:: Lumuran Pap ::


Mungkin ada antara kita yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang tidak tahu. Saya menulisnya kerana saya juga baru tahu dan mahu kita sama-sama tahu, sama-sama mencegah dan sama-sama saling beringat. Not only for women but for men juga. Yang perempuan, kita sama-sama mencegah. Yang lelaki, kamu sama-sama mengingatkan kami ^___^.

Pernah dengar ujian lumuran pap??
Hmmmm tidak pernah???
Baiklah….
Kalauuuuu pap smear  test???
Haaaaaaaa ini pernah kan??
Heeee…yang English juga yang kita tahu kan kan kan ^___^
(mula-mula saya pun nda tau apa tu ujian lumuran pap…blurr2 ni waktu perkataan tu disebut…sekali kena cakap ‘pap smear test’ terus saya pun “oooooo yang ituuuuuu”..Adadada ketara betul jarang membaca bila En.Zauj)

What is pap smear test?? (ecehhh terus speaking kunun)

Ujian lumuran pap ni ialah ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Hmmmmm tidak menyebabkan sebarang kesakitan? Mungkin la kot sebab saya tidak pernah buat lagi. Tapi menurut sumber-sumber terdekat yang mengkhabarkan keadaan ujian ni, ada yang cakap ianya sakit. Sakit itu mungkin bagi dia sahaja dan mungkin orang lain tidak sakit. Apa-apa pun kita janganlah cepat membuat spekulasi yang kita tidak pasti lagi. Orang kata, belum cuba belum tahu. Sudah cuba baru kita tahu ^_^. Kalau suda tahu, kasi kongsi sama yang belum tahu ^_^.

Oh ya, bila kita buat ujian mestilah bertujuan kan?? Baiklah ujian lumuran pap ni boleh mengesan barah pangkal rahim (cancer serviks) pada peringkat awal dan rawatan pada peringkat awal boleh membawa penyembuhan sepenuhnya. Ujian ni juga untuk mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. If result meragukan, kita (wanita) akan dipanggil semula untuk menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN)

Adoiiiii apa pula CIN ni?? Inilah istilah sains. Berbelit-belit lidah menyebutnya kan. Hehe. Okey CIN ni adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN ni tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap. See, pentingkan buat ujian lumuran pap ni.

Macam mana cara ujian lumuran pap? Hee… saya tidak pernah buat lagi. O, I don’t know but seperti yang saya dapat dari en.Wikipedia anak kepada en.Google kata ujian ni merangkumi sapuan pangkal rahim secara berhati-hati untuk mengumpulkan contoh sel. Sel-sel ni diletakkan pada slaid kaca dan diperiksa untuk sebarang keadaan luar biasa di makmal.

Huh……Maha Hebat Allah mencipta manusia yang hebat-hebat ni.. I mean the doctor. ^__^
Kita perlu berfikiran positif atau dalam bahasa yang mudah kita fahami bersangka baik diatas apa yang telah ALLAH takdirkan kepada kita. Ini kerana, bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya tetapi pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.

Jadi, bagi wanita-wanita diluar sana yang tidak mempunyai masalah ini ucaplah “ALHAMDULILLA” dan bagi mereka yang bermasalah pula tetaplah ucap “ALHAMULILLAH dan INNA LILLAH”. Ketahuilah dirimu terpilih untuk melalui ujian yang akhirnya meningkatkan darjat mu disisi ALLAH dengan syarat terus redha, sabar dan berusaha untuk ‘melawat’ sakit tersebut. Tetaplah tersenyum walaupun hakikatnya dirimu menanggung beban didalam hati ^_^. Tersenyumlah kerana dirimu masih miliki apa yang tidak dimiliki orang lain kerana dirimu adalah istimewa ^__^

Jadi bagi yang disyaki sel-sel yang tidak normal, ujian akan dilakukan sekali lagi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya akan dilakukan. Itu sebab, bagi wanita-wanita yang tidak menjalani ujian ni tidak akan mengetahui mereka sebenarnya di ambang bahaya mendapat barah pangkal rahim.

Untik pengetahuan kita, dianggarkan lima hingga tujuh peratus sapuan pap menghasilkan keputusan tidak normal seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah. Kebanyakan dari keadaan ini bukannya disebabkan barah pangkal rahim, tetapi ianya merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan awal perlu dilakukan.

Bagi yang disyaki itu, jangan risau kerana akan ada cara-cara dari pihak hospital untuk mencegahnya atau membuangnya. Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan dipantau sehinggalah disahkan benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua tahun : base on kita punya kesihatan juga la ^__^.

Ok, bagi wanita bujang pula dan tidak pernah mengadakan hubungan seks, mereka hanya perlu menjalani dua pemeriksaan iaitu ultra bunyi dan barah payudara.

PENAFIAN (copypeste): Apa yang saya tulis ini sekadar pengetahuan sahaja. Saya sarankan kepada anda untuk dapatkan nasihat doctor/pakar bertauliah mengenai perkara ini. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan professional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doctor/pakar perubatan bertauliah. Tulisan ini juga tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. SILA BERJUMPA DOKTOR/PAKAR ya ^__^.


:: Istimewanya Dirimu ::


Bilamana ALLAH menghantar kita di suatu tempat atau keadaan pasti kita dapat pengajaran dan hikmahnya.

Alhamdulillah hampir tiga bulan sudah berada di Bumi Bawah Bayu  tapi dalam masa yang sama masih terkenang Bumi Kenyalang, bumi buah cinta kami . Iya, semua ni perlu masa untuk ikhlas melepaskan ia pergi. Ada kenangan yang sangat indah untuk dikenang, sangat bahagia untuk dinikmati.

Alhamdulillah juga sebab hampir dua bulan ini terlalu banyak perkara-perkara yang tidak disangka terjadi di depan mata. Dan sekarang sudah bertugas di tempat yang dipilih dan di harapkan. Siapa sangka rencana hidup ini terlalu banyak kejutan kan??. Kejutan-kejutan yang mungkin buat kita tersenyum sendiri, boleh buat kita sedih, gembira, terkadang sehingga mungkin boleh menitiskan air mata. Kejutan! Memang kau memberikan ku inspirasi. Chewaaa ^_^

Di tempat kerja sekarang ni, hari-hari dapat tengok baby. Cute-cute dan comel-comel semua. Rasa macam mau cubit-cubit pipi si ‘suci bersih’ tu tapi kena tahan juga tangan ni.  Bukan apa, nanti menangis pulak baby tu kan. Kesian dia.

Macam-macam ragam si ibu mengandung, si ibu yang baru melahirkan anak dan dibenarkan keluar wad. Gambaran muka usah lagi kita persoalkan, senyum memanjang. Ada seorang ibu ni pulak, memandang babynya dengan senyuman. Memanggil manja si ‘suci bersih’ yang lena dipangkuannya. Dan saya pulak yang tersenyum riang. Ahakss ^_^

Dulu, pernah temuramah seorang ibu ni. Adoi orang tengah sakit pun sempat menyoal.  Tanya la, baby ni bila lahir? Jantina apa? Masa lahir berat berapa kilo? . Huhuhu. Si ibu menjawab penuh senyuman. Semangat kali kan ada ‘budak comel’ bertanya. Hikhikhik. Ada pulak seorang ibu ni, melahirkan baby jam 10 pagi then petangnya sudah boleh balik. Boleh jalan sendiri sambil mengangkat si ‘suci bersih’ tu.  Wah. Akankah saya sekuat itu? Berjalan sendirian tanpa dipimpin? Jauh tu dari wad bersalin ke lobi utama.

Betul kata ibu-ibu kan, bila baby dalam dakapan  semua rasa sakit  hilang begitu saja malah ada ibu juga hilang rasa sakitnya bila dengar jeritan tangisan si bayi saat ia keluar dari perut si ibu. Subhanallah.  Begitu tingginya nilai kasih yang ALLAH campakkan kedalam naluri seorang wanita ^_^.

Terkenang satu peristiwa. Peristiwa yang sangat menyentuh hati. Masa itu saya berdiri di lobi utama menanti kehadiran en.Suami.  Dalam penantian itu, terlalu banyak karenah manusia yang saya perhati. Memerhati gelagat si pendatang asing berebut menaiki bas. Melihat telatah para  jururawat lantikan baru yang sibuk bercerita pengalaman sesama mereka. Merenung kesetiaan si pemandu teksi yang setia menanti ‘rezeki’nya datang,.

Tiba-tiba sebuah kereta proton saga lama berhenti di hadapan pintu lobi utama kemudian keluar sekumpulan keluarga membawa bungkusan seperti barang-barang keperluan bayi. Saya tersenyum. Dalam hati berbicara sendiri “eh….mesti hepy dapat baby..saya mauuuu”

Selepas semua barang si bayi disimpan. Keluar si ibu tanpa anaknya. Saya memanjangkan pandangan mata. Mencari siapa gerangan yang bertuah mengendong si bayi. Hati berbisik “Subhanallah….wahhh sungguh istimewa dirimu si kecil..disorong menggunakan troly berkelambu cantik berhias. Siapakah dirimu..tidak sabar melihat wajahmu”. Berbunga hati masa tu. Menanti penuh sabar untuk melihat wajah si kecil itu.

Saat kelambu cantik berhias itu dibuka, sekujur tubuh kecil yang suci bersih berbalut kain biru tidak bernyawa. Saya betul-betul terkejut. Memang benar kau sungguh istimewa!! Syurga menanti kehadiranmu!! Doa buat si ibu saya kirimkan..semoga kuat berdepan dengan ujian ini..amiinnnn.

Selepas hari itu, saya sudah tahu…disebalik troli kecil kelambu cantik berhias itu menyimpan tubuh manusia yang suci dan bersih. Si kecil yang dijanjikan syurga. Memang layak kau dilayan seistimewa itu. Dalam kesedihan, senyuman terukir. Senyuman ucapan salam buatnya. Tenanglah nak…..

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers