:: Santai Ruang Tamu ::


Ada sahabat bertanya, kenapa saya menulis didalam blog? menceritakan kisah-kisah hidup saya dalam blog. Saya tersenyum. Itu bukan soalan pertama saya dengar. Sudah banyak kali soalan itu diutarakan. Malangnya terbiar tanpa jawapan. Hari ini saya menjawabnya.

Bismillah, 
Kenapa saya menulis kisah-kisah hidup saya dalam blog ni? Pertama, insyaAllah semua ini diniatkan Lillahi Taala. Semoga segalanya keranaNYA semata-mata. Kedua, blog ini merupakan diari terbuka saya. Sesiapa boleh membacanya tanpa halangan. Anda suka, saya suka. Anda tidak suka, maafkan saya kerana membuat anda tidak suka. Tiada daya saya untuk membuat anda suka (^_^)v

Ketiga, ingin berbagi rasa gembira, bahagia, suka duka, pahit manis dan segala macam lagi perasaan bersama pembaca. Semoga bermanfaat buat kita bersama. Saya manusia biasa, bila-bila masa boleh kehilangan memori terindah. Sekurang-kurangnya bila saya menulis sedikit sebanyak kisah-kisah saya, saya akan mengingatnya semula apa yang terjadi sehari sebelum dan sehari selepas kejadian itu apabila saya membaca kisah itu. Begitulah seterusnya. Semoga dengan itu, saya tidak terlepas dari kenangan-kenangan yang pasti akan berlalu tanpa disedari.

Nah, oleh kerana itulah saya akan berusaha untuk menulisnya. Bukan mengharap mereka-mereka membacanya. Cukuplah sekadar saya menulisnya mengikut rentak hati berirama. Semoga semua yang ditulis bermanfaat kepada saya yang utamanya dan kepada anda yang membaca khususnya. Maaf sekiranya ada tinta yang tidak menyenangkan hati. Maaf,
---------------------------------------------------------

Semalam selepas mengajar anak soleh solehah di Surau Al'amin, singgah membeli burger untuk buka puasa. Kalau mahu masak, memang tidak sempat sebab jam 8.30 malam pula ada kelas Quran. Sampai rumah, tengok-tengok kak Syuhada dan Kak Wan di ruang tamu. Makan nasi goreng. Kak Syuhada masak. Kebetulan Kak Syuhada pun puasa juga.

Saya?? Selepas makan burger, sambung lagi makan nasi goreng yang Kak Ada masak. Kak Nurul ikut sama menjamu selera. Selepas makan, kami pun bercerita itu ini. Terlalu banyak topik. Sambung menyambung. 

Antara perbualan yang sempat dirakam dalam kepala ;-

Kak Ada : Yati, habiskan nasi tu. Alang-alang sudah bah. Sikit saja lagi. Cepat.

Yati : nda mau ! kenyang sudah ni. Kak Nurul laa.

Kak Nurul : saya pun sudah kenyang bah.. tidak mau lagi. Habiskan bah, suami soleh itu.

Yati : hah, kak Ada, habiskan. Suami soleh tu.

Kak Nurul : iya betul tu.

Kak Ada pun makan baki nasi yang tinggal. Kami tergelak bersama.

Kak Nurul : Yeaaaaaa. Kak Ada habiskan. Suami Soleh. InsyaAllah.

Yati : ok ok ok ok. Cepat tadah tangan. Kak Wan angkat tangan kita berdoa. "Ya Allah kurniakanlah suami soleh kepada Kak Ada"

Kak Nurul : aiiiii kita bah..bukan Kak Ada sorang.

Yati : hehehe.. Ok ok ok. "Ya Allah kurniakanlah kami suami yang soleh...aminnnnnnnnnnn"

Kak Ada, Kak Wan, Kak Nurul : amiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnn.

Nah, itulah kami. Kalau sudah bercerita pasti tidak ingat lagi kerja yang lain. Sempat juga buat sesi luahan hati ke hati. Mendengar luahan sahabat kesayangan kami ini. Ada cerita sedih, geram, lucu dan macam-macam ada. Selepas makan, kami makan buah rambutan lagi. Kiriman dari kampung kak Nurul. Sedap. Alhamdulillah. Sempat juga 'membuli' kak Nurul dan Kak Ada. Almaklum adik mereka ini terlalulah manja. Sehingga kulit rambutan tu pun Kak Nurul atau Kak Ada yang tolong kopekkan untuk si adik. Ish ish ish~~.

Kak Ada dengan rajinnya tolong bersihkan meja makan. Saya dengan Kak Nurul mengusik. Kak Ada pun tersipu-sipu malu dan mengusik kami semula.

Kak Nurul : Yeaaaa kak Ada tolong kemas. Ada pahala itu.

Yati : Ya. Banyak pahala. Hehehe. Kalau kakak saya kan, Erna. Hari tu kami makan dikedai, saya yang mau bayar tapi dia cakap macam ni "kamu ni, bagi-bagi bah pahala. Saya pun mau juga kumpul banyak-banyak pahala. Bukan kamu saja. Saya bayar" Hahaha. Hah, kak Ada kumpul banyak-banyak pahala aa..

Kak Nurul : Nah, ini lagi kak Ada. Dapat pahala juga.

Gelak pun terlerai. Aduh, malam itu memang tak kering gusi dibuatnya. Kerja terhenti seketika. Ada usrah santai tanpa diduga.

Kak Nurul : eiiii, dengar ba. Kamek sik ingat la hadis ka apa. Tapi bunyinya macam tok, tok kisah Aisyah dengan Rasulullah lah. Aisyah madah macam tok, "ya Rasulullah, hanya tinggal tulang ini untuk kita, yang lainnya telah diberikan kepada yang lain".. Rasulullah pun madah "ya Aisyah, sebenarnya bukan ini saja yang tinggal tapi yang inilah yang sebenarnya yang terbuang". Kitak faham sik maksud Rasulullah ya? Apa yang kita beri itu sebenarnya yang tinggal, yang untuk kita ya sebenarnya yang terbuang. Macam makanan nak, kita makan ya tapi akhirnya ya jadi najis. Tapi yang kita berik ngan orang ya sebenarnya untuk kita. Untuk akhirat kita.

Yati : ya ya ya ya ya. Faham. Iya kan, betul juga tu.

Kak Ada : Iya. Betul tu. Maksudnya, kalau makanan tu kita bagi orang itu sebenarnya milik kita nanti. Ok. Usrah ni. Akak dengan Yati macam tu la. Tengah-tengah cerita tu, tiba-tiba akan kaitkan semula macam yang kita cerita la.

Yati : itu la. Sudah habis luahkah masalah ofis dan share-share cerita, ceh diakhirnya cakap macam ni "nda apa ba kan, mesti ada hikmah kan. Sabar". Pujuk diri sendir konon. Hahaha

Kami pun tergelak sama. Walaupun tujuan awalnya sekadar ingin bersantai-santai diruang tamu, ada juga ilmu yang bermanfaat yang sempat kami kongsikan bersama. Belum lagi ditambah sesi mendengar luahan hati ke hati. Tapi sesi itu tidak boleh diceritakan di ruangan ini. Kenapa?? Sulit dong ^_^v

Kak Nurul : kamek nak, bersyukur sangat sebab Allah tapis sahabat-sahabat kamek. Kebanyakan sahabat kamek kenal dalam majlis ilmu, program-program.

Kak Ada : dan kita kenal disini...hehehe

Sekali lagi tawa bergema diruangan santai kami. Tempat kami melabuh segala keresahan, kegembiraan, kebahagiaan, dan kisah bersama. Terlalu indah bersama mereka. Terlalu Maha Baik Allah mengurniakan saya sahabat-sahabat yang sentiasa membawa hati ini tertarik kepadaNYA. Sungguhpun saya lah antara adik yang manja, selalu saja buat kecoh, mereka tetap sabar melayan. Ya Allah, terlalu indah hadiah ini. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Yati : oiiii jam 8 sudah oiii. Ngaji ngaji. Mandi mandi.

Kak Nurul : seronok bercerita sudah bah..

Kak Ada : dah tak sedar jam dah. Cepat !

Selepas membersihkan diri, sepatutnya kelas bermula jam 8.30 malam, tapi kami keluar dari rumah sudah jam 8.30 malam. Nah, inilah pertama kali kami terlebih lewat. Tidak mengapa. ustaz tidak akan marah punyer. Sampai saja di kelas, hanya ada 4 orang yang hadir ditambah kami berempat pula, hari ini hanya 8 saja yang hadir mengaji. Mungkin yang lain ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Ujian surah an-nazii'aat. Seperti biasa, saya akan membaca dihadapan kak Ada sebelum diuji di depan Ustaz Sodikin. Kak Ada adalah pelajar cemerlang dalam kelas. Berkali-kali membaca di depan Kak Ada, hehehe ada juga yang salah. Sabar dia melayan si adik manja. 

"Kak, nama kamek Haryati. Panggil kamek 'Ha' ok..."

And now, i have a new name.... Ha. Sweet ^_^v

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers