:: Istimewa Buat Sahabatku ::

Assalammualaikum Tautan Hatiku ^_^
(note 12/12/2010)





Tadi sia menghadiri walimah sahabat seinduksi sia. Namanya Bakeri. Sia panggil dia Amoi. Dia panggil sia pula Apek. Masa induksi, dialah antara sahabat yang sia rapat. Time mendaki Gunung Serapi, Amoi ni la satu-satunya lelaki yang join kami. Kami berempat. Kak Atien, Kak Suri, Amoi dan sia Apek. ^_^. Sebenarnya dihadapan dan belakang kami ada ramai lagi la kawan-kawan. Kami berempat jalan seiring. Siap bergambar lagi. Sia nak upload gambar tu...tapiiiiii no need la kot ^_^

Amoi, ini sedikit kata-kata nasihat dan peringatan dari Apek. Peringatan untuk sia juga ba ni Moi. Sia sentiasa mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat kamu Moi.


Untuk Amoi, ( Bakeri)



Di Akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki-lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu (wanita adalah amanah kepada lelaki). Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Wahai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak-anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajar mereka bersolat? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar Neraka Jahanam.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, ibadat-ibadatnya dijaga, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke neraka.
Wahai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Wahai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat engkau akan terlepas. Engkau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat.

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa.Tidak lepas dari melakukan dosa. Sselamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, engkau juga akan ditarik menjadi penemannya.
Lihatlah. Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”



Untuk Isterimu Amoi.. ^_^ (untuk sia yang utama..)





" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan,
engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."

" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."

" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :

1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.

2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.

3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.

4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.

5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.

6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.

7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.


" Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."


-Dipetik dari 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' tulisan Muhammad Ali Qutb-

------------------------------------------------------------


Semoga satu saat, bila masanya tiba saya membuat satu keputusan yang berada dijalanNYA ^_^


1 comment:

  1. as salam, smoga entry ini dpt mnjadi panduan sdkt sbyk kpd kta smua...

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers