:: Detik Tahun Baru ::

Assalammualaikum w.b.t Tautan hatiku ^_^

Apa azam anda sempena tahun baru Masihi ni? Ops, sebelum tu nak tanya juga sama ada azam 1 Muharam tu dah terlaksana sudah ke belum? Mungkin titik permulaan pada 1 Muharam tu belum kita temui dan semoga tahun baru Misihi ini mampu membuka sebenar-benar lembaran baru dalam hidup kita.

Saya pun seperti anda juga. Ada azam masa 1 muharam tu yang masih belum terlaksana. Jadi kita sama-sama saling ingatkan agar azam itu kita laksanakan sebaiknya. Itu kan salah satu janji kita dengan Allah ^_^

"ya Allah..hamba memohon keampunan sekiranya janji hamba tidak hamba tepati T_T"

Tahun baru saya berada dirumah keluarga angkat. Almaklumlah hidup merantau di negeri orang. Menagih kasih sayang di tempat orang yang dirantau. Alhamdulillah keluarga angkat ini sangat baik hati dan sangat meraih tetamu. Terasa ukhwah yang terjalin seperti bertahun-tahun lamanya. Kebetulan saya pula seorang yang jenis banyak cakap dan kuat hahaha. Mungkin juga seorang yang lucu ^_^


Ada kegusaran dalam hati saya menjelangnya tahun baru. Apa agaknya yang dilakukan oleh insan-insan diluar sana yang datang untuk meraihkannya. Disambut tanda batas syariat, diraih dengan pergaulan yang bebas, dihidang dengan minuman syaitan, dimeriahkan dengan keseronokan!!

Tidak salah menyambutnya jika betul berada dalam syariat ISLAM. Islam tidak menolak hiburan tetapi biarlah hiburan itu tidak melalaikan kita dari mengingati Allah. Islam itu agama yang mudah jika kita benar-benar mengikuti garis panduan dariNYA.

Kenapa perlu saya gusar, risau?? 



Tidakkah anda tersedar bahawa kita pernah dikejutkan dengan kes pembuangan bayi?? Bukan satu, tapi berpuluh dan boleh mencecah ratusan jika ianya semua kes dilaporkan. 

Tidakkah anda terfikir akan ada bayi yang dibuang pada bulan 8, 9, atau bulan 10 nanti seperti yang berlaku pada tahun 2010 yang baru sahaja menutup tirainya?? na'uzubillahiminzalik!!!!

Itulah perkara yang sangat menggusarkan hatiku disaat detik tahun baru ini. Dimana-mana nilai MALU itu telah hilang !! 


Semoga detik tahun baru ini menjadikan kita hambaNYA yang lebih baik.

TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU.

Tapi, sekali sekala kita kena toleh juga kebelakang. Bukan untuk disesali tetapi untuk dijadikan pengajaran untuk kita memperbaiki yang akan datang. ^_^

1 comment:

  1. selamat tahun baru 2011...semoga tahun ini lebih baik drpd thn2 sblm...

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers