:: Segalanya Bermula Di Sini ::


Disaat air mata ini tidak mampu untuk ditampung lagi, lantas diri mengingat kembali pada keadilan yang Allah bentangkan dihadapan ku sekarang. Antara percaya dan tidak. Maka aku memilih untuk PERCAYA padaNYA disaat kepercayaanku kepadanya sedikit goyah. Masakan tidak, diri ini juga miliknya! Selayaknya aku percaya dan yakin padaNYA.

Iya, benar setiap kita punya kisah silam yang kelam. Percayalah. Mungkin kisah kita berbeda tapi jalan penyelesaiannya sama, kembali kepada Allah kerana kita datang dariNYA. Memang amat perit untuk kita melupakan kisah kelam dalam diri kita. Tapi apa daya kita untuk memutarkan kembali waktu yang telah berlalu. Waktu yang tidak mungkin dapat kita ubah walau sehebat mana teknologi yang kita miliki. Jangan biarkan kisah dongeng doremon menghantui kita. Tidak! Tidak mungkin kita kembali kezaman budak hingusan seperti mesin masa dongeng itu!

Maka aku memilih untuk PERCAYA sekali lagi bahawa Allah itu Maha Pengampun. Hanya dengan taubat, kita pasti mampu menjalani kehidupan ini. Usah dikenang kisah kelam yang terjadi dalam diri kita kerana makin dikenang, makin ia memakan diri. Tapi jangan sehingga kisah silam itu membuatkan kita tersalah langkah lagi. 

What you give, you get back.

Benar. Apa yang kita lakukan dalam hidup kita, kita akan dapat balik imbalannya. Aku punya kisah. Kisah hidup yang sentiasa memburu. Terkadang menangis mengenang kisah itu. Ada sesalan dihujung nafas. Tapi aku yakin, pasti setiap kita punya kisah silam yang kelam. Tapi aku lagi yakin bahawa setiap kita yang punya kisah silam yang kelam tidak selamanya berkelana dengan kisah itu selagi hidayah Allah tidak diabaikan. Maka aku memilih untuk percaya lagi.

Perlahan air mata disambut lembut oleh jemari yang sentiasa hadir membantu disaat empangan ini pecah. Dipujuk hati yang tengah gundah. Usah ragu, usah bimbang. Aku akan sentiasa memilih untuk percaya. InsyaAllah. Iya, disaat segalanya hampir punah.. maka aku memilih untuk percaya bahawa Allah tidak sesekali menimpakan ujian ini tanpa tujuan. Siapa kita untuk menidakkan kekuasan Allah. Yakinlah, sebentar lagi senyuman itu pasti terukir kemas. Bukankah itu sudah menjadi lumrah kehidupan kita.

Disaat beginilah ujian dari Allah itu silih berganti. Tapi aku yakin, dihadapan aku kelak pasti terhidang ujian yang lebih besar dari hari ini. Masakan pelajar sekolah menengah diberi soalan kira-kira budak tadika. Itu mustahil. Nah, begitu juga kita. Akan diuji mengikut kemampuan kita bukan diluar kemampuan kita. Maka, untuk berhadapan dengan segala ini, pilihlah untuk bersabar dan bersyukur. Bersabar kerana ujian, bersyukur kerana kita hamba terpilih untuk diuji. Bukankah itu tandanya Allah hampir pada kita??


Pegang ini kata-kataku :- "dahulu, hari ini, insyaAllah esok dan akan datang aku percaya kepada dirimu. Jangan sia-siakan kepercayaan ini kerana aku percaya kepadaNYA.."

~Salam Maal Hijrah~

Segalanya Bermula Di Sini --> HATI <--


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers