:: Pergilah ::

Assalammualaikum wbt Tautan Hati ^_^

Nak tahu, semalam insyirah menangis. Teresak-esak. Kak Ada yang melihat pun kehairanan.

Apa khabar semua? Sihat juga ke? Ke tengah demam? Almaklumlah cuaca tidak menentu terutama ditempat insyirah ni. Kejap hujan, kejap panas. Tapi tak apa. Hujan itu kan satu rahmat.

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!!!!!!!

Semalam insyirah dapat call dari kakak insyirah, Asmah.

"Assalammualaikum Dui....(suara menangis)"

"Wa'alaikummussalam..napa Dea???  (simpati)"

"Dui, pingka suda matiiiiiiiiiiii"

Tidak disangka-sangka air mata insyirah mengalir. Menangis. Teresak-esak. 

"iya......"

Insyirah sudah tidak dapat tahan lagi air mata. Satu persatu miau kami mati. Rupanya bukan miau kami saja yang seperti itu, miau cousin kami pun macam tu. Penyakit kucing merebak. Apa puncanya insyirah sendiri tidak tahu.

Mula-mula 2 ekor yang mati. Keesokkan harinya 1 ekor lagi yang mati. Dua hari selepas tu 6 ekor yang mati. Allah. Sedihnya. Tidak sempat jumpa Stand. Stend kucing insyirah. Mama yang bagi kucing tu untuk insyirah dan mama yang bagi nama tu untuk Stend. Hanya Allah yang tahu sakitnya hati menanggung kehilangan kucing yang selama ini mencuit hati dengan gelagat diaekor. Tapi insyirah redha dengan kehilangan diaekor.

Awal pagi kelmarin tu pula, dikejutkan lagi dengan kematian Itut. Hari kelahiran akak yang ke2+ untuk hari kematian Itut. Sedey. Kakak insyirah lah yang paling sedih sebabnya dialah yang menjaga keperluan kucing-kucing tu setiap hari.

Tempat tidur yang ditukar setiap hari, cuci najis2 diaekor 2 kali sehari (Subuh, Petang). Aduh mana mungkin dia bisa melupakan semua itu apabila tugas itu sudah menjadi rutin hariannya. Tapi kini????? Hanya ada Pingka dan Bulan saja lagi. Itu pun kesihatan Pingka tidak menentu. Badan Pingka lemah semacam. Bulan pula batuk-batuk. Aaaaaaaa insyirah sedih!!!!

Petang kelmarin jam 2 petang, kakak insyirah bawa Pingka pegi klinik haiwan. Pingka dapat 4 injection. Doktor haiwan tu kata Pingka kena jangkitan kuman di bahagian rahim. (ingatkan manusia je dapat sakit macam tu) Doktor haiwan tu ada la juga bagi ubat untuk Pingka. 

Masa dalam kereta nak balik rumah, Pingka tiba-tiba mengganas. Tidak suka dipegang. Padahal sebelum ni Pingka jenis yang suka dipegang-pegang. Tangan adik perempuan insyirah kena cakar. Mama pula berdialog sama Pingka ;-
"Pingka..jangan macam tu. Nda lama lagi sampai rumah. Sabar la.." (sambil menangis kesian tengok Pingka)

Insyirah yang dengar cerita dari kakak pun dah menangis-nangis inikan pula mereka yang melaluinya. Sampai rumah, adik insyirah letak Pingka di tempat tidur khas. Mama pula yang duduk ditepi tempat tidur tu menjaga Pingka.

Mama setia jaga pingka. Tidak pun mama berenggang dari Pingka. Macam jaga anak sendiri. Itulah kasih sayang namanya. Ihsan sesama makhluk. Tidak lama lepas tu, mama cakap pingka tarik nafas dua kali. Kuat. Lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........

Mama menangis. Adik insyirah menangis, kakak insyirah lagi la menangis. Pingka pun mati juga petang tu. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Insyirah kalau ingat sama Pingka mesti menangis. Pingka ni manja bah!! Selalu buat kami ketawa. Ada saja aksi yang mencuit hati. Lepas tu Pingka ni selalu tirur atas dada. Muka dia hadapkan di muka kami. Lepas tu, dia mengiau-ngiau lembut. Seolah-olah bercerita. Aduhhhhhhhhhhhhhh rindunyaaaaaaaaa.

Seisi rumah menangis sebab kematian Pingka. Paling insyirah sedih, kakak insyirah kata macam ni..

"Nda apa Dui..sia redha. Mesti ada hikmah kenapa Allah ambil semua kucing-kucing yang kita pelihara. Dulu masa jumpa Pingka, Pingka kurus, comot tapi lepas sia jaga..Pingka berisi ni. Kuat main. Sekarang tiada sudah si Pingka. Tiada sudah kerja sia pagi-pagi. Tiada sudah Dui. Tinggal si Bulan lagi keseorangan. Siapa la mau kasi bersih badan si Bulan?? Selama ni si Pingka yang selalu kasi bersi badan si Bulan. Sunyi la si Bulan lepas ni. Si Bulan sekarang pun sakit, kalau si Bulan punnnnnn"

"Dea....jangan cakap macam tu. InsyaAllah ok juga ba tu si Bulan. Esok bawa la pegi jumpa doktor haiwan. Nda apa Dea. Ko sudah buat yang terbaik untuk semua tu kucing. InsyaAllah Allah nilai semua tu. Itulah saham untuk ko di akhirat nanti. Sabar la. Nanti kita cari kucing terbiar banyak-banyak lagi. Kita jaga."

~Tangisan insyirah berlarutan. Masa cerita dengan kak Ada dan Alice pun insyirah still menangis. Makin banyak pula air mata yang keluar. Aduh!!!~

untuk semua kucing-kucing yang kami jaga, belai dengan kasih sayang... Tuntutlah kami diakhirat nanti. Pergilah...............




-ini anak-anak Bulan. Pun mati juga T_T-

Anak-anak Pingka belum kena mms tempat insyirah lagi.

Tak nak tengok. Sedey.

Untuk adik..
~syukran dik sebab bagi akak nasihat dan ingatkan akak selalu. Adik nak bagi akak kucing, syukran dik. Nanti akak tuntut dengan adik ok~ ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers