:: INTI 1 ::

Assalammualaikummm..

Apa khabar? Sihat? Amacam kerja? Ok? Semoga segalanya ok ok saja kan ::wink::

Hari ini membawa semangat program INTI 1 untuk dikongsikan bersama walaupun programnya sudah berlangsung berminggu-minggu yang lalu. Oh ya, INTI stand for Intensif Islam 1. InsyaAllah INTI 2 akan dilaksanakan tapi belum lagi ditentukan masanya bila. Mohon doanya supaya program kedua dapat dilaksanakan dengan jayanya dan lebih baik dari sebelum ini. Amiin YRA ^_^


Sebelum program berlangsung, kami sebagai fasilitator berkumpul untuk mesyuarat berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan. Mesyuarat ni sangat penting untuk sesebuah program. Didalamnya kita akan sama-sama berkongsi minda walaupun saya hanya jadi fasilitator yang pasif. ::hehehehe:: Ini pengalaman pertama menjadi fasilitator di Bumi Kenyalang. Dikelilingi orang yang hebat-hebat belaka dalam perjuangan menyambung risalah Rasulullah S.A.W.

Nampak dalam gambar diatas tu?? Lelaki yang memakai baju berwarna meron. Hah, itulah ketua program kami. Seorang hamba yang hebat di Kenyalang. Tutur katanya santai. Best2. Salah seorang penceramah juga. Nasihat-nasihat dia tajam dan berkesan. Kadang-kadang tertikam juga dengan kata-kata dia. Seorang pemimpin yang insyaAllah baik. Disenangi rakan-rakan yang lain.

Ok, itu kisah mesyuarat. Sekarang kisah sepanjang program diadakan. Mula-mula berlagak sahaja. Ehem.. ehem.. bila part memperkenalkan diri. Zazzzzzss, darah gemuruh! Ni la kelemahan saya. Cepat betul 'nebes'. Kami bilang 'songkikip'. Haha.

Alhamdulillah banyak ilmu, pengajaran dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang 2 hari berprogram bersama adik-adik. Saya berusaha untuk memastikan bahawa di tangan saya ada pen dan kertas. Bukan apa, saya mahu mencatit perkara-perkara baru atau apa-apa sahaja untuk tatapan akan datang. InsyaAllah bila saya baca balik apa yang saya tulis, saya akan sentiasa ingat (walaupun dalam kadar yang sedikit) tentang apa yang disampaikan.

Bila masuk bab menentukan kumpulan untuk para peserta, semua peserta ada yang macam cemas, risau. Hehe. Mesti takut terpisah dengan kawan rapat la tu kan. Saya pun macam tu juga dulu. Takut kalau terpisah dengan kawan 'segeng'. Tapi sebenarnya, begitu lagi bagus. Kita boleh tambah sahabat. Boleh kenal saudara seakidah yang lain. Kan kan kan. Itulah namanya ukhwah. Lagipun lepas aktiviti-aktiviti selesai, mereka masih boleh bersama ^_^

Then, bila ada antara mereka tu terpisah. Mula la buat muka macam sedih gitu. La, sedih buat apa adik-adik. Bukannya terpisah jauh pun.Kan buat aktiviti berkumpulan tu dalam bilik kuliah yang sama. Hehehe. Alhamdulillah saya with Kak Syuhada satu team. So, kami kena jaga group kami ni. Segan beb! Adik-adik semua hebat berhujah. Lebih-lebih lagi adik Khadijah tu. Budak jurusan agama. Segan la sangat. Ya la, dia banyak belajar tentang agama. Ayat-ayat quran dan hadis-hadis.

Bila masuk bab melukis pokok kehidupan. Masa tu la, insyaAllahh walaupun bukan 50% kita kenal sahabat kita, sekurang-kurangnya kita dapat kenal sedikit kisah hidup mereka. Masa tu, ada kisah gembira, ada kisah bahagia tidak kurang ada kisah sedih. Kita kena sedar satu perkara dalam hidup kita, walaupun kita tinggal dibumi yang sama, kita diciptakan dari sumber yang sama (tanah) tapi jalan hidup kita mungkin berbeza dengan orang lain. Itu sebab kita kena sentiasa bersyukur dengan kehidupan kita.

Masa aktiviti "pokok kehidupanku", menitis juga air mata ni. Mula-mula dengar kisah hidup Kak Syuhada. Kehilangan ayah ketika usia masih kecil. Kalau tidak silap masa kak Syuhada tahun 6 ayah dia meninggal. Sedih. Menangis juga. AllahuAllah. Saya dan kita kena ada rasa syukur sebab masih dapat merasa kasih sayang ayah sehingga sekarang. Allah itu sangat adil pada hambanya. Kita merasa kitalah hamba yang berat ujiannya, tapi kita lupa untuk toleh ke kiri, kanan, belakang kita. Kita terlalu asyik memandang yang didepan. Itu sebab kita merasa ujian kita inilah yang paling berat.

Ada lagi seorang adik namanya Syuhada juga. Kehilangan ayah ketika usia 3 tahun. AllahuRabbi. Usia sekecil itu sudah kehilangan tulang belakang keluarga. Tapi jangan sedih bila kita kehilangan orang tua, kita patut bersyukur sebab kita masih boleh mendoakan ibu bapa kita yang pergi dulu. Bukankah anak soleh-solehah itu saham buat mereka di akhirat sana? Boleh untuk kita bersedih, tapi jangan sampai kesedihan itu menjadikan kita hamba yang seolah-olah menyalahkan takdirNYA. Tapi saya sangat kagum dengan mereka. Sungguhpun kehilangan ayah diusia masih mentah,  mereka boleh menjadi anak solehah. Beruntung sang ayah di alam barzakh sana.

Adik yang lain pula, ditimpa ujian ibunya keguguran 4 kali berturut-turut. allahuRabbi. Menitis air mata dia mengenang kehilangan adik-beradiknya. Ya Allah, baru kita sedar rupanya ujian kita ini cuma senipis kulit bawang. Sangat la kecil ujian yang ALLAH turunkan. Kita saja yang jarang mengambil iktibar dari pengajaran-pengajaran yang berlaku disekeliling kita.

Paling mengejutkan pulak, ada seorang adik ni baru menyedari bahawa dia ni dalam istilah kasar 'anak luar nikah'. Menangis dia bila tahu yang dia tu 'anak luar nikah'. Siapa yang tak sedih kan. Dia pun tahu sebab ada sahabat yang tanya. Kenapa nama ayahnya Si Polan tapi namanya dibintikan dengan Abdullah. Bila ditanya apa perasaan dia, dia pun jawab "adik sayang mama dan bapa adik. Adik tidak marah sikit pun. Cuma adik sedih. Adik malu dengan kawan-kawan adik. Macam mana nanti bila ditanya tentang nama bapa adik? Adik nak jawab apa kak?"

AllahuRabbi. Kakak pun tidak dapat menjawabnya dik. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya nasihat untuk dia. Tak tahu nak kata apa dah, buntu. Keluh lidah ni. Ye la, perkara ni kita tak pernah jangka. Tup tup, jadi pulak depan mata kita. Sedih tengok dia menangis. Alhamdulillah sebab dia still sayang kat mak ayah dia. Rasa cinta dan sayang itu melebihi rasa malu dan sedih dia dengan kejadian yang menimpa dia. Mula-mula saya blurr dengan kisah hidup dia, almaklum saya ni kan lambat sikit nak nak hantar maklumat ke otak. Ahaks. Hehe.

~Maaf la, tak dapat dah nak sambung menaip. Nanti-nanti saja la naa. Nak juga share gambar-gambar sepanjang program, insyaALLAH~


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers