GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com

Assalammualaikum Tautan Hati..

Apa khabar? Wah wah wah..ni pinjam brodband kawan noh. Hihihi. Kemana brodband insyirah?? Jeng jeng jeng... Ada la tu. Tersimpan rapi dalam satu simpanan yang insyirah sendiri tak tahu dimana. Huis...lain je bunyi kan. Whatever, yang penting dapat luangkan sedikit masa untuk tulis entry berdasarkan tajuk di atas. Sekian terima kaseh. Hihihi

Terkejut juga, tetiba ckin mesej (dalam ruangan komen) insyirah suh join GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.comApa lagi, insyirah pun teringin juga nak join kan. Saja je suka suki. Mana tau jadi pemenang kan. Huhu ^_^

Act, tak berapa faham sangat dengan arahan sebenar. Ada blurrrrrr siket. Tapi insyirah cuba juga. Kalau tak cuba kita tak tau kemampuan kita kan. So, cuba try test umbal-umbalai ^_^

Ha.. untuk join benda ni kan. Ada 3 soalan yang perlu kita jawab untuk memenuhi syarat yang sudah ditetapkan oleh penganjur. Eh, dah tak sabar rasanya insyirah nak jawab soklan ni. Hihi. Ok, nak tahu apa soalan tu.. Teruskan membaca naa. Jangan tutup lappy dulu. Tunggu. Insyirah nak ziarah fB insyirah jap.....
!
!
!
!
!
!
!
Sebelum insyirah nak menjawab soklan tu, insyirah suka nak ajak pembaca untuk  ingat Allah.

.....Subahanalla.....
.....Alhamdulillah.....
.....Allahu Akhbar.....

Boleh je kalau u ol nak lafazkan banyak kali. InsyiAllah itu lagi bagui ^_^
!
!
!
!
!
!
Ish---ish---ish---ish
Lama juga insyirah ni merapu.

Ok la. Jom.. Question 1 (amboi orang puti na..)

i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.(xramai suka lagu nasyid tapi pilihlah lagu mana yang paling disukai).


Nak tau apa jawapan dari insyirah??? Tutup mata dulu... Tutup la mata tu. Insyirah nak nyanyi ni. Tapi tak nak ada orang tengok. Eh.. tipu la awak ni...Tak tutup mata pun. Tak jadi nyanyi la. Nak nyanyi untuk ehem ehem je la. Ops.....Siapakah itu??

Abis la insyirah.. jawapan tak bagi lagi. Ok.. Tadaaaaaaaaaa.. 


Ok. Sila la klik yang Sahabat tu. Play dan sambung baca sebabnya ada 2 soalan yang yang insyirah kena jawab. Dengar lagu tu sambil baca apa jawapan insyirah seterusnya ^_^

Jom ke soalan seterusnya... Question 2 (still ong puti naa)

ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.

Ha..nak liriknya?? baca dan ambil untuk di hayati naa...bukan Haryati. Kalau baca dan ambil untuk Haryati tuuuuuuuuuuuuuu.... Lupakan je la.. Melalut la insyirah ni. Suka suki je. Tak menang baru tau ^_^

Kumpulan yang menyanyi ni Amar.

(kompius jap..amar ni kumpulan ke persoarangan?? ape2 je la. Hihi)

Liriknya :

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Amacam, best tak liriknya?? Antara warna yang insyirah suka purple. So, nak bagi tomey sikit insyirah pun kalerkan warna purple. Hijau?? Mestilah. Sentiasa dihati ^^

OK soalan yang seterusnya dan juga soalan yang terakhir...

iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.

Sebelum tu, penganjur tak minta gambar pun, tapi insyirah nak juga bagi gambar. Saja. Suka suki. Nak bagi tau penganjur yang insyirah sangat2 suka lagu nasyid ni. Ahakz..


(nanti teka insyirah mana satu tau...hihi)

~ T_T ~
Bila nak bagi tau sebab kenapa insyirah suka lagu ni insyirah jadi terharu. Nak nangesssssss uuuuuwwwwaaaaa.. Nak nanges. Rindu sesangat kat diorang T_T
Suriawati-Nasita-Larisa-Dayang-Azian-AfiQah.
Kenapa? Sebab lagu ni menceritakan tentang persahabatan. Ukhwah kitorang dah lama tau. Melebihi 10 tahun. Sekarang still juga macam dulu. Merajuk tu biasa la. Tapi itulah sebenarnya penguat ukhwah kami ni.

Insyirah kenal lagu ni time insyirah form4. Masa tu ada internet lagi kat rumah. Tapi kejap je bertahan. Why?? h0h0h0 sebab lalai. Amik ko!! sepa suru kan. Mak potong line tenet. Tinggal la komputer je. Tu pun kejap je bertahan. Apa taknya, 24 jam main game. Ha..itu bukan insyirah tau. Itu adik lelaki insyirah.

Lepas tu lagu ni popular time insyirah lower six. Time tu sekolah insyirah ada anjurkan drama tari. Ini untuk unit beruniform la. So, insyirah dan kawan-kawan wakil untuk unit beruniform bagi Puteri Islam. Mula-mula buat drama dulu tapi drama bisu. Hihi. Drama yang tak leh cakap la. Only pergerakan. Lepas tu ada la tarian. Tarian tu pula tarian poco-poco. Mak ai... Tapi sebelum ikut pertandingan tu, kitorang dah set dalam mind amik tu sebagai senaman bukan untuk menunjuk-nunjuk. Almaklumlah kitorang ni kan membawa imej Islam. So, kena jaga. Alhamdulillah time tu pakaian kitorang tidak menjolok mata juga. LONGGAR.

Insyirah yang cadangkan lagu Sahabat ni dijadikan untuk suara latar dalam drama kami. Ia la, drama bisu..daripada ianya bisu, kami letak la lagu sahabat ni. Drama kami kononnya kami bersihkan kawasan surau. Sambil tu buat usrah kecil-kecilan. Paling melucukan, dalam drama tu kononnya insyirah terjatuh dan ditertawakan. Huhu. Bila ingat balik, eh malulaaaaaaa ~_~ Tak nak citer la.

Lagu tu kan tentang ukhwah atau nak lebih faham lagi tentang persahabatan. Wah. Memang ramai la yang bertanya tentang lagu Sahabat ni. 

"eh, apa gia tajuk lagu kamu tu?"

"siapa penyanyi tu? siuk tu lagu tu..minta maa"

Wah...popular terus lagu amar di sekolah insyirah. Dapat juga sampaikan dakwah. Betapa pentingnya ukhwah itu. maaaawwwaaaaaaa nak nangis.... Rindu ngan sahabat2. 

Ha..dari hari tu la, bila insyirah selalu pasang lagu tu until sekarang. Rindu giler kat sahabat-sahabat. Tiada sahabat setanding mereka. Mungkin ada yang lain tapi tetap tidak sama macam mereka. Mereka the only one yang memang sekepala dengan insyirah.

Nak tahu kenapa insyirah kata macam tu?? Banyak yang kami kongsikan bersama selama lebih 10 tahun ukhwah ini. Ya.. satu jangka masa yang sukar untuk dijangka. Kami bersama-sama berusaha untuk mengenal Allah. Bersama-sama untuk saling kuat untuk satu perubahan yang kami buat. Ujian yang kami lalui hanya kami bertujuh yang rasa. 

Eh, masih termasuk dalam tajuk ni ke?? h0h0.. Insyirah ni selalu lari dari tajuk. Tu pasal spm BM (Bahasa Melayu) dapat B3 je. Tapi Kalau Baitul Muslim nak A++++++++++++++++++++ la. Amboi... Calon pun belum komfom ada dah nak A+. ^_^

Tak apa.. insyaAllah kan..mana tau kot-kot esok ada yang datang meminang. ^_^

Yeaaaaaaaa... Dah selesai pun 3 soalan tu. Alhamdulillah. Entah la dapat ke tak. Tak dapat pun tak apa. ^_^
Yang pentingnya, insyirah sayang ukhwah ni kerana Allah...

Salam sayang juga untuk Surianah, Afifah, Adik Syira & Adik Kila, Ckin, Kak Ada, Kak Atik, Sahabat2 baru dalam FB yang banyak memberi insyirah ilmuNYA, Ummu, Asyrafia, FiQa, Tika, Fatin, Mass, Huda...Ramai lagi la yang tak dapat insyirah tulis. Bukan apa, tengah menahan lapar ni. Tak makan lagi ^_^

InsyaAllah, insyirah sayang semua kerana Allah.

Terima kasih juga..Khas kekasih hatiku... MM-AHN ...
Dirimu sentiasa dalam ingatan insyirah selalu ^_^

(Nasita dan Dayang tak da dalam pic ni ^_^)

Oh ya...sebelum insyirah terlupa.. Insyirah nak tag;-

Mujahid Bandau
Ummu Aiman
Asyrafiah

p/s : Bagi insan-insan yang di"tag" tu, kalau berkelapangan join la. Tak ada paksaan pown..Mungkin ada yang lebih penting dari perkara ni ^_^. Kalau dah buat, habaq kat insyirah tau ^_^

2 comments:

  1. sahabat~
    Ingatlah aku sebagai rakanmu
    Kenanglah daku dalam doamu
    Begitulah indahnya kisah dahulu
    Engkau sebagai temanku~
    terima kasey share link ni~
    maap sy teda blog~ huhu
    ::fiqa::

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers