:: Coretan Hujung Tahun ::

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sedar tak sedar, hari ni last day untuk tahun 2011. Lepas tu, mesti ramai manusia duk sibuk nak bina azam baru. Nak itu la, nak ini la. But, its not a bad thing kan? It up to sesiapa la kan nak bina azam baru ke nak sambung azam yang lama ke, nak pertingkatkan azam yang tak tercapai-capai tu ke. Macam saya juga la. Kalau nak kata banyak sangat azam tu tak de la banyak sangat. Yang banyak sangat tu mungkin azam yang tak tercapai-capai. Ahakss.

Walau apa pun, sama-sama kita pastikan semua yang kita nak buat tu tercapai even tak la 100% tercapai. Kalau dapat 80% tu Alhamdulillah kira ok la kan. Apa orang kata, it better than nothing. Then, bagi yang mungkin tak tercapai azam/impian tu padahal sudah usaha + doa, jangan bersedih. Ingat la, ALLAH nak uji kita kan. So, bila dah usaha + doa = kita kena ada juga sifat tawakal tu. InsyaALLAH baru tenang je nak teruskan hidup.

So, untuk tahun depan (bunyi macam lama lagi padahal tinggal beberapa jam je lagi nak tahun depan) apa pulak yang korang nak lakukan? Maksud saya azam atau impian untuk tahun depan dan paling bagus plan juga la untuk tahun-tahun seterusnya. Tak kira la korang sebut azam atau impian. Lebih kurang sama je kan maksudnya. Haa, kalau dah buat azam baru tu saya doakan semoga diberi kekuatan olehNYA untuk mencapai hajat kita bersama. 

Tapi disini saya nak share satu benda la untuk kawan-kawan semua. Sebagai peringatan buat saya dan untuk kawan-kawan yang membaca. Ye la, kita ni kan sentiasa perlu saling beringat dan menasihati. Begitulah anjuran kehidupan bersaudara yang diterapkan oleh Rasulullah dalam islam. Ok, tadi tengah jalan-jalan cuci mata kat MukaBuku, jumpa la status seorang sahabat ni. Terus tersentak. Lepas tu muhasabah balik.

~printscreen status dia. Nak bawak masuk dalam blog saya hehehe.~


Ada benarnya juga kan. Kenapa nak pasang azam tu end of the year je? kan lebih elok kita pasang azam hari-hari. InsyaALLAH tak la kita lupa nak usaha selalu. Ok la, like this.. azam untuk hujung tahun kita buat azam jangka panjang. Azam yang perlu masa untuk mencapainya. Kira macam nak buat rumah ke, nak beli kereta baru ke. Nah, sepanjang tahun tu kita usaha. Mungkin kita kena kumpul duit dulu kan untuk capai impian tu. Mid-year macam tu mungkin sudah boleh capai azam tu kan. Then baru la kita buat azam jangka pendek. Azam jangka pendek ni everyday kita boleh perbaharui atau tambah. Macam status akhi Arrabe' tu la. Setiap hati pasang azam. Apa azam tu, terpulang pada korang la. Paling penting biarlah azam tu yang boleh meningkatkan iman dalam diri kita (peringatan buat saya utamanya). Berusaha nak capai keredhaan Allah supaya hidup kita didunia tak la sia-sia kan? ^__^

Apa-apa pun, pesanan ini untuk diri saya utamanya dan kepada sahabat-sahabat saya. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam segala amalan. Bukankah Allah menyukai hambanya yang sikit amalannya tapi istiqamah. AllahuAllah. Semoga kita istiqamah. Bila dah berusaha untuk istiqamah tu, slow-slow la tingkatkan amalan.

Macam seseorang yang baru je nak menjinak-jinakkan diri untuk solat. Dulu langsung tak solat. Padahal dah 17 tahun hidup didunia. Dah tahu syariat solat itu WAJIB. Ditinggalkan akan BERDOSA. Tapi kerana terlalai, maka hidup dia pun terumbang-ambing. Alhamdulillah bila usia masuk 18 tahun jumpa pula sahabat-sahabat yang membawa dia ke jalan ALLAH. Yang banyak mendidik erti solat, indahnya islam. Subhanallah. 

Mungkin awal-awal penerimaan cahaya hidayah tu, solat kita bertempat. Maksudnya, bila diajak solat baru nak solat. Bila bersama sahabat-sahabat baru nak solat. Tak apa. Biarkan. Yang penting kita berusaha. Bila dah macam tu, kita usaha pula untuk cukupkan solat 5 waktu. Iya la, mungkin kadang-kadang pasti ada waktu solat yang terlepas dek kesibukan dunia. Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan. Usaha lagi nak baikkan solat. Bukankah kejayaan kita ni ditentukan sejauh mana kita berusaha untuk mendekatkannya?

So, bila dah istiqamah solat 5 waktu tu.. kita usaha pula untuk solat di awal waktu. InsyaALLAH. Kita berubah berperingkat. Jangan terus-terus berubah. Boleh siapa kata tak boleh tapi kita takut perubahan tu bersifat sementara. Samalah macam kita nak sebatikan adunan kuih. Kena ada step-step dia. Tidak boleh terus-terus masukkan tepung macam tu je. Kenalah ikut peraturan. 

Masukkan air dulu, lepas tu campur gula sedikit. Gaul-gaul dulu. Biar gula tu cair dan sebati dengan air. Lepas tu letaklah pengembang kuih (ntah apa namanya. saya dah lupa..hikhikhikhik). Bila dah sebati semuanya, barulah masukkan tepung sedikit-sedikit. Jangan terus letak banyak-banyak, susah pula menguli nanti. Menguli pun ada caranya. Bukan boleh main-main. Last sekali barulah letak minyak sayuran untuk melembutkan lagi kuih tu bila sudah dimasak nanti. Ha.. begitu la langkahnya. Mana boleh diterbalikkan. Nanti jadi pulak kuih salah bikin. Haha ^__^

Tubuh kita pun macam tu juga. Kalau terus-terus lari pecut 100m tanpa buat regangan terlebih dahulu, otot-otot kita akan terkejut dan mungkin mengakibatkan kekejangan otot. Nah, begitu juga dengan amalan kita. Biarkan dia sebati perlahan-lahan dalam tubuh kita. InsyaALLAH, bila sudah sebati pasti sangat senang untuk kita melaksanakannya walaupun pada awalnya masih rasa liat. Percayalah bila solat sudah sebati dalam tubuh kita, then tiba-tiba kita terlepas waktu solat..kita akan rasa satu perasaan yang hanya kita saja yang tahu. Percayalah. Itulah indahnya SOLAT.

Bukan itu saja, solat ni secara tidak langsung mendidik kita. Mendidik yang macam mana? Ok, contoh la kan kita tengah buat study group dengan kawan-kawan kita. Then bila kita tengok jam, dah nak dekat masuk waktu. Perasan tak, secara tidak sengaja kita akan berfikir nak siapkan kerja kita supaya dapat solat awal waktu. Pernah tak rasa kejadian macam ni? Tak kira la korang tengah study group ka tengah buat kerja ofis ka, pernah tak? Mesti pernah kan. Haa, secara tidak langsung solat mengajar kita untuk menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Masa ini kan lebih berharga dari emas. Emas dimana-mana pun boleh kita dapat tapi masa?? nak tunggu doremon dari Jepun datang Malaysia untuk bagi kita mesin masa?? Tak mungkin. Itu kisah dongeng! Jangan percaya!

Uik, tak sedar tangan ni menari atas keyboard.. dah berjela-jela ditaip. Syok sangat la tu menaip. Ok la sahabat-sahabat alam mayaku. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam ibadah kita terutama solat. Kena ingat, SOLAT adalah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat nanti. Kalau tak solat, tak tahulah hala tuju kita di akhirat nanti. Jangan lupa ajak juga keluarga kita.. mak ayah, kakak, abang dan adik untuk solat. Berilah peringatan kepada mereka. Jangan malu, segan atau takut nak tegur. Mereka saudara kita. Darah daging kita. Kalau kita tak tegur, takut-takut diakhirat nanti kita tak ada jawapan bila ALLAH tanya. Jangan berangan nak masuk syurga sorang-sorang.

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk ajak mereka ke arah kebaikan. Bila saudara perempuan kita tak tutup aurat contohnya, kita tegur perlahan-lahan. Bagi dia artikel cara-cara menutup aurat dengan sempurna. Paling tidak, kita hadiahkan lah tudung untuk mereka tapi pastikan tudung itu mengikut syariat. Tidak nipis sehingga boleh menampakkan batang leher, tidak terlalu kecil, biar yang menutup bahagian dada. Tak perlulah kita terus-terus hadiahkan tudung labuh pulak. Sekurang-kurangnya bila ALLAH tanya di akhirat nanti, kita ada jawapan untuk setiap persoalan. InsyaAllah dengan artikel atau hadiah tudung tu mereka akan faham. Jangan terus herdik sebab itu bukan cara Rasulullah. Tetaplah berbuat baik dengan mereka. Bila dah banyak usaha kita lakukan tapi mereka still juga macam tu, berdoalah dan itulah selemah-lemah iman. AllahuRabbi. Lemahnya kita ini tanpa bantuanNYA.

Nak share satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat saya kepada saya yang terjadi di bandar tempat saya berkerja. Seorang doktor muslimah yang mukmin. Sangat pemurah dengan senyuman. Seorang yang berjawatan besar dalam jabatan. Seorang Pengarah di Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman. Kamu tahu rutin dia setiap kali masuk waktu solat?? Menurut cerita sahabat saya yang pernah berkerja dibawah tanggungjawab pengarah tu, pengarah tu akan jalan dari meja ke meja staf dia untuk tanya sudah solat atau belum. Bagi yang alasannya tiada telekung, pengarah tu siap bagi pinjam telekung lagi. Bagi yang bagi alasan ABC dan lain-lain, pengarah tu senyum dan akan kata "kalau dah ok, jangan lupa solat"

Subhanallah. Adakah kita akan seberani pengarah itu? Oh ya, namanya Murni Hayati. InsyaAllah mahu jadi berani seperti itu. Biasanya kalau saya mengajak kawan-kawan ofis solat mesti akan dapat jawapan "solat la kau dulu Ti.." Hihihi. Tidak mengapa. Yang penting kita sudah mengajak. Tidak semua la akan jawab seperti itu. InsyaALLAH sahabat-sahabat lain dalam ofis semua baik-baik belaka. InsyaALLAH.

Pengalaman sendiri. Tahun 2009 kalau tidak silap Medical Club ada buat aktiviti riadah dari pagi sampai ke petang pada hari Sabtu. Oleh kerana ada tugas di pejabat saya join aktiviti riadah tu sebelah petang. Kiranya solat zohor di ofis. Then dalam pukul 3 petang tu saya ikut Kak Lin pergi stadium sebab aktiviti tu buat di sana. Sempat juga bertegur sapa dengan doktor Murni. Dia siap tanya kenapa datang lewat. Saya pun explain la.

Dalam jam 4 macam tu, sebab asar masuk kalau tak silap waktu tu 3.30 petang doktor Murni tanya, "dah solat asar ke belum ni?". Saya dengan muka tak malunya jawab "belum lagi". Ya memang belum solat sebab kiranya nak solat bila balik rumah nanti. Tak ikut pun aktiviti riadah tu. Sekadar jadi pemerhati jarak jauh saja. Peluh pun tak keluar sangat. Doktor Murni tanya lagi "tak main kan? nak solat dulu ke? saye ade bawak telekung kalau nak solat. Bilik solat ada di sana. Tempat wuduk je tak de tapi boleh amik kat tandas. Nak saye tolong jagakan pintu tandas supaya orang tak masuk pun boleh"

AllahuAllah. Tanpa buang masa saya terus saja mengiyakan. Dalam hati punyalah hepy jumpa hamba ALLAH yang sentiasa memberi peringatan tentang solat ni. Sanggup pulak jaga pintu tandas untuk saya. Weeee. Best2. Semoga Allah merahmatimu doktor ^__^

Paling best when saya dah siap solat.. ada pulak seorang makcik ni tanya. Rasanya makcik tu pun kerja under Kementerian Kesihatan kot. Ya la, dalam stadium tu semua orang-orang Kesihatan. Hehehe. Nak tau apa makcik tu tanya kat saya...."anak doktor Murni yang keberapa? Masih study? study mana?". Saya dengan muka blurrrrnya tersenyum. Terus tengok muka Dr. Murni. Saya pun jawab "eh bukanlah.. Saya keja di MUSB. Medical Store bah.. hihihi bukan anak Dr.Murni..". Makcik tu pun ikut blurr juga. Mungkin sebab saya pun pakai tudung labuh kot tu pasal dia ingat saya anak Dr. Murni. Kan Dr. Murni pun pakai tudung labuh bulat. Hihihihihi. Biasalah muka budak sekolah kan. Ahakss. Perasan pulak!

Kali ini pula, cerita tentang mantan bos kami di MUSB. Seorang Pegawai Farmasi yang baik hati. Perempuan juga. Muslim yang mukmin, insyaALLAH. Kalau tengok luaran, kita nampak dia ni biasa-biasa saja. Tudung pun biasa. Tidak labuh. Tapi menutup aurat. Bukan labuh tu yang jadi ukuran kan. Yang penting TUTUP AURAT. Pernah bermalam dirumah dia 2 malam sebab masa tu saya belum jumpa rumah sewa. Almaklum first time ke tempat orang. Banyak juga nasihat yang dia bagi. Semoga ALLAH membalas budi baikmu Puan ^__^

Kalau di ofis, time rehat saya tidak balik rumah kira stay ofis sampai ke petang la. Almaklum, rumah sewa masa tu jauh sangat. kena ada kenderaan untuk balik. Saya mana ada kereta. Motosikal pun tak da. Puan Rohaidah pun macam tu juga. Tapi bukan sebab dia tiada kenderaan tapi sebab masa rehat kan sejam je. Takut-takut tak sempat solat kat rumah. Lagipun boleh rehat juga katanya.

Bila dekat-dekat masa rehat, saya mulalah 'mengular' kata orang sarawak. Main game di PC saya padahal solat tak lagi. Astaghfirullah. Kadang-kadang puan singgah kat meja saya. Borak-borak kosong. Siap ikut sekali main game. Tapi sekejap je. Dalam 5 minit macam tu. Lepas tu, dia tanya.. "dah solat ke belum ni? asyik main game je..." Saya pun cakap, "belum lagi puan..hehehe". Puan jawab "budak kecik ni.. dah dah. Lepas game ni, gi solat dulu. Saya solat dulu. Ingat, lepas game ni solat dulu tau.." Siap cubit-cubit manja anak telinga saya. Tak sakit mana pun sebab tertutup dengan tudung kan ^__^.

Subhanallah. Sangat lah seronok bila pemimpin (bos) kita seorang yang menjaga solatnya. InsyaALLAH, semoga saya terutamanya (walaupun berkerja sebagai kuli je) dan kita semua menjadi hamba yang menjaga solat. ^__^

Salam Akhir Tahun Masihi. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amiin Ya Rabbal Alamin ^__^




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers