:: Muhasabah Kita ::


Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tidak siapa yang tahu. Semuanya demi maruah diri. Walau siapapun kita, dimana kita berada, langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak. Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang diuji oleh-NYA.

Ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita kerana kesedihan dan kekecewaan tidak bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami erti hidup ini.

~Salam Muhasabah~

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers