:: Masalah :: Ujian ::

Assalammualaikum Tautan Hatiku ^_^

Sejak akhir-akhir ini saya kurang bersama blog atau lebih tepat lagi, jarang meng"update" blog. Banyak perkara yang lebih utama yang perlu saya selesaikan. Dengan kerja ofis yang sangat-sangat membingungkan otak (tiada kerja pun, on9 memanjang ^_^..ada kerja laa..). Ditambah pula masalah-masalah yang sangat sukar untuk saya ceritakan kepada sesiapa. Biarlah hanya Allah yang tahu. Kerana meskipun hati kita ada dalam diri kita, kita tidak mampu menjaganya tanpa Allah T_T



Ya. Setiap manusia punya masalah tersendiri dan tidak semua masalah itu dapat kita kongsikan kepada semua. Begitu juga saya. Saat ini, masalah yang melanda saya ini biarlah hanya antara saya dan Allah. Oh, kalau cakap masalah sepertinya saya seakan-akan mengeluh. Sepatutnya masalah yang kita lalui kita tukar kepada "ujian".

Ya. Allah menguji hambaNYA berlainan cara. Mungkin si Fulan dengan masalah keluarganya, si Fulan pula dengan masalah hatinya, si Fulan ini pula dengan masalah pelajarannya. Tetapi tidak boleh dinafikan, Allah menguji kita dengan masalah yang sama tetapi caranya berbeza.

Dengan perbezaan itu, kita boleh saling menguatkan. Saling memberi nasihat, saling mengingatkan. Lagipun Allah sudah berfirman "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.."  *al'asr : 3* Jadi, bersyukurlah kerana ujian itu mematangkan kita sebenarnya sekiranya kita benar-benar berfikir. Disamping itu, kita juga mampu memberi nasihat, semangat atau sebagainya kepada yang mungkin senasib dengan kita. Bukankah itu sangat-sangat dituntut dalam ISLAM??

Ramai yang kata, sakit, kecewa, sedih, kemalangan, banjir, kemarau, dan macam-macam lagi perkara yang kita tidak ingini adalah UJIAN. Minta maaf, kita betulkan tanggapan ini. Wahai diriku yang utama dan wahai sahabat-sahabat, wahai si pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah, ujian hidup bukan hanya itu.

PERLU DI INGAT !!

SIHAT,
SUKA,
KEMEWAHAN,
KEBAHAGIAAN,
MASA LAPANG,
PEKERJAAN,
dan banyak lagi....

itulah UJIAN yang lebih besar buat kita sebagai hamba Allah. Kenapa?? Lihat berapa ramai yang bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat ini?? Berapa ramai yang mempu menggunakan nikmat ini dijalan Allah?? Usah menuding jari kepada orang lain, cukuplah bertanya kepada diri kita sendiri!! Sejauh mana kita mampu bersyukur kepada Allah diatas segalanya?? 

Selalu sahaja diri ini mengeluh pada ujian kesusahan yang Allah berikan. Selalu juga diri ini melupakan nikmat kesusahan yang sebenarnya ujian tanda kasihNYA. Aduhai hati, sangat rugi engkau menjadi hamba yang tidak bersyukur!!

Mulai sekarang, cuba kita tukar perkataan "masalah" kepada "ujian". Perkataan  "masalah" ini menampakkan kita ini lemah dan seolah-olah putus harapan, tetapi perkataan "ujian" ini pula menampakkan kita seorang yang tabah kerana "ujian" merupakan satu ayat yang sangat sopan.

Biasakan diri kita menyebut "ujian Allah. Bersabarlah" dan jangan sesekali menyebut "masalah, sabarlah". Mendengarnya sudah merasa janggal apatah lagi mahu menyebutnya.

Wallahualam.. Sekiranya dalam blog ini ada perkara-perkara yang saya tersalah, tersilap, dan segala ter ter.. saya mohon maaf dan sedia menerima pendapat dan juga sedia untuk ditegur, dinasihati ^_^.
-------------

Sebenarnya bukan ini entry yang mahu saya coretkan. Tetapi tetiba pula hati ni berubah kepada masalah dan ujian ^_^. Ya, sekarang ini ujian Allah datang silih berganti. Semoga terus bersabar dengan ujian yang pelbagai ni. Tetaplah tersenyum kerana senyuman itu bukan sahaja satu sedekah tetapi satu cara untuk kita merawat hati..

^_____________________________________^

Comel dak?? Tersenyumlah. Tapi, macam katak pula senyuman di atas tu. Perasan tak?? Tak pe. Ok je kan.

^__^

Kalau senyuman ni, ok kan?? Comey gitu ^__^

Untuk yang sedang membaca, SENYUMLAH. Berbahagia diatas ujian yang Allah berikan. Sentiasa berfikir sebesar-besar ujian yang kita lalui, besar lagi ujian hamba Allah yang lain. Insya Allah, kalau begitu yang kita fikirkan..kita merasa bahawa ujian itu sangat manis ^_^. SANGAT INDAH. Mendekatkan kita kepada Allah. Bersabarlah... Ada rahmat yang tersembunyi...... SABARLAH DUHAI SAYANGKU.


Ayuh baca doa ini.. Semoga kita menjadi hambaNYA yang penyabar ^_^


Ameen ya Rabb...

^______^

1 comment:

  1. pentingkan yg lebih penting...:D
    smua manusia psti akan diuji oleh Allah, jadi kita harus melaluinya dgn sabar dan tabah supaya berjaya melepasi ujian-Nya

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers