:: Angry Bird ::

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang ini, dalam MukaBuku sudah banyak aplikasi-aplikasi game yang dibuat. Ada yang best ada yang tidak best. Farm Vill...apa lagi? Itu saja yang saya ingat. Dan terkini sedang hangat pula aplikasi game angry bird yang memang PANAS kalau main. Betul. HANGAT. Memang HANGAT. Apa tidaknya, bukan saja patung angry bird yang banyak dipasaran malah baju, pembalut hadiah, stiker-stiker dan macam-macam lagi barang-barang yang akan ada lambang angry bird. Sampai ada juga kereta yang dihias dengan lukisan angry bird. Ish ish ish. Fanatik sangat dengan angry bird ^_^.

Saya tidak terkecuali.  Main juga angry bird. Saya sebenarnya tidak tahu pun tentang angry bird. Kawan serumah saya tu ada beli iPhone dan dalam iPhone dia tu ada aplikasi game angry bird tu. Hari tu tengok dia main. Saya pun tengok juga la. Almaklum tidak pernah tahu apa game tu. Eh, macam best ni. Mula lah saya pinjam iPhone dia tu untuk main game tu. Ceh, kira macam gian juga jadinya.

Selepas main dua tiga kali, saya pun mula bosan. Lagi pun sudah lama tidak main game ni. Bukan apa, kalau dilayan sangat game ni tak pasal-pasal solat boleh terabai. Kan nyayah tu !! Bukan saja solat, makannya, kerjanya, mandinya, kesihatannya, duitnya dan banyak lagi akan terabai. Siyes saya cakap ni. Saya tidak bergurau. Betul kan betul kan betul kan??

Mula-mula main punyalah hepy bila dapat pecahkan rumah-rumah 'ot-ot' tu dan musnahkan "ot-ot" tu sekali. Best !! Tapi, sekali tidak dapat hancurkan rumah-rumah "ot-ot" tu dan tak dapat musnahkan "ot-ot" tu, AllahuAkhbar !! Punya la geram + panas = macam nak hempas saja komputer opis ni ! Allah. Game ini telah membuat kesabaran saya hilang. Ish ish ish. Bersabar ditempat yang tidak betul. So, saya pun buang game ni dari Miss Lappy. Biarlah kita bersabar diatas sesuatu yang bermanfaat. ^_^v peaceee.

Oh ya, "ot-ot" dalam game ni sudah macam 'engineer' pula kan. Iya la, bina bangunan rumah dia yang kukuh. Siap ada bongkah air, papan, lepas tu ada pula batu-batu menghalang. Siap "ot-ot" tu boleh bersembunyi dengan selamat diatas binaan kukuh dia tu. Tu yang buat orang geram tu ! Huh ! Kalau setakat bird-bird tu nak hancurkan, memang susah la (pengalaman saya la..hihihi). Tapi kalau orang yang sudah teror orang kata, mmmm kacang saja tu kot. Saya tidak main habis lagi. Malas sudah so tidak tahu la macam mana permainan seterusnya.

Duuuuuuuuuuuuuuulu (ceh...menandakan sudah lama la tu kot..hikhikhik), saya pernah main satu game. Nama game tu Zombie vs Plant. Tau tak game tu? Eleh, mesti tau kan. Hihihi. Mau tau, saya pernah tidak tidur semalaman gara-gara main game tu. Sedar-sedar saja sudah azan subuh. Main lepas solat isya'. Nasib baik sudah solat isya' masa tu. Bayangkan pulak kalau belum solat isya?? Kan sudah tertinggal !! Astaghfirullah.. Bila sedar azan berkumandang kan, Boleh pulak saya cakap macam ni ;-

"eh.....orang masjid ni kenapa azan isya' dua kali? Mimpi apa pulak pak imam ni?"

Memang masa tu saya sudah blurrr. Kebetulan game tu saya bagi full screen. Saya pun pause la game tu sekejap then tengok jam di Lappy. ASTAGHFIRULLAH !!! Sudah jam 5 pagi ! Azan subuh la HARYATI !!!!! Masa tu baru sedar bahu dan belakang ni lenguh-lenguh. Mata pula terasa sakit. Apa tidaknya, asyik tengok screen Miss Lappy kan. Langsung tidak rehat. 

Sejak dari kejadian tu, saya sudah tidak main game zombie tu. Kalau main pun saya buat screen yang kecil supaya saya boleh tengok jam. Tapi sudah laaaaaaama tidak main game dalam lappy ni. Kalau edit-edit gambar tu rajin la. Itu pun sudah jarang dibuat. Almaklum kemalasan tahap gaban. Kalau dulu, punyalah rajin edit gambar. Semua gambar mahu diedit. Bukan edit guna ps3 tu. Kalau itu saya belum teror. Nanti minta ajar dulu sama yang PAKAR ^_^

Aik.. ok ok. Back to the topik asal. Pasal Angry Bird la. Hari tu, saya ada la terbaca dalam post hamba-hamba Allah di MukaBuku ni yang kata angry bird ni hina islam. Terlalu banyak propaganda tentang cerita ni. Ada yang buat spekulasi macam ni, ada pula orangnya persepsi macam tu. Banyak la. Saya pun ada juga la baca-baca.

Salah satu yang menghina islam (mereka kata, bukan saya ^_^v), angry bird warna biru tu sebut 'alhamdulillah' bila kita lestik dia ke arah bangunan si "ot-ot" tu. Eik, iya ka? Saya ada juga cuba-cuba dengar. Entah la. Susah juga mahu cakap. Tidak tahu sejauh mana kesahihan propaganda tentang angry bird ni menghina islam.

Emm, pandangan saya la. Rasanya tidak perlu kot kita perbesarkan benda ni. Bukan apa, tidak jelas sangat kan benda tu menghina islam. Kalau kata permainan tu kurang sopan sebab ada "ot-ot", boleh la diterima kot. Lagi pun "ot-ot" tu tidak jelas sangat kan dia tu memang "ot-ot" asal. Hahaha.

Tapi kalau macam kisah dulu, karikatur menghina Rasulullah di Denmark tu memang sudah terang lagi bersuluh. Jelas dan Nyata menghina Islam terutama lagi menghina Rasulullah. Kalau setakat angry bird tu, wallahualam. Saya tidak berani nak kata yes or not menghina islam. Ya, belum tahu kesahihannya lagi kan. Apa-apa pun kita jangan terlalu ikutkan kata-kata orang yang cepat menyebarkan sesuatu tanpa usul periksa.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers