:: Mutiara atau Santan ::


Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah
ada dua pilihan terbentang.

SATU,
Kamu jadi seperti SANTAN KELAPA.
Mudah diperolehi..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang..

KEDUA,
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Di lindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehinya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan disimpan selamanya..

Jadi,
Kamu pilihlah samada hendak jadi KELAPA
ataupun MUTIARA?

di sebalik SANTAN.
menjadi penyedap makanan...
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan...
akhirnya kari habis dimakan...
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan...
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan...

MUTIARA..
tertanam didasar yang paling dalam..
sukar andai megharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit keras menghadang...
namun kiranya ditemui insan...
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman...
atau dileher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian...

tentukan mana satu pilihan..

menjadi SANTAN...
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang sgala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA.
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia... tangisan mengiringi berzaman

Tinta Hati : Meski diri punya kisah  silam yang kelam, Cinta manusia dahulunya diagungkan, pandangan manusia didahului. Hamba cuba sedaya upaya, menyelam kedasar lautan, membungkus hati disebalik cengkeram keyakinan kepadaNYA agar menjadi mutiara yang indah. Indah bukan dimata ar-rijal, tapi indah dimata kekasih hati bernama En.Zauj. 

:: Rindu Yang Bertamu ::


Insyirah mula menyapanya dengan senyuman. Berusaha memegang tangannya. Tapi Elester berusaha untuk mengalihkan tangannya. Insyirah tidak berputus asa, tetap juga menyapanya dengan senyuman. Memegang tangannya yang dialihkan.

Si nenek berkata dalam versi iban. Maksudnya ala-ala macam ni..

"Dia takut jarum"

Insyirah pun 'oooooooo'

Insyirah pun senyum. Mencari peluang dan ruang untuk terus akrab dengannya. Insyirah melangkah nak lebih dekat dengan dia. Bila muka Laja macam mahu nangis, insyirah terus memalingkan muka. Takut =_=. 

Lama juga proses membiasakan diri dengan Laja. 1 minit kot.

"Siapa nama dia ni nek?"

"Laja. Ada nama di depan katil"

Terlari juga insyirah. Oh Elester Laja namanya. Tersenyum lagi.

"hai Laja. Umi tidak jarum Laja. Umi pun takut jarum. Mari sini pegang tangan umi"

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga insyirah memegangnya.

"Laja, duduk diam. Umi amik gambar kejap. Kenangan kita. ^_^"

~Wah, Laja faham bahasa insyirah. Dia terus duduk diam dan tengok kamera.~

Nak jadi macam umi juga..umi suka bergambar ^_*

Tinta Hati : Ada lagikah pertemuan selepas ini?? Rasa rindu sangat denganmu Laja ku sayang T_T

~Terima Aku~

Andai satu hari nanti, Kita ditakdirkan bersama, Melayari bahtera kehidupan, Usah kau impikan selaut sutera keindahan, Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak, Juga usah kau harapkan Kesempurnaan diri ini..

Aku bukan Siti Khadijah, Mahupun permata Siti Fatimah, Aku bukan Siti Aisyah, Mahupun Ummul Mukminin lain, Bukan juga Rabiatul Adawiyah, Wanita sufi terpuji, Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, Sumaiyah..

Mengertilah dengan waras keislaman, Aku hanyalah wanita akhir zaman, Yang masih cuba mempertahankan maruah, Dan kesucian diri sebagai muslimah, Berlandaskan garisannya, Dalam mengharungi kegawatan masa kini, Yang serba palsu dan penuh onak duri, Dengan kemampuan sekuman cuma..

Demi keranaNYA semata, Tidak kutagih apa-apa darimu, Cuma ku pohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci, Bahawa aku adalah amanat untukmu..Andai ditakdirkan kita bersama (",)

Tinta Hati : Terima ana sebaik yang ana dapat lakukan..

:: Jom Taaruf ::


Ramai orang berpandangan,

kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,


tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,


tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,


mereka sebenarnya terlepas pandang,


dalam Islam ada taaruf dalam tempoh merisik dan bertunang, 
yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,


Taaruf itulah mendedahkan keserasian,


cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,


Islam mengajar manusia bertaaruf yang ada sempadan,


terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,


bukan taaruf melalui bercinta sakan,


Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,


bukan serasi dengan kehendak pasangan,


Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,


lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan...



:: Adakah Kita Sangka Allah Itu Jauh ::



Kenapa manusia sering buat maksiat?

Dia tahu maksiat itu salah, tapi kenapa dia lengah-lengah dalam taubatnya?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Lambat hendak dicapai.

Kenapa manusia, jarang berdoa dan menggantuntgkan harapannya kepada Allah?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Dia tidak nampak Allah, membuatkan dia rasa kurang yakin dengannya. Seakan-akan Allah itu sangat jauh dan mungkin lambat sampai untuk membantunya.

Kenapa manusia, tidak mampu hendak mengaitkan seluruh kehidupannya dengan Allah?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh. Jadi pada dia, tiada makna mengaitkan urusan hidup dengan sesuatu yang jauh. Yang entah gembira atau tidak dengan kejayaan kita. Yang entah sedih atau tidak dengan kebencanaan yang menimpa kita. Yang entah hendak memberi ganjaran atau tidak dengan kebaikan kita.

Kerana kita rasa Allah SWT itu jauh, maka bila kita gundah atau resah, maka kita berlama-lamaan di dalam perasaan yang menyempitkan itu.

Namun, apakah Allah SWT itu jauh?


Jawapan Allah SWT sendiri

Ini masalah hubungan manusia dengan Allah SWT. Kita di pihak yang mengharap, dan pemberinya adalah Allah. Maka saya rasa, layaklah jika saya gunakan jawapan Allah SWT sendiri untuk hal ini.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)

“Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)

Mungkin akan ada yang membahaskan, apakah rapat Allah SWT ini bermaksud memang Allah itu benar-benar di sebelah kita, atau hanya ilmu Allah SWT sahaja yang rapat dengan kita?

Untuk saya, saya tidak suka membahaskan hal itu. Sudah cukup pada saya, saya menerima bahawa Allah SWT itu amat dekat dengan saya. Saya tidak peduli sama ada benar-benar Allah yang berada dekat dengan saya, atau yang dekat dengan saya ini hanyalah ilmu-Nya. Kerana jika saya berada dalam salah satu keadaan itu, tiada apa pun kekurangan untuk saya.

Yang penting, Allah kata – Sesungguhnya aku amat dekat…

Dan Allah SWT itu tidak pernah memungkiri kata dan janji-Nya.

Pada saya, habis setakat itu. Allah nak dekat dengan saya macam mana, itu urusan Dia.

Masalah iman sebenarnya

Allah telah mewar-warkan bahawa Dia amat dekat. Dia juga berkata bahawa, Dia tidak akan memungkiri janji dan kata-Nya.

Justeru, hendak merasa keberadaan Allah SWT itu dekat atau jauh, terpulang kepada keimanan kita. Hendak yakin atau tidak Allah itu dekat, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menngetahui, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, itu semua terpulang kepada kita.

Tiada paksaan dalam hendak mengimani semua ini. Tiada paksaan di dalam melaksanakan tuntutan Allah. Tapi, kebenaran itu tetap tidak akan berubah dengan pilihan kita. Kalau kita memilih untuk tidak percaya sekalipun, kebenaran bahawa Allah SWT itu amat dekat tidak akan terubah.

Hatta, kalau satu dunia ini tidak beriman akan kewujudan Allah, Allah itu tetap wujud. Yang beriman tetap akan masuk syurga walau seluruh dunia menyeksanya. Yang tidak beriman tetap akan masuk neraka walau seluruh dunia menyayanginya.

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 256)

Namun tanda kewujudan Allah, keberdekatannya dengan hamba-Nya, sudah terbukti sebenarnya. Kan? Saya yakin ramai orang pernah merasa.

Sekarang pilihan dibuka. Siapa hendak beriman dengan keimanan yang sebenarnya?

Allah itu dekat. Dia tidak jauh.

Keimanan inilah yang membantu kita dalam langkah seterusnya. Bila yakin bahawa Allah itu bukan sekadar ada, malah dekat, sentiasa memerhati, mendengar dan memberikan sokongan, maka dunia ini akan mampu kita lalui dengan baik, segala perintah-Nya mampu kita jalankan dengan kemas.

Siapa yang susah bila dia berdua? Tambahan bila yang bersamanya itu adalah Yang Tidak Terkalahkan Oleh Sesiapa?

Sebab itu, kalau kita sorot kembali dakwah Rasulullah SAW, masalah keimanan ini adalah yang baginda selesaikan terlebih dahulu.

Nah, bagaimana keimanan anda?

Bila sudah yakin

Bila kita sudah yakin bahawa Allah SWT itu amat dekat, maka hilanglah segala resah gelisah. Susah senang dalam hidup ini kita akan harungi dengan tabah. Bila sedih kita ada tempat mengadu, bila gembira kita ada tempat bersyukur. Bila susah kita ada tempat nak minta tolong, bila senang kita ada tempat untuk luahkan kesenangan kita.

Kita juga akan rasa malu untuk membuat kerosakan dan kemungkaran. Ya, bayangkan anda mencuri di hadapan orang ramai. Adakah anda meneruskan pencurian anda dalam keadaan dilihat? Begitulah apabila kita yakin Allah itu dekat. Tidak segan kah anda berbuat maksiat dengan pemerhatian-Nya?

Kalau kita terbuat juga salah, dosa, maksiat, mungkin teralpa, terlalai atau jatuh dalam kecuaian, maka kita dengan keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat, akan segera kembali kepada-Nya, segera meminta keampunan daripada-Nya. Terasa malunya diri, bermaksiat di hadapan-Nya, dalam pemerhatian-Nya.

Sebab itu Ibrahim Adham pernah berkata kepada seorang lelaki yang ingin bermaksiat:

“Kamu boleh bermaksiat, dengan syarat kamu cari satu tempat untuk berlindung dari pandangan Allah SWT”

Di manakah kita hendak cari tempat itu? Semuanya yang ada dalam kehidupan ini, hatta sempadan dunia ini sekali pun, semuanya di dalam liputan kekuasaan pemerhatian Allah SWT. Allah SWT itu, berkuasa atas segala-galanya.

Dia meliputi segala sesuatu (Al Fushilat: 54)

Kalau ada gundah, jangan segan menangis di hadapan-Nya. Dia amat dekat, pertolongannya sentiasa ada. Bila susah, segera mengadu kepada-Nya. Dia lebih dekat dengan kita daripada sesiapa yang dekat dengan kita.

Bila sudah yakin, semua ini anda akan rasa kenikmatannya.

Saya dah buat, tapi tak dapat bantuan pun

Ya. Kadangkala, ada situasi, Allah SWT melambatkan bantuan-Nya. Itu adalah ujian. Ujian menguji keimanan kita. Kadangkala, Allah SWT tidak memberikan kita apa yang kita mahu. Namun siapakah kita hendak demand dengan Allah? Kita sendiri tidak tahu apa yang buruk dan baik sebenarnya untuk kita. Allah SWT itu lebih mengetahui.

Sebab itu saya bangkitkan masalah keimanan terlebih dahulu. Yakin kah kita bahawa segala apa yang Allah atur, beri kepada kita adalah yang terbaik?

Jangan risaukan natijah. Yang kita perlu risaukan adalah usaha. InsyaAllah, selepas usaha, segala natijah yang Allah beri adalah yang terbaik. Yakin dengan itu, semua kesusahan, kegundahan, keresahan, akan selesai.

Cuma mungkin, kita hendak rasa apa yang Allah atur itu terbaik, lambat sedikit. Kita tiada pengetahuan seperti Allah SWT. Mungkin kita hanya akan tahu perkara itu baik kepada kita, 10 tahun akan datang. Namun saya yakin, kita akan menyedari. Saya sudah lalui…

Penutup: Maka jangan lengah merapati-Nya

Maka, apakah masih pantas untuk kita berlengah-lengahan terhadap Allah SWT?

Allah amat kasih dan cinta dengan kita. Sangat dekat. Kenapa kita tidak boleh membuat permulaan, walaupun dengan langkahan kecil untuk mendekati-Nya? Kedekutnya, bakhilnya, tidak malunya kita berlagak sedemikian rupa. Sedangkan Allah SWT yang memiliki segalanya merapati kita. Kenapa kita yang memerlukan Allah SWT tidak bergerak mendekati-Nya?

Kita hanya perlu bergerak selangkah, Allah mendekati kita seribu langkah. Kita hanya perlu berjalan merapati Allah, Allah akan mendekati kita dalam keadaan pantas.

Ya Allah, apakah ada lagi yang sebaik Engkau dalam dunia ini?

“Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik wakil(pengurus)” Surah Ali-Imran ayat 173.

Jangan lengah. Nanti kalau peluang benar-benar hilang(mati, kiamat) baru hendak tergadah.

Mari kita rasa Allah dekat dengan kita. Hidup benar-benar dengan perasaan bersama-Nya. Percayalah cakap saya, orang yang punya perasaan ini, dia sentiasa akan berjaya.

______________________________________________________________

© Langitilahi.com

Tinta Penulis Asal : Langit Ilahi
Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan bahan-bahan yang terdapat di sini, namun alamat langitilahi.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran pihak langitilahi.com terlebih dahulu

Mari Menjadi Hamba

:: Merajuk Dengan Allah Kah?? ::

~Time jalan-jalan dari blog ke blog, insyirah jumpa la satu blog ni. Alhamdulillah perkongsian yang berguna buat insyirah dan insyirah nak share pula ngan korang yang berkunjung.~

Apa khabar semua?? Ni entry ke tiga untuk hari ini (13.04.2011). Entry ketiga ni baru teringat nak tanya khabar. Apa khabar tetamu-tetamu Allah yang berkunjung ke teratak tautan Hati insyirah ni?? Harap korang sihat dan semoga kita mendapat rahmat dariNYA.

~rindu sesangat dengan sahabat2.. T_T Sue, Nas, Lar, Dyg, Su, Fi, Syira, Kila, MMAJH, Sharmila, Nad, Nadira, Azie, Ummi, iQa, Zyan, Puteri....dan semua lah...adik2 kru pun rindu =_=.. Eyla???? rinduuuuuuuuuuuuuuuu~

88888888888888888888888888888888888888888

Ada manusia, rasa ditinggalkan Allah SWT.
Dia merasakan, Allah telah berpaling daripadanya. Hidupnya sentiasa sukar, dan kesenangannya tidak pernah lama. Derita, derita dan derita sahaja yang diterimanya. Bila dia merasakan dia baru sahaja bahagia, akan datang pula satu lagi cabaran yang menggegarkan kehidupannya.

Akhirnya dia kelelahan. Kekuatannya kontang. Lantas dia merosot jatuh, terlutut dengan tangisan. Rasa tidak berguna lagi kehidupan. Rasa lebih baik dirinya dijemput kematian segera. Kerana dia kini benar-benar rasa tidak berkemampuan. Derita yang sangat derita, dan kini dia tidak lagi mampu bertahan.
Tetapi, benarkah Allah meninggalkan?

Kebersihan iman

Keimanan adalah keyakinan. Sekiranya iman kita bersih, maka kita akan kekal yakin kepada Allah SWT. Sebab itu kita mampu mengikuti syariatNya, perintahNya, walaupun kadangkala macam sedikit sukar dan membebankan.
Orang Nasrani sekadar ke gereja seminggu sekali, kita perlu solat lima kali sehari. Agama lain kalau puasa sekejap sahaja, kita pula perlu menjalani ibadah puasa 30 hari lamanya. Perempuan lain pakai apa yang mereka suka, Islam ketat mengarahkan wanitanya menutup aurat dan hanya boleh mendedahkan muka dan kedua telapak tangan sahaja.

Keimanan, adalah apa yang memampukan kita melakukan semua itu. Kalau diikutkan kewarasan akal biasa, mungkin kita awal-awal lagi sudah mencerca Allah SWT kerana mengarahkan perkara-perkara yang sedemikian. Tetapi keimanan adalah apa yang meningkatkan kewarasan akal kita dari biasa, kepada luar biasa. Hingga kita faham bahawa, Allah tidak akan memberikan kita perkara yang sia-sia. Semua itu pasti ada hikmahnya. Itulah dia kewarasan kita. Bukan maddi(material) semata-mata.

Jadi, keimanan yang bersih akan membawa kepada kefahaman bahawa segala dugaan dan cabaran, halangan dan kesukaran, semuanya adalah pemberian Allah SWT. Dan msutahil Allah memberikannya sekadar untuk bermain-main dengan kita.

Ada tujuan.
Dan itu adalah bukti, ujian dan halangan, kesukaran dan cabaran, bukanlah petanda Allah meninggalkan kita. Bahkan, sebaliknya. Kita boleh melihat, itulah tanda Allah ‘sedang memandang’ kita.

Tujuan ujian

Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Nyata, tujuan ujian hakikatnya adalah ‘tapisan’. Dunia bukan pentas penerimaan hadiah di mana kita mendapat natijah. Tetapi dunia hakikatnya adalah pentas pertandingan, untuk menguji ‘peserta-peserta’ di dalamnya. Pentas penerimaan hadiah adalah di akhirat sana.

Dan ujian bukan semata-mata ‘tapisan’, tetapi ujian juga datang sebagai ‘pembalasan’ ataupun ‘pembersihan’ ataupun ‘peringatan’.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah Ar-Ruum ayat 41.

Jadi, ayat di atas jelas menunjukkan betapa kadangkala bala yang menimpa itu, hakikatnya adalah akibat daripada perbuatan kita. Ini termasuklah dosa-dosa yang kita lakukan. Ada sebahagian manusia itu, Allah hapuskan terus bila diturunkan bala ke atas mereka. Sebagai contoh, Kaum Nuh yang majoritinya tenggelam lemas dalam banjir besar. Tetapi wujud sebahagian yang lain, Allah hidupkan selepas menerima ujian, ataupun ujian itu diciptakan memang untuk tidak menghilangkan nyawanya, bertujuan memberikannya ‘tamparan peringatan’ akan keadaan dirinya.

Ujian juga, hakikatnya adalah satu bentuk ‘panggilan’ Allah SWT, agar hamba-hambaNya yang selama ini alpa, merapat kepadaNya. Lihatlah firman Allah SWT:

“Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32.

Jelas bukan? Ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.

Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab

Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” 
Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.
Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?

Penutup: Dan ada orang itu, kekal teruji hingga ke akhirnya.

Ada di dalam sejarah, manusia-manusia yang mati dalam keadaan tidak mencapai kemenangan perjuangannya. Seperti Nabi Yahya yang dipenggal kepalanya, seperti Nabi Zakaria yang dibelah tubuhnya, seperti tuk guru kepada remaja dalam cerita Ashabul Ukhdud yang di kerat dua dari kepalanya, seperti Khubaib ibn ‘Adi RA yang mati dilapah-lapah Abu Jahal jasadnya, seperti Mus’ab bin Umair RA yang mati kudung kedua belah tangannya, seperti Anas bin Nadhr RA yang mati dengan 80 tusukan pada jasadnya hingga wajahnya tidak dikenali sesiapa kecuali adiknya yang mampu mengenalinya dari cincin di jarinya, seperti Hamzah RA yang mati dimamah jantungnya, dan seperti ramai lagi manusia yang telah berlalu di zaman ini(Asy-Syahid Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Syed Qutb) dan juga zaman terdahulu yang mati sebelum menikmati kesenangan hidup.

Apakah Allah tidak menjawab doa mereka?

Tidak. Allah menjawab doa mereka. Dengan syurgaNya.

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Surah As-Saff ayat 11-12.

Mereka adalah bukti-bukti, buat mereka yang kini teruji dan hampir hilang percaya.

Jadi bagaimanakah kita?

Apakah benar Allah meninggalkan kita?

Hakikatnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya.
Tetapi hamba-hambaNyalah yang sering meninggalkan Dia.
Kita ini ingin tergolong dari kalangan mana?
Yang percaya? Atau yang meninggalkanNya?

_______________________________________________
 Tinta Penulis Asal : © Langit Ilahi
Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan bahan-bahan yang terdapat di sini, namun alamat langitilahi.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran pihak langitilahi.com terlebih dahulu
Mari Menjadi Hamba

:: Daniel, Permata Hatiku ::

Assalammualaikum wbt.

Entry kedua untuk hari ini. Tetiba rindu sesangat dengan Daniel.

Gosip gosip..

SIAPA DANIEL??

Nak kenal??

Tengok pic yang insyirah upload..


Comey tak??

"Daniel, rindunya umi pada Daniel."

UMI??

MR/MS Tetamu : Cik ke puan insyirah ni dah ada anak? dah kawen ke?? laa.. awat tak habaq..

Insyirah jawab ye..^_^

a'aa anak insyirah. Rindu sangat dengan insyirah. He..Ok siyes pula. Inilah anak sahabat insyirah. Insyirah sayang sangat tau dengan mama Daniel. Kitorang bertemu di satu tempat yang sangat indah. Surau Nurul Iman. T_T

Dah lama tidak jumpa sahabat tercinta lillah ni. Apa khabar dirimu disana sayang? semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Insyirah sentiasa merinduimu.

Teringat sahabat insyirah ni mesej..

"dui, puteri tengah masak cucur untuk suami ni. Suami puteri suka makan cucur buatan puteri. Jangan jeles. Kawin la cepat"

^_______________^

Senyum panjang insyirah dibuatnya. Aduh dia buat insyirah jelessss. Insyirah pun balas la mesej tu ;-

"put...iya??? eh...jelesnya. Pahala buatmu syg. Sejuk dan menenangkan mata suami memandang. Kawin?? Allah.. put, insyaAllah 2012. Doakan."

(Tersenyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmm)

Tetiba hati ni bertanya.. "amboi 2012?? siapa??"

Aik.. =_= (Termenung.)

*************************

Kagum.

Insyirah kagum dengan ketabahanmu sayang. Setelah menempuh rintangan bersendirian. Tanpa siapa-siapa disisimu. Insyirah tahu, hilangnya semangatmu kerana insyirah terpaksa meninggalkanmu sendirian disaat kau sangat memerlukan seseorang. Jangan risau, doa insyirah sentiasa ada untukmu.

Melalui saat-saat mengidam sendirian. Pergi ke sana sini merawat Daniel yang masih dalam perutmu bersendirian. Mujur kelahiran Daniel kau berteman, disisimu suami tercinta menemani yang selama ini pergi tanpa berita. Titis air matamu diusap sang suami yang turut merasa deritamu. Mutiara yang baru dilahirkan, diazankan oleh ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Allah. Akhirnya penderitaanmu hilang begitu sahaja saat kau mendengar tangis sikecil.

Allah. Jika aku ditempatmu, mampukah aku sekuat dan setabahmu sayang. Benarlah FirmanNYA, Allah menguji hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA. Allah tahu kau kuat, oleh itu Allah mengujimu sedemikian rupa. Bersabarlah. Rahmat Allah itu sangat besar sayang.

Kini kau mengecapi bahagia disamping suami yang sentiasa menyayangimu. Jauh benar perubahanmu. Dari tidak terurus kepada terurus. Senyummu sentiasa terukir. Aduh aku jadi rindu untuk menatap wajahmu. Bilakah lagi dapat bertemu denganmu sayang??

Dan kini, aku pun jauh berubah sayang. Tapi rasa cinta dan rindu ini tidak pernah berubah untukmu. Ia sentiasa ada dan sentiasa mekar. Baru semalam aku bercerita tentangmu bersama sahabatmu juga. Betapa kami merinduimu. Maaf kerana jarang sekali menghubungimu sungguhpun mesejku hantar hampir setiap hari. Rasa cinta ini tidak mampu untuk dipadam.

Semoga ukhwah kita keranaNYA. InsyaAllah ya keranaNYA. 

~jom tengok gambar anak umi ni ^_^~


muka terkejut Daniel.. *Ahmad Daniel*


nyenyak tidur. Semoga jadi anak soleh Daniel ^_^


"Jom mama dan umi temankan Daniel melihat keindahan alam ciptaanNYA"

~Mama ajak Daniel jalan2..Umi jauh sayang..tidak dapat bersamamu..Semoga Allah menjagamu~


"umi... Daniel rindu.. Bila lagi umi datang menjenguk Daniel dan mama disini"

~Daniel, umi pasti datang insyaAllah. Rindunya umi padamu sayang...~



Alalala...anak umi terbabas dari landasan. Tidur nyenyak sayangku ini ^_^


~ini daniel time kecik2 dulu...time ni masih merah lagi. Masa tu umi masih belum pandai angkat Daniel. Masih ingat ungkapan pertama yang umi bisikkan ditelingamu sayang???

Dengan kalimah "Bismillahirrahmannirrahim" umi mencium lembut pipimu. Ku bisik kalimah syahadah ditelingamu.

~mama Daniel punya pic nda buli kasi masuk... Biar wajahnya menjadi tatapan suami terchenta sahaja~

Tinta Hati : Apa pun ujian yang mendatang, hadapi dengan senyuman. 'senyumlah walaupun hatimu dilukai'. Teringat peristiwa di Serikin ^_^

:: Patin Oh Patin ::

Assalammualaikum wbt.

Korang tahu tak....nak tahu?? Baca je. Nanti tau la tu ^_*

Alhamulillah hari ini Allah masih memberikan kira rahmatNYA. Masih dapat menghirup udara segar yang percuma dari Allah. Masih dapat melakukan aktiviti harian kita dengan aman. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Alhamdulillah wa syukurillah..

Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dariNYA.

Time baca ni, korang dah selesaikan tugas korang? Dah solat? Dah makan? Dah study? Dah kemas rumah? Dah zikir? Banyak soal pula kan insyirah ni. Bukan apa, tak nak la kerana entry Patin Oh Patin ni melalaikan. Kita mesti selalu ingat mengingati dan berpesan-pesan. Saham akhirat juga tau ^_^

Kalau semua dah buat, boleh sambung baca ^_^

Be4 tu, sama-sama kita menghayati kata-kata sahabat insyirah ni.. Semoga bermanfaat ^_^

Bila engkau memandang,
Segala yang berlaku adalah dari Allah,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan segala sakit hatimu,
Yang menyebabkan segala keinginanmu terhalang,
Serta menyusah-nyusahkan hidupmu…

Kerana…
Masakan Allah sengaja mengadakan,
Segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu…

Kerana…
Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak,
Dan mudah lebih dekat dan akrab dengan-Nya… ^_^

****************************

Ok, jom baca entry dibawah ni. Insyirah copy dari iluvislam.

Nak dijadikan cerita, insyirah tak tahu pun pasal cerita ikan patin ni. Tapi kawan seofis Kak Atik memulakan cerita. So, insyirah ni rasa macam tidak percaya. Allah.

Kebetulan kerja dah selesai time tu, kitorang pun borak la pasal ikan patin tok. Sik sangka kamek koh. Nang sik masuk akal mun 50 urang makan sampei rm13,000. Mun kamek ditempat nya tek, nang bena-bena la kamek nangis. Ni ndak nangis, rm13,000 ribu bah ya. Gaji mek 9 bulan.

Mek sik puas ati nak, mek nanya la ngan bos mek urang. Paduhal, nya madah tek nang ikan patin ya bagus. Nang banyak kebaikan nya madah. Oh tedah urang ya, sian koh. Mun kedak ya, sik maok mek makan ikan ya. Sik pa la. Mun tenguk bena-bena baruk mek maok makan. Mun agik boleh di tahan-tahan, tahan ajak la..

Yah la tek, kita tok kena ingat. Walaupun duit ada dalam gemggaman kita, tapi mun Allah madah ya milik urang..urang juak empun. Kedak cita ya lah. Allah nguji nya tek. Ikhlas ka sik nya spon bala-bala ofis nya.. Kita doakan nya. Semoga Allah murahkan gik rezeki nya. Allah maok kita nangga juak, bukan tetak ajak-ajak. (kamek pun tetak sebenarnya, sik sangka tek). Allah ngajar kita, mun maok makan ya diat arga dolok. Iboh diturut gilak nafsu ya. Nanya dirik empun, cukup sik duit di embak, perlu sik makan banyak gilak.

Mek suka kata-kata tok "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang" ^_^

~tiba-tiba speaking sarawakian ^_*~


Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.


Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260. "Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh. Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul. Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai. Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

- Temerloh, 11 April 2011


Tinta Hati : ..Sebelum makan, tengok harga dulu..kalau tanda harga tidak disediakan, jangan malu-malu tanya...nanti jadi macam cerita ni.. ^_^ ~pengajaran buat kita bersama~

PURDAH:Kepada Bakal Zauj/Zaujah


Kepada Bakal Suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.



Kepada Bakal Isteri,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang  soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu.



Kepada Bakal Suami,
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya.




Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.



Kepada Bakal Suami/Isteri
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri.Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri



“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)


Tinta Hati : izinkan ana memiliki kain kecil itu... *buat yang mengerti*

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers