:: Cinta Dan Sayangku MM-AHN ::

~change. Like sangat dengan nama INSYIRAH. Amacam nice ke name ni?~
suke name ni??
Angguk siket..
Angguk la...
!
!
!
Tipu belum angguk pun..
!
!
!
tak baik tipu tau..
Angguk la..
cantik kan nama ni??

yea......awok dah senyum. Amboi senyum sorang2 naa..



~ ~ ~ ~ ~ ~

Sayangku MM-AHN
insyirah rindu sangat dengan sayang.
Lama insyirah menyepi dari bertanya khabar.
MM-AHN apa khabar?
insyirah rindu sangat dgn sayang. T_T

Tapi tidak apa, insyirah tau Allah sentiasa menjaga sayang disana. Gambar sayang jadi skrin talifon insyirah tau. Rindu. Siyes insyirah rindu sangat dengan sayang. Kekadang insyirah nangis. Tapi insyirah nangis sembunyi-sembunyi. Malu kalau orang nampak. Tapi insyirah tak akan malu kalau nangis depan sayang sebab insyirah tau sayang akan usap air mata insyirah. 

"eh, tomey la miau ni..hehe"

"M"
Sayang, insyirah rindu nak dendangkan lagu untuk sayang. Rindu. Insyirah masih ingat sayang cakap yang sayang suka insyirah nyanyi lagu korea tu. Ya, insyirah ada nyanyi lagu korea tu bersama Surianah. Air mana mau mengalir masa nyanyi sama-sama Surianah. Bukan apa, teringat kat sayang. Insyirah sayang sayang ~_~

Sayang, banyak yang kita kongsi bersama. Sayang menangis, insyirah pujuk. Insyirah nangis, sayang pula pujuk. Lepas tu kita sama-sama nangis. Paling best, sayang selalu ingatkan insyirah kepada Allah. Sayang kata, Allah sentiasa ada bersama kita. Walaupun kita terpisah jauh. Sayang selalu mengadu pada insyirah begitu juga insyirah. Alhamdulillah insyirah pegang semua rahsia sayang dari pengetahuan sesiapa. Jangan risau sayang. Insyirah pegang rahsia tu sehingga sekarang. 

Masa sayang call insyirah masa Raya hari tu (raya aidilfitri 2010), insyirah sangat susah hati sebab sayang nangis. Insyirah tidak duduk tenang mengingati sayang. Risau. Alhamdulillah Allah permudahkan juga urusan sayang. Pagi sayang call insyirah, petangnya insyirah dapat mesej sayang

"alhamdulillah. Bahagia sangat. K.M sudah kempali kepada K.M."

Allahu Allah. Berulang kali insyirah mengucapkan "ALHAMDULILLAH". Bahagia sangat bila sayang bahagia. Itulah ukhwah yang terbina kan sayang ^_^

"M"
Sayang, insyirah masih ingat pesan sayang dulu. Sayang masih ingat ka masa tu insyirah cakap macam ni 

"sayang, masalah tu insyirah sendiri yang timbulkan dalam hati insyirah. Insyirah rasa macam insyirah tidak layak kawan dengan semua yang sekolah kat U, kolej. Insyirah setakat spm, lepas tu kerja just kerani. Itu yang insyirah fikir. ASTAGHFIRULLAH kufurnya insyirah pada nikmat Allah"

Masa tu sayang marah dengan insyirah. Marah kerana sayang x mau insyirah kata macam tu. Sayang tau, masa tu insyirah nangis. Nangis sebab sangat bersyukur dapat insan membahagiakan seperti sayang. Syukran sayang. Insyirah masih ingat sayang kata macam ni,

"kita semua sama disisi Allah insyirah. Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Hidup ini mengejar pangkat darjat kah? kita mengejar redha ALLAH kan insyirah? Sayang pun kerani biasa je. Belajar diploma tapi kerja kerani..haha"

Masa tu insyirah tersenyum. Allah. Lantas insyirah beristighfar. Allahu Allah.

Sayang pernah cakap lagi,

"kalau fikir macam tu kan insyirah, patutkan kita pandang hina penyapu sampah, pencuci tandas? Patut kah insyirah? Kita sering memandang yang ATAS sampai terlupa yang berada di BAWAH kita. Apa guna semua tu insyirah? Akhirnya kita akan berada di akhirat juga untuk dihisab amalan dan dosa pahala. Kita semua sama saja insyirah disisi Allah. Kita akan pulang kepangkuan Allah kan. Kalau insyirah mahu ilmu, carilah ilmu. Berdamping bengan orang berilmu bukan sisihkan diri insyirah. Allah tak suke kan. Jangan putus asa insyirah sayang. Kita mencari redha Allah"

Allahu Allah. Sayang tahu, insyirah pegang nasihat sayang ini selamanya. Menangis insyirah merindui sayang. Ya, insyirah sangat-sangat rindu sayang. Rindu mengadu segala kelukaan, kedukaan, kegembiraan, kesenangan dihati insyirah. Ya insyirah tahu Allah itu maha mendengar tapi insyirah ni hambaNYA yang lemah dan memerlukan seseorang untuk terus kuat. Tapi sayang, cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul lebih dari segalanya.

"AHN"
Sayang, melalui sayang insyirah belajar mengenal mencintai, menyayangi hanya kerana Allah. Ya, bila segalanya kerana Allah, insyaAllah ianya akan kekal selamanya dan bila segalanya kerana Allah kita akan sentiasa merindui dan mencintai kerana kita ada Allah yang SATU ^_^.

Insyirah juga belajar untuk ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Ikhlas menyayangi, ikhlas merindui, ikhlas mencintai. Ya, insyirah sedang belajar untuk menjadi hambaNYA yang ikhlas. Mencari keikhlasan itu insyirah tahu terlalu payah. Tapi insyirah berusaha sayang. Berusaha untuk menyayangi sayang selamanya ^_^

Kerinduan insyirah kepadamu MM-AHN hanya Allah yang tahu. Meskipun kita terpisah tapi satu saja impian insyirah.. Mahu bersama sayang melangkah ke SYURGA andai itu tempat yang layak untuk hamba seperti insyirah.


Cintaku padamu keranaNYA,
Rinduku padamu keranaNYA,
Kasihku padamu keranaNYA.

~~ sentiasa merindui MM-AHN ~~



Menanti diri sayang ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers