:: Teman Baru ::

Hai hai hai haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

alamak!!! telupa nak bagi salam pulak. Tak pasal2 marah tuan punya teratak. Hihihi. Maaf tuan punya teratak ^_^

Assalammualaikum wbt. 

Ha, nak kenal ke saye ni siape?? 
nak??
Jom kite ta'aruf!!!
Name diberi Bunga. Nak tengok pic saye ke?? Ha, tengok header tuan blog ni. Yang pakai niQab tu Insyirah dan saye tuuuuu tu. Nampak?? tu la saye Bunga. Ala yang ada rama-rama diatas Bunga tu.


Tuan punya teratak malas nak update blog. So, Bunga la yang tolong menyemakkan blog tuan punya teratak. Kalau tuan punya teratak tanya siapa yang semakkan blog ni, korang jangan la pulak bocorkan rahsia ok. Nanti Bunga bagi korang madu. Sedap tau madu ni lebih-lebih lagi madu yang dihasilkan oleh lebah. Punya khasiat yang tertentu. Betul Bunga tak tipu. ^_^


Nak bukti ke yang madu lebah ni berkhasiat??


jap ye....Bunga nak cari kalam Allah sebagai hujah yang kuat. Tak siape boleh kata TIDAK ^_^


Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-NAhl: 69).

SUBAHANALLAH... So... fikir-fikir dan selamat beramal. Bunga nak bagi lebah madu Bunga. Nanti kalau jumpa Bunga di mana-mana, jangan lupa ucapkan SUBAHANALLAH. Kerana Bunga ada kelebihan yang tersendiri.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Assalammualaikum wbt Tautan Hatiku ^_^


eh, insyirah hairan la. Macam ade sesuatu je yang terjadi dengan teratak insyirah ni. Korang tau ke?? 
(korang geleng kepale je..tak tau. shutttt nanti Bunga kene mare pulak..hihihi)


Semua geleng kepala. Tak pe la, insyirah tak kisah pun kalau korang tak nak bagi tau. Nanti insyirah akan tahu juga.


Allah.... insyirah lupa pulak nak tanya khabar pengunjung teratak tautan hati ni. ^_^


Apa khabar teman setia insyirah ni? Semua sihat ka? Insyirah alhamdulillah sihat cumanya ada la sedikit ujian hati. (mesti fikir nak kawin insyirah ni hihihi) Tapi jangan fikir bukan-bukan ye. Ni tak de kaitan tentang cinta atau pun nak kawin ke apa ke.. Kita ini manusia kan, ujian hati tu sentiasa ada. Insyirah pun manusia juga kan, jadi insyirah tak terlepas dari semua ujian dari Allah.


Lagipun, kan kita dah mengaku beriman kepada Allah, sudah tentu kita akan diuji oleh Allah. Apatahlagi kalau kita menyampaikan sesuatu kepada sesiapa je, apa yang kita sampaikan atau ucapkan tu akan Allah uji . So, mahu atau tidak kita kena sedia menghadapinya.


Jangan pula lepas ni tak nak sampaikan apa-apa, tak boleh juga. Pesan kedalam hati macam ni, "apa yang akan aku sampaikan ni adalah untuk peringatan diriku yang utama kerana kelak aku yang akan dipersoalkan tentang semua ni" Paling penting juga, ikhlas la. Jangan kerana mahu pujian semata-mata dan juga kerana mahu disanjung ke ape ke.


"ya Allah, semoga apa yang hamba sampaikan ini adalah keranaMU semata-mata bukan untuk mendapat imbuhan dunia yang nyata melalaikan. Jika perasaan riak itu terdetik semasa menulis diteratak yang usang ini, hamba memohon keampunan daripadaMU dan sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui sedangkan hamba tidak." ameen.


Eh, insyirah nak story mori satu cerita ni. Mungkin cerita bersiri kot. Tak de la. Biase je. Lagi pun, insyirah dapat cerita ni dari teman insyirah. Teruskan membaca ok ^_^


LEBAH MADU


Pembina Sarang Yang Sempurna







Kamu semua telah sedia tahu tentang lebah madu. Mungkin kebanyakan daripada kamu pernah melihatnya di dalam cerita kartun di TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar, berdesing-desing di merata tempat. Tetapi saya yakin ada banyak juga yang kamu tidak tahu tentang mereka...


Tidak berapa lama dahulu, ibu, ayah dan saya telah pergi ke hutan untuk berjoging. Saya gembira di sana. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah seorang sahabat baru yang saya temui ketika kami beristirahat. Ia sangat kecil, tetapi ia amat bermakna kepada saya. Saya tidak akan melupakan sahabat kecil saya ini.


Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah dia? Sebenarnya, ia adalah seekor lebah madu yang riang. Ia datang kepada saya dan terbang mengelilingi saya untuk seketika. Mulanya, saya merasa takut disengat kerana ia terlalu hampir... Saya menjerit: "Jangan! Tolong jangan sengat saya. Saya tidak mahu dicederakan!". Dan kemudian sesuatu yang aneh berlaku, apabila lebah itu mula bercakap dengan saya.








Si Lebah Madu : Saya tidak mahu menyengat kamu. Saya hanya mahu berkawan dengan kamu.

Afiq : Betulkan? Saya sangat berbesar hati mendengarnya.

Si Lebah Madu : Biar saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah seekor lebah pekerja. Saya tinggal di dalam batang pokok, bersama dengan beribu-ribu sahabat-sahabat saya.

Afiq : Wah! Kamu mempunyai sahabat-sahabat yang sangat ramai!... Bagaimana kamu dan sahabat-sahabat kamu meluangkan masa kamu?

Si Lebah Madu: Kami membersihkan sarang kami, mengumpulkan makanan dan membawanya ke sarang, menghasilkan jeli diraja, memanaskan sarang dan mengawalnya...

Afiq  : Tidakkah kamu merasa letih melakukan semua perkara-perkara tersebut?

Si Lebah Madu: Tidak. Kami lebah-lebah pekerja membahagikan tugas-tugas di dalam sarang di kalangan kami. Kerana itulah kami tidak pernah merasa letih. Contohnya, hari ini saya membina indung-indung madu untuk menyimpan madu.


Semua lebah madu di dalam sarang melakukan tugas-tugas yang berbeza. Sebahagian mengumpulkan makanan sementara yang lain pula membersihkan sarang atau menghasilkan madu

Afiq : Ada satu benda tentang lebah yang sering menyebabkan saya tertanya-tanya; bagaimana kamu dilahirkan?

Si Lebah Madu: Mungkin kamu pernah mendengar bahawa terdapat seorang ratu di dalam setiap gerombolan lebah madu. Lebah ratu adalah lebah betina paling besar di antara semua lebah betina lain. Ia mengeluarkan telur pada masa-masa tertentu. Tetapi kami tidak menetas daripada telur-telur ini serta merta. Apa yang menetas daripada telur-telur ini ialah ulat putih, yang dipanggil larva, tanpa mata, sayap atau kaki, dan ia tidak sedikit pun kelihatan seperti kami. Untuk beberapa lama ia kekal terbungkus di dalam sebuah kepompong. Dalam masa yang sama, ia diberikan makan secukupnya dan kemudian berubah daripada kepompong menjadi seperti saya.


Afiq : SUBAHANALLAH..Ia amat menakjubkan! Saya masih tertanya-tanya tentang satu perkara! Dalam keadaan begitu sesak, apakah tidak berlaku kekeliruan di dalam sarang kamu?


Si Lebah Madu: Tidak pernah. Sebaliknya, ia sangat teratur. Beribu-ribu lebah tinggal bersama di dalam keadaan keharmonian sambil kami melakukan kerja-kerja kami


Telur-telur yang dihasilkan oleh lebah ratu di dalam sel-sel, pada mulanya kelihatan seperti ulat-ulat di dalam gambar di bawah. Larva-larva ini makin membesar, berkembang dan berubah kepada bentuk seekor lebah. Gambar besar di bawah menunjukkan lebah-lebah pekerja yang berkumpul di sekeliling ratu.





Kalau nak tengok pic ni besar-besar, klik la pada gambar tu ^_^ Kalau tak besar juga, apa boleh buat. Insyirah hanya mampu tersenyum macam ni ^__^.

Afiq : Subahanallah..Allahuakhbar!!! Ia sangat menarik! Saya masih tidak faham bagaimana kamu dapat berkeadaan teratur sedangkan jumlah kamu terlalu banyak! Ayah saya pengurus bangunan kami, dan dia menghadapi kesukaran untuk menjaga ketertiban di sana. Tetapi kamu menyatakan kamu tidak mempunyai masalah seperti ini.

Si Lebah Madu: Memang patut kamu berasa terperanjat. Allah itu Maha Besar!! Kami tahu pakar-pakar sains juga terperanjat dengan perkara ini, dan mencari jawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban ini dijaga, dan bagaimana sejumlah besar lebah-lebah dapat bekerja bersama dengan begitu baik! Saya boleh memberitahu kamu jawapannya dengan pantas: Kami mempunyai tugas-tugas tertentu; kami bekerja keras dan melakukannya sebaik mungkin dan kami cuba tidak mengganggu ketertiban di dalam sarang.

Ketika mendengar lebah pekerja ini dalam keadaan kehairanan, saya mendengar ibu memanggil, "Afiq! Afiq! Di mana kamu?". Masanya untuk saya beredar.

Afiq : Emak saya sedang memanggil saya. Saya rasa saya perlu pergi dahulu sekarang. Saya sangat berbesar hati bertemu dengan kamu. Terima kasih di atas semua yang telah kamu ceritakan kepada saya!
Lebah-lebah pekerja memberi makan larva-larva di dalam sel
Lebah-lebah mengipas sarang dengan sayap mereka.

Lebah-lebah madu saling memberi makan antara satu sama lain.

Si Lebah Madu: Saya juga gembira dengan kehadiran kamu. Mungkin, kita akan dapat bertemu lagi! Bagaimana kalau bertemu lagi di sini minggu depan? Jika kamu suka, saya boleh bawa kamu ke sarang kami dan tunjukkan kamu indung-indung madu.

Omar: Ia tentu hebat! Tetapi, sudah tentu hanya jika ibu bapa saya bersetuju untuk datang lagi ke mari.

Si Lebah Madu: Baiklah, semoga dapat bertemu kamu minggu hadapan!


Esok atau minggu hadapan insyirah sambung cerita ni ok?? Teruskan menjenguk insyirah. Insyirah keseorang tau di teratak ni T_T (eleh....Bunga yang ada kat sini pun insyirah tak sedar...tak pe..siapalah Bunga ni kan...)

Oh ya, madu lebah ni khasiatnya terlalu banyak tau. Rasulullah suka minum madu. (lambat betul la insyirah ni, Bunga dah bagi tau kat korang dulu kan..hihihi). Insyirah pernah la baca satu buku ni, wah malam pertama si isteri buatkan susu campur madu untuk suaminya. Best kan macam tu?? (hmmmmm..kemaruk nak kawin la tu...insyirah tu memang macam tu padahal.....malas la nak cakap. Tak pasal-pasal insyirah tau kehadiran Bunga dalam teratak tautan hati dia ni..hihihi)

Ok ok, insyirah nak stop setakat ni dulu. Jika Allah masih memberi insyirah peluang untuk berada di teratak ni, insyirah akan sambung cerita tentang madu lebah ni.

Sebelum tu, semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang diberikanNYA.

Bunga pun nak out juga. Nak berkhidmat untuk lebah. Bunga dan Lebah ni teman sejati ^_^. Nanti Bunga bawa Lebah dalam teratak ni untuk temankan insyirah yang kononnya keseorangan tu ^_^

Wallahualam..
Mohon teguran jika ada salah. ^_^





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers