku Ckin yang berusaha dan banyak membantu membina ‘rumah’ untuk NOTA HIDUP diri ini. Semoga jasa baikmu sahabat dibalas dengan lebih kebaikan dari ALLAH. DIA sebaik-baik pemberi balasan diatas kebaikan dirimu. JAZAKILLAH.

Menulis menjadi rutin dalam hidupku. Walaupun bukan sehebat sahabat lain mengatur bicara di alam maya. Sungguhpun tidak secantik bahasa yang digunakan. Walaupun tidak setiap hari menutur kata di alam maya. Ia tetap menjadi rutinku. Iya, menulis menjadikan aku seolah-olah berbicara denganmu, dan kau berbicara denganku meski hanya menatap ruang kosong NOTA HIDUP ku.  Oleh itu sahabat.. insyaALLAH jika aku salah, maka ajari aku. Jangan kau takut, insyaALLAH aku butuh teguranmu. Jika aku khilaf, maka tuntun diri ini mengenal dimana madu dan racun. Jangan kau risau, insyaALLAH aku dahagakan nasihatmu. Jika aku lalai, maka ajak diri ini kembali kepada rasa hidup bertuhan. Jangan tinggalkan aku, aku perlu kalian untuk terus kembali berjalan. Sedarku, aku insan yang sering alpa dengan dosa, sering lalai dengan dunia, sering hilang dalam jalanNYA.

~Salam Wajah Baru ^__^~



:: Dia Tetap Istimewa ::


Uwaaaaaaaaaaaaaa lama sudah tidak meng'update' entry baru kunun. Berapa lama sudah rasanya? Seminggu?? Kali la kan. Sebenarnya terlalu banyak yang mau di'share' tapi asik malas saya memerah otak untuk menaip kata-kata. Adeh =_=".

Opsssssssssssss !!!

Assalammualaikum w.b.t sahabat alam maya sia yang cumil-cumil belaka. Apa khabar diri kalian? Sihat juga ka? Harap-harap sihat ya. Alhamdulillah si empunya teratak sihat walaupun 'hati' kurang sihat. Almaklum, terlalu banyak yang mahu difikir ~kunun jak la =_="~. 

Dia Tetap Istimewa?? Siapa kah itu?????

Jom selusuri siapa dia ^_^

Pada tanggal 14 Mac 2009, di kedai 100% sebaris dengan KFC. Oh ya, Bumi Kenyalang saksi pertemuan kami. Saya datang ke Kenyalang pada 13 Mac 2009, hari Jumaat. Maknanya saya jumpa dia pada hari Sabtu, sehari selepas kaki ini menjejaki Bandar Sri Aman. Senyuman dia sedikit-sebanyak  mengubati kerinduan saya kepada keluarga di Bawah Bayu. Almaklum, senyuman dia tidak pernah habis untuk saya masa dikedai tu. Subhanallah. Rindu itu bertandang~~

Oh ya, masa mula-mula di kedai 100% tu saya asalnya segan untuk menegur. Almaklum, saya 'pendatang asing' masa itu. Bahasa mereka pun saya masih tidak mengerti. Saya berlalu macam begitu saja. Membiarkan niat dihati ini tertanam saja. Saya pun menyibukkan diri di kedai 100% tu. Macam biasa la, jalan-jalan mencari barang keperluan lain. Sesekali saya memandang dia. Lucu~~ Macam orang bercinta. Dia tetap tersenyum. Saya mencuri pandang dari jauh. Cantiknya senyuman dia!! Saya sangat terpikat ! Betul ! Hati ini sangat terpikat dengan senyuman manis dia. Boleh dikatakan, 'aku jatuh cinta !!'.

Tiba-tiba, saya nampak ada perempuan lain dekat dengan dia. Saya sangat risau masa itu!! Menyesal sangat kerana bukan saya yang menegurnya dulu! Saya sedih ! T_T. Saya pun berlalu dengan perasaan sedih. Lama perempuan tu bersama dia. Sejujurnya saya CEMBURU walaupun itu pertama kali jumpa dia. Tapi, bila mata kami bertentangan seolah-olah senyuman manis dia itu untuk saya sahaja! Iya, saya dapat rasakan itu !! Tapi saya biarkan saja. Mungkin perempuan itu adalah yang terbaik untuk dia dari saya. Siapa lah saya ini.

Dengan perasaan sedih, saya pun mencari kelibat kawan serumah sewa saya. Rupanya kawan serumah sewa saya masih sibuk dengan hal dia. Saya pula sudah siap 'beli belah'. Kena berjimat masa itu. Almaklum, pertama kali merantau dan bekalan duit juga tidak banyak. Menunggu gaji?? Pasti lama lagi kebetulan saya baru saja melapor diri masa itu. Sementara menunggu kawan serumah sewa saya tu mencari barang, saya mengambil kesempatan untuk mencuri pandang wajah dia. 

Gembiranya. Dia tersenyum. Senyuman dia terus melekat diminda saya sehingga sekarang. Peramah pulak tu. Ada seorang budak menghampiri dia. Subhanallah. Budak tu tersenyum lebar sebab dia sangat-sangat penyayang. Masakan tidak, senyuman dia itu memikat hati sesiapa yang memandang. Saya tersenyum dari jauh. Mencuri pandang wajahnya yang 'ensem'. Aduiii senyuman itu sentiasa bermain difikiran. Sangat-sangat peramah rupanya dia. Budak kecil tu memeluk-meluk tubuh dia. Di balasnya dengan senyuman yang tetap manis dan memikat.

Tapi saya cemburu bila saya dapat tahu perempuan yang menegur dia tadi itu adalah kakak kepada si adik kecil. Sangat-sangat terluka padahal bila dia memandang saya, dia tersenyum manis. Takkan dia tidak tahu perasaan saya masa itu?? Perempuan tu pun menghampiri dia sekali lagi. Memegang tangan si adik kecil itu untuk masuk ke dalam kereta. Si adik kecil menangis tidak mahu lepaskan pelukan dari dia. Subhanallah. Sungguh hebat senyuman yang Allah berikan kepada dia sehingga mengalirkan air mata si adik kecil. Aku jadi kagum!! Tersangat kagum dengan senyuman yang Allah ciptakan.

Tidak lama kemudian, dengan rasa sedih si adik akur juga untuk melepaskan pelukan itu. Si Kakak itu pula sempat melemparkan senyuman manis (KONON saja manisnya!!). Rupanya dia perasan saya memerhati dia. Allah. Masa itu, jantung saya berdegub kencang!! Senyuman dia!!!!! Eeeeeeee hepynya!!!!! Kami bertentang mata. Lama. Sehingga saya tidak perasan saya diperhati oleh orang-orang disekeliling. Seorang makcik menegur "kalau suka, ambil cepat-cepat!! nanti dikebas orang. Menangis tak sudah"

Eik >_<. Malunya masa itu. Dia pula tersenyum malu. Mungkin dia dengar apa makcik tu cakap. Muka saya sudah jadi warna pink. Hikhikhik. Bila terkenang waktu itu, terasa indah dunia ini. Iya, sehingga saat ini..senyuman itu masih melekat dihati saya. SELAMANYA. Mungkin pengakuan ini membuatkan ada orang yang akan terluka, tapi sejujurnya itulah perasaan saya ketika ini. Mana mungkin saya mampu melupakan senyuman yang berjaya menembusi lorong-lorong gelap dihati ini?? TIDAK. Dia Tetap Istimewa!!

Sejak dari pertemuan pertama itu, senyuman manis itu, kami semakin rapat. Boleh dikatakan seperti belangkas. Iya. Tersangat rapat. Disaat saya menangis, dia tetap tersenyum. Ketika saya berduka, dia masih lagi dengan senyuman itu. Ketika saya bergembira, dengan senyuman itulah juga dia tetap tersenyum. Dalam apa juga ujian dan dugaan yang menimpa diri ini, dia tetap tersenyum dan sabar melayan saya. Menemani tangisan-tangisan kerinduan kepada keluarga tercinta. Iya, 3 bulan saya berendam air mata kerana rindu yang teramat kepada keluarga tercinta di awal pengembaraan saya dibumi Kenyalang. Namun dia tetap sabar melayan tiap-tiap keluhan saya. Dia tidak pernah menghilangkan senyuman itu. Mana mungkin saya boleh melupakan dia!!

Cukup sekadar dia menghantar senyuman, iya terus masuk kedalam hati. Sangat indah. Subhanallah. Sangat bersyukur kerana Allah hadirkan dia disaat saya memerlukan dia dan tidak pernah pula dia bermasam muka. Segala masalah saya, dia tahu. Dia memerhati dengan senyuman. Setiap hari saya pasti akan memandang wajah dia yang sentiasa tersenyum. Iya setiap hari ! Sehingga hari ini !!

Berbalik kepada pertemuan pertama kami, selepas ditegur oleh makcik tu. Saya berlalu pergi. Layakkah dia untuk saya?? Saya bertanya dan terus bertanya. Pelbagai perhitungan saya buat. Antara nafsu atau iman. Antara kehendak atau keperluan. Masa itu, saya sangat sedih bila ada lagi perempuan lain menghampiri dia. Makcik tadi memandang saya. Rupanya makcik tu masih memerhati saya dari jauh. Makcik tu memandang dia, kemudian memandang saya. Kemudian dia tersenyum lagi. Mengangguk kepalanya. Saya kebingungan, apa maksud disebalik anggukan itu??????

Adakah????????? Tidakkkkk !!! Dia milik saya!!!! Saya terus berlari mencari kelibat rakan serumah sewa saya. Tidak!! Kali ini saya tidak akan sia-siakan kesempatan yang ada! Kawan serumah sewa saya masih juga sibuk dengan halnya. Saya pun keluar dari kedai. Berusaha untuk menghampiri dia di saat ada perempuan lain yang menginginkannya. Tapi sekali lagi niat itu terbatal melihat senyuman manis perempuan itu ketika memandang dia. Merenung kembali diri ini. Siapa saya untuk dia! T_T. Saya gadis kampungan yang baru keluar dari 'kandang' kehidupan masa lalu. 

Makcik tadi masih memerhati gelagat saya yang tidak keruan. Iya. Siapa yang tidak berdebar disaat dia berada dalam pandangan perempuan lain. Perlahan saya membuka dompet yang berisi wang pemberian mama. Masih ada RM200. Mungkin masih bertahan sehingga hujung bulan sebelum gaji pertama masuk. Tersenyum lagi mungkin senyuman kali ini senyuman yang sangat manis sekali. Si makcik itu mula tersenyum..

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Aku pun menghampiri dia. Terus dipeluk erat tanpa malu !! Ohhhh smile kesayangankuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....Aku membeli dia dengan harga RM6.50.

Hahahaha~~ Lalalalalala~~

(sudah berusia hampir tiga tahun ditangan saya)

~dia punya sinyuman manis kan kan kan kan kan kan~

Ok, saya sudah terfikir nama untuk si smile ni.... Ok, panggil dia "Dudui"..

Kiut kan nama dia, macam nama saya tapi saya punya nama Kudui. Keluarga "Dui" kunun ni. Hahaha. Lucu ni!

Sudah hampir tiga tahun Dudui dengan saya. Mau tau satu rahsia, sudah hampir tiga tahun juga si Dudui tidak mandi. Hikhikhikhik. Bantal buchuk kechayangan sia ni!! Wangiiiiiii ~~~

Hebat kan kisah cinta kami. Lucu ni~~

Oh ya, Dudui ada kawan baru sudaaaaaaaaaaaaa. Beli baru-baru ni. Tapi kali ini kicil si smile. Tapi cumil. Harga dia RM2.50. Nama dia...mmmmm... apa aaaa??? Jap jap. Pikir dulu apa nama kawan Dudui sama Kudui ni.. Ok, Kalau Rudui?? Cumil ka???

Ok, Rudui la aaa.. (^_^)v

Jap jap jap~~ upload gambar Rudui dulu..

~nampak bersih sebab baru kana beli..hikhikhik~

Sekarang kita tengok mereka bergabung ^_^

Si Dudui Chayang dan Si Rudui Chumil (^_^)v

~yang besar nama dia Dudui, yang kicil nama dia Rudui~

Begitulah kisah kami. Dia Tetap Istimewa. Hukhukhuk.



~Bantal Buchuk sia~

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers