:: Bahagia Bersama ::


Aku pernah bersangka, bila aku sudah ‘rosak’ aku tidak akan diperlukan lagi seperti sahabat-sahabat aku sebelum ini. Terbuang. Terbiar. Sangkaan itu bertambah kuat bila kejadian itu terjadi didepan mata aku sendiri. Sekejam itu sahabat aku diperlakukan setelah sahabat aku berkhidmat dengan penuh setia. Tiada satupun arahan yang dibantah meskipun dipaksa untuk berdepan dengan benda-benda kotor, tempat-tempat kotor. Tetap akur pada ketentuan Ilahi. Menjadi setia pada dia yang dahulunya sudi tapi kini berpaling arah.

Saban hari aku menjadi penanti. Penanti yang setia menanti. Siapakah yang akhirnya akan sudi memiliki diri yang tidak punya apa-apa ini. Tidak punya rupa paras secantik, secomel, se’cute seperti yang lain. Kadang-kadang tertanya pada diri, kenapa harus aku dicipta seperti ini. Aku juga punya naluri untuk menjadi secantik yang lain. Ingin merasa bangga disaat ada yang memandang. Aku cemburu. Bukan, ini bukan cemburu tapi HASAD DENGKI. AllahuRabbi.

Selama ini, aku asyik mendongak ke atas tanpa menundukkan sedikit pun wajah ini kebawah. Kembali muhasabah diri. Aku redha. Mungkin ini sudah suratan takdir Ilahi untuk diriku. Rupanya, disekeliling aku ada yang lebih menderita sehingga terpaksa di’buang’ tanpa dimiliki.  Peritnya menanggung derita itu. Akankah aku juga seperti mereka?? Siapakah yang akhirnya sudi memiliki diriku ini?? Aku masih bersyukur, ALLAH masih memelihara diriku sungguhpun aku hanya menjadi perhiasan mata-mata manusia lalu lalang.

Terdiam sejenak mengenang akan nasib diri ini dimasa akan datang. Akankah dibuang tanpa rasa hormat setelah aku dimiliki seperti terbuangnya sahabat aku dihadapan mata aku sendiri?? Sehina itu kah penghormatan yang akan aku perolehi kelak?? Tiadakah ucapan terima kasih diatas khidmat yang dia berikan selama ini?? Menjadi sampah yang memusnahkan dunia. -_-

Benar kan, sifat sabar itu pasti ada ganjarannya. Penantian selama ini berakhir. Senyuman manis terukir disaat diri ini dimiliki insan yang baik hati (JANGAN PERASAN YA SI ‘INSAN YANG BAIK HATI’ ITU). Aku saja bagi caps lock siap bold lagi hikhikhikhik. Supaya ‘dia’ tidak memPERASANkan diri. Hehehehe. (kasi caps lock lagi).

Tiba masanya aku ingin menceritakan kebahagiaan yang aku rasai bersama ‘dia’ yang baik hati (KONON SAJA LAAAA). Iya, aku bahagia dimiliki oleh ‘dia’. Mungkin dan tidak mungkin akhir hidup aku adalah sebuah cerita derita seperti mana sahabat aku sebelum ini. Bacalah dengan penuh penghayatan. Tidak ada kisah sedih melainkan kegembiraan semata-mata. Alhamdulillah wa syukurillah ^__^. Vsiuwwwww *huhuhuhu*

Berkenalan dengannya adalah satu anugerah. Walaupun hakikatnya aku mengetahui bahawa aku adalah pilihan terakhirnya. Almaklum, aku hanya sebutir pasir di gurun sahara. Tidak punya apa-apa keistimewaan untuk dimiliki. Manakala disisi dia ada yang jauh lebih baik dari aku. Sungguhpun begitu, aku tetap merasa bahagia. Iya, sangat-sangat bahagia. Siapa yang tidak bahagia kan??? Mestilah bahagia. Tidak tercapai dek akal ^__^. Siapa dia ni??? Aku jadi penasaran…(kata si pembaca)

Dia sentiasa akan mencari aku bila aku hilang. Dia akan menjadi bising bila aku hilang. Best kan dia ni. Mencari juga rupanya. Wah, sungguh bermakna rupanya kan aku ni ^__^ .

Sungguhpun begitu, aku tidak pernah masuk ke dalam biliknya. Itu menjadi satu ‘pantang’ baginya. Selangkah aku memasuki biliknya, maka terajang mautnya singgah pada aku. Maka aku menjadi penunggu setia dihadapan biliknya. Sesetia pungguk menanti bulan jatuh ke riba. Tapi bila kakinya melangkah keluar dari bilik ‘rahsia’nya, maka akulah yang akan dicarinya. Tau pun cari aku!! Hahaha

Pernah sekali, aku diterajang. Sakit. Lebam sana, lebam sini. Kalau lebam ini boleh aku rakamkan, pasti tidak mampu dirakam (kalau macam tu nda payah la rakam kan..hahaha). Tapi, sepak terajang itu merupakan kasih sayangnya (kemaruk cinta punya pasal kan..sepak terajang jadi ‘kasih sayang’). Kadang-kadang aku main elak-elak kalau dia mau sentuh aku. Buat dia geram. Suka sebenarnya tengok muka ‘cute’ dia bila dia geram. (SILA JANGAN PERASAN!!!). Aku caps lock lagi. So, jangan perasan ya.. Hahahaha.

Itu lah kisah bahagia aku bersama dia. Aku menjadi yang setia padanya. Dia juga tetap setia pada aku sehingga ke hari ini walaupun aku tidak lagi seperti dulu. Aku kini sudah menampakkan raut ‘ketuaan’.

Bulan lalu, aku menjadi ‘cacat’. Jalan sudah tidak betul. Masa peristiwa itu, dia sangat sedih. Dia pula menyalahkan dirinya diatas kejadian itu. Aku jadi sedih. Kenapa harus dia persalahkan dirinya. Aku masih kagum, sungguhpun aku sudah ‘cacat’ dia masih lagi menjagaku. Aku tahu, dihatinya ingin mencari penggantiku tapi dia berusaha juga untuk menerima dan membiasakan dirinya dengan keadaan ku yang ‘cacat’ ini. Baiknya engkau (JANGAN PERASAN!!).

Satu rumah heboh pasal kecacatan aku. “selipar saya putusssssssssssssssss…” teriak dia. Hahaha. Lucu. Sampai sekarang aku bahagia bersama dia. Eh bukan, dia bahagia bersama aku. Inilah kisah bahagia aku si Selipar Jipun dan dia tuanku si Kudui bersama. ^__^

~Salam senyum dari Selipar Jipun~

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers