Nota Hati Seorang Isteri


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Berbuat baiklah kepada setiap insan dan sesama manusia tidak kiralah siapa kita dan ianya sepatutnya dilatih seawal peringkat institusi keluarga lagi. Di dalam setiap kualiti yang boleh diukur pada jati diri seorang muslim, manusia yang dianggap terbaik oleh seorang Nabi, utusan Allah, adalah manusia mukmin yang berlaku baik kepada keluarganya.
Kebaikan adalah lawan setiap kejahatan, keburukan, atau kekurangan. Baik dalam erti kata sabar, ikhlas dan redha dalam menangani segala masalah atau dugaan yang mendatang dalam melayari kehidupan yang fana ini.
Setiap perkara yang terjadi di dalam kehidupan ini adalah atas ketentuan-Nya bagi menguji kesabaran dan keikhlasan kita kepada tujuan hidup utama sebelum mati. Mati bererti berhenti, berhenti dari menikmati dan mengecapi kehidupan sebagai hamba-Nya yang sentiasa diuji.
Manusia yang sekeras batu pun hatinya, pasti akan lentur lembut dengan kebaikan. Batu yang mengalir padanya air walaupun setitis demi setitis akan terhakis sedikit demi sedikit sifat kerasnya. Jangan batu dibalas batu, nanti berkecai jadinya. Sebaliknya yang harus ada adalah sifat sabar.
Isteri dan anak adalah amanah yang harus dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum membolehkan proses membetulkan antara satu sama lain dilakukan dengan baik oleh imam. Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya.
Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.
PERANAN SUAMI DAN ISTERI
Tugas mendidik, mengurus rumahtangga, dan menyiapkan rohani anak-anak bukan sahaja terletak pada bahu si isteri sahaja, tetapi suami yang lebih daya kekuatan berbanding perempuan. Ramai lelaki terlepas pandang perkara ini kerana alasan sibuk.
Bila kita tengok zaman sebelum 70-an atau 80-an, memang kebanyakan wanita adalah suri rumah sepenuh masa. Kaum lelaki merupakan satu-satunya sumber kewangan keluarga. Masa itu mungkin susah benar untuk kita hendak mendengar suami menolong membuat kerja rumah apatah lagi untuk ke dapur.
Namun keadaan telah berubah di atas faktor pendidikan, sosio-ekonomi dan politik, wanita telah terjun ke bidang pekerjaan masing-masing. Malah ada di antara mereka yang menerajui sumber kewangan keluarga. Namun begitu, wanita tetap setia dengan kerja rumah dan dapur. Para suami masih lagi dianggap sebagai membantu isteri di rumah dan bukannya isteri yang membantu suami.
Adakah memang fitrah wanita itu dijadikan untuk menguruskan rumah, memasak, menyidai kain dan sebagainya? Manakala lelaki pula hanya diciptakan untuk bekerja atau cari nafkah keluarga semata-mata?
Dari zaman Nabawiyah lagi wanita sudah menjadi usahawan yang berjaya, berperang bersama lelaki di medan perang dan menjadi ahli ilmu dan periwayat hadith. Oleh itu, tidak tepat untuk mengatakan kaum Hawa telah berevolusi untuk mampu melakukan apa yang tidak mampu dilakukan sebelum ini. Soal kemampuan dan pencapaian wanita dalam masyarakat harus dilihat dan dibincangkan berdasarkan latar masa dan sejarah masyarakat ketika itu.
Dalam konteks di Malaysia, bukankah dari dulu lagi lelaki dan wanita sudah bekerja bersama-sama di sawah padi dan bendang. Ibu-ibu juga menjadi pendidik dengan mengajar anak-anak agama dan mengaji. Semua ini sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi masyarakat waktu dahulu berdasarkan pertanian dan unit-unit sosial yang tertumpu di kampung dan luar bandar.
Tidak timbul polemik pada zaman itu tentang wanita yang merasakan hidup mereka ditekan dan peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka disekat. Struktur sosial yang sedia ada cukup mencapai tujuan sosial dan permintaan ekonomi waktu itu.
Zaman telah berubah, dan wanita hari ini memainkan peranan yang berbeza dalam sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Seharusnya tidak timbul masalah tentang penyertaan wanita dalam kemajuan masyarakat kerana hak-hak mereka dalam pendidikan, pemilikan harta dan hak di sisi undang-undang semuanya dijamin dan dipertahankan oleh Islam.
Masalah dan polemik yang timbul selalunya berkisar tentang sejauh mana penyertaan wanita dalam ekonomi memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak, bagaimana wanita membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak di rumah, dan sebagainya. Terpulang kepada wanita itu untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini

Peguam Syarie Menulis: Penetapan kadar mas kahwin perlu dikaji semula

PEMBERIAN mas kahwin kepada isteri adalah wajib mengikut hukum syarak. - Gambar hiasan


Kerajaan negeri harus selaras buat keputusan ikut ekonomi semasa angkat taraf wanita

PENGUMUMAN kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin kepada RM300 untuk anak dara atau janda berbanding RM80 bagi anak dara dan RM40 bagi janda mulai bulan depan, membuka minda penulis untuk membincangkannya. Tumpuan akan diberikan kepada kadar mas kahwin di setiap negeri. Kadar minimum mas kahwin dan kewajaran jumlah mas kahwin ditetapkan pemerintah atau diserahkan kepada masyarakat untuk menentukannya.

Menurut undang-undang Keluarga Islam, mas kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar mengikut hukum syarak oleh suami kepada isteri semasa akad nikah, sama ada wang atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 4, bermaksud, " Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka." Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Bukhari, "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi".

Mas kahwin boleh daripada apa saja, asalkan ia berguna dan berfaedah. Dalam hadis riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan mas kahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu.

Dalam hadis lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda SAW juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan mas kahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam al-Quran, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan mas kahwin.

Mas kahwin wajib dibayar seperti disebut ketika akad nikah. Jika mas kahwin disebut dalam akad nikah, akan dibayar secara tunai oleh suami manakala isteri berhak menghalang suami daripada menyetubuhinya sehingga dijelaskan mas kahwinnya itu.

Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh mas kahwin sebagaimana firman Allah bermaksud, "Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan itu akan mas kahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".

Kadar mas kahwin juga akan diambil kira hakim ketika menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebus talak. Apabila mas kahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat mas kahwin itu walaupun selepas bercerai.

Kadar mas kahwin ditetapkan pihak berkuasa agama negeri. Di Johor kadarnya ialah RM22.50; Melaka (RM40); Perak (RM101); Pulau Pinang (RM24); Pahang (RM22.50); Sarawak (RM120) dan Labuan (RM80) dengan tidak membezakan dara atau janda.

Di Selangor dan Kuala Lumpur ialah RM80 bagi dara manakala janda RM40; Negeri Sembilan RM24 bagi anak dara dan RM12 bagi janda, Sabah RM100 bagi dara dan RM80 bagi janda. Namun di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan jumlah mas kahwin tidak ditetapkan pemerintah.

Adalah suatu perkara yang memalukan apabila sebuah negara Islam kecil seperti Malaysia mempunyai kadar mas kahwin yang berbeza-beza antara negeri. Sudah sampai masanya nilai mas kahwin diselaraskan di semua negeri.

Perlu juga dikaji keperluan dibezakan mas kahwin antara anak dara dan janda kerana tidak terdapat nas yang jelas membezakan mas kahwin antara anak dara dan janda. Dalam perkembangan ekonomi hari ini, wajarkah kadar mas kahwin serendah RM12 atau RM22.50?

Mas kahwin adalah hak isteri hatta bapa sebagai wali sekalipun tidak berhak menerima mas kahwin kecuali anaknya meredainya. Sesetengah golongan melihat mas kahwin sebagai lambang status dan taraf si isteri yang diambil oleh suami sebagai pasangan hidupnya.

Adakah status atau taraf wanita hari ini serendah RM12 atau RM22.50? Sudah sampai masanya negeri lain mencontohi kerajaan Selangor untuk mengkaji semula kadar mas kahwin kerana aturan itu dilaksanakan sejak 30 tahun lalu dan menyelaraskan kadar mas kahwin di antara negeri.

Penulis berpandangan, kadar mas kahwin yang akan ditetapkan itu sewajarnya dijadikan kadar minimum mas kahwin. Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju memberikan lebih daripada kadar minimum ditetapkan itu, terpulang kepada mereka kerana syarak tidak menghalang untuk berbuat demikian, jika dipersetujui kedua-dua pihak.


Dalam surah An-Nisa ayat 20, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan kamu telah memberikan kepada salah seorang mereka (isteri-isteri) mahar yang banyak". Untuk menentukan jumlah maksimum mas kahwin ia dinilai secara Mahr Mithil atau Mahr Musamma. Mahr Mithil ialah mas kahwin yang dinilai mengikut mas kahwin saudara perempuan yang berkahwin lebih dulu, di kalangan keluarga yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya, di samping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

Mahr Musamma ialah mas kahwin yang ditetapkan dan dipersetujui kedua-dua pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara perempuan itu.

Cuma perlu ditekankan bahawa hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin terlalu tinggi sampai ke tahap yang boleh menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Pemerintah berperanan menetapkan jumlah minimum mas kahwin, tetapi masyarakat diberi pilihan untuk menentukan kadar maksimum mas kahwin atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

ingatan untukku dan saudara seakidahku..

HAMBA-HAMBA ALLAH SEKALIAN,
Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-manusia yang berasal dari air mani dan kemudian dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang nyata. manusia-manusia begini dimurkai olehAllah, Tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah,tidak terasa setinta takut kepadanya?

Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik-cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga yang amat indah terlebih indah sehingga tidak terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.

Dunia ini kata Muhammad, umpama setitis air dariselautan, dan selautan itu adalahakhirat...bayangkanlah, jika yang setitis ni pun kita telah tergoda oleh cantik dan indahnya..bagaimana pula yang selautan itu?dapatkah kita gambarkan?

Manusia-manusia yang menyerahkan diri pada agama Allah tidak akan rugi, kemenangan manusia di dunia ini adalah dalam agamanya...jadilah manusia yang hebat di dunia dan di akhirat!

Bacalah al-quran, dekatkan lah minda kepada hadis...teguhkan ukhuwah sesama Muslim..kita perlu kuat untuk menentang segala pengaruh yang melemahkan kita. bersederhanalah dalam berhibur...bersederhanalah memenuhkan jiwa dengan keseronokan, kita kini dipermainkan musuh-musuh Allah. mari kita kuatkan diri kita,kuatkan masyarakat kita, kuatkan negarakita..dalam memperjuangkan agama..takbir!!..

dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang..

18.12.2009

about the date...penantian ini satu penyeksaan...tinggal 2 hari lagi insyaAllah kaki ini akan menjejak ke tanah Kinabalu...terasa yang teramat rindu apabila semua perancangan yang diatur mengukir kenangan yang akhirnya akan aku tinggalkan menjadi kenangan terindah dalam hidupku. diharap cuti ini dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya..mentarbiyyah keluargaku yang tersayang dan berkongsi segala suka duka bersama mereka. buat sahabat yang sentiasa menanti kehadiranku, akan aku sajikan mereka dengan pelbagai perkongsian yang akhirnya mendekatkan kami kepada Yang Maha Esa kerana itulah matlamat kami... berusaha menjadi kekasih Allah walaupun hakikatnya amalan belum sempurna..
biiznillah, akan aku berusaha menjadi anak yang solehah dan menjadi sahabat terbaik untuk semua sahabatku yang terbaik...sesungguhnya,mengenali kalian di jalan ALLAH merupakan anugerah terindah buat diriku...
akhirul kalam,
uhibbuki fillah...

kenapa ia harus hadir??

bukankah kau hanya bergelar sahabat dalam hati ini??kenapa sesuatu yang tidak aku sangka2 terjadi dalam hati ini? hati ini tidak mahu meletakkan cinta manusia yang tinggi..hati ini menginginkan cinta Allah yang utama.

surat untuk sahabat yang menghilang...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku, Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku, Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku, Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku, Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku.

Sahabatmu Haryati...

hanya ini yang termampu...

-semoga sisa usiamu berkat,
semoga makin dicintai oleh Allah...

aku korbankan cintaku...

malam raya menyaksikan pengorbanan cinta aku terhadap akhi demi cintaku terhadap Allah. walaupun terlalu sukar untuk aku mengorbankannya. nombor talifon dan semua mesej akhi telah aku simpan dalam simpanan yang aku sendiri tidak mampu untuk mencarinya lagi. sesuatu yang tidak mampu aku tinggalkan..dan tidak mampu aku lupakan. mohon kekuatan daripada Allah yang Maha Memberi Kekuatan..sesungguhnya akhi, aku amat menyintaimu meskipun tidak pernah akhi mengetahuinya. Namun sejauh mana cinta ini boleh mendekatkan aku kepada Cinta Ilahi?? Aku semakin lalai dengan perasaan sendiri sehingga setiap masa aku dibayangi wajahmu. Bukankah membayangimu membuat aku lalai kepada Allah?? bukan salahmu dalam kelalaianku malah aku yang sering melalaikanmu dengan suara manjaku sehingga aku semakin berani untuk menghantar mesej dengan kerap. Setiap hari aku menghantar mesej yang akhirnya bertambah cinta dihati. Akhi juga selalu membalasnya dan perkara yang paling aku tidak sangkakan, akhi mengatakan bahawa aku adalah pengubat kesunyian akhi...mulanya aku bertambah gembira...maafkan aku akhi, bukankah Allah itu adalah pengubat segalanya??? akhi, cintaku terhadapmu terlalu tinggi lantaran itu aku mengorbankannya demi cintaku pada Kekasih Hakiki ku dan kerana takutnya aku terhadap zina hati..tentu akhi tahu zina itu tempatnya di api yang menjunam..aku takut tempat itu menjadi rumahku kelak. aku juga tidak mahu akhi terjerumus sama ke dalam api yang membara kerana aku..akhi, siapalah aku untuk melupakan mu..namun setelah aku mengorbankan segalanya, aku mendapati cinta Allah itu terlalu Agung. Sesungguhnya aku tidak mengetahui perasaan akhi terhadapku, cuma aku dapat rasakan akhi juga mempunya perasaan yang sama. Maafkan aku kalau aku salah mentafsir hati akhi..
untukmu akhi,aku mengasihimu LILLAH, lantaran itu dengarlah sedikit pesanan ikhlasku LILLAH.. manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?? tetapi letakkan cinta kita kepadaNYA yang hakiki dan kita akan merasa cinta manusia itu sedikit cuma. andai ALLAH yang kita dahului, kita tidak akan gelisah andai dia tidak mengirim sebarang sms..andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata dan kita tidak akan rindu andai sehari tidak bersua kerana yakinlah ALLAH yang terbaik..Lantaran ALLAH yang terbaik, ALLAH akan menentukan yang terbaik untuk kita dan andai akhi yang terbaik buatku, ALLAH pasti satukan juga hatiku dan hati akhi dan itu sahajalah melalui PERNIKAHAN dan itulah yang terbaik buat kita. Kalau ada jodoh tidak akan kemana..yakinlah!!! Adakah benar akhi meyakini takdirNYA ???
maafkan aku akhi, keputusanku penuh pengorbanan dan ketegasan LILLAH. aku tidak membencimu tetapi aku membenci mungkar itu dan kerana takut kan api yang menjunam itu. Aku akan mengorbankan cintaku demi ALLAH kerana aku takut andai aku masih membayangimu dan melalaikanmu, kita akan sama2 meredah lautan api yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu azab...nauzubillah min zalik !!! sama2 lah kita memegari iman agar si iman tidak terlapas. aku serahkan segalanya kepada ALLAH kerana DIA lebih mengetahui sedangkan kita tidak..semoga disana adanya sebuah pertemuan ditaman syurga yang indah, menyayangilah kerana ALLAH dan kita akan merasakan erti cinta yang sebenar...INSYAHALLAH !!!!

about this person..


ini sahabat saya dari kecil..dia seorang yang penyayang terhadap sahabat tetapi kita tidak dapat rasa sewaktu kita senang..saya akan rasa semua tu dalam keadaan susah dan kesunyian..cuma dia ni terlalu merendah diri.entah kenapa.bagi saya dia seorang yang baik,cantik dan.............manja...huhuhuhu ya la anak bungsu kan mestilah disayangi dan menyayangi. banyak kenangan yang terbina selama bersama dengan dia..ops....nama dia ni Suriawati Abd Rashit..beza hari kelahiran kami hanya 5 hari. kiranya saya yang kakak..bila hari dimana saya terpaksa ke tempat jauh, dia banyak bagi saya semangat. menangis sampai susah mahu berkata-kata..siap bagi hadis sebagai ingatan!!!terasa sangat kehilangan dia. masa kecil2 dulu,kami selalu memancing bersama.bukan dengan dia saja dengan Larisa dan Farah sekali..siap bergambar lagi. entah la kemana gambar kami semua menghilang. bila balik dari sekolah pula kami suka jalan di tepi longkang dekat masjid. macam budak lelaki..jalan meniti paip saluran air pula tu. ada kemudahan tidak digunakan...lucu...kadang-kadang 6 setengah baru sampai rumah. tapi selepas masuk form 3 semua berubah jadi budak baik-baik belaka..ya ka???huhuhuhu...form 4 pula hidup dipenuhi bunga-bunga cinta..wahhhhh indahnya dunia masa tu..form 5 lagi la semakin menjadi...cinta, cinta, cinta dan cinta...cuma saya masa tu kehilangan cinta tapi tidak berpanjangan ada juga pengganti..form 6 pula....lagilah indah kerana ukhwah kami semakin erat dan cinta terhadap kaum adam bukan berkurang tetapi cinta ILAHI kami dahulukan. Sue mudah mendapat dan menerima tarbiyyah. itu yang best tu...sue suka memberi bercerita tentang ilmu Allah dan yang paling menyeronokkan dengan insan ini, sue suka bertanya tentang banyak perkara..tentang kemusykilan agama..best dapat kongsi ilmu. apa yang sue tahu, dia akan beritahu kami semua dan begitu juga sebaliknya..
akhirul kalam,
salam sayang buat sahabat tercinta...

hatiku dimana???

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,

Aaargh,
lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan
hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,
Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,

Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,

Kerna,
terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,

Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu,
selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

buat yang tersayang...

tinta buat yang tersayang...

-entah la..memendam rasa itu yang terbaik bagiku walaupun hakikatnya..ya Allah....tidak dapat digambarkan.. ini yang terbaik bagiku dan dirinya..hanya satu sebab cinta ini terpendam,kerana aku betul2 menyintaimu. aku tidak mahu kau menjadi ahli neraka hanya kerana lalai dalam ibadahmu kerana mengingatiku dan mesti kau pun tidak mahu aku menjadi ahli neraka kerana lalai dalam nikmat cinta sementara..

satu hari nanti, kita pasti akan bersama walaupun aku pun tidak pasti siapa kau sebenarnya. tapi aku yakin bahawa kita pasti akan bersama..kita sama2 menanti kehadiran kita dalam hati kita..

(aku sendiri pun tidak tahu siapa kau sebenarnya...kerana aku tidak pernah melihat kau mahupun mengetahui nama mu...jaga dirimu selalu buat insan yang tidak kukenali)

ABOUT TODAY..

im cry again...becoz sya rindu sangat dengan sahabat muslimin wa muslimah..
terasa sangat rindu yang membara ni...
whatever la,itulah namanya ukhwah fillah..bertemu dan berpisah kerana Allah..Ummu banyak ajar erti pertemuan dan perpisahan dan saya aplikasikan dalam perjalanan persahabatan dengan zyan, sue, nas, lar, yb, harmi, iQa, dan sabar..terjalinlah persahabatan indah dan manis seperti persahabatan saya, ummu, fiQa, mass, dan semua sahabat kem kk bawa bayu...

apapn, saya mesti sentiasa bangun demi persahabatan yang terjalin ini. akan saya jaga hingga hari akhirat..

*

12 november 2009

catatan kehidupan utk tarikh di atas....
be4 tu...entah kenapa self motivation / tarbiyyah down !!!
bnyak sebab..rindu mama ngan bapa...huhuhu
rindu kakak-kakak,abang,adik-adik..rindu family dan rindu jumpa kawan2...
last berada di sabah, last month...insyaAllah end of this year sya balik sabah...jumpa family dan kawan2..banyak perancangan yang saya susun bila balik di sabah nanti...pasal kewangAn tu,suda juga saya prepair...insyaAllah cukup untuk family dan tidak lupa untuk sahabat tersayang saya...

alhamdulillah, semua solat di awal waktu. cuma subuh solat jam 5.23 pagi..kira sudah lambat la.. be4 ni, sya solat paling lewat pun jam 5.12...huhuhuhu...gara2 self motivation down!!! jarang mentarbiyyah diri. apa2 pun, insyaAllah, saya mesti berubah..semalam lagi la teruk..apa tidaknya, ada dinner for family day makmal ubat dan stor bahagian sri aman..saya jadi salah seorang kanak2 peniup belon...
(gambar akan dimasukkan kemudian...tapi tidak nampak muka...jangan mara)

no need to see my beauty face...huhuhu perasan pula....

lepas jadi peserta kanak2 peniup belon, saya jadi salah seorang yang akan mengumumkan pemenang bagi kategori2 yang di pertandingkan...
(gambar juga akan dimasukkan kemudian...)

hari ini, dapat makan KFC.....hepy.....

petang pula asyik bergayut dengan kakak (asma) dan bapa...ya la...saya bukannya ada boypren kan...huhuhu ada tu ada juga tapi tidak terluah...takut tidak konsisten terhadap ibadah...

orang kata "hanya Tuhan yang tahu"....huhuhuhu

mama?????aduh !!!!sudah 3 hari tidak dengar suara mama ni...rinduuuuuuuu yang teramat-amat sangat...biasanya saya akan kol 3 kali sehari...pagi tanya khabar,tengah hari tanya suda makan ka belum,malam saya akan cerita tentang kerja saya...lapas tu akan dapat nasihat dari pakar motivasi saya...mama pakar motivasi paling best!!!!! itu pun baru saya sedar...kalau saya sedar dari dulu kan bagus..tapi alhamdulillah sekarang saya sedar...saya sayang mama...

malam ni??? apa saya mau buat o....owh ya..makan durian..ada 3 biji lagi belum habis...lepas tu saya mahu baca SURAT DARI KEKASIH saya...tajuk tentang WANITA - AN'NISA...mahu kasi habis baca...rindu sangat dengan KEKASIH saya ni...bila lah KEKASIH menjemput saya??? harap DIA menjemput pada masa saya sudah sedia dijemput...belum ada apa2 untuk saya persembahkan untuk DIA ni...

time to stop....

-zyan -yati -sue -nas -lar -yb -harmi -iQa -sabar....(my fren now n 4ever...)

memendam rasa...

mungkin ini nikmatnya bila kita rahsiakan perasaan cinta kita terhadap seseorang…boleh mendekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta…semuanya di luahkan kepada Yang Maha Mendengar….

walaupun kekadang sukar untuk menanggung rindu…dan cinta ini aku labuhkan di atas sajadah…mengharap petunjuk dari Yang Maha Pengasih…

kadang2 tu,aku tatap gambar yang aku ambil….tp tidak mengharap sangat yang dia adalah jodohku…kerana aku tahu…Allah lebih Mengetahui….

-saat hati memendam cinta-

mengeluh?????jgn la..yang pasti, menanggung rindu mengundang derita…tpi bila semuanya diluahkan kepada Yang Maha Pencipta, semuanya dapat diatasi meskipun hati meronta ingin disayangi oleh insan bergelar lelaki..tapi siapalah aku untuk mendapat itu semua..Cinta ALLAH belum dapat Dimiliki,inikan memiliki hambaNYA….

Ya ALLAH….aku mendamba cinta dan kasih MU namun dalam masa yang sama aku mengharap kasih hambaMU..hinanya aku sebagai hambaMU…

salam sarat rasa rindu….

mesej dari akhi...

hiasi peribadimu secantik-cantiknya....
kerana kau wanita.
awasi tingkah lakumu seelok-eloknya...
kerana kau wanita.
jaga batas-batas pergaulanmu...
kerana kau wanita.
jangan hancurkan hidup dan masa depanmu
kerana kelalaian kecil..
ingatlah,ada orang yang sentiasa menginginkan kau gembira....

jazakallah akhi...insyahAllah saya akan ingat pesan ini.
Harap ukhwah yang terbina dirahmati Allah..
salam sarat rasa rindu.....

saya sayang ......

masihkan ada esok,
untuk kita labuhkan kasih
dari sudut hati yang tulus...
menyimpulkan ikatan ukhwah diantara tali berbeza warna...
masihkah ada esok,
untuk kita sebarkan cinta
menempias di segenap maya,
lalu menjadi lakaran indah setiap hati
masihkah ada esok,
untuk kita ungkapkan sayang
kepada setiap jiwa yang dekat di jiwa kita,
menyatukan dua rasa yang mungkin berbeza...
siapa tahu,
detik esok bukan milik kita
atau
mungkin hari ini giliran kita menyahut panggilanNYA..
Begini,
kasih harus dilabuh tiap tika,
cinta harus dibias tiap saat,
dan
sayang harus di ungkap tiap waktu
agar jiwa itu dapat merasai jiwa kita...
04/11/2009=== mesej dari seseorang yang saya sayang tapi saya tidak tahu macam mana mahu bagi tahu yang saya sayang dia ni..
====wanita tabah...ERNA ===
salam sayang Na....:)

kita...

Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah Kita semuanya sama
Kata ustaza
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi AllahKita semuanya sama
Kata ustaza lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga
Akhirnya ustaza berpesan,Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH
Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri Yang tidak ternilai mahalnya
Segalanya UjiaN
ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...
ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...
ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yg kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik....

cinta..

Mencintai dicintai fitrah manusia
Setiap insan di dunia akan merasakannya
Indah ceria kadang merana itulah rasa cinta
Berlindunglah pada Allah dari cinta palsu
Melalaikan manusia hingga berpaling dari-Nya
Menipu daya dan melenakan sadarilah wahai kawan

Cinta adalah karunia-Nya bila dijaga dengan sempurna
Resah menimpa gundah menjelma jika cinta tak dipelihara

Cinta pada Allah cinta yang hakiki
Cinta pada Allah cinta yang sejati

Bersihkan diri gapailah cinta Cinta Ilahi
Berlindunglah pada Allah dari cinta palsu
Melalaikan manusia hingga berpaling darinya
Menipu daya dan melenakan sadarilah wahai kawan
Utamakanlah cintapadanya terjagalah amalan kita
Binalah slalu cinta Ilahi hidup kita kan bahagia

Cinta pada Allah cinta yang hakiki
Cinta pada Allah cinta yang sejati

Bersihkan diri gapailah cinta Cinta Ilahi

hati berkata.....

**********************************************
persahabatan, satu ungkapan penuh makna..

tersirat 1001 rahsia..

dalam suka..dan dalam duka..

benar, sahabat y sejati itu..

hadir ketika senang dan susah..

tenang bila kita bersamanya..

namun jangan dilupa..

walau di mana kita berada..

kita mempunyai Tuhan y sama..

Tuhan yang satu..Allah yang Maha Esa
…………………………………………

andai kau teringatkanku duhai sahabat,

pandanglah matahari, tataplah bulan…

kerana itu juga matahari dan bulan y sama..

aku memandang..kau memandang..

jiwa tersentuh..rindu menggigit sanubari..

walau jauh beribu batu..

kau tetap berada dalam hatiku..

terbanglah duhai sahabat…

terbang dan terus terbang..

tapi jangan lupa untuk pulang..

jangan lupa dari mana asalmu datang..

dan ke mana kau akan akhirnya kau akan pulang..

…………………………………………..

aku bangga sahabat,

mempunyai sahabat sepertimu..

mampu menuntut ilmu di sini mahupun di perantauan..

harapanku cuba satu..

persahabatan y terjalin ini jangan kau biar tersimpul mati..

jangan kau letak titik nokhtah padanya..


biarlah persahabatan ini terus mekar mewangi hingga akhir nyawa..

………………………………………

sebelum perpisahan, pasti ada pertemuan

aku bersyukur adanya pertemuan..

aku mengenalimu.. dan aku bersyukur adanya perpisahan..

aku jadi lebih menghargai persahabatan ini..

buat sahabat2ku…

sue, lar, zyan, nas, yB, iQa, sabar, harmi, ummu, fiQa…

terima kasih atas semuanya..

hadiah sebuah kenangan y x kan kulupa..

kenangan terindah selamanya..

aku sayang kamu semua…


p/s : betapa mudahnya hatiku utk menggugurkan air mata ketika saat berpisah dengan kamu semua.. aku x pandai untuk menyembunyikan emosiku.. bukanla aku x..redha dengan perpisahan ini.... cuma kegembiraanku utkmu melebihi kesedihanku berpisah denganmu..
dan air mata apakah y gugur kala ini??
rinduku terhadap kenangan kita terlalu sukar untuk ku lalui...

tangisan kerinduan...

hari ini aku benar2 rindukan tarbbiyah dari mereka yang sering memberi aku kekuatan kepadaku. sungguh, zahirnya alhamdulillah aku sihat,tapi batinku amat tersiksa. Lebih-lebih lagi imanku yang sering memberontak rindukan alunan zikirullah dan selawat.entah kenapa jihad menimba ilmu sudah semakin pudar warnanya...aku berusaha mencari dimana diriku yang dulu?yang sering mementingkan iman dikala berbicara, mementingkan ilmuMU dikala melihat kekuasaan MU.dahulu, solatku diserikan dengan solat-solat sunat tapi semua itu telah hilang dek nafsu yang merajai diri ini..deritanya aku sebenarnya...aku benar-benar rindukan tarbbiyah..rindukan nasihat dari sahabat-sahabat walaupun mereka sering memberikan aku mesej tarbbiyah.apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidupku ini???adakah kerana hanya seorang insan yang berubah membuat aku berubah??siapa dia sehingga aku berubah kerananya??bukankah aku berubah kerana ALLAH??atau selama ini aku tidak ikhlaskan hati dalam perjuangan berubah kerana ALLAH??atau aku berubah kerana dia??tidak...mengertilah duhai sahabat..aku berubah kerana ALLAH !!! tapi kenapa ini yang terjadi dalam diriku?? adakah aku sedang menghadapi ujian dariNYA?

aku redha menerima andai ini balasan dari ALLAH dan ujian dariNYA..tangisan ini biarlah aku labuhkan untuk rindukan TARBBIYAH dariNYA.akan aku kuatkan hati ini untuk mengharap redhaNYA..akan aku teruskan hidup tanpa tarbbiyah dari dia yang aku harapkan.cukuplah ALLAH bagiku...

SABAR.....aku merinduimu

aku merindui sifat SABAR itu..
sabar itu sebenarnya sangat indah walaupun hakikat perjalanannya terlalu sulit sehingga kadang2 hati ini merasa untuk pergi tanpa merasai keindahan itu...namun jauh disudut hati ini tetap mengharap untuk terus diberi kekuatan dariNYA..



aku yakin,
selepas hujan pastinya ada pelangi...
selepas siang pastinya ada malam...
selepas tangisan pastinya ada senyuman...
selepas pertemuan pastinya ada perpisahan...
Janji Allah itu benar...
selepas kesusahan pasti ada kesenangan...
mungkin selepas melalui kesunyian hidup ini, pasti ada kebahagian yang menanti..
mungkin selepas menantinya dalam hidup ini, pasti ada yang hadir membawa cahaya..
walaupun bukan dia yang datang, mungkin seseorang yang lebih baik dariNYA. Kerana aku yakin dengan janjiNYA. Yakin dengan cintaNYA..
kadang2 lafaz yang tersimpan ini lebih baik.
kadangkala hati dan perasaan ini mengatakan 'dialah' orangnya, padahal 'sidia' itu adalah orang yang tidak pernah terlintas didalam fikiran dan hati ini.
Kadangkala hati ini sayang dengan seseorang itu, tapi hakikatnya dirinya belum tentu milik aku..
(nur'ihdina)
menanti perkhabaran darinya menjadi satu penantian yang aku sendiri dapat rasakan itu hanya sia-sia. Namun kerana cinta dan kasih yang ALLAH berikan kepada setiap hambanya membuat aku akan sentiasa menantinya. Bukan untuk mengharap cinta dan kasihnya tetapi mengharap ukhwah yang terbina tetap kukuh seperti hari-hari sebelumnya.
Ukhwah yang dibina atas nama Allah tidak akan mengharap balasan ketika memberi tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka. kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam,keceriaan sahabat bagai pelangi yang tidak akan hilang.kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal didunia.itulah sunnah jalan ukhwah pejuang islam..
salam sarat rasa rindu dan ukhwah....

ciptaan Allah yang Maha kuasa...

sila beri makan...

masyitah...

Tinggi pekerti darjat kemuliaan
Kekuatan iman tunggak jati diri
Tidak terhakis iman di dada
Walau nyawa menjadi taruhan
Tiada gerun tiada gentar
Kepada Firaun raja yang zalim
Mengaku dirinya sebagai Tuhan
Membunuh mereka yang beriman
Mashitah, Mashitah..
Dirimu wanita mulia
Mashitah, Mashitah
Dirimu pembela agama
Hukuman Firaun tidak mengubah
Rasa cintamu terhadap Islam
Menerima hukuman dengan redha
Menyerah diri pada Yang Kuasa
Mashitah, Mashitah
Dirimu wanita mulia
Mashitah, Mashitah
Dirimu Pembela agama
Lambang keagungan cinta Mashitah
Kepada Ilahi
Pusaranya harum mekar mewangi
Bersama para solihin
Kuasa Allah atasi segala
Anak kecil mampu bersuara
Dipujuk ibunya moga bersabar
Mashitah tiada gentar

SULTAN AL-FATEH untukmu....


SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Bukti Islam tidak mengguna kekerasan
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh.
Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!
Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”
Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.
Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.
Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.
Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.
Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.
Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.
Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.
Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.
Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.
Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

memahami erti persahabatan


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihatnya teringat akan Allah; mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya."

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

"Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu."

Renungilah....

Maafkan sekiranya saya bukan sahabat yang baik....
salam sarat rasa rindu buat sahabat-sahabat

10 wasiat imam syafie r.a


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBURIaitu :
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terangterangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
terima kasih akhi HARMI dan akhi SABAR

jika....ketika...bila...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia,
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.
Allah sedang menunggu bersamasamamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu,
Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
Allah mempunyai jawapannya.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu

Ketika sesuatu yg indah terjadi & kau dipenuhi ketakjuban.
Allah akan tersenyum kepadamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

Bila Allah makbulkan doa kita..maka bertambahnya iman kita...
bila DIA tangguhkan doa kita..bermakna bertambahnya kesabaran kita...
bila DIA tidak mendengar rintihankita...maka..ALLAH mengatur yang terbaik buat kita.
Bila Allah cepat maqbulkan doamu, maka dia menyayangimu,
Bila dia lambat maqbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu,
Bila dia tidak maqbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,

Oleh itusentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya

salahkah jika wanita meminang & menawarkan diri kepada lelaki

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki ?Oleh ustaz Emran Ahmad Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat.

Firman Allah swt :
وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ”
Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri (Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu..”
(An-Nisa :59).

Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّشَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ“
Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
(Yunus : 36).

Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh.

Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab.

Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.

اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ
“Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”
(Al-An’am : 116).

Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya.
Sebagaimana sabda baginda rasulullah :
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.”
(Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam
(lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”
(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

"Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra :Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”
(lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَيَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”

(Surah Al-Ahzab : 21)

.Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :

وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَالِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ”
(Al-Ahzab : 50).

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian
(lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut :

“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman”
(hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).

Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan :
“Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan”
(hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikanفَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :

“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….”
(lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya :Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata :“Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah :“ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya”
(hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).

Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.

مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ“
Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya”
(Surah Al-An’am : 38).

= La Tahzan =

Kita selalu ungkapkan perkataan “Jangan Bersedih” pada kawan-kawan yang ditimpa musibah…tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang alami perkara macam tu apakah kita akan bersabar dengan dugaan tersebut. Kenapa mesti bersedih, bukankah rahmat Allah tu luas…sekali gagal tak bermakna selamanya tak leh nak berjaya…kita ni hanyalah hamba yg Dhai’f.

Jangan Bersedih,
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih,
Redha Dengan Anugerah Allah MembuatAnda Terkaya di Dunia

Jangan Bersedih,
Allah Maha Pengampun lagi Maha PenerimaTaubat serta Rahmatnya Maha Luas

Jangan Bersedih,
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain

Jangan Bersedih,
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi

Jangan Bersedih,
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih,
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih,
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih,
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu

Jangan Bersedih,
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

salam pertemuan dihari lain....

deritakah aku disini???

Hati selalu berkata..."deritakah saya disini?"


kadang-kadang hati menjawab ya..kadang-kadang hati menjawab tidak dan disusuli berjuta TARBIYYAH dari Dia yang ku cintai..


Rindu ini hikmah yang tidak dapat dirasai oleh sebilangan manusia didunia ini. Mungkin juga rindu ini akan membuahkan kebahagiaan yang berpanjangan baik dunia mahupun di alam YANG KEKAL itupun bergantung kepada yang menerima ujian ini.




Dan saya?????insyaALLAH aku akan berusaha untuk menerima semua ini dengan ikhlas meskipun hakikatnya kerinduan ini tidak tertangggung. Seorang sahabat saya pernah berkata




"ALLAH menguji kita sebagai tanda kasih sayangNya"


*ummu*




"Yakin...." itulah kata semangat dari sahabat bernama Nasita.




"Sabar...." itulah kata ingatan dari sahabat bernama Larisa dan Sue.




"percayalah...." itulah dorongan dari sahabat bernama Dayang.




terlalu banyak nasihat yang diberikan menjadikan saya bertambah kuat melalui detik kehidupan tanpa orang tersayang dan detik ujian dari NYA melanda..




dan saya selalu ingat mesej yang dihantar oleh seseorang yang hatiku tersentuh bila membacanya...




"antara golongan yang dilindungi dibawah arash ALLAH di padang mahsyar nanti ialah dua orang yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana ALLAH. Sabarlah...."




ADUH !!!





al-fateh...untukmu....

Sultan Muhammad Al-Fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut.

Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.

Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,

“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.

Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Akhirnya, hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh?

Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.


Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah.

Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.

Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt. Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar.

Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda.

Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,

“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh.

Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi,

“Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.


Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi,

“Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

cinta adakalanya tidak perlu dilaafazkan

Cinta adakalanya tidak perlu dilafazkan...

Ikuti kisah dalam sebuah cerita...

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang

dan dia berkata: "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

cintaku tetap ada dihati....

buatmu....pesan cinta dariku

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…


# kadang2 saya berfikir, seseorang itu ka yang akan menjadi lebah untuk saya suatu hari nanti atau ini hanyalah perasaan dari Allah untuk menguji saya???? mungkin juga kan…mesti Allah ada yang terbaik selepas ini…


untuk yang ku cintai, #jaga diri,hiasi peribadi,ingat mati,hati terjaga…

hanya Tuhan yang tahu..

mungkin ini nikmatnya bila kita rahsiakan perasaan cinta kita terhadap seseorang…boleh mendekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta…semuanya di luahkan kepada Yang Maha Mendengar….
walaupun kekadang sukar untuk menanggung rindu…dan cinta ini aku labuhkan di atas sajadah…mengharap petunjuk dari Yang Maha Pengasih…
kadang2 tu,aku tatap gambar yang aku ambil….tp tidak mengharap sangat yang dia adalah jodohku…kerana aku tahu…Allah lebih Mengetahui….
-saat hati memendam cinta-
mengeluh?????jgn la..yang pasti, menanggung rindu mengundang derita…tpi bila semuanya diluahkan kepada Yang Maha Pencipta, semuanya dapat diatasi meskipun hati meronta ingin disayangi oleh insan bergelar lelaki..tapi siapalah aku untuk mendapat itu semua..Cinta ALLAH belum dapat Dimiliki,inikan memiliki hambaNYA….
Ya ALLAH….aku mendamba cinta dan kasih MU namun dalam masa yang sama aku mengharap kasih hambaMU..hinanya aku sebagai hambaMU…
salam sarat rasa rindu….

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers