:: Mau Kawin Punya Pasal ::

Assalammualaikum Tautan Hati..

Apa khabar iman kita?? Semoga sentiasa meningkat naa... Fitrah manusia itu imannya turun naik  ^_^. Tapi kita usaha supaya sentiasa meningkat iman kita..

^_^ Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ^_^
~~ masih mood gembira untuk adik. Adik, akak harap akan datang adik buat yang terbaik~~

* insyaAllah akak tau adik boleh. Chayo2 adik. Malam ni akak makan banyak. Sudah beberapa hari ni kurang makan. Dik, sebenarnya sudah beberapa hari akak tidak makan nasi ^_^. Saja. Entah selera hilang entah ke mana. ABC kot ^_^. Tapi malam ini.. akak mau makan nasi.. Horeyyyyyy. Syukran dik sebab selalu ada untuk akak ^_^ *

___________________________

Jom baca mau kawin punya pasal..hihihi..selamat membaca Tautan Hatiku semua ^_^



Ada sorang Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat- punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. 

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. 



Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan 
awal oleh isterinya Minah. 

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji 
Dollah pun menegurlah Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..." 

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang 
subuh! Kantoi..kantoi. .. 

"mat mat..tu la..mau kawin punya pasal..adik pun tau solat subuh. Abg mat tidak tau?? ish-ish-ish"

bukan saya yang kata...adik di atas tu yang kata ^_^

1 comment:

  1. Kalau lapang, sila lah join naa..hehe

    http://cahayatwinz.blogspot.com/2011/01/ga-kasperskye-dari-fariszazcom.html

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers