:: Berfikit Di Dunia Untuk Akhirat ::

Assalammualaikum Tautan Hatiku ^_^
 Note awak kite masukkan kedalam ni..Harap awak tak marah kite.. ^_^


Hidup ini adalah sememangnya hidup yang cukup memenatkan dan penuh dengan perkara yang tidak dijangkakan. Selagi hidup, selagi tubuh masih bernafas, maka selagi itulah ujian akan bertalu-talu menimpa insan yang serba lemah dan penuh kedhaifan.

Sedang hadirnya ujian itu ada bermacam ragamnya pula, ada yang berupa nikmat kesenangan dan ada yang berupa kepayahan dan kesusahan. Allah SWT, memberikan kita nikmat adalah untuk kita syukuri, dan Allah SWT menurunkan kesusahan untuk kita sabar dan tabah dalam kehidupan.

Jika kita fikirkan, keduanya itu kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Samanya adalah ujian, bezanya adalah bentuknya, ada berupa nikmat, dan ada pula yang berupa kesusahan.

Hakikatnya nikmat itu, adalah segala sesuatu yang mendekatkan insan kepada Allah SWT, kerana dengannya manusia mampu untuk meraih nikmatnya Syurga, suatu nikmat tidak terhingga di mana puncak kenikmatannya adalah menyaksikan wajah Allah SWT.

Manakala, hakikatnya kesusahan atau azab itu pula adalah segala sesuatu yang membuatkan insan jauh daripada Allah SWT, lupa akanNya serta berpaling daripadaNya, yang mana dengannya akan menghantar perjalanan insan menuju ke Neraka yang tidak terperi azabnya.

Inilah dunia, daerah ujian dan permainan senda-gurau yang tidak akan kekal selamanya. Jambatan menuju Akhirat. Tidak akan wujud kepedihan azab di dalam Syurga, dan tidak akan wujud kenikmatan bersenang-senangan di dalam Neraka, tetapi di dunia wujud kedua-duanya, agar manusia dapat menilai apakah yang hendak dicapainya di Akhirat kelak, nikmat Syurga atau azab Neraka?
 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers