<< Memori Itu >>


Terjaga aku pada bayangan cinta yang kerap mengetuk memori hati untuk aku mengingatinya. Saat itu juga cintaku bertasbih. Mengingatkan bahawa itu bukan sesuatu kenangan yang perlu untuk aku sesalkan tetapi untuk aku jadikan sandaran untuk terus bermujahadah di jalan yang telah aku pilih. Namun begitu, aku hanyalah manusia yang lemah dan sangat-sangat memerlukan Allah sebagai tempat mengadu. Kerap tangisan membasahi sujud malamku. 

Menemani lena tidurku.

Untuk apa lagi kesedihanku pada cinta yang telah membawa aku ke lautan kelalaian. Saban hari hati dibelenggu rasa kesedihan. Allahu Allah. Kesedihan ini akhirnya memakan separuh dari rasa cintaku pada Allah. Cuba ku hindarkan, semakin ia menghampiri.

Akhirnya aku nekad untuk teruskan mujahadah ini. Aku mengingati lembaran hidupku ketika jalan ini ku pilih. Jalan mencari keredhaan Allah. Banyak yang perlu aku korbankan. Terlalu banyak sehingga kadang-kadang diri ini terkulai layu. Sering juga tertatih dan terjatuh saat ujian dariNYA menyapa.

Aku teringat pada Kak Nisa yang kutemui sewaktu mengikuti program Islam Id Ginawo (Islam di Hati).
“Adik-adik, ingatlah perjuangan ini pahit kerana syurga itu manis. Teruskan perjuangan adik-adik semua demi menyebarkan dan mengembangkan Islam di Kota Marudu, tempat tumpah darah adik semua”
Air mataku jatuh lagi. 

Ah!!! Semurah inikah air mataku? 

Lalu hati menjawap persoalan akalku. “murah dimata manusia tapi permata bagi Allah” Allahu Allah. Semoga satu saat, air mata ini menjadi saksi betapa aku lemah sangat dan menyesali segalanya. Semoga Allah mengampuniku.

Kubuka diari Islamik yang kubeli awal tahun ini. Tercatat satu baris ayat “Hari ini aku dilamar”. 

Allahu Allah. 

Teringat pada tarikh itu satu penyeksaan buatku. Terasa pedih dihati saat kubuka lagi lembaran demi lembaran. Jelas terpampang segala kegiatan harian yang aku catat. Hasilnya hanya kelalaian yang kudapat. Allah sejahil dan sehina inilah hambamu!!
Lamaran itu? Siapa?.........
To be continue dalam “Lamaran Itu...”

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers