:: Pokok Semalu ::


Hebat mana kita merancang untuk diri kita, MAHA HEBAT lagi Allah yang merancang untuk kita. Kita tidak boleh mengubah takdir yang telah Allah tentukan buat kita, tapi kita boleh mengubah diri kita untuk menerima ketentuan dariNYA. Syukur dan Sabar. Pengajaran buat diri yang sering terleka. Rancangan awalnya sekadar ingin berziarah ke tanah Ranau. Tidak berniat untuk bermalam.Atas cubitan kasih dariNYA, kami terpaksa bermalam juga di Homestay Walai Tokou di Kampung Sinisian.

Bersama mama, nenek, adik (Apik), adik (Kundung), kakak (Ompoi), Kak Syuhada dan srikandi kesayanganku Athira dan Saizzah, putera kecintaanku Arif. Selesai makan, kami bergerak ke rumah penginapan. Ada rasa sedih dihati. Si Kakak tempatku bermanja (Erna & Odea) terpaksa balik semula ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Begitulah lumrah kerjaya seorang Wartawan. Bila-bila masa sahaja perlu siapkan diri. Dipanggil, hadirnya menjadi kewajipan.

Nah, begitu juga kerjaya kita sebagai hamba. Bila Allah memanggil, segera datang tanpa ragu. Korbankan segala kesenangan hidup keranaNYA. Hakikatnya diri ini sentiasa menangguh ketika panggilan menghadapnya datang. Masih belum sanggup dan masih belum bisa mengorbankan nikmat dunia yang sementara. Astaghfirullah -_-


Sempat mengambil gambar kenangan bersama srikandi kesayanganku. Tersenyum mengingat telatah Tira. Meradang sepanjang hari itu. Meradang kerana dilarang memanjat tembok papan tanda. Sepanjang perjalanan memujuk. Tangisan yang membingitkan telinga. Lenguh tangan mengangkat dia. Sampai saja dirumah penginapan, tangisannya masih keudara. Mengajaknya keluar, meninggalkan Kak Syuhada dan dua lagi anak buah dibilik. Mama, nenek, Kundung, Ompoi dan Apik sudah berangkat balik ke Kota Kinabalu. Kami masih menunggu di homestay.

Umi : ok, sekarang Tira bagi tau umi apa yang tira mau sebenarnya? Kalau Tira nangis macam ni, mana umi tau apa yang Tira mau.

Langsung tidak mendengar kata-kata. Saya dekat dengan dia. Merenung matanya. Ada rasa marah dalam hati, astaghfirullah cepat-cepat rasa itu dibuang. Dia anak kecil. Tidak tahu apa-apa. Sabar. Kak Syuhada sudah kebingungan menjaga si Arif dan si Saizah. Semuanya dengan karenah masing-masing. Kadang-kadang naik juga suara ni dan tangan juga sempat mencubit si Arif yang penuh dengan karenah macam-macam.

Umi : ok, mari sini. Tira pakai selipar ni. Kita pegi jalan sana. Cepat.

Akhirnya dia akur. Tapi masih ada perasaan marah diwajahnya. Penat memujuk. Tidak mahu berjalan, mahu digendong juga. Lenguh tangan mengangkat Tira yang sudah berumur 4 tahun. Tidak apa, belajar dari pengalaman ini ^_^


Antara dialog bersama Tira ketika usaha memujuknya. Meletakkannya diatas tayar kereta. Merenung matanya yang bulat.

Umi : Tira, tira marah umi ka? Minta maaf aa. Umi larang Tira panjat sebab umi tidak mau tira jatuh. Tempat tu bahaya. Kalau jatuh siapa susah nanti? siapa yang dapat sakit nanti? Tira kan. Kalau kita ada kenderaan tidak apa, ini kita tidak kenal siapa-siapa di sini. Mau tunggu Apik ambil, lambat lagi. 

Tira buat muka membantah. Menunjuk-nunjuk ke arah tempat dia memanjat. Masih belum puas hati bila keinginannya dihalang. Tetap bersabar.

Umi : ok, kita boleh pegi sana. Tapi Tira kena jalan sendiri. Umi penat angkat Tira. Tira bukan baby kecil lagi. Tira sudah besar kan. Lagi pun, umi lapar. Umi makan sikit saja semalam. Tidak sampai separuh pun. Sekarang sudah jam 11 pagi. Dari pagi belum makan. Tira jalan saja aaa.

Memujuk Tira. Alhamdulillah. Akur dengan perintah. Saat itu, perut ini sudah mula berkeroncong. Menahan lapar tapi dilayan juga anak manja ini. Tidak mengapa, bukan selalu dapat bersama dengan dia. Hati memujuk, perut ini bila-bila dapat diisi. Tetaplah bersabar.


Umi : eh..tira, tengok ni. Pokok semalu. Mari sini. Tengok, kalau umi sentuh dia mesti tutup... Subhanallah. Cantik kan..

Tira akhirnya bersuara. Mungkin terkejut melihat keajaiban ciptaan Allah. Tira menghampiri pokok semalu. Penuh hati-hati. Direnung dalam-dalam. Tangan mula digerakkan. Menyentuh salah satu daun pokok semalu. Tertutup. Dialihkan kepada daun yang lain. Tertutup. Tira mencuba lagi. Penuh semangat. Satu-satu daun disentuhnya. Tiba-tiba dia bersuara ;-

Tira : umi, naaaa dia tutup.. (suara anak yang minta puji >_<)

Umi : Iya. Dia tutup. Malu bila disentuh oleh orang asing. Tira, cuba tira tengok pokok semalu ni.. sekali sentuh saja sudah tertutup. Naaaa, tira pun macam itu aaa. Umi cakap sekali saja, tira mesti dengar. Bukan umi saja, semua la. Bila nenek, atu, mama, bapa, ibu, kundung, apik, boboi, kakak sama abang cakap, selagi perkara tu betul tira mesti dengar. Macam pokok semalu ni la. Boleh??


Tira : emmmmmm. (mengangguk). Tidak boleh jajal ka umi?


Umi : (tersenyum) iya. Tidak boleh nakal-nakal aa. Jadi, sekarang ini kita balik bilik dulu. Makan, solat lepas tu kita pegi sini lagi main dengan pokok semalu. Tapi kena hati-hati aa. Pokok semalu ada duri.


Tira : kenapa ada duri umi?


Umi : sebab itu salah satu cara dia melindungi diri dia dari ancaman sesiapa saja. Macam tira, apa pelindung diri tira?


Tira : pisau. Tajam tu.


Umi : aikk.. pisau?? Pelindung kita Allah la. DIA selalu jaga kita.


Tira : oooooo. Bila dia buka balik umi?


Umi : Bila dia rasa selamat dia akan buka balik. Jadi, sekarang ini kita balik bilik dulu. Makan, solat lepas tu kita pegi sini lagi. Masa tu mesti dia sudah buka. Boleh?


Tira : okey umi.


Alhamdulillah. Akhirnya terpujuk juga hatinya. Alhamdulillah

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers