:: Kasih Bersemi ::

Assalammualaikum wbt..

adik,
apa khabar adik di bumi bawah bayu? Akak sentiasa mendoakan adik dari kejauhan. Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur dan berukhwah hanya keranaNYA semata-mata.


Teringat dialog ni ;-

Akak : dik, akak ni suka bergambar. Jangan hairan a..

Adik : hee..nda bha kak..

Akak : Jom bergambar. Nanti akak edit. Hobi.



Akak : macam mana study? sekolah ok?

Adik : ok kak. semua ok (senyum)

Monolog si kakak kecik 'adik ni, semua ok..hihi'

Akak : Alhamdulillah kalau ok. Ukhwah pula macam mana?

Adik  : Lagi ok kak..Tiada masalah (senyum sampai mata tertutup)

Monolog lagi si kakak kecik 'aik...adik ni biar betul.' (tersenyum)

*sangat mengembirakan tengok senyuman si adik ni. Ada sinar ketenangan diwajahmu dik. Semoga Allah melindungimu dan menyayangimu selalu*


Akak : adik...adik duduk diam dulu. Akak take pic dulu.

Adik : (diam. Nda bergerak la pula. Lucu ni)

Akak : Nilam, boleh tolong amik gambar akak dengan eyla?

Nilam : boleh. (tersenyum)

*adikku Nilam, jangan rasa terasing dengan akak. Adik tetap adik akak. InsyaAllah kita kongsi rasa sayang kerana Allah ini bersama ^_^*


Akak : Dik, jom bergambar lagi (terlari-lari anak, macam budak-budak)

Adik  : Kakak ni. Suka betul dia bergambar

Akak : (tersenyum malu) Kan akak cakap akak ni suka bergambar. Mari sini pegang tangan akak

Adik : lucunya mau pegang tangan. (senyum lagi sambil tutup mulut. Pemalu)

Akak : Ai, biar la. Eh, malunya akak dik. Rendah kan akak. Nasib baik pakai kasut ni. Kalau tidak, eh malunya.. (tersenyum maluuuuuu)

Adik : biasa saja la kak. Jangan macam tu. Adik pula rasa lain

----------

Tu antara dialog-dialog kami.

Time kitorang duduk atas jongkang-jongkit kan, ada la tercipta satu dialog ni.

Akak : Nilam, mai sini akak take pic.

Nilam : Tidak mau la kak..

Akak : kenapa pula? (muka sedih)

Nilam : adik bukannya cantik.

*astaghfirullah. Sedih mendengar kata si adik manis ni*

Akak : Kenapa cakap macam tu? Dik, apa yang Allah jadikan, pasti itulah yang terbaik untuk kita. Ciptaan Allah itu terlalu Maha cantik. Kenapa kita perlu hina apa yang Allah takdirkan untuk kita? Sebagai manusia (hambar) kita mesti bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Jangan fikir macam tu lagi ok adik??

Adik : Kan Lam, saya sudah cakap. Kak yati tidak suka.

*memandang si adik..mesti adik pernah cerita tentang akak ni sama nilam ^_^*

Akak : Adik pun sama juga (buat muka bagi amaran..hihihi ganas tak ganas tak??)

Nilam, Adik, Akak : Senyum (Alhamdulillah)

~ adik-adikku, tahukah ada satu penyesalah dalam diri akak. Rasa bersalah sebab selama lebih 2 jam pertemuan kita, tiada perkongsian yang mampu akak berikan. Mungkin masih terasa janggal dan malu untuk bercakap. Maaf dik. Akak mengharap pertemuan kedua nanti (insyaAllah), dapat akak isi dengan pelbagai pengisian yang mendekatkan kita kepada Allah. Kita kongsi bersama dik~


Akak : Adik suka warna biru kan?? (menduga)

Adik : iya. Macam mana kakak tau? (senyum)

Akak : Entah. (diam)

^________^


Adik Nilam : kita jumpa lagi ya dik..... ^_^


Senyumanmu memikat hati ^_^

Senyumlah walaupun hatimu disakiti..

---------------------------------------------------------

Nanti kita story mory banyak ya dik. InsyaAllah akak akan balik lagi. InsyaAllah bulan 5 ni akak balik. Kita jumpa nak?? ^____^

Tinta Hati : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers