:: As'sobru Wa Musobaroh ::

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

syukur alhamdulillah kerana saat ni dalam usaha memuhasabah diri. Dalam kesedihan memikirkan kesalahan dan kelalaian sebagai sahabat..masih ada peluang untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat...dengan niat mudah-mudahan dengan perkongsian ini sama-sama kita beroleh manfaat darinya..moga-moga dengan sedikit perkongsian ini sama-sama juga kita semua terbimbing menjadi seorang hamba yang benar-benar hamba dan sentiasa memburu redhoNya..insyaallah moga Allah mudahkan...

Hari ni ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang apa yang insyirah dapat melalui sedikit pembacaan yang dilakukan. Lihat kepada tajuk post kali ni berbunyi ala-ala arab gitu. Yaa memang itu perkataan arab. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu berbunyi sabar (as-sobru) & teguh (musobaroh). Digabungkan keduanya itu maka jadilah "sabar & teguh". Memang selalu kita dengar & guna dua perkataan ini. Tatkala kita hadapi masalah, saudara kita hadapi masalah mahupun sahabat kita. Berduka, sedih & sebagainya, akan kita ungkapkan kata "sabar" ini. Tatkala kita rasa lemah,goyah, kita pujuk hati kita, kita bisikkan doa pada diri kita agar sentiasa "teguh" tanpa mengira sehebat mana dugaan yang kita terima. Kita tetap jua mahu "teguh"...

Hari ni jika kita berbicara dalam konteks diri kita sebagai pejuang yang merelakan dirinya di jalan pengorbanan, pastinya kita tidak akan teguh di jalan ini selama tidak kita miliki sifat sabar. Tidak kira golongan apa pun jua yang memilih untuk berada di jalan ini, yang menjanjikan pelbagai cubaan, dugaan, ujian..keterikatan kita dengan jalan ini tidak akan bertahan lama sekiranya di antara insan-insan yang berada di atas jalan yang sama ini tidak saling memberi nasihat dan tidak saling berpesan-pesan dengan kebenaran juga kesabaran.

Berusahalah kita untuk mendidik jiwa agar bersabar dengan sebaik-baik sabar. Bagaimana ya mahu bersabar dengan sebaik-baik sabar? sabar yang baik itu bagaimana? sabar yang baik itu tentunya sabar yang tidak disertai dengan perasaan marah, keluh kesah, putus asa, dan tidak mengeluh...para sobirin (org yg bersabar) tidak gelisah dan keluh kesah, bahkan berserah kepada Allah dengan meredhoi qada' & qadar Allah s.w.t...Rasulullah s.a.w qudwah hasanah buat kita semua.. Banyak ibrah yang boleh diambil dari riwayat hidup baginda..sepanjang dakwah baginda, pelbagai ancaman diterima daripada kaum quraisy yang menentang dakwah baginda..dan saat itu Rasulullah s.a.w telah diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya bersabar dalam permulaan dakwah baginda..baginda diperintahkan supaya bersabar dengan sabar yang baik..sepertimana firman Allah dalam surah al-ma'arij : 5, yang berbunyi :

فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلاً
ayat ini membawa maksud "maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik." (al-ma'arij:5)

Sabar yang baik ini juga bukanlah hanya tidak berkeluh kesah dengan cubaan yang diterima. Bahkan sabar yang baik ini juga menuntut supaya kita tidak mengadu kepada selain daripada allah s.w.t...Selain itu, setelah kita bersabar..hendaklah kita bertawakkal kepadaNya dengan setinggi-tinggi tawakkal...Apabila kita bertawakkal, ia membuktikan bahawa di dalam diri kita ada keyakinan kepada Allah..sebagai seorang hamba yang berada di jalan perjuangan..keyakinan inilah yang akan membuatkan seorang mujahid itu selalu maju & terus maju tanpa pernah mundur ke belakang...

Rasulullah s.a.w menggambarkan sabar itu dengan sabdanya "..dan sabar adalah cahaya..."
 Maksudnya, sesungguhnya sabar itu terpuji, dan pelakunya senantiasa bercahaya, mendapat petunjuk, & selalu berada di atas kebenaran.

wallahua'lam...

Tinta Hati : Begitu juga dalam berukhwah. Maaf andai insyirah tidak ada sifat sabar dan teguh. Maaf sebab selalu mengabaikan hak kamu sebagai sahabat. Maaf. Insyirah akui kesalahan dan kelemahan diri. Maaf. T_T

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers