:: Angry Bird ::

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang ini, dalam MukaBuku sudah banyak aplikasi-aplikasi game yang dibuat. Ada yang best ada yang tidak best. Farm Vill...apa lagi? Itu saja yang saya ingat. Dan terkini sedang hangat pula aplikasi game angry bird yang memang PANAS kalau main. Betul. HANGAT. Memang HANGAT. Apa tidaknya, bukan saja patung angry bird yang banyak dipasaran malah baju, pembalut hadiah, stiker-stiker dan macam-macam lagi barang-barang yang akan ada lambang angry bird. Sampai ada juga kereta yang dihias dengan lukisan angry bird. Ish ish ish. Fanatik sangat dengan angry bird ^_^.

Saya tidak terkecuali.  Main juga angry bird. Saya sebenarnya tidak tahu pun tentang angry bird. Kawan serumah saya tu ada beli iPhone dan dalam iPhone dia tu ada aplikasi game angry bird tu. Hari tu tengok dia main. Saya pun tengok juga la. Almaklum tidak pernah tahu apa game tu. Eh, macam best ni. Mula lah saya pinjam iPhone dia tu untuk main game tu. Ceh, kira macam gian juga jadinya.

Selepas main dua tiga kali, saya pun mula bosan. Lagi pun sudah lama tidak main game ni. Bukan apa, kalau dilayan sangat game ni tak pasal-pasal solat boleh terabai. Kan nyayah tu !! Bukan saja solat, makannya, kerjanya, mandinya, kesihatannya, duitnya dan banyak lagi akan terabai. Siyes saya cakap ni. Saya tidak bergurau. Betul kan betul kan betul kan??

Mula-mula main punyalah hepy bila dapat pecahkan rumah-rumah 'ot-ot' tu dan musnahkan "ot-ot" tu sekali. Best !! Tapi, sekali tidak dapat hancurkan rumah-rumah "ot-ot" tu dan tak dapat musnahkan "ot-ot" tu, AllahuAkhbar !! Punya la geram + panas = macam nak hempas saja komputer opis ni ! Allah. Game ini telah membuat kesabaran saya hilang. Ish ish ish. Bersabar ditempat yang tidak betul. So, saya pun buang game ni dari Miss Lappy. Biarlah kita bersabar diatas sesuatu yang bermanfaat. ^_^v peaceee.

Oh ya, "ot-ot" dalam game ni sudah macam 'engineer' pula kan. Iya la, bina bangunan rumah dia yang kukuh. Siap ada bongkah air, papan, lepas tu ada pula batu-batu menghalang. Siap "ot-ot" tu boleh bersembunyi dengan selamat diatas binaan kukuh dia tu. Tu yang buat orang geram tu ! Huh ! Kalau setakat bird-bird tu nak hancurkan, memang susah la (pengalaman saya la..hihihi). Tapi kalau orang yang sudah teror orang kata, mmmm kacang saja tu kot. Saya tidak main habis lagi. Malas sudah so tidak tahu la macam mana permainan seterusnya.

Duuuuuuuuuuuuuuulu (ceh...menandakan sudah lama la tu kot..hikhikhik), saya pernah main satu game. Nama game tu Zombie vs Plant. Tau tak game tu? Eleh, mesti tau kan. Hihihi. Mau tau, saya pernah tidak tidur semalaman gara-gara main game tu. Sedar-sedar saja sudah azan subuh. Main lepas solat isya'. Nasib baik sudah solat isya' masa tu. Bayangkan pulak kalau belum solat isya?? Kan sudah tertinggal !! Astaghfirullah.. Bila sedar azan berkumandang kan, Boleh pulak saya cakap macam ni ;-

"eh.....orang masjid ni kenapa azan isya' dua kali? Mimpi apa pulak pak imam ni?"

Memang masa tu saya sudah blurrr. Kebetulan game tu saya bagi full screen. Saya pun pause la game tu sekejap then tengok jam di Lappy. ASTAGHFIRULLAH !!! Sudah jam 5 pagi ! Azan subuh la HARYATI !!!!! Masa tu baru sedar bahu dan belakang ni lenguh-lenguh. Mata pula terasa sakit. Apa tidaknya, asyik tengok screen Miss Lappy kan. Langsung tidak rehat. 

Sejak dari kejadian tu, saya sudah tidak main game zombie tu. Kalau main pun saya buat screen yang kecil supaya saya boleh tengok jam. Tapi sudah laaaaaaama tidak main game dalam lappy ni. Kalau edit-edit gambar tu rajin la. Itu pun sudah jarang dibuat. Almaklum kemalasan tahap gaban. Kalau dulu, punyalah rajin edit gambar. Semua gambar mahu diedit. Bukan edit guna ps3 tu. Kalau itu saya belum teror. Nanti minta ajar dulu sama yang PAKAR ^_^

Aik.. ok ok. Back to the topik asal. Pasal Angry Bird la. Hari tu, saya ada la terbaca dalam post hamba-hamba Allah di MukaBuku ni yang kata angry bird ni hina islam. Terlalu banyak propaganda tentang cerita ni. Ada yang buat spekulasi macam ni, ada pula orangnya persepsi macam tu. Banyak la. Saya pun ada juga la baca-baca.

Salah satu yang menghina islam (mereka kata, bukan saya ^_^v), angry bird warna biru tu sebut 'alhamdulillah' bila kita lestik dia ke arah bangunan si "ot-ot" tu. Eik, iya ka? Saya ada juga cuba-cuba dengar. Entah la. Susah juga mahu cakap. Tidak tahu sejauh mana kesahihan propaganda tentang angry bird ni menghina islam.

Emm, pandangan saya la. Rasanya tidak perlu kot kita perbesarkan benda ni. Bukan apa, tidak jelas sangat kan benda tu menghina islam. Kalau kata permainan tu kurang sopan sebab ada "ot-ot", boleh la diterima kot. Lagi pun "ot-ot" tu tidak jelas sangat kan dia tu memang "ot-ot" asal. Hahaha.

Tapi kalau macam kisah dulu, karikatur menghina Rasulullah di Denmark tu memang sudah terang lagi bersuluh. Jelas dan Nyata menghina Islam terutama lagi menghina Rasulullah. Kalau setakat angry bird tu, wallahualam. Saya tidak berani nak kata yes or not menghina islam. Ya, belum tahu kesahihannya lagi kan. Apa-apa pun kita jangan terlalu ikutkan kata-kata orang yang cepat menyebarkan sesuatu tanpa usul periksa.



::Tak Tahu Masak ::

(ENTRY LAMA)


Assalammualaikum wbt teratak tautan hati.

Apa khabar?? 2 hari teratak ni ditinggalkan tanpa sebarang berita. Hari ini berkesempatan untuk tulis apa yang terlintas dihati.

Semalam insyirah menangis depan kak Ada (erk...insyirah ni cengeng tau). Tak nak ingat dah cerita semalam.

Buat yang disayangi, insyirah sentiasa menyayangi dan merindui kalian lillahi ta'ala ^_^

~Nas~
~Sue~
~Lar~
~Dyg~
~Su~
~Fi~
~MMAHN~
~Syira~
~Kila~
~Sharmila~
~Eyla Syg~
~Nad~
~Azie~
~Ummu~
~fiQa~
~ct~
~iQa a.k.a SA~
~Zyan~
~Kak Ada~
~As~
~Jieha~
~Jaja~
~Ira~
~mama Daniel~
~Aien~
~Kawan2 Induksi *Gurl only ^_^*
~Plkn~
~Sahabat2 1997-2002~
~Sahabat2 2003-2009~
~KRUPSSKM~
~Kawan2 FB~
~MUSB *Makmal Ubat Dan Stor Bhg Sri Aman~
~Orang2 Sabah~
~Orang2 Sarawak~
~Seluruh manusia di dunia ini~

Semua masuk juga. Tiada terkecuali ^_^.

Hari ini, sahabat insyirah yang masak. Nama dia Alice. Budak cina. Subahanallah, dia masak punya sedap.

Mr/Ms Tetamu : jap..before u sambung, awak ni reti masak ke tak??

Insyirah jawab k..

"Tak tahu masak =_="

Mr/Ms Tetamu : ye ke? Tak boleh kawin la kalau macam ni.

Erk..ye ke tak tahu masak tak boleh kawen? Sejak bila syarat tu jadi yang utama??

Insyirah ni pandai masak la ^_*. Dulu kan ada pengalaman berniaga makanan selama lebih 5 tahun. Lauk pauk insyirah yang masak tau. Tapi mak insyirah kena ada di sebelah la. Dok tengok anak dara dia ni pandai ke tak. Tapi kekadang, tugas masak serah dengan kakak Asmah dan kakak Erna. Ha, diorang lagi terer. Kalau bab goreng ikan atau masak yang minyak boleh memercik, tu serahkan pada insyirah. Minyak menjadi sahabat insyirah.

*aik..tetiba pula cerita pasal kehebatan aku masak..stop la..tak pasal2 aku kena suruh masak padahal tak teror mana pun. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Hikhikhik*

-----------------------------------------------------------------------


Aik, jangan salah sangka ya.. Post diatas sudah lama tersimpan dalam draf belog insyirah. Tadi after makan with Kak Syuhada dan Kak Atik, teringin pulak cek post-post insyirah. Tup tup tup, jumpa entry ni. Bila baca balik, AllahuAkhbar !! tersenyum sendiri insyirah. CEh, memory with Alice la tu. Dah lama kot post ni, rasanya bulan Mei *kot*. Not sure. Dah tak ingat, lupa nak tengok date before nak continue write this entry. Tak pe la, its not important kan. Forgot it !
~lama suda tidak guna Insyirah as my kata ganti nama diri ^_^.  Lain ni rasa dia...hihihi~


Sebenarnya saya tidak tahu apa nak taip bendea apa. Alhamdulillah tetiba 'dia' send something dalam mesej fB saya. Ada kaitan juga dengan orang-orang yang tak tahu masak like me la ^_^. Bukan apa, biasanya bagi orang-orang bujang termasuk saya juga (bukan semua yaa ^_^) suka membeli makanan yang segera. Macam maggi, keropok dan sardin tidak dilupa.


~Terima kasih buat 'dia' yang send mesej tu ya. Terima kasih dalam tidak sedar bagi saya idea untuk sambung cerita ni ^_^. Terima kasih~


Kalau saya tanya, 3 jenis makanan segera tu ada tak dalam rumah korang sekarang ini?? Maggi jangan kata. Mesti ada kan kan kan kan?? Hihihihi. Saya pun ada juga stok maggi dalam rumah. Dah lama beli tapi sampai sekarang tak sentuh lagi. Almaklum, dirumah sewa saya ada sahabat yang rajin masak. Saya pulak bila masak?? Entah la. Pernah juga masak tapi tidak sedap >__<


Oh ya, sardin?? Haaaaa siapa suka makan sardin?? Harap saya beli, tunggu laaaaaaaa mungkin tak akan beli. Kawan-kawan serumah pun jarang beli sardin. Entah, selera kitorang sama kot ^_^. 


Bah, saya kasi share la itu cerita. Sejauh mana kesahihan cerita ni saya pun inda la tau. Boleh la tanya yang lebih pakar tentang ni. Tapi bila fikir balik kan, makanan dalam tin ni nda bagus bah. Iya la, kalau kita sendiri pun boleh fikir kan. Better kita masak sendiri, insyaAllah lagi sedap ^_^.
~tiba2 tersleng sabah..nda apa la ba kan ^_^~


Bah....sila-silakan, sudi-sudikan membacanya. Kita ambil pengajarannya ya ^_^. Hikmahnya, kita kena masak. (untuk saya ayatnya macam ni " Haryati kena belajar masak !! "


~Sumber~



~~~BAHAYA SARDIN. ~~~ BACA! PENTING untuk PEREMPUAN!


Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin... cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-
Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh


Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.


Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.


Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.


Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.


Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.


Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.


Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.


Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.


Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.


Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.


Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.


Setakat mana kebenaranya


Wassalam wallahualam


copy paste dari Cinta Allah Cinta Abadi
by: Suffian Man




:: Tenang Melakukan Pergerakan Solat ::


Hidayah Allah hadir dalam pelbagai bentuk, pelbagai rupa, pelbagai cara. Ada manusia yang memperolehi hidayah melalui ujian hidup. Ada juga manusia yang memperolehi hidayah dengan kajian-kajian alam yang dilakukannya. Ada yang mendapat hidayah melalui pergaulannya bersama sahabat-sahabat muslim. Ada yang mendapat hidayah melalui ibadah-ibadah yang ada dalam Islam. Tidak kurang ada yang mendapat hidayah kerana indahnya memakai hijab. Tersimpan dan terjaga rapi.

Subhanallah!! Maha Suci Allah yang menganugerahkan hidayah buat kita. Tapi kena diingat, sungguhpun kita sudah memiliki hidayah janganlah kita merasa hidayah itu kekal selamanya. Sungguhpun kita dalam petunjuk, belum tentu diakhir hayat kita, kita masih dalam petunjuk. Oleh itu haruslah kita sentiasa meminta ditetapkan iman.

"ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati kami sesudah Engkau memberi kami jalan yang lurus. Tetapkan hati kami untuk terus berada dijalanMU" Amiin Ya Rabb !!

Ibu dan ayah saya juga dahulunya adalah seorang penganut agama kristian. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Ibu memeluk islam diusia remaja beliau. Waktu itu, datuk (ayah ibu) aktif dengan politik di Sabah dan bersahabat dengan ramai orang-orang Melayu (Islam). Persaudaraan yang erat itu membawa datuk memilih Islam sebagai kehidupan baru dan diikuti oleh adik beradik ibu.

Ayah pula memeluk islam kerana berkahwin dengan ibu. Alhamdulillah, pengislaman ayah berjalan lancar meski ada sedikit (sangat sedikit) tentangan dari keluarga. Alhamdulillah. Setelah penyatuan kedua orang tua saya, mereka pun membawa diri. Merantau demi mencari dan memaknai islam yang dianuti. Semoga ilmu yang dicari masih diamalkan sehingga sekarang. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Dia berhak mengambilnya atau memberinya tanpa ada sesiapa yang boleh menghalangnya.

"Ya Allah, kekalkanlah hidayah yang telah engkau campakkan kedalam hati kedua orang tuaku dan juga hidayah yang telah engkau berikan kepada kami T_T . Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibubapaku !!"

Sempat juga bertanya pengalaman mama dan bapa ketika masih beragama kristian. Mama dan bapa saya asalnya beragama kristian Seventh Day Adventist (S.D.A). Bagi agama S.D.A, penganut mereka dilarang dari makan makanan laut seperti udang, ketam, ikan bersisik dan ada lagi yang saya tidak ketahui. Penganut S.D.A juga tidak dibenarkan berkerja pada hari Sabat. Iaitu pada tenggelamnya matahati hari Jumaat sehingga tenggelamnya matahari hari Sabtu. Sepanjang hari itu, penganut mereka hanya disarankan untuk berehat dan melakukan kerja ringan-ringan sahaja. 

Terlalu banyak kisah yang dikongsikan oleh mama dan bapa saya tetapi kisah itu biarlah menjadi kisah perbualan dan tidak sesuai untuk saya menceritakannya di laman yang terbuka seperti ini. Bukankah kita juga seharusnya menghormati mereka dengan anutan agama mereka.

Terus terang saya katakan, keluarga sebelah ayah saya boleh dihitung menggunakan jari, berapa yang beragama islam. Adik beradik ayah saya juga, hanya ayah saya seorang yang beragama islam. Alhamdulillah, ada juga anak adik beradik ayah saya yang mengikuti jejak langkah ayah saya walaupun jumlahnya sedikit. Ingatlah, bukan jumlah itu menjadi hitunagan tetapi sejauh mana kita mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai islam dalam keluarga kita. Seramai mana pun ummat islam kalau tiada penghayatan dari penganutnya sia-sia juga bilangan kita yang ramai ini. (Peringatan buat diri sendiri utamanya !!)

Buktinya, lihat sahaja dunia kita masa ini. Kita sendiri boleh melihatnya.

Keluarga sebelah mama pula sudah ramai juga yang beragama islam. Adik beradik mama Alhamdulillah semuanya sudah beragama islam walaupun keluarga lain masih dalam agama asal mereka. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan mengekalkan hidayah yang sedia ada dalam hati kita. Amiin..

"ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk mengamalkan suruhanMU dan menghayati keindahan islam ini. Berilah hamba hati yang ringan dan mudah untuk mengamalkan ilmuMU. Jauhkan hamba dari sifat melengah-lengahkan solat, berikan hamba kekuatan untuk bangun di sepertiga malamMU. Jadikan hamba, hambaMU yang mengamalkan apa yang diperkatakan kerana amat besar amaranMU kepada manusia yang mengatakan sesuatu tetapi tidak mengerjakannya. Astaghfirullah. Berdosanya hamba !! Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah meski tidak layak hamba merebut cintaMu, meski begitu hina diri ini bersimpuh di atas sajadah cintaMU"

Hari ini walaupun cerita ini sudah hangat di muka buku, ingin juga ianya dikongsi di teratak usang milik sang hamba yang penuh dosa. Semoga suatu hari bila diri ini telah kembali kepadaNYA, ada juga kisah yang berguna buat generasi-generasi akan datang dan semoga kisah ini memberi pengajaran kepada sesiapa yang membacanya.InsyaAllah !!

KOMANDAN & 37 PRAJURIT KORSEL MASUK ISLAM: 
Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Irak. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. 

Saat bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa penasaran, ia mencoba menirukan seluruh gerakan sholat dan dipraktikan di kamarnya sendirian. 

Pada saat mempraktikan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan sholat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yang ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikan gerakan-gerakan sholat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. 

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit2nya, ia berkata: "aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam". Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya - untuk juga memeluk Islam. Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!


~ Semoga cerita ini bermanfaat buat kita ~





:: Maha Baik Allah ::


Disaat air mata mula membasahi pipi, dengan penuh kekuatan hati menahannya untuk terus gugur jatuh ke bumi. Ahhhhh aku tidak mahu untuk menangisi sesuatu hal yang tidak memberi apa-apa kebaikan untuk akhiratku. Kembali muhasabah. Allah, tangisan kali ini bukan sia-sia tapi satu tangisan pengharapan dan sebesar-besar harapan yang dipanjatkan kepada Allah. Siapa yang tidak punya harapan, lebih-lebih lagi mengharap keredhaanNYA!

Berbekalkan air mata yang membasahi pipi, hati mula berbicara bersama KEKASIH AGUNG. Mengharap dengan pengharapan yang tinggi.

"Ya Allah, ampunilah segala salah dan silap hamba, ampuni segala salah dan silap kedua orang tua hamba, ampuni segala salah dan silap guru-guru hamba, ampuni segala salah dan silap keluarga hamba, ampuni segala salah dan silap sahabat-sahabat hamba, ampuni segala salah dan silap hamba-hambaMU yang masih hidup ataupun yang telah mati"

"Ya Allah, andai ujian dariMU ini memberikan hamba kekuatan..maka berilah hamba keikhlasan untuk menerimanya, berilah hamba kelapangan hati untuk melaluinya, berilah hamba kekuatan hati untuk menghadapinya. Sesungguhnya tiada pengharapan dan pergantungan selain kepadaMU"

"Ya Rabb, andai ujian diambang penyatuan dua hati ini merupakan nikmat tersembunyi dariMU.. hadiah terindah dimasa akan datang buat kami dariMU, berilah kami kekuatan untuk berdepan dengan segala macam rancangan-rancangan yang berlawanan dengan kehendak kami. Berilah kami kekuatan untuk terus sabar menghadapi hari itu kelak. Berilah kami ketabahan hati ya Allah"

Amiin Ya Rabb...

Tanpa diduga, senyuman terukir dibalik derasnya air mata yang mengalir. Sangat-sangat bahagia. Maha Baik Allah, menganugerahkan sahabat-sahabat yang sentiasa membawa diri ini kembali kepadaNYA disaat rebah dengan goncangan hidup, disaat bersedih dengan lautan kedukaan, disaat menangis dengan percikan ujian.  Subahanallah. Maha Baik Engkau Ya Allah!!

Perlahan air mata diusap. Dipukul-pukul lembut pipi ini.."sudah laaa.. jangan nangis lagi...Allah menguji...Sabar ya...Sabar la...jangan nangis lagi...jangan nangis...sudah laa...sudah...InsyaAllah ada jalannya..." Berkali-kali pipi ini dipukul lembut. Berusaha memujuk mata yang enggan berhenti dari mengeluarkan cecair jernih. Gigih mengajak hati dan perasaan untuk berhenti berduka. Semangat membawa segalanya kembali kepada Pencipta Segalanya.

Pesan Iman ;-

"tersenyumlah sebab DIA dekat dengan sayang. Banyakkan mengadu padaNYA sayang. Tidak ada sesuatu yang sia-sia. DIA mahu sayang jadi kuat untuk ujian yang lebih besar. Untuk sesuatu yang baik itu pasti ada ujian-ujiannya sayangku. Tiada yang percuma kan?? Orang yang redha pada ketentuan ALLAH akan damai hatinya sebab dia tahu perancangan ALLAH itu yang terbaik. Kita hanya perlu berusaha."

"Kalau DIA kata, ujian itu yang boleh buat sayang lebih dewasa dan kuat hati, DIA akan berikan ujian tanda kasih sayangNYA. Sayangku, kalau bukan sayang yang kuat, siapa lagi?? Kan kan kan kan. Itu sudah lumrah. Tiada manusia yang tidak merasa ujian. Nabi sendiri pun ada ujiannya. Banyakkan istighfar sayang. Semoga dipermudahkan. Kerana DIA mahu permata hatiku ini bergantung harap hanya padaNYA, maka kita diujia. Put trust in HIM ya sayang"

Bidadari syurga kesayanganku (Sahabat) titip pesan buat diriku ;-

"Sudah tertulis takdirmu begini sejak azali lagi. Tapi semua ini tidak berlaku tanpa izin Rabb kita. Istiqamah la dalam kesabaran. Dunia ini bukan tempat berehat. Sabarlah dalam bersabar."

Allah.. Terubat keresahan dihati. Kembali mencari-cari semangat yang hilang. Aduhai semangat, mampirlah kepadaku (Dengan Izin Allah). Kembali tersenyum untuk hari esok dan seterusnya. Tetaplah sabar dalam kesabaran. ---> ^____^ <---

Jika kereta kita rosak, tidak mungkin kita menghantarnya ke kedai talifon, tidak mungkin juga kita menghantarnya ke kedai makanan. Sudah pasti kereta yang rosak itu tempatnya di bengkel kereta atau mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan membaikpulih kenderaan. Salah hantar, boleh jadi kereta kita bertambah teruknya dan pastinya memerlukan kos yang besar untuk membaikinya semula.

Begitu juga dengan kita. Jika sedih, gembira, suka duka, dan segala macam lagi dalam kehidupan kita.. kita kembalilah kepada Allah kerana kita ini kepunyaan Allah. Kita ini meminjam dari Allah. Nyawa hatta jasad kita ini adalah pinjaman belaka. Allah yang mencipta kita. Jadi, jika ada sesuatu yang terjadi kepada kita..segeralah kembali kepadaNYA. Allah punya seinfinity penawar terbaik.

~mata...tutuplah...tidurlah...jelanglah hari esok dengan semangat baru~

Ya Allah, berilah hamba kekuatan ^_^

Kalau dulu boleh, kenapa hari ini dan seterusnya tidak boleh?? Harus semangat!!! Kalau bukan saya, siapa lagi?? Harus kuat!!! Kalau bukan hari ini, bila lagi?? Harus tabah ^_^

Jom buat tepuk anak soleh-solehah..

Tepuk Anak Soleh
(tepuk tangan 3 kali)
Aku....
(tepuk tangan 3 kali)
Anak soleh...
(tepuk tangan 3 kali)
Rajin Solat
(tepuk tangan 3 kali)
Rajin ngaji
(tepuk tangan 3 kali)
Orang Tua
(tepuk tangan 3 kali)
Dihormati
(tepuk tangan 3 kali)
Kita Islam
(tepuk tangan 3 kali)
Sampai Mati
(tepuk tangan 3 kali)
La ila ha illallah muhammadar rasulullah
Islam, Islam, Islam..yea ^_^

~nanti upload video anak-anak soleh dan solehah ^__^~

"Sebagai hamba Allah, saya sayang awak"

:: Saat Lafaz Sakinah ::


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahlah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

~Tiba-tiba mood berubah~

Tengah jalan-jalan tadi, nampak lirik ni. Ingatkan sekadar kata-kata macam tu. Rupanya lirik lagu dari kumpulan Far East. Sekali dengar tidak best, dua kali dengar menusuk dikalbu. Allah..

Saya mentafsir lagu ni mengikut kefahaman saya pada lirik. Semacam lagu ini nasihat dari Ayah buat suami kepada anaknya. Allah.

Lirik ni benar-benar buat diri tersentak,

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Allah..T_T

:: Syahduuu ::



"eh, kenapa pula tiba-tiba mau nanges ni..Allah..jangan nanges Dui..Jangan.."
--------------------
(Lap air mata jap, susah pula menaip dengan linangan air mata ni. Lucu kan.)


++++++++++++++++++++++


Tadi tengok video ni,
~You got this video from someone who loves you~
*send it to someone you love*
= and i give this video to you because i love u =
----> Klik Ini <----


Allah...Terharunyaa. Sedih. Mau nangisssss T_T. Subahanallah, begitu Maha Penyayangnya Allah mencampakkan rasa kasih sayang dalam hati dan perasaan kita. Dua organ yang secara zahirnya adalah milik kita tapi hakikatnya ia hanya organ dan rasa pinjaman dari Allah. Kalau bukan kerana Allah yang menghadirkan rasa itu, masakan kita bisa berkasih sayang hari ni. Allah..Baik sungguh Allah. Allah. Terharunya T__T.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah





:: Sayangnya ALLAH Pada Perempuan ::


 SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers