:: Istimewa Buat Cermin Saktiku ::

GAD SEMEKTA 08/09

Qasehnurheart & Asrar Safiya


~Syira~KakYati~Kila


Sahabat Yang Ku Sayang..

Izinkan diri ini melakar,
melakar sesuatu yg tersirat di hati..
ingin ku olah,
agar dapat ku sampaikan
seikhlas hati mungkin..
kerana..kau sahabat ku sayang..

Sahabatku sayang..
hadirmu dikala aku perlukan seorang teman..
teman dikala suka mahupun duka..
teman dikala aku 'hidup' mahupun 'mati'..
teman untuk berteduh di setiap penjuru hatimu..
teman untuk ku berkongsi,
keindahan hidup dan kepelbagaian rasa..
teman untuk ku cipta pelbagai kenangan,
kenangan terindah ketika kita bersama..
kerna kenangan itulah yg membuatkan aku 'hidup'..
dan dgn kenangan itu jualah,
ingin ku jadikannya sebuah kisah klasik,
utk masa hadapanku...

Sahabatku sayang...
tidak tahu bagaimana utk aku tuturkan,
perasaan sayang,kasih dan rindu ini,
sebagaimana yg sering kita bicarakan,
setiap masa,setiap ketika,
hanya kita yang merasa...
ukhwah kita sukar utk dimengertikan,
tak siapa yg mungkin faham,
indahnya secebis cinta yg telah DIA anugerahkan..

Sahabatku sayang..
biar apapun dugaan mendatang,
aku tetap tidak akan berganjak,
ingin ku bersamamu menempuh apa jua rintangan..
bantulah aku utk menjadi 'seseorang',
seorang yg sanggup membelamu,
yg ikhlas..amanah..jujur dan..setia..
kerana seorang sahabat itu,
yg menjaga kebajikan sahabatnya...
kerana seorang sahabat itu,
yg sanggup menerima kekurangan sahabatnya..
kerana seorang sahabat itu,
yg tidak akan terpedaya dengan fitnah terhadap sahabatnya..
kerana seorang sahabat itu,
ialah yang senantiasa mendoakan sahabatnya..

Sahabatku sayang...
aku bukanlah sesempurna yang disangka,
bagiku aku hanyalah insan biasa..
insan yang sering membuatmu terluka,
insan yang sering membuatmu kecewa..
namun hanya satu yang ku tahu,
itulah keindahan ukhwah..
kita ditakdirkan utk bertemu,
bertemu utk saling melengkapi,
menjadi dua insan..yang saling berkasih sayang..
moga kita tergolong dalam golongan,
yang mendapat naungan di Akhirat sana..

Sahabatku sayang..
jemari ini tidak mahu berhenti,
namun masa tidak mengizinkan..
izinkan aku mengundur diri,
akan kita bertemu di lain ruangan..

Hadiah nukilan ini istimewa untukmu,
bagi yg merasa...
tanda persahabatan berpintal padu..
lantaran kasih yg tak mampu kusembunyikan..
lantaran rindu yang tidak terperi..
terimalah seikhlas nuranimu, duhai sahabatku sayang...


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

Tinta Hati ->Nas, Sue, Lar, Dayang, Iqa, Zyan, Surianah@Su, Syira&Kila, Afifah, MMAHN, Sharmila, Nad&Huda, Asyrafiah, Ummu, Fiqa, TiQa, Tqa, Mass, Azie Mawar Berduri, dan semua sahabat-sahabat.......  ana rindu, sayang kamu semua lillahi ta'ala...Menangis ana merindui kamu semua <-


:: Just For Fun ::

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak


2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


3. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


5. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.



Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca tautan hati ini telah/sedang/ mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehheheheheheeh....... ....Sentuh la telinga antum ngan siku
sampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya ^_^

Tinta Hati ->Senyum-senyum juga, jangan lupa akhirat ^^

= Persoalan Hati =



Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? Mak jawab, kedua-duanya bukan..Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . 

Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. 

Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.

Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. 

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. 

Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. 

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. 

Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. 

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. 

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.. Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Tinta Hati -> Cintai diriku keranaNYA kerana aku adalah milikNYA <-

:: Renungan Bersama II ::


bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang
dan pergi meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti
tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu
untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada
akan kembali padaNya
bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

by: Opick (Bila Waktu Telah Berakhir)


:: Menyelusuri Cinta Ali Bersama Fatimah Az-zahrah ::


Assalammualaikum Tautan Hati..

Hujung minggu yang menceriakan. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk insyirah menghirup udara yang percuma dariNYA. Alhamdulillah juga untuk hari-hari yang sibuk dalam hidup insyirah. Sekurang-kurangnya, insyirah ada masa untuk bertemu denganNYA walaupun terkadang dihujung waktu.

Mencari-cari keindahan, rupanya cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan.

Insyirah nak ajak kita semua menyelusuri kembara cinta Khulafa Ar-rasyidin keempatSaidina Ali ibn Abu Talib bersama Puteri Rasulillah, Fatimah Az-Zahrah. Semoga bermanfaat..

Ada rahsia terdalam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fatimah. Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya. Kesantunannya, ibadahnya, kecekatan kerjanya, parasnya. Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.

Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Sang Tepercaya tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah. Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam. Fathimah menghardik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.

‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaqnya tak diragukan; Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

 ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.Ia merasa diuji karana merasa apalah ia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin justru karana ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.

Lihatlah berapa banyak budak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakr sang saudagar, insya Allah lebih membahagiakan Fatimah.

Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.  “Inilah persaudaraan dan cinta”, kata Ali. “Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku”. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harapan di hatinya yang sempat layu.Lamaran Abu Bakar ditolak. Dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir. 

Setelah Abu Bakar mundur, datanglah melamar Fatimah seorang lelaki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang lelaki yang membuat syaihan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.Umar ibn Al Khaththab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebatilan itu juga datang melamar Fathimah. Umar memang masuk Islam belakangan, sekitar 3 tahun setelah Ali dan Abu Bakar. Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar..”

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Lalu cuba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana Umar melakukannya. Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang kecewa kerana tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam. Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah. ”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang Umar di balik bukit ini!”  Umar adalah lelaki yang berani. Ali, sekali lagi sadar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fatimah binti Rasulillah! Tidak. Umar jauh lebih layak. Dan Ali redha.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan. 

Maka Ali bingung ketika khabar itu meruyak. Lamaran Umar juga ditolak.Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi? Yang seperti Utsman yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri. Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

”Mengapa bukan engkau yang mencuba kawan?”, kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan. ”Mengapa engkau tak mencuba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi..”  ”Aku?”, tanyanya tak yakin.”Ya. Engkau wahai saudaraku!”  ”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuberikan?”     ”Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”  

’Ali pun menghadap Sang Nabi. Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya.
Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang siap bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan- pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya. 

Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi. Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit untuk dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan.

Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu risiko. Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?” ”Entahlah..” ”Apa maksudmu?” ”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawaban”. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya !” 

Dan Ali pun menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan ke kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang.Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.

Ali adalah gentleman sejati. Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki yel, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!” Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggung jawab. 

Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fatimah berkata kepada Ali, “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ” ‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu menikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Kemudian Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskhawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali ridha (menerima) mahar tersebut.”

Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.” (kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, bab4).


”Cinta tak pernah meminta untuk menanti. 
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. 
Yang pertama adalah keberanian, 
Yang kedua adalah pengorbanan"


:: Hati Ini Mencari REDHANYA ::



Pengalaman mengajar diri,
bahawa marah dan benci bukan penyelesaian masalah....

Pengalaman mengajar diri,
bahawa sombong dan ego bukan cara menunjuk harga diri....

Pengalaman mengajar diri,
bahawa pangkat dan harta bukan pengukur nikmat bahagia....

Pengalaman mengajar diri,
bahawa sakit dan tangis bukan untuk selamanya....

Pengalaman mengajar diri,
bahawa hidup ini milik-NYA....


”Cinta tak pernah meminta untuk menanti. 
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. 
Yang pertama adalah keberanian, 
Yang kedua adalah pengorbanan"

:: Pilihan Qalbu ::


"kak, kenape mesti tetapkan pilihan?"

Semalam tetiba adik Wardah soal insyirah macam tu. Allahu akhbar.. tekejut juga insyirah dibuatnya. Insyirah pun mulalah menyusun kata. Mencari kata-kata untuk menjawab persoalan si adik Wardah.

Insyirah jawab macam ni ;-

"mestilah tetapkan pilihan..tak nak la, sudah pilih ini tapi tiba-tiba menyesal sebab tidak pilih itu. Mesti tetapkan pilihan supaya tidak menyesal ataupun supaya kita tetap pada pendirian kita.. hehe..kakak ni pandai cakap je tapi nak buat pilihan tu bukan mudah ^^,"

Ya, pasti kamu mengetahui keresahan hati disaat datangnya pilihan. Tidak semudah itu. Terkadang membuat nafas seolah terhenti. Lantas pen menari di atas kertas. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan jika dia menjadi pilihan. Istikhara pula menjadi teman dimalam hari.

"kenapa biarkan orang tunggu lama?? akak dah ada pilihan?"

Air mata mula bergenang. Terkenang kisah lalu saat pilihan hati mengundur diri. Astaghfirullah. Insyirah tidak mahu mengenang kisah lalu itu. Insyirah yakin bahawa apa yang Allah tentukan itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Redha itu mengatasi rasa kecewa. Ya, bila segalanya kerana Allah insyaAllah keredhaan itu melebihi rasa kecewa. Pasti ada hikmahNYA.

Lantas doa kepadaNYA menjadi penenang hati tatkala hati ini dirundum kesedihan.

 “Ya Allah, Sesungguhnya hamba memohon pertunjuk dariMu. Berilah hamba pilihan yang terbaik buat hamba dengan ilmu yang ada pada-Mu, Dan hamba memohon kekuasaanMu untuk menyelesaikan urusan hamba dengan keizinan kudratMu dan hamba juga memohon kepadaMu sebahagian dari kurniaanMu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan, Dan Engkau jua Maha Mengetahui, sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan, Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Yang telah KAU tetapkan buat hamba… Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa dia itu Adalah lebih baik untuk diri hamba, agama hamba, dan kehidupan hamba, Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah dia bagi hamba, kemudian berkahilah hamba dalam urusan ini. Dan sekiranya Engkau tahu bahawa dia itu adalah tidak baik untuk diri hamba, agama hamba, dan kehidupan hamba, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat, Maka jauhkanlah dia dari hamba, Dan jauhkanlah hamba dari urusan ini, Dan takdirkanlah kebaikan untuk hamba di mana pun, Kemudian jadikanlah hamba redha menerimanya..

~ Kumulakan dengan kalimah AGUNG, kalimah yang sentiasa meniti dibibir insan bergelar Hamba.. Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. insyirah ADA PILIHAN~


 Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini..
Menerka hadir yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa…

Sebut namaMU terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman..
Kekal abadi hingga akhir zaman…

Istikhara cinta memanggilmu
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluri ku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan..
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
DI ISTIKHARAH CINTA...

:: Aku Bukan Srikandi Solehah ::

Bismillahirahmanirahim

Berkali kali ku cuba mencoretkan sesuatu pada 'bidadari' kesayanganku ini. Dan tika itu juga diriku kematian kata kata di pertengahan jalan. Ah, siapalah diriku untuk mengeluh. Benarlah kata kata seorang sahabat bahawa kekuatan untuk menulis itu datang bersama kekuatan iman. Di akui kini rasa kelemahan iman membina pada diri setelah mendapat 'kejutan' daripada ALLAH SWT. 

Aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak redha dengan ketentuanNYA. Namun aku juga insan biasa. Jiwa ini juga kadang kadang bertanya, mengapa aku? Biar apapun penilaiannya, biarlah semuanya kerana ALLAH. Aku ini bukanlah manusia kalis dosa. Yang daku harapkan secebis belas dariNYA untuk menerima taubat dan perjuanganku demi menebus kesilapan silam.

Alhamdulillah, ALLAH SWT sentiasa memberi yang terbaik buat hamba hambaNYA termasuk jugalah diriku yang kerdil di sisiNYA. Yang ku harapkan cuma diriku ini menjadi solehah di sisiNYA. Aku tidak ingin sekali menjadi solehah di mata manusia. Bagiku, manusia itu tidak punya hak untuk menilai kerana kita ini hamba yang lemah. Segala kekurangan dan kelebihan kita sendiri sudah membuktikan bahawa kita ini hak milik Pencipta yang agung.

Seringkali kita terasa obses untuk memiliki sesuatu sehingga kita lupa bahawa kita kita bukanlah pemilik sebenarnya. Tahukah kalian bahawa kita ini hanya berstatus seorang 'PEMINJAM'? Sedangkan ALLAH SWT itu adalah pemilik hakiki. Dan biarlah DIA sahaja yang menentukan pemiliknya. Setiap jasad, kata kata, ilmu yang kita miliki sebenarnya bukan kepunyaan kita. 

Segalanya hanya pinjaman dan pada bila bila masa sahaja, jika DIA mengkehendakinya, kita bisa kehilangan segalanya. Betapa daku merasakan ALLAH telah menarik nikmat semangat perjuangan dan kemanisan mencari redhaNYA dari diriku. Apa yang aku takuti bahawa diriku ini tidak berasa ikhlas untuk berada dalam landasan perjuangan kerana aku gusar pada penilaian manusia yang hina.

Teringat pesanan seorang sahabat,
nilailah tahap keikhlasanmu, sejauh mana dirimu benar benar menginfakkan diri dijalanNYA. Sesungguhnya keikhlasan itu ada tiga tahap:

Yang pertama, tatkalau kau melakukan sesuatu kerana takut akan neraka ALLAH.
Yang kedua, tatkala kau melakukan sesuatu kerana syurgaNYA
Yang ketiga, tatkala kau melakukan sesuatu semata mata keranaNYA. Dirimu ini tidak mengira apa sahaja balasan dariNYA kerana dirimu meyakini bahawa apabila kita mencintai, kita sedia menerima balasan apa sahaja dari sang KEKASIH AGUNG.

Pesanan ini cukup untuk membuatkanku untuk bermuhasabah diri. Diriku ini takat yang macam mana. Yang paling ku khuatiri adalah diri ku ini tidak mampu mencapai mana mana tahap keikhlasan kerana aku berbuatkan sesuatu untuk mendamba perhatian manusia hina. Betapa banyak kata kata yang ku hamburkan pada 'muka buku' atau teratak kesayanganku ini semata mata kerana ALLAH atau kerana manusia?. Malah yang lebih menggusarkan betapa banyaknya dosa yang ku tanggung kerana riak dan ujub yang tumbuh dalam diriku.

Maka pesananku, nilailah sesuatu itu dengan hati yang beriman. Jangan mudah mempercayai solehahnya atau solehnya seseorang itu hanya melalui kata kata yang dibicarakan. Sedangkan ingatlah bahawa, pilihan Salahuddin Al Ayubi itu sendiri bukan yang lincah bermain senjata atau petah berkata kata, sebaliknya pejuang pejuang yang istiqomah tahajudnya. Katanya mahu jadi Srikandi Hassan Al Banna, namun ambilnya hanya pada semangat perjuangan, tetapi tidak pada amalannya.

Diriku ini tertarik dengan dialog dalam drama di televisyen yang ku tonton. Wanita itu di'cop' sebagai ahli neraka kerana dia pernah memperdagangkan tubuhnya biarpun wanita itu telah bertaubat. Jawapannya:

"Sekiranya ALLAH sudah menakdirkan saya menjadi ahli neraka, saya redha kerana saya yakin nilaian ALLAH itu adil, tetapi saya tidak redha dengan nilaian manusia yang juga hamba seperti saya. Siapalah kamu yang berhak menentukan tempatku di neraka atau disyurgaNYA. Bagaimana jika syurga dan neraka itu sebenarnya ujian ALLAH untukmu, adakah segala kebaikan yang kamu lakukan hanya untuk dirimu bukan keranaNYA?"

Sememangnya nilaian ALLAH SWT itu adil, cumanya kadangkala kita sendiri yang menilai sesuatu mengikut hawa nafsu kita. Dengan mudah kita mengatakan bahawa yang itu tidak layak untuk yang ini, yang ini tidak sepatutnya untuk yang itu. Tahukan kalian bahawa ilmu ALLAH itu adalah seluas luasnya sehingga tidak terjangkau dek akal fikiran? Maka, apakah taklifan yang bisa kita gunakan untuk memberi penilaian tersebut? Adakah dengan alasan kita sudah berjubah, bertudung atau bersolat, maka secara automatiknya kita sudah bisa menjadi insan insan yang bisa menilai nilaian manusia itu disisiNYA

Coretan ini ku titipkan buat diriku dan dirimu. Kadang kadang bagiku aku terlalu cepat menilai seseorang hanya kerana dari cara berpakaian atau pekerjaannya atau keluarganya, sedangkan ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI. Serahkanlah segala urusan hanya kepadaNYA. Nescaya hati akan lebih tenteram. Betapa sukarnya untuk menggapai gelaran solehah, namun itu ada impian setiap muslimah.

Sesungguh diri ku ini bukan srikandi solehah,
jika nilaian manusia adalah melalui cara ku berpakaian
Kadangkala cara ku berpakaian ini tidak menggambarkan akhlakku.
Tahukah kalian bahawa di kala aku bersendirian, aku juga terkadang lupa untuk mengingatiNYA.
Kadangkala daku berasa tidak layak untuk berpakaian sebegini kerana takut akan didakwa oleh pakaian ku sendiri di akhirat nanti kerana tiada niatku semata mata kerana ALLAH dalam hatiku.
Cuma aku meyakini setiap yang ALLAH syariatkan pasti ada hikmahnya. Betapa ALLAH amat menyayangi kaum wanita sehingga kita seperti minyak yang ditatang sepenuhnya. Bersyukurlah menjadi wanita muslimah...

Aku bukan srikandi solehah,

jika nilaian kalian pada kata kataku melalui muka buku atau teratak kesayanganku
Tahukah kalian bahawa kadang kalanya aku juga berasa riak setiap kali kalian mengkagumi bait bait yang ku hamburkan.

Ah.. betapa gusarnya diriku apabila mengingat pesanan Kekasih yang dirindui Muhammad SAW berkaitan dengan insan yang hanya berkata kata tetapi tidak melaksanakannya apa yang dikatakan iaitu dia akan ditimpakan seksaan yang amatlah berat di hari pembalasan.

Diakui juga bahawa setiap kata kata terinspirasi dari ALLAH SWT namun ingatlah seperti yang kukatakan sebelum ini, segala galanya hanya pinjaman. Betapa takutnya diriku apabila tiba saat dan tikanya TUAN sebenar meminta kembali barang yang dipinjamkan, apa yang ada pada diriku? Kerana sesungguhnya DIA adalah pemilik diriku, tidak aku berupaya untuk mengembalikan sesuatu kepadaNYA.

Aku bukan srikandi solehah,

jika nilaian kalian pada tingginya ilmu haraki atau hebatnya dalam gerak kerja dakwah.
Tahukah kalian bahawa kiranya seseorang muslimat itu ditarbiyah bukan ditentukan selama mana atau seaktif mana dirinya dalam gerak kerja ISLAM, tetapi sejauh mana dia bisa membuang karat karat jahiliyah dalam dirinya.

Tahukah kalian bahawa diriku ini masih punya lompang lompang jahiliyah yang perlu diubati dengan tarbiyah. Malahan terkadang diriku berasa terpaksa untuk bergerak kerja demi ISLAM. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa ku yang hina ini. Cumanya teringat pesanan sang naqibah, tatkala ALLAH telah memberi kefahaman perjuangan pada dirimu, janganlah dirimu memberikan alasan 

kepadaNYA lagi sebaliknya berusahalah untuk memenuhi tuntutan yang ditujukan padamu. Pilihan ALLAH adalah pilihan yang terbaik dan ingatlah bahawa bukan calang calang orang yang bisa berasa dekat denganNYA. Pasti akan proses tapisan dan saringannya. Maka, jalan yang paling indah adalah sabar. Perkataannya nampak mudah tetapi hikmahnya indah.


Aku bukan srikandi solehah,

jika nilaian kalian pada kelembutan atau keindahan sebagai seorang wanita. Tahukah kalian bahawa sememangnya ALLAH menciptakan wanita itu seindah indahnya. Apatahlagi wanita adalah makhluk kesayanganNYA. Cumanya, kelembutan dan keindahan wanita itu bisa menjadi fitnah. Sesungguhnya diriku ini insan yang sentiasa turun naik imannya dan tidak cekap menjaga hati. 

Yang kudambakan agar ALLAH SWT sentiasa membimbing diriku dan tidak memalingkan hatiku. Sememangnya seorang wanita secara fitrahnya itu mendamba untuk menjadi yang cantik dan indah. Sebaiknya biarlah indah itu kerana agamanya dan cantik itu kerana taqwanya. Dan yang paling penting, cantik di manusia itu tiada ertinya jika tidak cantik di sisi ALLAH SWT.

ya ALLAH... betapa sukarnya menggapai gelaran solehah. Namun segala penilaian menjadi srikandi solehah ini ku serahkan kepadaMU. Cuma ini adalah sedikit luahan rasa dariku yang sudah lama menyempitkan ruang mindaku. Yang kutakuti manusia menganggap diri ini sempurna sedangkan tiada sesuatu yang sempurna melainkan dengan izinMU. 

Sekiranya terdapat sedikit kebaikan dari coretanku, titipkanlah buat kedua ibu bapaku, naqibah dan cermin sakti kesayanganku serta buat seluruh insan yang tidak pernah mengenal erti lelah mengajar diriku erti sebenar perjuangan. Jika terdapat kekurangan dalam tulisan ku ini, moga KAU sentiasa memberi ku peluang untuk memperbaiki diriku kerana aku percaya syurgaMU itu luas dan tarbiyah dariMU itu sentiasa ada. Terpulanglah pada diriku untuk menggapai atau melepaskannya.

Akhir kalam, ingin ku titipkan doa buat semua srikandi pencinta agama. Doa ini ku perolehi dari seorang sahabat yang juga pejuang di alam blog iaitu Ukhti Insyirah. terimalah:

"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calnkan 
dirinya sebagai bidadari syurga Mu."

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers