:: Sahabat, Aku Sayang Padamu ::

Assalammualaikum wbt pengunjung teratak usang insyirah,

Hidangan yang bakal anda ‘nikmati’ sebentar lagi adalah nasihat dan peringatan untuk empunya teratak yang utamanya. Tidak mahu hanya menasihati dan mengingati sahabat tapi diri sendiri terbiar. Satu saat, Allah akan uji kita dengan apa yang kita katakan. Itulah ujian dari Allah. Bak kata Pahrol Mohd Juoi, what u give ur get back.

Sangat-sangat lah merindui sahabat-sahabat. Mereka banyak mendidik insyirah mengenal erti ukhwah. Mendidik insyirah erti perjuangan. Syukran sahabatku sayang!!! Hanya Allah yang mampu membalasnya...















Pernah tak anda terfikir, siapa diri anda yang sebenarnya bagi sahabat anda. Adakah anda tempat mengadu nasib diri? Atau anda kawan bagi sahabat anda bila susah? Atau mungkin anda sekadar orang biasa. Yang lalu lalang di sekeliling sahabat anda itu? Atau anda hanyalah ‘kawan’ yang langsung tidak ambil peduli tentang apa yang berlaku pada sahabat anda? Fikir-fikirkanlah.


Jika saya ingin bertanyakan satu soalan, saya yakin, tidak ramai yang akan jawab, ‘selalu juga saya dengar’. Tapi, kebanyakkannya akan menjawab, ‘jarang la dia cakap macam tu’. Dan yang paling sedih sekali, mungkin ada di antara anda semua akan menjawab, ‘sekali pun tak pernah!’

Soalannya : Pernah tak kawan anda mengucapkan frasa ‘saya sayang awak’ kepada anda?

Saya beri masa 3 saat untuk fikirkan jawapannya.

Benar bukan, apa yang saya katakana di atas sebentar tadi. Memang jarang sekali di antara sahabat kita yang malu untuk mengucapkan sayang kepada kawan-kawan. Inikan pula kita, yang mahu menagih ucapan sayang daripada sahabat kita. Tapi ingat wahai sahabatku, sungguh manis andai kita tahu sahabat kita itu sayang pada kita. Malah, ubat yang pahit pun sanggup di telan kerana sayangnya seorang sahabat kepada kita.

Jadi, anda bila lagi?

Usah malu untuk ucapkan sayang kepada sahabat kita. Jangan jadikan kata-kata ‘saya orang Melayu, orang Melayu memang pemalu’ sebagai alasan untuk anda tidak mengucapkannya. Walaupun sahabat kita itu entah siapa-siapa orangnya, entah dari mana datangnya, yang langsung tiada kaitan darah daging dengan kita, tiba-tiba kita cakap kita sayang kepadanya. Sungguh, masuk akal.

Siapa anda di mata sahabat anda

Apabila ditanya, ‘apa tanggungjawab anda sekarang’ dalam kalangan kita, pasti ramai yang jawab, dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab kepada diri sendiri. Tetapi, mereka sering alpa dengan tanggungjawab yang lagi satu ini. Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab kita kepada sahabat kita. Memang ramai orang yang culas dengan tanggungjawab ini.

Baru-baru ini saya ada bertanya kepada seorang sahabat saya. Antara ramai-ramai manusia di muka bumi ini, kepada siapa yang dia mahu sampaikan dakwah Islam? Saya terkejut dengan statement jawapan yang dia beri. Bagi dia, dia lebih tertarik untuk menyampaikan dakwah Islam ini kepada orang yang tidak tahu langsung mengenai Islam. Bila ditanya kenapa, katanya senang untuk sampaikan kepada orang yang tidak tahu langsung daripada sampaikan dakwah ini kepada rakan yang tahu, tetapi masih jahil lagi. Katanya lagi, dia malu untuk sampaikan dakwah Islam kepada rakan sendiri sebab dia MALU. Memang satu perkara yang mengejutkan.

Bagi saya, rakan-rakan yang TAHU itu kita perlu diFAHAMkan. Ilmu-ilmu agama ini bukan setakat untuk kita tahu sahaja, tetapi kita perlu faham, dan terus masuk ke dalam hati. Dari kefahaman dalam hati itulah, lahirnya seorang muslim yang mengamalkan segala ajaran Islam tanpa disuruh dan berfikir dengan fikrah Islam. Tidak kasihan ke kita pada rakan-rakan kita yang selama ini, dengannya kita bergelak ketawa, dan dengannya juga kita menangis tersedu-sedan. Tapi, tiba-tiba di kampung akhirat sana, kita tidak dapat lagi bersama-sama dengan mereka.

Memang saya akui, saya juga pernah alpa dengan kehadiran insan-insan di sekeliling saya yang bernama sahabat ini. Tapi, jangan biarkan mereka meronta-ronta sendirian, tanpa garis panduan. Kita sebagai sahabatnya, sedikit sebanyak perlu memberikan kata-kata nasihat kepada mereka. Berada di tempat yang jauh daripada pandangan mata ibu bapa dan juga ahli keluarga yang lain, kepada siapalah seseorang itu boleh harapkan kalau bukan sahabatnya. Jadi wahai sahabatku, ayuh kita bangun dan laksanakan tanggungjawab kita.

Hak kawan kita

Andai dihadapan Allah nanti, sahabat kita mengadu,

“Ya Allah, dia ini sahabat saya. Dia inilah yang tak sampaikan agamaMu kepadaku. Dia,Ya Allah. Hari-hari dia pakai tudung labuh, tapi sekalipun dia tak pernah tegur saya untuk menutup aurat rambut saya. Baju yang dia pakai pun labuh. Tapi dia tak pernah nak tegur yang selama ini pakaian yang saya pakai semuanya tak menutup aurat dengan sempurna.

Hari-hari saya dengar dia baca Al-Quran. Setiap lekuk bacaannya saya sudah dengar. Namun, dia tak pernah pun nak ajak saya baca Al-Quran sekali dengannya. Saya malu nak mengaku dengan dia, yang saya nak sangat baca Al-Quran sama-sama. Sebab saya tahu, saya tak pandai tajwid, suara saya pun tak semerdu dia bila baca Al-Quran.

Ya Allah, dialah yang nampak saya keluar dengan pakwe saya. Tapi sekalipun dia tak cakap yang perbuatan saya itu salah. Malah dia hanya memandang saya dengan jelinagn mata yang tajam saja. Masa itu, saya tak faham dengan jelingannya.”

Jadi, bagaimana rasanya ketika itu? Memang jelas ternyata yang kita salah. Memang waktu itu, mulut kita terkunci rapi untuk memberi penipuan kepadaNya. Apa yang kita boleh lakukan lagi, bila waktu itu tiba. Sudah tak ada apa-apa lagi yang mampu dilakukan. Dan sesungguhnya, sangatlah rugi dan menyesalnya kita ketika itu, hanya sebab kita malu untuk mengajak sahabat kita ke arah kebaikan. Hanya sebab kita takut dia tak nak berkawan dengan kita lagi, kita sanggup menggadaikan nikmat syurga Allah yang teragung itu.

Sahabatku, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian memang tidak berguna lagi. Andai hak anda telah ditunaikan oleh seseorang, jangan lupa untuk tunaikan hak sahabat-sahabat anda. Mereka sedang menjerit, cuma kita yang tidak dengar jeritan mereka. Fikir-fikirkanlah.

Sesungguhnya, Allah ada berfirman,

“Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan“. Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”.(As-Syura, 42:23)

Tidak ada rugi bagi anda, sekiranya anda mencuba!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers